anyone dare to comment kenapa agaknya mak dia sampai hati dera anak dia?.. and why only mean to her not her brother?.. and hmm..dera cemanalah yg teruk sangat sampai leh koyak pecah semua... na'uzubillah...CSI ought to film this.. really want to know the real story behind it.
Ibu dituduh bunuh anak kandung
NOR HARYANTI Nordin didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam atas tuduhan membunuh anak kandungnya yang berusia dua tahun. - Gambar AHMAD ZAKI JILAN.
--------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA 11 Mei - Seorang ibu, Nor Haryanti Nordin dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak kandungnya, Nur Iszyani Amylia Ahmad Iskandar yang berusia dua tahun.
Nor Haryanti, 24, pembantu kawalan kredit MK Land Berhad, didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Nur Iszyani iaitu anak keduanya antara 25 dan 26 April lalu di rumah mereka di No. 436 Blok D, Apartmen Idaman Damansara Damai, Sungai Buloh dekat sini.
Pertuduhan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
Sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa, Nor Haryanti memberitahu yang dia memahami pertuduhan yang dihadapi.
Tiada pengakuan direkodkan daripada ibu muda itu kerana kesnya akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Selaras dengan itu, Salehuddin mengemukakan izin mengikut Seksyen 177A Kanun Prosedur Jenayah supaya kes itu dipindahkan ke mahkamah berkenaan untuk dibicarakan.
Majistret Azroul Hisham Azulan membenarkan permohonan pendakwa raya. Bagaimanapun tarikh sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi akan ditetapkan kemudian.
Sebelum itu, Azroul ada bertanya kepada Nor Haryanti sama ada dia ingin melantik peguam.
Nor Haryanti berkata bahawa buat masa ini dia belum diwakili peguam.
Dengan nada sebak sambil menitiskan air mata Nor Haryanti berkata: ``Saya tidak diberitahu mengenai peguam. Dan saya tidak sangka bahawa saya yang akan didakwa.''
Sejak mula Nor Haryanti dibawa masuk, galeri awam kelihatan dipenuhi oleh kakitangan mahkamah termasuk hakim dan majistret yang turut berminat mendengar prosiding itu.
Namun begitu, tiada ahli keluarganya kelihatan berada di mahkamah.
Kira-kira pukul 3 petang, Nor Haryanti di hantar ke Penjara Wanita Kajang kerana pertuduhan yang dihadapi melarang dia dibebaskan dengan jaminan.
Tertuduh bersama suaminya sebelum ini telah direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan kerana disyaki mendera anak mereka sehingga mati.
Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa laporan bedah siasat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengesahkan Nor Iszyani adalah mangsa penderaan.
Nor Iszyani yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada pukul 9.55 pagi, 26 April selepas dihantar oleh bapanya, seorang pengurus pengeluaran kilang perabot, kerana dikatakan demam.
Doktor bagaimanapun mengesahkan kematian mangsa akibat didera ekoran penemuan kesan-kesan lebam di badan.
Laporan bedah siasat ke atas Nor Iszyani yang diperoleh dari PPUM mendapati kanak-kanak itu mati kerana mengalami pendarahan teruk pada bahagian hati dan usus kecil, dipercayai akibat dihentak.
Malahan bedah siasat yang dijalankan juga menunjukkan mangsa turut mengalami kecederaan luaran akibat kesan cubitan dan curahan air panas.