Menarik.....

8/05/2005 9:50 AM by nuun
Entry One

MATI: AKHIR KEHIDUPAN ATAU PERMULAAN PERJALANAN AKU INGIN HIDUP SELAMANYA

Firman Allah swt bermaksud:”Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasakan mati.” (Surah Ali Imran, ayat 185).

ORANG ISLAM BOLEH JADI KAYA KE?

Rasulullah saw bersabda bermaksud:“Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh redha Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh redha Tuhannya.” (Hadis riwayat al-Hakim).

AKU NI CERDIK ATAU DOT DOT?

Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Orang yang sempurna akalnya (yakni cerdik dan pintar) ialah orang yang suka memeriksa dirinya sendiri, di samping banyak beramal sebagai bekalan untuk menghadapi selepas matinya. Ada pun orang yang lemah (yakni yang bodoh) pula ialah orang yang selalu mengikut runtunan hawa nafsunya dan berangan-angan (yakni mendapat kurniaan Allah tanpa beramal).”(Hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah)

AZAB KUBUR: BOLEH PERCAYA KE?

Rasulullah saw bersabda maksudnya:“Kubur adalah tempat pertama menuju akhirat, kalau seseorang itu sudah lepas dalam persoalan kubur, maka ujian selepasnya akan menjadi lebih ringan, tetapi kalau belum lepas, maka yang sesudahnya akan menjadi lebih hebat / dahsyat lagi." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

TENGOK ORANG MATI SENANG JE?

Rasulullah saw bersabda bermaksud:“Sesungguhnya mati itu adalah amat pedih seumpama ditetak dengan pedang beberapa kali atau digergaji atau digunting dengan beberapa kali guntingan.”(Hadis riwayat Abu Na'im).

AKU KAYA, AKU PANDAI, AKU SIHAT SEBAB AKU USAHA SENDIRI.

Sabda Baginda saw bermaksud:“Pergunakan (rebutlah) lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan mudamu sebelum keadaan tuamu, keadaan sihatmu sebelum datang keadaan sakitmu, keadaan ketika engkau kaya sebelum datang keadaan engkau miskin, keadaan ketika engkau lapang sebelum datang waktu sibuk, dan keadaan semasa engkau masih hidup sebelum datang kematianmu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).


Credit to : http://syashasya.tblog.com/


Entry Two

Hari ni hari Jumaat Jom Selawat..


1. Baginda bersabda kepada malaikat yang bermaksud: "Apabila seseorang mukmin membaca selawat sekali untukku, maka selawat itu akan diambil oleh malaikat Izrail dengan izin Allah dan akan disampaikan ke kuburku.

"Maka berkata malaikat itu, Wahai Muhammad, seseorang sudah pun membaca selawat untukmu. Lantas dijawab oleh Muhammad: Aku akan membalasnya dan sewajarnya orang itu mendapat syafaat daripadaku."

Rasulullah meminta malaikat menyampaikan 10 selawat kepada orang itu. Kemudian malaikat pergi ke arasy menyampaikan peristiwa itu kepada Allah. Allah meminta malaikat menyampaikan 10 lagi selawat.

Sumber Berita Minggu, 29.9.96


2. Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya) bahawa :



"Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail (astws) telah berkata kepadaku :

Berkata Jibril AS - "Wahai Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca selawat keatasmu setiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan aku bimbing tangannya dan membawanya melintasi titian seperti kilat menyambar".

Berkata Mikail AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku memberi mereka minum dari telaga mu"

Berkata Israfil AS - "Mereka yang berselawat keatas mu, akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu"

Berkata Izrail AS - "Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para anbia.

Petikan :

"Himpunan Cerita-Cerita Lelaki dan Wanita dalam Al-Qur'an dan Hadis"

Buku 9,Halaman 121-122

3. Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Al-‘Ash r.a. :
Maksudnya : “Sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah s.w.t. akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. Riwayat Muslim



Entry Three



Lama tak de citer realiti pasai Amiir ...nantilah...

0 Response to "Menarik....."