Entry One:
Forum Shariah dan Isu Semasa yang berlangsung pada 23 Julai 2006 di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur mendapat sambutan luar dugaan dan melebihi ruang dewan yang disediakan oleh pihak penganjur. Berikut adalah RESOLUSI FORUM tersebut:
Kami, yang berkumpul di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada hari ini untuk membincangkan cabaran semasa dalam pelaksanaan sistem Syariah di Negara ini menyatakan rasa bimbang terhadap usaha-usaha pihak yang sedang cuba meminggirkan kedudukan Islam dalam sistem kenegaraan dengan berselindung di sebalik nama Kumpulan sekular ini tidak mendapat sokongan bagi membawa agendanya di kalangan besar masyarakat Malaysia, perjuangan mempertahankan hak-hak asasi. Usaha-usaha ini merupakan satu langkah untuk membelakangkan hakikat sejarah semenjak ratusan tahun lalu di mana Syariah diterimapakaikan di dalam kehidupan individu dan masyarakat di negara kita.
Kami juga bimbang dengan ruang yang diberikan kepada usaha-usaha negatif ini dalam media masa tempatan dan antarabangsa walaupun pandangan ini hanya merupakan suara-suara terpencil dan pinggiran berbanding dengan faham dan penghayatan majoriti umat Islam.
Kita bimbang mungkin usaha negatif ini didalangi oleh unsur-unsur luar negara yang berhasrat melumpuhkan Islam. Situasi ini pasti akan bertambah buruk jika pandangan-pandangan liar ini turut dilayan oleh pihak-pihak yang berwewenang dalam negara kita. Sekiranya masyarakat Islam tidak cukup prihatin dan peka terhadap perkembangan ini mereka akan terus menyalah-gunakan saluran perundangan untuk mencapai matlamat mereka.
Menyedari hakikat ini maka kami yang berkumpul di Masjid Wilayah untuk Forum Syariah dan Cabaran Semasa pada 23 Julai 2006 bersetuju dengan resolusi berikut:
1. Kedudukan istimewa Islam merupakan elemen penting dalam Perlembagaan dan sistem perundangan Negara. Ia turut merupakan hak asasi umat Islam di negara ini. Jika dasar ini diganggu-gugat ia mampu menimbulkan pelbagai kesan negatif dalam masyarakat. Oleh itu, formula yang sedia ada dan sudah terbukti mengekalkan kesejahteraan bersama ini, harus dipertegaskan dan diterima oleh semua pihak, Islam dan bukan Islam.
2. Semua peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang yang berkaitan dengan Islam perlu diperkukuhkan untuk menutup semua ruang usaha untuk menggunakan saluran mahkamah bagi melemahkan kedudukan Islam.
3. Seluruh umat Islam perlu menyatukan suara, sikap dan tindakan dalam mempertahankan kedudukan Islam yang sedang diancam.
4. Setiap ancaman terhadap Islam adalah bermakna ancaman terhadap martabat dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang menjadi Ketua Agama di setiap negeri dan terhadap kewibawaan institusi-institusi Islam.
5. Menuntut agar dihentikan segera semua percubaan usaha merombak dan menghakis kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan sistem perundangan Negara. Mana-mana ketidakpuasan hati berkenaan dengan Islam harus disalurkan ke meja rundingan dengan pihak-pihak yang berautoriti. Pendekatan konfrontasi melalui ”roadshow” (majlis penerangan ) dan pertikaian mahkamah hanya akan mengakibatkan ketegangan dan mengancam ketenteraman masyarakat.
6. Kita menuntut media aliran perdana mengambil pendirian tegas dan tidak berpihak dalam isu-isu berkaitan Islam dan tidak mempelopori pandangan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan amalan Islam adalah hak peribadi. Kita menuntut pihak media memberi ruang kepada pihak Islam untuk menyuarakan pendapat mereka dan tidak lagi meminggirkan suara arus perdana (”mainstream”) Islam. Media aliran perdana mestilah bersikap professional dan beretika di dalam lapuran dan analisa mereka mengenai Islam.
7. Hak dan kebebasan beragama perlu difahami dalam ruanglingkup Islam, bukannya mengikut kecenderungan individu. Fahaman kebebasan dan hak asasi acuan sekular-liberal adalah bercanggah dengan ajaran Islam serta agama-agama lain.
8. Semua Dewan-dewan Undangan Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) hendaklah meluluskan segera enakmen/akta yang menghalang dakyah bukan Islam kepada umat Islam dan pihak berkuasa hendaklah melaksanakan enakmen/akta berkenaan dengan segera.
9. Kerajaan hendaklah menetapkan pendirian untuk menolak usaha-usaha barat dan badan–badan bukan kerajaan yang bersekongkol dan menggunakan NGO tempatan, ahli-ahli akademik dan orang perseorangan untuk mempengaruhi polisi dan undang-undang berkaitan orang Islam.
10. Ada di kalangan pemimpin Muslim yang menyuarakan pandangan yang menyokong kelompok yang mengatakan amalan Islam adalah hak individu dan undang-undang moral tidak harus dilaksanakan di Malaysia. Kenyataan seperti ini amatlah dikesali kerana undang-undang moral di dalam Islam di Malaysia telah merupakan intipati kepada undang-undang di Semenanjung Malaysia jauh lebih dahulu sebelum kedatangan penjajah-penjajah.
11. Majlis Peguam Malaysia yang mewakili lebih 12,000 peguam di Semenanjung telah mengambil pendirian berpihak tanpa mengambilkira pandangan peguam Islam yang membentuk lebih dari 40% dari jumlah keseluruhan peguam. Majlis Peguam Malaysia atas nama hak asasi manusia telah mencampuri urusan agama Islam dan ini bertentangan dengan matlamat Majlis Peguam ditubuhkan dan kita menuntut Majlis Peguam sebagai penjaga kedaulatan undang mematuhi undang-undang negara ini.
Luar Masjid

Pintu Masuk dewan

pintu masuk dewan tepi

Ruang legar

Solat Hajat dan tazkirah dari Mufti Perak
Entry Two:
Prof. Madya Dr. Kamar Oniah di antara yang turut serta dalam mesyuarat-mesyuarat bagi penubuhan suruhanjaya perundingan agama di awal 2003 dan merupakan orang yang pertama menarik diri. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menemuramah beliau pada 19 Julai 2006.
PEMBELA: Dr., PEMBELA difahamkan bahawa Dr. salah saorang yang turut serta dalam usaha peringkat awal penubuhan IFC.
Dr. Kamar Oniah: Ya, di awal 2003 sebagai wakil JUST
PEMBELA: Kemudian Dr. menarik diri?
Dr. Kamar Oniah: Ya, saya berasa amat tidak senang hati dengan perjalanan dan perkembangan mesyuarat-mesyuaratnya. Setelah berbincang dengan Presiden JUST, Prof. Dr. Chandra Muzaffar, beliau menghormati pendirian saya dan membenarkan saya menarik diri. Di peringkat ini JUST dan ABIM masih mengharapkan sikap dan halatuju usaha tersebut dapat dibetulkan dan kembali kepada tujuan asalnya. Tetapi bila tidak menjadi begitu, malah lebih teruk dan rumit, semua menarik diri dan Prof Chandra selaku Presiden JUST dan Saudara Ahmad Azam selaku Presiden ABIM membuat kenyataan akhbar keluar dari usaha ini.
PEMBELA: Apa tujuan asalnya?
Dr. Kamar Oniah: Semasa Prof. Dr. Chandra melantik saya sebagai wakil JUST ke perundingan tersebut, beliau memberi tahu saya bahawa ianya adalah satu usaha bagi membincangkan kemungkinan ditubuhkan majlis perunding antara agama bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit; dan sekiranya setelah tertubuh dan berjalan dengan baik, mungkin boleh difikirkan nanti untuk dinaikan tarafnya ke taraf suruhanjaya atau pun menjadi sebahagian dari SUHAKAM.
PEMBELA: Dr. setuju dengan saranan tersebut?
Dr. Kamar Oniah: Ya, sebab saya banyak terlibat dengan dialog antara agama dan kumpulan-kumpulan keamanan – hingga hari ini.
PEMBELA: Dr. kata tadi Dr. menarik diri sebab tidak senang dengan perjalanan dan perkembangannya. Sila jelaskan sikit.
Dr. Kamar Oniah: Pasal perjalanan mesyuarat – saya amat tidak senang dengan pengendalian mesyuarat – kucar kacir. Pengerusinya pada masa itu adalah Mr. Cecil Rajendra dari Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Majlis Peguam (JHA). Wakil-wakil Jawatankuasa ini memonopoli mesyuarat – pintas dan potong cakap orang, seolah-olah mereka mewakili semua dan pendapat mereka muktamad dan dipakai, dan mesyuarat memihak kepada mereka. Jelas sudah ada satu pakatan dan keputusan sudah pun dibuat. Ini bermakna yang lain seperti saya hanya merupakan wakil-wakil "token" (lambang) untuk diperkudakan. Yang anehnya mereka dari JHA itu tidak terlibat dalam dialog agama sebelum ini. Ini jelas apabila saya bertanya dan bangkitkan beberapa hal – tak tahu pun yang dialog antara agama di Malaysia, apatah lagi di dunia sudah berjalan begitu lama. Malah minit mesyuarat pun tak tepat; misalnya, saya tidak hadir satu mesyuarat tapi nama saya dicatat sebagai hadir.
PEMBELA: Tentang perkembangannya pula, bagaimana?
Dr. Kamar Oniah: Mula-mula lagi saya rasa sudah ada yang tak kena. Saya persoalkan tentang perwakilan – kenapa wakil agensi-agensi Islam kerajaan tidak turut hadir? Saya kata keputusan mesyuarat tidak akan diterima umum kalau badan-badan rasmi yang mewakili umat Islam di negara ini tidak turut serta – kita akan diragui dan dipersoalkan nanti. Begitu juga dengan yang bukan Islam – kenapa tidak lebih terbuka walhal saya tahu bukan semua dari komuniti-komuniti agama-agama ini merestui, apatah lagi setuju dengan Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS)
PEMBELA: Jawapan mereka?
Dr. Kamar Oniah: Jawapannya ialah agensi-agensi Islam telah diundang tetapi tidak ada jawapan. Bagi yang bukan Islam, kata mereka, kalau dibuka kepada badan-badan agama yang lain, sukar mendapat persetujuan nanti.
PEMBELA: Ada lagi yang Dr. persoalkan?
Dr. Kamar Oniah: Ya, saya persoalkan kenapa perlu suruhanjaya yang disarankan itu diletak di bawah Bar Council yang tidak ada kena-mengena dengan agama? Kenapa suruhanjaya perlu tertakluk kepada mana-mana badan? Sepatutnya ia bebas berdiri sendiri.
PEMBELA: Jawapan mereka?
Dr. Kamar Oniah: Wakil-wakil JHA jadi jurubicara mesyuarat menjawab semua yang saya bangkitkan. Mereka kata suruhanjaya akan lebih berkuasa kalau bagitu. Yang jelas bagi saya ialah kerana mereka mahu memperkudakan dan memperalatkan suruhanjaya kelak untuk agenda-agenda mereka tersendiri.
PEMBELA: Ada lagi yang Dr. tak setuju?
Dr. Kamar Oniah: Ya, yang paling saya tidak senangi dan tentang ialah mesyuarat beralih dari berbincang tentang penubuhan majlis perunding kepada menghentam Islam oleh wakil-wakil Islam JHA. Saya beri ingatan, malah amaran bahawa itu adalah urusan “intra-faith" yang hanya boleh ditangani oleh komuniti yang terbabit; “inter-faith” tak boleh masuk urusan domestik agama tertentu.
PEMBELA: Jadi?
Dr. Kamar Oniah: Wakil Islam JHA menjawab Islamlah yang menghalang kebebasan beragama di Malaysia ini dan menarik perhatian mesyuarat kepada edaran dalam mana dikepilkan laporan-laporan kes-kes murtad di mana wakil JHA berkenaan, selaku peguam mereka, telah kalah dalam kes-kes tersebut. Jadi jelaslah bagi saya dan wakil-wakil Muslim yang perihatin bahawa usaha ini rupanya bukanlah untuk berunding tentang penubuhan majlis perunding agama tetapi adalah untuk memperjuangkan murtad dari Islam.
PEMBELA: Jadi Dr. tarik diri?
Dr. Kamar Oniah: Ya, dan bila mereka mengubah aturcara dan penceramah-penceramah seminar selepas dipersetujui bersama Prof. Chandra dan Sdr. Ahmad Azam, lalu mereka juga, secara terbuka, mengumumkan di dalam akhbar penarikan diri JUST dan ABIM, dan ini disusuli oleh perwakilan dan pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain.
PEMBELA: Rumusan Dr. tentang usaha tersebut?
Dr. Kamar Oniah: Terpesong dari tujuan asal dan juga tidak mendukung etika mesyuarat kerana meminda sesuka hati itu dan ini. Dalam lain perkataan, mereka ini tak boleh dipercayai dan tak boleh langsung dibuat rakan sepasukan kerana mereka ini jenis yang tak jujur kepada keputusan bersama dan memperkudakan kawan-kawan.
PEMBELA: Tetapi mereka teruskan usaha dengan IFC dan sekarang mereka yang sama juga muncul dalam kes-kes murtad yang sedang hangat di dalam dan di luar mahkamah. Apa pendapat Dr.?
Dr. Kamar Oniah: Ya, saya amat hairan kenapa orang yang mengangap diri mereka Muslim bagitu gairah dan seronok, malah turut memperjuangkan orang murtad dari Islam. Agama-agama lain pun, walau pun tidak dapat menghalang orang keluar dari agama mereka, namun mereka tetap merasa sedih dan marah juga jika ada yang keluar.
PEMBELA: Mereka katakan ini adalah hak asasi.
Dr. Kamar Oniah: Orang lain pun ramai yang memperjuangkan hak asasi, malah lebih hebat perjuangannya dari mereka dua tiga kerat ini, namun tidak pula sampai memperjuangkan murtad dari agama sendiri.
PEMBELA: Apa pandangan Dr. terhadap mereka-mereka ini?
Dr. Kamar Oniah: Bagi saya mereka-mereka yang memperjuangkan murtad atas wadah dan objektif apa sekali pun, apatah lagi melalui mahkamah dan perundangan untuk menukarkan status Islam di negara Malaysia ini, tidak lagi merupakan sebahagian dari Umat Islam Malaysia kerana mereka mengkhianati Umat Islam Malaysia. Kalau ada rakyat Malaysia yang mengkhianati Malaysia, tentunya rakyat Malaysia juga tak senang dan menganggap mereka yang sebegini bukan lagi sebahgian dari negara ini.
PEMBELA: Habis nak panggil mereka apa?
Dr. Kamar Oniah: Mungkin boleh digelar mereka ini sebagai “Umat Islam Mereka” kerana mereka ini mereka-reka dan mengada-ngada.
PEMBELA: Apa nasihat Dr. kepada mereka.
Dr. Kamar Oniah: Saya bukan peguam dan tak tahu bagi nasihat. Yang saya tahu ada di antara orang Islam yang terlibat tak sedar realiti dan implikasi perbuatan mereka ini dan hanya terikut-ikut atas semangat setiakawan, atau pun kebetulan memegang jawatan itu dan ini dalam persatuan dan persatuan memutuskan menyokong murtad. Bagi mereka yang sebagini, fikir-fikirkanlah semula implikasi perbuatan ini – buang saja sahabat-sahabat yang membawa kecelakaan kepada diri sendiri dan umat Islam di negara ini dan keluar terus dari persatuan terlibat. Malah saya rasa semua orang Islam wajar keluar dari semua persatuan dan pergerakan yang terlibat menyokong kes-kes murtad. Apa guna bayar yuran dan berjuang bersama kalau sudah jelas sekarang diri hanya diperalatkan oleh pimpinan-pimpinan untuk kepentingan dan agenda-agenda mereka tersendiri – katakan “goodbye” saja dan sertai perjuangan baru. Atau, kaji semula perlembagaan persatuan berkenaan dan tengok apakah penglibatan saperti ini termaktub dalam perlembagaan, kalau tidak gulingkan exconya kerana memperalatkan persatuan untuk kepentingan peribadi.
PEMBELA: Terima kasih Dr.
Dr. Kamar Oniah: Sama-sama
Entry Three:
Palestine............Lebanon...............