Hari ini Hari Jumaat

7/27/2006 2:14 PM by nuun
Entry One:

Dialog Hari Jumaat

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
"Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"

Lima puluh menjawab " aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".

Credit to Faizsahri... Barakallah feek


Entry Two:


Mafhum sabda nabi ..Zikir yang ringan disebut dil lidah tetapi berat timbangannya di sisi Allah SUbhanaLlahi wabihamdihi...SubhanaLlahil'Aaziim

Entry Three:

Banyakkan Selawat

Entry Four:

Mesyuarat
MB: TG Nik Aziz tidak dijemput

Thu | Jul 27, 06 | 06:19:26 PM
Oleh Maslan Yusoh

KOTA BHARU, 27 Julai (Hrkh) - Apabila disebut Kelantan terus menjadi mangsa diskriminasi kerajaan Pusat, ada pihak menganggap ia sebagai berfikiran sempit dan tidak mahu keluar dari kepompong lama.

Barangkali itulah yang cuba ditafsirkan pengerusi Debat Perdana di RTM 1, Dato' Johan Jaffar ketika menjadi pengantara pada debat perdana malam Isnin lalu, yang turut mengetengahkan pemimpin muda dari Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

Sebaliknya, apabila dibangkitkan isu global, lebih-lebih lagi kisah penderitaan penduduk Islam di Palestin dan Lubnan, apa pula yang mampu dibuat Pengerusi Persidangan Negara-Negara Islam (OIC). Beliau hanya sekadar keluar kenyataan mahu mengambil tindakan tegas.

Sedangkan sidang tergempar dan apa-apa mesyuarat khas mengenainya belum lagi kelihatan. Kalau inilah situasinya mungkinkah bos kepada Johan juga tidak global dan berada di bawah kepompong kerana tidak sensitif dengan saudara seagama di Lubnan dan Palestin.

Merujuk kepada apa yang diutarakan Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran, mengenai isu Menteri Besar Kelantan tidak dijemput menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-100 di Putrajaya baru-baru ini, ia memang tepat dan tidak mampu disanggah lagi.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Annual Bakri Haron ketika dihubungi mengesahkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat langsung tidak menerima jemputan menghadiri mesyuarat tersebut.

Maka hujah yang diketengahkan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan pada debat terbabit yang mempersoalkan bagaimana pemantauan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 mampu dilakukan dengan berkesan, sekiranya ketua kerajaan negeri enggan diajak berunding, tepat sekali.

"Kita tidak mahu apabila projek yang dirancang gagal dilaksana di Kelantan, Menteri Besar pula dipersalahkan, sedangkan ketika mesyuarat bagi membincangkan isu tersebut kita langsung tidak dijemput," kata Annual.

Penyelia Parlimen Kuala Krai, Zamzuri Mat Lazim mempersoalkan mengapa Menteri Besar Kelantan tidak dijemput sedangkan menteri-menteri kabinet lain juga hadir pada mesyuarat tersebut.

Antaranya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Rafidah Aziz; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Ong Ka Ting serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Abdul Aziz Shamsudin.

"Sebenarnya siapa yang berfikiran sempit dalam isu ini, pemimpin PAS atau moderator debat tersebut atau juga seorang lagi penalis dari Umno," kata Zamzuri.

abuamiir komen: Jangankan jemput banner pasal mesyuarat tersebut pun tak letak lambang negeri Kelantan....

0 Response to "Hari ini Hari Jumaat"