Intipati ucapan Timbalan Presiden di Bachok
Beliau memilih untuk menjelaskan secara lansung mengenai isu ini dengan memulainya di Bachok, Parlimen Beliau.
1.Beliau maklumkan secara 'direct' kepada PM sewaktu PM jemput beliau untuk berjumpa di Parlimen "Kalau jumpa nak bincang PAS masuk Umno/Barisan tak payah bincang"
2. Letakkan kepercayaan kepada pimpinan kerana Pas dipimpin oleh TOK GURU bukan macam UMNO dalam UMNO ramai TOK GARU.
3.Jangan cepat melatah dengan isu yang dimainkan oleh media.
4. Menceritakan pertemuan peribadi beliau dan TGNA di kediaman TGNA. TGNA memberitahu beliau, yang TGNA dah solat istikharah dan sepanjang hari selepas istikharah itu ayat yang bermain adalah ayat dalam surah Al Anfal "“Dan jika sekiranya mereka ( musuh ) condong untuk berdamai, maka condonglah kamu kepadanya ( terimalah perdamaian ) dan bertawakkallah kepada Allah. sesungguhnya Dialah tuhan yang maha mendengar dan maha menegtahui. Dan jika mereka mahu menipu dayamu, maka cukuplah Allah untukmu ( sebagai pelindung ). Dialah tuhan yang memperkukuhkan engkau dengan pertolonganNya dan dengan orang - orang yang beriman.”
5. Muqabalah akan diteruskan untuk isu isu berkaitan dengan kepentingan umat islam.
6. Nak dengar lanjut? boleh dengar di bawah. Kredit to Kelantan TV
Entry Two:
Saiful bersumpah al-Quran selepas siasatan selesai
KUALA LUMPUR 30 Julai – Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan bersumpah dengan al-Quran dalam masa terdekat bagi membuktikan dirinya pernah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu sebaik saja siasatan polis selesai.
Bekas pembantu Anwar itu menegaskan bahawa beliau tiada sebab untuk memfitnah dan menganiaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu apabila membuat laporan polis pada 28 Jun lalu dengan mendakwa dirinya diliwat beberapa kali oleh Anwar.
Kesediaan beliau bersumpah itu yang bertujuan semata-mata bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya telah diliwat oleh Anwar diberitahu kepada peguamnya, Zamri Idrus.
Mohd. Saiful, 23, akan melakukan upacara bersumpah mengikut Islam itu sejurus siasatan polis terhadap kes itu selesai tidak lama lagi.
Zamri dalam satu sidang akhbar di sini petang ini memberitahu, ketegasan Mohd. Saiful untuk bersumpah dengan al-Quran itu dinyatakan sendiri kepada beliau baru-baru ini.
Kata Saya:"Dulu dulu pun ada hikayat yang mengisahkan kisah bersumpah. Klik sini
Entry Three:
Hanya nota perubatan - Dr. Latiff
PUTRAJAYA 30 Julai - Laporan perubatan berkaitan aduan liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dikeluarkan Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak di sini bukan laporan perubatan sebenar yang biasa disediakan oleh pengamal perubatan berdaftar di negara ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad menjelaskan, laporan perubatan Hospital Pusrawi yang disiarkan oleh sebuah portal berita semalam sebenarnya adalah nota perubatan.
''Laporan perubatan mesti ditulis dengan terperinci dan kemas, bukan macam tulisan cakar ayam. Kalau laporan perubatan ditulis oleh pengamal perubatan berdaftar, ia tidak macam itu (seperti disiarkan portal berita)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Baca Lanjut..Kata Saya:
"Datuk, orang nak tahu apa yang dikatakan dalam report tu, bukan nak tengok tulisan cakar ayam ke atau cakar harimau.Tapi takpelah Datuk, Pusrawi pun dah kata itu bukan laporan pemeriksaan berkaitan kes sodomi"