4/08/2008 4:56 PM by nuun
Entry One:

Rata rata posting di sekitar saya menyentuh pasal Pesta Buku Antarabangsa KL yang tengah berlangsung di PWTC sekarang( Naper asyik PWTC jer ek?).

ada yang dikhabarkan rasa macam berada di awangan sebab pertama kali ke Pesta Buku.

ada yang dah macam annual event

ada yang kata grammy award

Ada yang kena tahan nafsu

ada yang bak merpati dua sejoli berjanji akan berjumpa lagi tahun ini di pesta buku, dengan bajet RM1000 seorang ( utk berjoli kat buku :P ).

ada yang tiap kali ada Pesta Buku.. tengah ngandung.. asal ngandung je ada Pesta Buku.. hehehe

macam macam lah..

saya pun nak berkongsi jugaklah...memula mintak maaf lah kepada penganjur program alumni Sabtu lepas, saya terpaksa menuang diri dari turut serta program tersebut last minit sebab tengok tengok jadual balik ...sabtu lepas jer yang dirasakan sesuai untuk ke sana.Kalau nak gi minggu depan dah rasa 'basi' tambahan pula dah memang minggu depan sabtu ahad jadual dah penuh..maklumlah dah memerintah :P

saya, ummu muhammad dan ayahsu amiir(salah satu sebab kena pergi sabtu lepas jugak)



ayahsu amiir dengan salah seorang "penulis yang berjaya mengepau duitnya" :P




ummu muhammad dengan penulis pojaan beliau :P

Cadangnya nak mulakan perjalanan sebaik sahaja bermula pesta buku pada hari tu (tak kisahlah kalau nak sama sama perasan dikata kami tolong pasang booth) tapi biasalah..dari janji nak kuar kul 930 kul 1130 baru kuar nak uruskan power rangers tu bla bla..ingat di hati nak bawak bebudak ni tapi memikirkan takut mereka semua pancit awal dan takut meragam terpaksa ditangguhkan dulu hajat tu..



budak ni pun kami tak bawak....

Sampai sampai dalam dekat pukul 12 tengah hari masalah pertama timbul...dari bumbung sampai ke bawah tanah mencari parking baru jumpa(nasib baik tak jadik macam parking kat menara lagi ler) parking selesai masalah nak melalui gerai gerai pulak sampai sampai nampak gerai karangkraf dulu .Masalah jugak bila gerai karangkraf ke galeri ilmu atau yang sewaktu dengannya letak dekat pintu masuk alamat ramailah yang "poket syahid" sebelum sampai ke hujung gerai tu tak campur nak redah orang ramai lagik terdiri dari bapaknye, maknye, abangnya, kakaknya, adiknye, budak sekolah menengah, sekolah rendah, dan mungkin juga penyeluk saku semuanya bertompok di situ ( tu yang saya heran camner ada orang boleh claim dia pusing kanan nampak buku, pusing kiri nampak buku. saya pusing kiri kanan depan belakang semua nampak orang jer :P )

Dalam banyak banyak buku yang target tapi tak tercapai hajat untuk beli hari tuh buku abu saif (bukan sebab dah habis tapi 3 kali datang kat gerai galeri ilmu..buku tak sampai sampai lagik dari kilang..) buku datin latipah (juga disebabkan masalah sama) dan beberapa buku dari PTS(mulanya dah jumpa buku tuh kat gerai lain tapi memandangkan penerbitnya PTS ingatkan nak beli terus kat gerai PTS (mak amni & ummu nufayl tau gerai PTS kat mane) tapi bila sampai kat gerai PTS dalam kul 4 lebih tumpuan dah lari beserta dengan duit sekalik..

Kul 5 kami keluar dari PWTC untuk makan tengahari setelah solat dan alas perut kat dalam tu..Buku apa yang di beli?



Ni sebelum keluar plastik dan beg...



Lepas 'tongkang pecah'.....



Entry Two:

Ingat cerita jamuan rakyat DUN Bangi.. sedikit pembetulan fakta jumlah yang dikorbankan pada hari tu adalah 5 ekor lembu, 6 ekor kambing dan 1200 ekor ayam (isk awat kambing sket)

Entry Three:

Ingat cerita banjir di Bangi lama..ni ada posting terkini daripada YB berkenaan isu tersebut..

0 Response to " "