4/17/2008 2:51 PM by nuun


Apa salahku...... :P

Entry One:



Sabtu lepas Mesyuarat Agung DPPK Serdang yang ke 21 di Dewan Cempaka, Komplek PKNS Bandar Baru Bangi.

Ini merupakan satu detik sejarah kepada Dewan Pemuda kerana mengadakan mesyuarat agungnya di tempat yang selesa dan aman serta berhawa dingin. Sebelum ni tak pernah termimpi untuk duduk di Dewan yang sebelum ini dinafikan penggunaan-nya akibat daripada pentadbiran kerajaan yang berat sebelah. Dewan yang indah dan selesa ini bukan-nya diberi penggunaan percuma tetapi dikenakan bayaran seperti mana organisasi lain yang ingin menyewa. Pernah Pas Kawasan Serdang yang telah menempah dewan pada tahun 2005 telah dibatalkan disaat-saat akhir bila didapati ia digunakan untuk aktiviti PAS.

Berbalik kepada AGM Pemuda, buat pertama kali nya juga tetamu yang hadir juga berbeza dengan AGM sebelum ini kerana ia dihadiri oleh wakil dari PAKATAN RAKYAT iaitu wakil AMK Keadilan, & DAP.

Banyak usul yang dibentang, bahas dan lulus pasal arak lah pasal pastilah pasal SAR lah bla bla nak tahu kena jadi perwakilanlah tahun depan

Malamnya pergi AF nite lak di Puri Pujangga gambar gambar kena mintak dengan penganjur dan pemenang grand premium lucky drawlah, dakpun sape yang bawa troli utk isi hadiah

Esoknya Mesyuarat Agung Kawasan lak satu hari di tempat yang sama, perasmian dilakukan oleh IR Khalid Samad, tertarik dengar citer beliau sebagai ahli parlimen bila part dia cerita dialog dengan paderi, isu setinggan sifar yang totally berbeza dengan versi BN dan lain lain nak tahu kena mintak recording dengan urusetialah..

0 Response to " "