Kalimatin Sawaain Bainana

Entry One:

"Bagi saya kali ini memang lain daripada sebelumnya. Lain dan menarik.

Cara saya mengetahui kewujudannya sahaja sudah membuat hati saya berdebar-debar. Dua hari selepas ke'lewat'an jadual yang sbl ini Allah susunkan dengan baiknya, saya bermimpi seseorang datang kepada saya, sambil mendukung seorang budak perempuan. Dia memakai tudung bidang 60", dan budak perempuan tersebut memakai gaun merah jambu yang sungguh comel. Saya terkelip-kelip memandangnya mungkin kerana sudah lama tidak bertemu dengannya.

Lantas saya bertanya kepadanya (dengan nada gembira),
"Eh, akak! Akak dapat anak perempuan ek!!!"

Dia hanya tersenyum. Manis sungguh senyumannya hingga kelihatan lesung pipitnya. Sambil dua tangannya dihulur ke arah pipi saya. Dua tapak tangannya memegang & meramas pipi saya, tanda sungguh gembira. Dan saya terjaga (jam 3 pagi lebih kurang), dengan terasa kehangatan tangannya di pipi.

Dah tahu siapa 'dia' dalam mimpi tersebut? Dialah kakak yang pergi dahulu menyahut seruan Ilahi pd 16 Disember 2004 lalu.

Kak Qin datang seolah-olah memberitahu, "Hany nak dapat baby lagi!"

Taken From Ummu Nufayl

p/s: Ummu Nufayl dah Scan ke belum :P


Entry Two:

abu amiir, malam tadi kita mimpi, jumpa abu amiir dgn ummu muhammad. kita dtg rumah abu amiir, sebab ummu muhammad bersalin. dapat anak perempuan, comel sgt.

betul ke mimpi tu
mardhiah12 | Homepage | 03.27.06 - 9:41 pm | #


Comments:

a. Adakah Baby yang dilihat oleh Ummu Nufayl dan Ummu Auni merupakan Baby yang sama? Sama sama kita tunggu dan lihat :P

b. Macam mana nak pastikan sama atau tidak? kena tunggu Ummu Nufayl dan Ummu Muhammad bersalin dulu kemudian tengok mana yang sama? Mungkin ada possibility Baby yang dilihat oleh Ummu Auni adalah Baby Ummu Muhammad dan Baby yang dilihat oleh Ummu Nufayl adalah Adik kepada Nufayl ataupun sebaliknya mungkin juga dua dua tak sama..

c. Amiir dan Muhammad nak dapat adik? - Insya Allah December (Lama aa korang kena tunggu baru boleh verify baby u sama ke tidak :P)

d. Mimpi orang baik baik ni biasanya Rukyah Sadiqah Insya Allah


Entry Three:

1. "Punca kesedihan ialah manusia yang bila dilanda kegelisahan,
kesempitan dan kesulitan, mereka enggan berdo'a kepada Allah yang
sentiasa memperkenankan do'a. Berdoa adalah buah iman dan mereka yg
memahami hakikat do'a tidak pernah berserabut, gundah dan resah..(mereka sentiasa berdoa di kala lapang atau sedih, sebgmn janji-Nya:

" atau siapakah yg memperkenankan (do'a) orang yang dalam kesilitan
pabila ia berdoa kepadanya?" AQT 27: 62

" berdoalah kamu kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu" AQT
23: 60

2. "Antara punca kesedihan manusia ialah mereka cuba melawan setiap
bencana dan penderitaan (mereka) dengan kekuatan dirinya sendiri. La
Tahzan! Manusia hanya mampu menolak kesedihan dan penderitaannya
hanya sanya dengan menyerahkan dirinya kepada Allah SWT semata. Maka
ucapkanlah

" HasbunaLlah wani'mal Wakil" (Cukuplah ALlah menjadi Penolong kami dan ALlah adalah sebaik-baik Penolong) AQ 3:174

" dan hanya kepada Allah-lah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu
benar-benar beriman" AQT 5: 23


"Ya ALlah. hanya rahmatMu yg ku harapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih sayangMu sekelip mata pun dan
perbaikilah selalu keadaanku, tiada Tuhan selain Engkau."


[La Tahzan- Dr Aidh Abdullah alQarni,]

Berusahalah...

Entry One:

fussilat


[34] Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

[35] Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

zumar


[53] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[54] Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.


Entry Two:

Bergegar Hati saya melihat gambar di bawah first thing terfikir bila melihat bentuk tubuh what if amiir... Allah...

A wounded Palestinian boy1

A wounded Palestinian boy

A wounded Palestinian boy2

A wounded Palestinian boy is treated in the emergency room of the Shifa hospital after he was injured in an Israeli missile strike aimed at Islamic Jihad militants in Gaza City Tuesday June 13, 2006.



Tolonglah Mereka, Bantulah Mereka Untuk menderma refer previous posting - "Kami akan bermohon kepada Allah agar anda semua akan bersama kami di syurga nanti"

Best ke Bangkrup?

"Keistimewaan" diisytiharkan menjadi si bankrap
Oleh Asuki Abas (Wartawan Utusan)

bankruptcy-sml

BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang - sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang.
Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JPH malah si bankrap itu sendiri.

JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap. Tugas JPH yang diketuai oleh seorang Pegawai Pemegang Harta (PPH), sekarang ini dijawat oleh Mokhtarudin Baki, bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (PP&PP) di keluarkan oleh mahkamah. Dalam bahasa orang kebanyakan, PP&PP itu ialah perintah bankrap.

Dari sudut perundangan, Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan PP&PP terhadap seorang si berhutang sama ada melalui petisyen pemiutang atau atas permohonan si berhutang itu sendiri. Ia dibuat berpandukan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan 1969. Dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap ditadbir dan diletak hak kepada PPH untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak.

Pembayaran hasil pentadbiran (yang dipanggil sebagai pembayaran dividen) dibahagi-bahagikan mengikut peratusan kepada para pemiutang (sekiranya terdapat lebih daripada satu) tanpa mengira siapa yang membuat petisyen bankrapsi. Menurut Mokhtarudin, perkara yang paling membawa masalah kepadanya untuk menjalankan tugas ialah persepsi bahawa PPH merupakan orang kerajaan yang bertindak untuk mendapatkan hutang bagi pihak pemiutang. Dengan sebab itu, si berhutang biasanya akan melarikan diri sebaik mengetahui bahawa perintah bankrap dikeluarkan terhadapnya.
Gangguan

Bak kata Mokhtarudin: "Kebanyakan orang Malaysia akan lari kalau dapat perintah bankrap ini, mereka mulalah memindah milik tanah, rumah, kereta kepada kaum keluarga lain - takut dirampas.
"Mereka ingat JPH dan saya ini pemungut hutang untuk bank."

Tidak ramai yang menyedari bahawa tugas utama PPH ialah melindungi si bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah PPH diberi kuasa mencegah pemiutang daripada terus menerus menekan atau mencari atau mengancam si berhutang sepanjang proses kebankrapan itu dilaksanakan.

Pemiutang, tanpa mengira kedudukannya, tidak boleh menyentuh si berhutang selagi beliau dan aset-asetnya berada di bawah PPH. Di situlah terletaknya "keistimewaan" menjadi bankrap.

Sedikit sebanyak, si bankrap sekarang boleh dikatakan sebagai seorang yang untouchable - tidak boleh disentuh oleh sesiapa. PPH mengakui setiap orang tentunya mahu mengelakkan pengisytiharan bankrap kerana tidak ada orang waras yang mahu menjadi seorang muflis, namun ada ketikanya, selepas segala usaha telah dibuat, ia tidak dapat dielakkan lagi dan terpaksa dilaksanakan.

Sehubungan itu, si bankrap seharusnya memandang positif peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PPH kepadanya. PPH memerlukan kerjasama si bankrap supaya segala proses bagi melangsaikan hutang si bankrap dapat dimulakan secepat mungkin.
Selepas lima tahun ditadbirkan, si bankrap akan diberi pelepasan atau dilucutkan daripada status bankrapnya itu atas budi bicara PPH. Ia bersama syarat bahawa PPH berpuas hati dengan kelakuan dan kerjasama si bankrap sepanjang lima tahun berada di bawah penyeliaan.

Di sini terletak keindahan menjadi seorang bankrap. Menurut Mokhtarudin, seorang bankrap yang sudah dibebaskan juga bebas sebenar-benarnya daripada semua hutang yang ditanggung sebelumnya, "seperti seorang yang memulakan kehidupan baru tanpa ada hutang sesen pun."

Sebagai contoh, seorang si berhutang dijadikan bankrap pada tahun 1990 oleh dua buah bank yang menjadi pemiutang kerana tidak mampu membayar pinjaman berjumlah RM5 juta kepada kedua-dua bank.
Si bankrap memberi kerjasama baik kepada PPH dan menyediakan semua maklumat dengan tepat mengenai aset-aset miliknya. PPH dengan itu dapat membuat pentadbiran harta-harta si bankrap dalam tempoh masa yang cepat dan berhasil menjual kesemuanya - sebuah rumah, sebuah kereta dan tiga bidang tanah kebun yang agak kecil - dalam tempoh tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah kira-kira RM300,000 dan ia dibahagi-bahagikan antara kedua-dua bank.

Pelepasan
Pada tahun 1995, PPH yang berpuas hati dengan kelakuan si bankrap yang turut memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, memberikan pelepasan kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan.Hasilnya, si bankrap sekarang menjalani kehidupan baru dengan tidak dibebani sebarang hutang. Kedua-dua bank tidak berpuas hati dan membantah tetapi PPH menolak bantahan tersebut kerana undang-undang memperuntukkan kepada si bankrap untuk menjalani kehidupan normal yang bebas hutang selepas beliau menjalani `hukuman'nya.
"
Mana ada undang-undang lain yang memberikan pelepasan kepada orang berhutang yang membayar sebahagian kecil sahaja daripada hutangnya? Inilah the beauty of bankruptcy," kata Mokhtarudin.

Bagaimanapun, beliau menambah, kesedaran perundangan di negara ini adalah terlalu rendah sehingga tidak ramai yang menyedari keistimewaan bankrapsi. Di negara ini, hanya satu kes dalam setiap 1,000 kes bankrapsi yang melibatkan petisyen yang dipohon oleh si berhutang.

"Di Amerika Syarikat, orang berebut-rebut hendak memohon status bankrap sekiranya betul-betul tidak mampu membayar hutang. Orang kita pula lari," kata beliau.
Sebahagian besar daripada mitos yang dikaitkan bersama perintah bankrap itu tidak benar. PPH tidaklah kejam sehingga segala bentuk wang seperti deposit bil air, elektrik dan telefon dirampas.

PPH hanya akan mengambil dan mentadbir apa-apa harta yang cukup untuk membayar hutang yang membuatkan si berhutang itu bankrap sahaja. Jika beliau memiliki hutang sebanyak RM100,000, harta yang diambil adalah setakat RM100,000 sahaja.
Jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PPH akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap.
PPH juga tidak merampas semua deposit sebaliknya akan menasihatkan misalnya TNB, Telekom atau Jabatan Bekalan Air supaya memindahkan nama kepada isteri atau suami si bankrap kerana adalah menjadi tanggungjawab PPH memastikan si bankrap tidak dibebani sebarang liabiliti tambahan.

Selain JPH mahu memperbaiki tahap kesedaran orang ramai terhadap isu-isu kebankrapan, jabatan itu, pada masa yang sama, cuba untuk memastikan jumlah kes bankrap yang meningkat pada kadar yang membimbangkan iaitu melebihi 10 peratus sejak tahun 1996 dapat dikurangkan.

Dengan itu, satu cadangan dibuat supaya tahap hutang untuk boleh diisytiharkan bankrap dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000.
Menurut Dr. Fatimah Daud dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, hasil kajian menunjukkan lebih 50 peratus daripada mereka yang diisytiharkan bankrap berhutang kurang daripada RM50,000.

Sehingga akhir tahun 2002, terdapat kira-kira 105,336 kes kebankrapan di negara ini dengan 9,886 kes baru dan 3,832 kes diselesaikan.
Peningkatan tahap pengisytiharan bankrap itu dijangka dicadangkan dalam rangka pindaan Akta Kebankrapan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri.
Selaras dengan usaha memperbaiki imej JPH dan pandangan masyarakat terhadap kebankrapan, PPH pada tahun lalu telah melawat setiap negeri dan mengadakan kempen sehari bersama pelanggan untuk memberikan gambaran lebih tepat mengenai fungsi jabatan itu.
Kempen itu diharapkan mencapai matlamatnya dan mendorong para bankrap yang melarikan diri untuk tampil bekerjasama dengan PPH bagi mempercepatkan proses pelepasan mereka.
"JPH bukanlah pemungut hutang bagi pemiutang, lagi pula jika pun mereka diisytiharkan bankrap, nasihat kami ialah; dunia masih belum kiamat.
"Kami akan membantu mereka untuk melihat semula cahaya di hujung terowong," kata Mokhtarudin.

abuamiir commet: 5 tahun lama oooooooooooo lainlah kalau hutang tu satu trillion...

Kami akan bermohon kepada Allah agar anda semua akan bersama kami di syurga nanti

Entry One:

Marilah kita bersama-sama menghitung dan mengambil kira benda-benda kecil yang kita abaikan selama ini. Mungkin pada yang kecil halus itulah Allah menyentuh kehidupan kita dengan barakah.

Sebagaimana kebaikan yang kecil mungkin menjadi punca keberkatan Allah, maka berhati-hati jugalah dengan dosa-dosa yang kita anggap kecil. Ia menjadi punca murka Allah. Dalam setahun, mungkin seorang dua sahaja warga negara kita yang mati dibaham harimau. Namun, jumlah yang mati kerana gigitan seekor nyamuk, jauh berganda. Yang kecil jangan dipandang remeh, yang besar yang disangka segala-galanya.

Mari luruskan saf, mari kemaskan saf, mari habiskan makanan, mari pelihara adab dalam iman. Murahkan senyuman, banyakkanlah membuat kebaikan yang mudah dan kecil tapi berpanjangan. Mengubah ranting dari jalan agar jangan ada yang kesakitan, memandang wajah saudara dengan air muka manis penuh senyuman. Banyak-banyakkan berbuat kebaikan, tidak diketahui yang mana bakal dipilih Tuhan, jadi pemboleh ke syurga yang berkekalan.

Jangan pandang kecil pada RM 1 yang mahu didermakan kepada mustadh'afeen di Palestin!
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. - Credit to Saiful Islam

Sumbangan Boleh diberi Melalui

a) Tabung untuk Mangsa Gempa Bumi Yogyakarta akaun Maybank, Parti Islam Semalaysia di nombor 564070705537 dan bantuan ubat-ubatan ke Pejabat Harakah atau Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur.

(Bantuan akan digunakan untuk keperluan mangsa-mangsa gempa bumi berkenaan, Sepanjang Misi bantuan PAS di sana, kmereka akan diselia di bawah Komite Kemanusiaan Indonesia (KKI), sebuah badan di bawah Partai Keadilan Sejahtera (PKS)

b) Tabung Bantuan Palestin akaun Maybank, 564070703248 atas nama Parti Islam Se Malaysia.
(Dilancarkan pada 13 Mei lalu, untuk tempoh dua bulan, PAS mensasarkan kutipan sebanyak RM3.6 juta ataupun USD1 juta dalam roadshow yang akan terus diadakan di seluruh negara )

c) Akaun "Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia" di Bank Islam Malaysia Berhad, cawangan Taman Melawati, nombor akaun: 12113010005797.

d) Aman Palestin Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12029010047880
Maybank Malaysia Berhad
Nombor akaun: 562263010787

Pertanyaan : 03-89267019

e)Tabung Kemanusiaan Palestin-ABIM boleh dilakukan melalui akaun Bank Islam Malaysia bernombor 14-023-01-0011219 atau akaun Maybank bernombor 564221610116.

f)Tabung Utusan, NSTP pun ada jugak.

Kesimpulan Hendak seribu Daya Tak Mboh Seribu Dalih. Boleh pilih mana mana akaun yang diyakini, bukan apa takut sampai kat orang yang tidak diterima/disokong oleh rakyat palestin susah jugak. kalau nak ikut saya pun boleh jugak tiada masalah.

" Jikalau anda merasakan kemenangan HAMAS adalah kemenangan kumpulan radikal yang ingin menegakkan cita-cita politik mereka, maka anda silap!Jika anda merasakan isu Palestin hanya merupakan isu rakyat Palestin yang inginkan kemerdekaan setompok kecil dari bumi Allah yang luas, anda juga silap!Jika anda merasakan bahawa kami (rakyat Palestin) ingin mengemis duit anda untuk mengisi kekosongan perut kami, anda sememangnya telah melakukan kesilapan yang amat besar!"

"Kepada rakyat Malaysia saya menyeru supaya anda turut serta di dalam perjuangan ini walau hanya dengan doa sekalipun. Di malam yang hening, ketika orang lain lena berdengkur melayan mimpi-mimpi mereka, bangkitlah untuk menyucikan diri. Bertaubatlah kepada Tuhan, dan titiplah di akhir doa kalian kemenangan buat umat Islam di Palestin. Titipkan jugalah doa agar Allah memberikan kekalahan yang maha hebat kepada pihak penjajah Zionis. Titipkan jugalah doa, agar kami semua tetap komited dengan perjuangan sehinggalah al-Aqsa berjaya dimerdekakan."

" Kami punya Allah. Kami juga punya umat Islam di seluruh dunia di dalam perjuangan suci ini. Kami yakin, umat Islam akan kembali membantu kami dan tidak akan membiarkan kami berseorangan."

"Perjuangan membebaskan al-Aqsa dan negara Palestin adalah tugas kita semua. Kita semua akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T. mengenainya di akhirat nanti. Meskipun kami berada di barisan hadapan, namun doa dan sumbangan anda semua akan tetap menjadikan anda semua sebahagian daripada kami. Andai kami terkorban syahid dan anda semua tidak jemu membantu dan mendoakan kami, kami akan bermohon kepada Allah agar anda semua akan bersama kami di syurga nanti. Ingatlah Islam pasti menang, Islam pasti berkembang di seluruh dunia, Islam pasti akan memerintah sekali lagi, Islam akan kembali gemilang, dan al-Aqsa akan sekali lagi dimerdekakan... "

Pesanan Dr Mahmoud Zahar (Menteri Luar Kerajaan HAMAS Palestin) kepada rakyat Malaysia -30 Mei 2006



Entry Two:

Memorable Quotes

1. 03aniarope


STARBIZ: Apa yang terjadi selepas berlaku ‘blackout’ pada 1992?

Ani: TNB mempunyai rencana untuk mengeluarkan lebih banyak bahan tenaga elektrik dengan membina janakuasa di Pasir Gudang dan Paka. Kewangan tidak menjadi masalah kerana kita mempunyai martabat kredit yang begitu tinggi. Kita telah mendapatkan tanah dan sudah bersiap sedia untuk membina janakuasa itu.

Akan tetapi kami telah diberitahu oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) bahawa mereka mempunyai perancangan sendiri. Kami telah memberi ingatan kepada EPU, kalau janakuasa itu mahu dibina, ia memerlukan dua tahun untuk disiapkan. Jika tidak dibina segera Malaysia akan mengalami satu lagi bencana kegelapan ‘blackout’ besar. Apabila kita mempunyai khidmat tenaga 250 orang jurutera, tentulah tidak masuk akal bahawa kejadian ‘blackout’ itu adalah disebabkan perancangan yang tidak matang. Akan tetapi UPE (EPU) berkata ia sudah mempunyai rencana sendiri dan mahukan kami menyerahkan tanah tersebut.

Kemudian baru tersembul berita bahawa ia mahu menswastakan pembinaan janakuasa. Saya tidak pernah menolak penubuhan IPP (Pengeluar Tenaga Bebas) . Memang baik kalau kita mempunyai kumpulan lain memainkan peranan, tetapi ia harus dilaksanakan dengan saksama. Ia mesti berlaku adil kepada para pengguna, bukan sahaja TNB yang merupakan penyalurnya. Apabila harga tarif dinaikkan, TNB sudah menjadi budak belasahan. Sedangkan fokus harus tertumpu kepada para pengguna.

Apabila terlalu banyak kemudahan diberikan kepada IPP, semua rakan sejawatan saya di merata dunia telah bertanya, apa yang sudah jadi. Mereka berkata mereka ingin mendapat sedikit saham dalam IPP itu. Mereka berkata kontrak yang diberikan kepada IPP adalah “terlalu lumayan”. Terma perjanjian terlalu menguntungkan pihak IPP.

STARBIZ: Bagaimanakah model IPP Malaysia diwujudkan?

Ani: Anda tanyalah bekas Perdana Menteri kita..(Ask our previous Prime Minister.)

Interview with Tan Sri Ani Arope Ex Chairman TNB published on 6-Jun-2006 in The Star Business section TNB got a raw deal

Abu Amiir Comments: Huhu....


2. MuktamarDPPPke47-photo06

"Apabila kita sebut mereka adalah agen Umno, maka dia menulis semula surat di Harakahdaily bertajuk, Hamas patut belajar daripada PAS. Dalam kaset-kaset mereka, disebutkan bahawa selain al-Quran dan hadis, buku Ustaz Harun Taib perlu dibaca," kata Idris.

"Mereka juga menggunakan saluran majalah. Sekarang sudah bertembung idea-idea mereka di alam siber. Dulu, mereka menyerang salah seorang pimpinan kita. Apabila saya jawab, sekarang mereka serang saya pula. Kita boleh menang kalau berdebat, tapi akhirnya akan melambatkan kerja-kerja dakwah."

Penggulungan Muktamar DPP Pusat ke 47 oleh Ust Idris Ahmad Menyentuh isu Jamaah Centric dan Ummah Centric

Abu Amiir Comments: Aloh.....


3. wahid

"I'm hoping for England to win, but realistically I think Brazil will lift the World Cup. "

"I am a rational fan, meaning I will not stay up to watch live matches except during weekends, for semis and final matches. My favourite football team is England.My favourite footballer is Ronaldinho.Extremely talented, great mastery of the ball, controls every game and scores great goals. Simply brilliant!"

"For the die-hard football fans among our staff, we encourage them to take leave to watch their favourite games – of course, subject to operational requirements."

"We certainly do not want them to still come to work after an early morning game and doze off in the office, or suffer from lack of concentration whilst working. "


Interview with DATUK ABDUL WAHID OMAR Group chief executive officer Telekom Malaysia Bhd published on 5-Jun-2006 in The Star Business section CEOs revel in football mania




Abu Amiir Comments: hip hip hurrayyyyy



4. mukdulama_DSC00001

"The Dewan Ulama upholds Hadi’s decree that Umno’s policies have made it an infidel(kafir). Unless Umno reverts and proclaims an Islamic form of governance, the ulamas will continue to oppose them," he declared.

"We do not brand their members as infidels, but their policies. If they adopt Islamic governance the ulamas will naturally stop fighting them."

Quotes from Ust Dato' Harun Taib Ketua Dewan Ulama PAS during Muktamar DewanUlama PAS Pusat



Abu Amiir Comments: Aduhs.......

And the most memorable for this week i think.....................
















5. a href="http://www.flickr.com/photos/82438433@N00/162816089/" title="Photo Sharing">drma


What was your biggest blunder?


I have made many blunders in my career I have helped many people up only for them to stab me in the back. So it is a common trait for me. I'm in the habit of choosing the wrong people. But the present government can do a good job if they want to. The means are there but if they come under the influence of people who have other agenda, then I can't help.


Who are you referring to?


It is up to the press to know, you know more than I do.


mh_01_big

Do you think Pak Lah has stabbed you in the back?

Minor bruises like saying I finished all their money when I know very well when the country has never been as rich as it is now. Having chosen him as my successor, in fact he was not the first choice, he was second, as he didn't have the highest votes. Najib had. I chose him and I expect a degree of gratefulness. But I was told that I had involved in mega projects and finished the money.


p/s: Kenapa Petronas takleh subsidise harga minyak ?


Putrajaya is not developing after you retired?

The governmwent claims it has no money to continue. That is why they stopped so many projects in Putrajaya. They have stopped the mosque, the monorail has been shelved. My contention is the government has has lots of money and Putrajaya is built largely with Petronas funds. Petronas made a profit of RM50 billion last year and this year RM80 billion. Petronas has a lot of money. Petronas can build if you want them to.


Abu Amiir Comments:ehem ehem.......Kalau anda masih lagi tak tahu siapa yang dimaksudkan (influence people who have other agenda) confirm anda masih lagi duduk di zaman dinasour

Seminggu yang lalu....

26hb Mei 2006

Family Kelantan sampai, Malam selebret ulang tahun amiir dah muhammad hadiah apa dapat? kapl terbang ada, baju ada, basket ball set ada, kolam mandi pun ada. Ummu Auni nak tengok kek nanti tengok kat gambar lah.

Picture316_26May06


Picture325_26May06

Picture326_26May06

27hb Mei 2006

Abu Muhammad 4 tahun.....Ingat nak bercerita tentang siapakah abu muhammad. bukan calang calang jugak orangnya tapi nantilah...sape yang kenal beliau boleh lah share di POV nanti esp student sheikh malek ngan UNITEN.

Pergi PD, tengok matahari jatuh, tido

Picture332_27May06

Picture337_27May06

Picture341_27May06

Picture342_27May06


main pantai,

Picture343_28May06

Picture346_28May06


29hb Mei 2006

Tengok bersamamu TV3. Kesusahan keluarga dari bangsa Cina, tengok ketaatan dan kebaikkan anak melayan ahli keluarga yang tak de upaya terfikir alangkah kesiannya mereka kalau mati kelak dalam keadaan tidak bertauhid, segala keperitan menanggung kesusahan di dunia, ketaatan tidak dapat menyelamatkan mereka di akhirat kelak, semuanya menjadi habuk dan debu, itulah nilai iman dalam diri seseorang kerana bagi mukmin itu semua bernilai di sisi Allah......

Terfikir...bagaimanakah keadaannya kalau kita yang ditakdirkan bangun pada suatu pagi dalam keadaan tidak beriman kepada Allah...

Allahummakhtim Lana Bihusnil Khaatimah.....


30hb Mei 2006

Ulang tahun ke 4 Muhammad

red ranger muhd 2

kena selebret dengan amiirlah...

red ranger amiir

Macam mana nak selebret?

































Picture351_30May06

Mandi kolamlah......


2hb Jun 2006

Petang ni Insya Allah amiir akan balik kedah untuk sambutan Hari Keluarga KoHarum(Koperasi Hj Baharum) kira family reunion lah, tak silap keahlian amiir adalah ahli yang ke 300++ .Depa ni dapat trace salasilah up to tahun 17++ ( Zaman Wan Mat Saman lagi kot) laporan lanjut nantilah.....

Takde Tajuk

Hanya Setelah Mereka tiada

In Memory

Mohd Khairuddin Mohd Nor (27/05/2002)

Nor'Ashiqin Mohd Ali (16/12/2004)

and

Mohd Zani Husin (03/10/2000)

Kisah Di Akhir Zaman

"Mana boleh berjuang setakat Ilmu Quran Ilmu hadith sahaja belum cukup untuk berjuang sebab dia tak ada MINDA. Nanti kita cerita kenapa dikatakan begitu."

First time saya dengar perkara ini disebut ialah sewaktu kuliah jumaat Dr Fauzi Deraman, lebih kurang sebulan dua yang lepas, tapi tak dapat agak lagi ditujukan kepada siapa, kemudian bila dengar kuliah ust hadi talhah dan dia mentionkan yang dr fauzi pun dah ada mention, saya agak skeptikal walaupun dah baca banyak buku mengenai benda ni, kemudian bila ayah ummu muhammad mention sekali lagi pasal kuliah ust hadi jugak ingat nak cari jugak info detail sampailah minggu ni ada dimention dalam al ahkam diserta dengan catatan oleh alin 81(credit to them) . Apa isinya jom....

PETIKAN VCD 1

"Itu sebab, Allah tak izinkan ulama'-ulama' yang berwatak nabi, berjuang. Bila kita
berjuang? Tiap-tiap seratus tahun di awal kurun, itu sahaja masa orang Islam disuruh
berjuang! Di bawah pimpinan mursyid, minta maaf (nada sinis-bukan minta maaf silap
mengatakan mursyid - pengarang) di bawah pimpinan mujaddid. Selepas Rasulullah wafat,
Umat Islam tidak disuruh berjuang. Kalau berjuang pun takkan menang. Allah tak janji
kemenangan. Kalau paling-paling ikhlas berjuang, dapat mati syahid, itu je. Yang Allah suruh berjuang bila? Tiap-tiap awal kurun, tiap-tiap kurun diawal kurun ketika itu ada mujaddid, ha itu masa berjuang. Bila ada mujaddid datang kita kena ikut mujaddid kita kena* berjuang. Itu satu masa berjuang yang Allah suruh."

modal-Tuhan

"Jikalau tak ada mujaddid, atau tak ada ulama' berwatak rasul, (kerana setiap mujaddid tu ulama' berwatak rasul), kalau tak ada mujaddid atau ulama' berwatak rasul ini, maka Allah tak suruh kita berjuang. Kalau hanya ada ulama' berwatak nabi, jangan berjuang!. Kita boleh ikut dia tapi hanya untuk beribadah dan untuk menjaga akhlak. Boleh ikut, tapi untuk diri kita sendiri, keluarga kita keliling-keliling kampung itu je, untuk kita beribadah dan untuk kita bina akhlak, berjuang-berjuang tak boleh. Sebab kalau berjuang juga, lebih banyak rosak daripada baik. Kalau ulama' berwatak nabi berjuang, dia akan menimbulkan lebih banyak kerosakan daripada kebaikan. Sebab apa? Dia tak ada MINDA! Mana boleh berjuang setakat Ilmu Quran Ilmu hadith sahaja belum cukup untuk berjuang sebab dia tak ada MINDA. Nanti kita cerita kenapa dikatakan begitu."

Mbook

"Apa tu MINDA? istilah MINDA digunakan untuk mengaburi orang awam & pihak musuh.. maksud sebenar MINDA adalah ILHAM = WAHYU.. bezanya ilham dah ditapis & diringankan/ditawarkan 46 kali berbanding wahyu (disebuntukan hadith 'mimpi adalah 1/46 kenabian') mengapa Allah tak beri wahyu, hanya beri ilham pada abuya? jawapannya sebab jiwa abuya tak tahan & tak cukup kental untuk terima wahyu (dibezakan dengan jiwa para anbiya' yang menerima didikan langsung darip Allah, sdgkan jiwa manusia biasa dah bercampur aduk dengan didikan manusia lain pada peringkat awal).. sampai satu tahap di mana tahap ketaqwaan manusia (dalam kuliah ni dimaksudkan abuya) melebihi tahap ketaqwaan umat manusia semuanya maka Allah pula ambil peranan untuk didik manusia (abuya) tu.. dari situlah datangnya ilham.. kemudian disebuntukan firman Allah (tak sure betul ke tidak mungkin boleh semak) : "jika kamu benar2 taqwa, Akulah yang mengajar kamu ilmu.."

taqwa-2


PETIKAN VCD 2


" Mujaddid (refer pada abuya) bawa fahaman/ tafsiran baru pada AQ & hadith, disesuaikan dengan peredaran zaman.. manusia tak leh berjuang tanpa ilham, tak boleh rujuk direct pada AQ & hadith (perlu pada ilham).. abuya tak galakkan hantar anak2 ke sekolah tahfiz, sebab belajar AQ pun tak dapat petunjuk.."

" abuya tak bela jin, tapi ada jin yang menjadi murid2 abuya, pengawal aurad, menjadi
pengikut..ada rijal ghaib yang bantu perjuangan abuya, dari kalangan malaikat, jin2 Islam, roh2 orang shaleh (roh muqaddas).. abuya bekalkan pemimpin2 jemaah (rufaqa') dengan rijal ghaib & roh muqaddas.. orang2 jemaah yang dah meninggal membantu perjuangan di alam roh (disebuntukan bbrp nama pengikut yang dah meninggal dunia, yang didakwa dilantik sbg rijal ghaib & ganjaran2 yang mereka terima)"

" jika masuk hutan seru nama syeikh (mungkin yang dimaksudkan syeikh suhaimi) & nama
abuya.. nanti abuya akan hantar jin atau karamah untuk membantu jika berhadapan dengan kesukaran .Jemaah (rufaqa') adalah jemaah kebenaran.. ciri2 jemaah kebenaran adalah adanya bantuan ghaib.. jika tak der, maka ia bukan jemaah yang benar"

Abuya_turun_tangga

" pengikat hati dengan mursyid (abuya) adalah melalui wirid.. nak bersama dengan Tuhan tu susah, maka relate dengan abuya (mursyid).. kemudian disebutkan firman Allah (boleh tolong semak) : "Jika kamu tak boleh bersamaKu, dan ia pasti susah bagimu, hendaklah kamu bersama2 dengan orang yang hatinya bersama Aku".. mula mula dengan mursyid,lama lama relate dengan Tuhan"

" siapa apa yang amal wirid muhammadiyyah akan mendapat lindungan abuya.. jika wirid
terputus wirid tersebut jadi sihir sebab syaitan dah masuk, sama juga kalau baca quran pun ia jadi sihir sebab abuya dah tak boleh pantau.."



HUBUNGAN DENGAN MURSHID MELEBIHI HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA


"katakan kita dah ditakdir jatuh sakit mula mula yang tahu dulu abuya...kalau murid abuyalah ,abuya bole tanya pulak tu sakit berat ke tak. kemudian abuya tgk kitanya iman, oo iman di a ni bole tahan ook sakit. kalau sakit berat abuya tengok orang ni tak tahan di kata tape ya allah ko bagi separuh saja separuh lagi bagi aku, iman dia tak cukup kuat untuk menanggung kesakitan tersebut nanti dia akan melatah dan bersangka buruk pada Allah"

"sampai masa nak mati ajal abuya tahu dulu,orang ni akan temui ajal sekian sekian masa, abuya akan tanya kita ni mati agak agak baik ke jahat,kata mati baik takpe silalah ambik anak buah aku tu dulu. Tapi kalau jahat abuya minta tangguh dulu, abih tu macam mana? gantilah dengan sape sape pun yang dah siap pengikut pengikut , anak anak ke isteri ke. Syeikh nizam tu (anak abuya - kalau ikut teori rahmaan huruf A dengan N yang terakhir tu untuk abuya dan nizamuddin)patutnya dah lama wafat tapi abuya bertolak ansur dengan Allah "Ya Allah bukan senang nak latih orang macam ni. abih tu ganti? ambiklah Walidah (isteri abuya yang kedua kalau tak silap meninggal akibat kemalangan jalanraya),lagipun dia tak de anak, bertakwa, kalau matipun boleh berperanan di alam roh"

wajah2

"bila pengikut abuya sampai pada sakaratul maut, abuya akan duduk di sebelah kanan..
maka syaitan tak berani datang dekat sebab abuya (orang Tuhan) ada kat situ dalam kubur, ada lembaga putih (disebutkan 'ruh muqaddas mutiara abuya')

abuaya

duduk sebelah mayat pengikut abuya.. bila malaikat Munkar & Nakir datang nak tanya soalan, lembaga tu akan kata : "Ya Munkar, Nakir.. ni anak murid saya.. kalau ada apa apa tanyalah saya".. jadi malaikat Munkar & Nakir tak dapat buat apa apa pada mayat tersebut sebab abuya tu orang Tuhan "

"pada hari qiyamat, abuya tunggu murid-murid nya yang setia untuk bg syafaat.. al-mahdi berdiri sebelah abuya & turut bg syafaat.. sebelah al-mahdi adalah Rasulullah yang turut memberikan syafaat pada pengikut2 abuya.."

hadhari-2

Disampaikan oleh Mejar Abu Zar di dalam satu majlis yang diadakan di Kajang.

abudzar

Nak dengar? klik http://rufaqa.multiply.com/


Kata abu amiir: No Komen!!! Nak bersangka "baik" sikit teori abu amiir hehe

a. mungkin abu zar ni bagi kuliah masa dia di tahan ISA kot .
b. miming jer tu abu dzar cakap lain suara tu orang lain.
c. senangnya hidup cam tu

apa pun cubalah dulu elakkan dari berimamkan dengan orang rufaqa/arqam kalau terserlah sangat ke abuyaan nya.- menyampaikan pesan ust hadi talhah. sembelihan pun takleh di makan, solat tak boleh diikut dah depa ni.

abu amiir tambah "kalau nak kira dahi hitam, syiah yang mengkafirkan sahabat pun ramai dahi hitam sebab sujud lama dalam solat dan sujud atas batu karbala".

Nama saya amiir husaini

fikir byk sgt kut :D

happy birthday amiir
mardhiah12 | Homepage | 05.21.06 - 10:52 pm | #

Salam...
takde apa apa ke nak celebrate besday amiir? tunggulah nanti buat dengan Muhammad tak lama pun insya Allah minggu depan sekali dengan keluarga Kelantan.

PIC_0029
(muhammad dan amiir)

Hari tu mamasherry ada cerita pasai nama nama, ni nak citer camner amiir husaini mendapat nama.Basically dulu dulu cadangnya nak letak dihujung setiap nama dengan al faqih, supaya nanti kalau lepas dua tiga generasi boleh backtrace yang depa depa ni sume satu keturunan, tapi pk pk takut nanti tak fair lah anak laki mungkin leh control untuk letak nama tu tapi kalau anak pompuan ?

Macam mana dapat nama amiir? tu kena tanya umi die lah, ummu amiir yang beria ria nak letak nama amiir, dah siap pesan nama pertama mesti nama amiir nama kedua dia bagi kat abu amiir lah suruh pilih, jenuh cari merata ceruk nama yang sesuai antara yang di shortlist amiir hamzah(ni tokwan amiir cadang) amiir hazim, amiir haziq, amiir husaini (modification dari syeikh amin husaini - mufti palestin zaman penjajahan british dulu sezaman dengan syeikh izzudin al qassam), tak ingat tok amiir cadang nama apa dulu.

Lepas shorlist tinggal amiir hazim ke amiir husaini.Terpaksalah paksu ngan pakde amiir masing masing duk ke hulu ke hilir buat survey dgn semua makcik pakcik apa nama sesuai setelah abih AFUNDI nama yang setuju adalah amiir hazim, tapi akhirnya memang dah takdir allah nama yang terpilih adalah amiir husaini ada hikmahnya.Moral of the story kalau ada sesuatu yang kita tak suka sekarang bukan bermakna ianya tak baik tapi Allah tak tunjukkan lagi sebab apa pada masa tu, kemudian pada itu barulah kita nampak kenapa yang kita nak tu tak semuanya exactly seperti yang kita rancangkan. Pilih nama punya pasal kalau tak silap nama amiir pun register last last minute dah nak abih tempoh untuk daftar.(lepas 2 minggu kot tak silap).

Masa belum decide nama husaini dulu pun ada survey seurvey tanya apa makna husaini. antara jawapan yang diterima makna husaini ni lebih kurang sama cam husin cuma husain tu dinisbahkan kepada yang kecil kalau husin dinisbahkan kepada yang besar (ikut sirah Saidina Husain kan adik kepada Saidina Husin r.a) Fikir fikir tak nak pakai nama husaini disebabkan tu lah sebab amiir kan anak sulung mana ada abang tapi rupanya itulah hikmah yang kita tak nampak pada masa tersebut.

'Alaa kulli ahwaal doakanlah ek amiir menjadi anak seperti yang diinginkan oleh ummi dan keluarganya.Posting untuk "abang cak(besaq)" lepas 30 Mei 2006 sempena ulangtahun yang keempat.Camne nama Muhammad diberi etc...

"Ala kulli ahwal.. semoga Amiir jadi anak soleh.. dan pejuang Islam..:) can't wait to see Amiir's first responsive smile bila di agah.. sekarang nih.. he can just look and stare.."

nora

anak umi?

IMG_0431

IMG_0427

........................................................................................................................

"Jasad fizikal kita mungkin tidak terasa dengan dosa. Tetapi hati, roh dan jiwa kita terseksa"


"
Dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur (Saba 34: 13)

Benar sekali, setelah begitu banyak kebaikan yang Allah curahkan kepada manusia, sedikit sahaja yang mahu berterima kasih kepada-Nya. Maka bagaimana pula kita, hamba Allah yang kerdil ini, boleh tidak lena malam hanya kerana jasanya tidak dikenang seseorang."

Tapi....

Entry One:

Pada suatu petang....
Di bawah tiupan air cond sepoi sepoi bahasa......

Abu Amiir: Dapat berapa lama....? (Semalam jumpa Dr Pakar, Dapat lagi dua minggu dengan pesanan selepas ditanya oleh abu amiir pasal X-Ray)
Doktor: Sorry tangan saya terikat(kenapa terikat yek?) tak leh nak buat apa. Nanti awak carilah mana mana bomoh ke urut, cari yang kenal lah, jangan gerak banyak sangatlah.
Ummu Muhammad: Tak gerak banyak dah sekarang...gi PD jer minggu lepas...
Doktor:Spontan letak muka kat meja ..senyum..(dr ni memang sporting sket) gi PD tu, haa taperlah nanti kalau naik keta tu duk belakang lah . X Ray tu...kita memang tak akan buat kecuali kalau life and death situation, kalau macam ni telan air liur ajerlah....



Entry Two:

Pada Malam tersebut......
Jam Menunjukkan angka 11:15 mlm............
Seorang budak sedang berjalan ke tangga untuk naik ke atas sambil pegang CD dan buku.....


Picture309_10May06



Baba: Amiir jangan naik atas nanti bising(tau aaa budak ni kan mulut banyak) ..mak dah tido tu maghi tido...
Amiir: Amiir duk yam....(diam)
Baba: (Senyum)Tak yah lah dah kul sebelas dah maghi tido ngan baba..
Amiir: Tapiii......
Baba: Takde tapi tapi dah kul sebelas dah ni bukan kul sepuluh, kalu kul sepuluh buleh main lagi
Amiir: Amiir nak duk dapan baba
Amiir: Amiir nak aca uku
Baba: Ok maghi sinih baca sinih

Last last tutup lampu baru tido betul betul....

Your 23-Month-Old This Week

Your toddler can probably hum and sing songs such as "Twinkle, Twinkle, Little Star" and make three-word sentences like "Dog run out." She can probably follow a two-step request, like "Come here and turn around so I can comb your hair." Many 23-month-olds love identifying opposites like tall man, short man, or big hot dog, little hot dog. But if your toddler isn't doing all these things, don't worry. Children learn to speak at different rates, and your child may still be working her way up to this stage.

Ada apa dengan Semalam?

Bulan Mei amat signifikan bagi ramai orang. Bagi para sosialis dan pejuang hak pekerja, 1 Mei adalah hari keramat bagi mereka. 12 Mei pulak hari Jururawat, Bagi rakyat Malaysia, 13 Mei pula merupakan hari yang ramai tidak ingin kenangi dan sering dijadikan alasan untuk sesetengah pihak menggunakan kuasanya secara berlebihan (sape ek?). Hari ini (15 Mei) diberi untuk sambutan Hari Belia dan esok (16 Mei ) guru guru pulak (bukan orang yang ambil kursus perguruan ek- sekarang ni orang ambik kursus perguruan pun tak menentu) akan menyambut Hari Guru.

Bagi para ibu di Malaysia pula, semalam (14 Mei) merupakan hari yang paling indah bagi mereka, kerana ianya merupakan hari ibu. Kalau di AS tarikhnya adalah 8 Mei dan 6 Mei pula di UK. Itu bagi rakyat Malaysia lah tapi bagi rakyat Palestin pula, 14 Mei pula merupakan hari yang hitam yang tidak ingin mereka kenangkan. Ianya merupakan tarikh yang amat penting dalam sejarah manusia moden yang telah merubah peta dan juga lanskap politik dunia. Ia juga merupakan tarikh yang menandakan dunia tidak lagi akan menjadi tempat yang aman untuk dihuni oleh spesis manusia. Itulah tarikh tertubuhnya sebuah negara haram bernama Israel di atas sebuah tanah yang dahulunya dikenali sebagai Palestin dan sebuah wilayah di bawah naungan Empayar Uthmaniyyah Turki.

Berikut adalah beberapa butiran menarik yang mungkin tak semua kita tahu mengenai sejarah yang membawa kepada tertubuhnya negara haram tersebut.

1.Negara Israel diisytiharkan pada 14 Mei 1948 beberapa ketika sebelum tamatnya Mandat British di Palestin pada 15 Mei 1948.Mandat British di Palestin adalah kawasan di Asia Barat yang terdiri dari Negara Israel hari ini, Jordan, Tebing Barat, Gaza yang dulunya adalah di bawah kekuasaan Khalifah Uthmaniah. Kawasan ini telah diserahkan oleh Liga Bangsa ( Macam PBB lah masa tu ) kepada Britain selepas Perang Dunia pertama.

2.Idea untuk menubuhkan Negara Israel ni datangnya dari Theodor Herzl,(1860–1904, seorang wartawan Austria berketurunan yahudi yang merupakan pengasas fahaman zionis) melalui bukunya (The Jewish State).

Herzl_large

Beliau juga adalah antara orang yang bertanggungjawab ke arah penganjuran Kongress Zionis Pertama pada tahun 1897 (nantilah kalau sempat kita citer pasal ni plak).Melalui kongres tersebut juga,beliau telah dipilih sebagai Presiden Pertama pertubuhan Zionis sedunia.

Herzelandsecondcongress


Herzl ketika berucap di Kongres Zionis Kedua 1898


3. Theodore Herzl ketika membawa proposal untuk penubuhan Negara Israel telah mencadangkan Negara Negara lain seperti Uganda (Kenya sekarang), Cyprus dan Argentina( yang digelarkan oleh beliau sebagai "one of the most fertile countries in the world") untuk dijadikan Negara Israel (Erezt Yizrael) dan bukannya Palestin. Kabinet British pun pada asalnya mencadangkan Uganda di bawah projek British Uganda Program tetapi ditolak oleh Herzl yang memilih Palestin walaupun akhirnya Herzl di penghujung hayatnya telah mengubah pendiriannya untuk menubuhkan Erezt Yizrael di bumi Uganda. Ini jelas menunjukkan bahawa penubuhan Negara Israel di Palestin sebenarnya adalah TIDAK ada kena mengenanya dengan hak mereka yang diiktiraf oleh agama mahupun sejarah.

4.Yang menariknya sewaktu gerakan Zionis muncul dengan ide Herzl untuk mengembalikan orang Yahudi ke bumi Palestin dan menubuhkan negara mereka sendiri, kaum Yahudi Ortodoks menentangnya kerana mereka beriman yang mereka hanya boleh pulang ke Palestin hanya setelah kemunculah Messiah yang dijanjikan.Selain itu, Rabbi-rabbi Yahudi di Eropah juga telah mengeluarkan fatwa bahawa Herzl telah murtad (murtad tu.....) dan gerakan Zionis adalah sebuah grakan yang sesat dan terkeluar dari agama Yahudi. Jika tidak kerana fatwa Rabbi Cook the elder pada tahun 1925 dan juga peristiwa Holocaust serta sokongan Kaum Zionis Kristian di Eropah, nescaya projek Zionis tidak akan mendapat sokongan majoriti kaum Yahudi. Sehingga kinipun masih lagi terdapat kaum Yahudi Ortodoks yang menentang kepulangan Yahudi ke Palestin seprti gerakan Naturei Karta, Samerites dan lain - lain.

Herzls_tomb_Har_Herzl

Kubur Herzl dijadikan monumen kebangsaan terletak di puncak yang tertinggi di Israel.

5.Pada tahun 1917, akhirnya Queen Victoria melalui Menteri Luarnya, Sir Arthur Belfour (juga seorang Kristian Zionis) telah memberikan hak kepada orang-orang Yahudi pro-Zionis dari Eropah untuk berhijrah ke bumi Palestin. Walaupun penghijrahan pertama yang diangotai oleh 50,000 orang Yahudi Zionis gagal untuk menjejakkan kaki langsung ke bumi Palestin, namun hasil dari keizinan yang kemudiannya dikenali sebagai "Deklarasi Belfour" itu akhirnya telah menyaksikan siri-siri penghijrahan yang lain

6.Semenjak itu,mereka yang pada asalnya hanya merupakan kaum minoriti di bumi Palestin pada tahun 1917, telah hampir-hampir menyamai bilangan penduduk Arab pada tahun 29 November 1947 yang telah memaksa kuasa-kuasa besar melalui League of Nations menghadiahkan hadiah kedua tersbesar selepas "Deklarasi Belfour", iaitu Partition Plan (Pelan pembahagian bumi Palestin) melalui resolusi PBB 181.Yahudi yang diberi kawasan seluas 55% dan Arab seluas 45%.

7.Pada 9 April 1948 tercetusnya peristiwa Deir Yassin "landmark event" kepada penjajahan dan pengusiran besar besaran orang Arab Palestin dari tanah tumpah darah mereka. Sebulan kemudian,pada petang 14 Mei 1948, proklamasi penubuhan negara Israel telah diumumkan oleh Perdana Menteri rejim Zionis yang pertama, David Ben Gurion di dewan Muzium Seni Tel Aviv. Beliau telah mengumumkan bahawa tarikh 14 Mei 1948 bersamaan dengan 5 Ayyar 5708 (tahun Yahudi) merupakan perisytiharan penubuhan "Negara Israel" (Medinet Yizrael) yang merangkumi 78% daripada bumi Palestin yang asal.Negara tersebut pula dengan segera diiktiraf oleh Amerika Syarikat hanya beberapa minit sahaja selepas pengisytiharan dibuat dan tiga hari kemudian oleh Soviet Union.


Declaration_of_State_of_Israel_1948

Pengisytiharan Negara Israel oleh Ben Gurion

Oleh kerana hari tersebut hari Sabtu yang merupakan hari bercuti bagi agama Yahudi, maka keesokan harinya, 15 Mei 1948 telah dipilih untuk diadakan hari sambutan penubuhan negara Israel secara rasmi. Ben Gurion telah dipilih untuk menjadi Perdana Menteri pertama negara tersebut

200px-David_Bengurion


PM Israel pertama , David Ben-Gurion


dan Prof. Chaim Weizmann telah dipilih menjadi presiden pertama negara yang ditegakkan secara haram dan bertentangan dengan segala deklarasi kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa. Atas dasar inilah kebanyakan pihak yang tidak mengiktiraf negara Israel sehingga kini menyebutnya sebagai "Rejim Zionis", kerana kewujudan mereka di bumi Palestin adalah tidak sah, malah merupakan satu jenayah yang paling besar pernah dilakukan oleh manusia di abad ke-20 selepas jenayah yang dilakukan oleh Hitler di Eropah."


8.Antara kata kata pemimpin Zionis yang menunjukkan "sayangnya" merkea terhadap Urshalem (BaitulMaqdis) dan Palestin.

a. Theodore Herzl, ketika dimarah oleh para pendokong Zionis sewaktu mengutarakan idea agar dipindahkan pelan pembinaan Erez Yizrael dari bumi Palestin ke Uganda, telah mengatakan:

"How can I forget you Urshalem, curse upon my right hand if I ever forget you O Urshalem!"

b) David Ben Gurion, yang telah berkata: "There will be no Erez Yizrael without Urshalem, and there will be no Urshalem without the Temple!".

c) Ehud Barak, sejurus memenangi pilihanraya pemilihan Perdana Menteri mengalahkan Benyamin Netanyahu telah berkata: "Urshalem is Israels eternal capital city"

d) Sharon, ketika dikecam kerana keputusannya mengundurkan tentera dan penduduk Yahudi dari Gaza dan dikecam kemungkinan menyerahkan al-Quds kepada rakyat palestin, beliau telah mengatakan: "Urshalem can never be separated from Israel!"

9. Walaupun pemimpin Zionis beria beria kononnya sayangkan Palestin dan mendakwa mereka lebih berhak terhadap Palestin, tapi betul kah dakwaan tersebut? Fakta berikut mungkin boleh menjelaskan :

a- Berdasarkan fakta penyelidikan dari ahli akademik Yahudi, seperti Arthur Koestler; lebih daripada 80% orang Yahudi hari ini tidak mempunyai kaitan sejarah sedikit pun dengan Palestin. Majoriti besar orang-orang Yahudi sekarang ini sebenarnya berasal dari keturunan al-Khazar (Ashkenazi), iaitu puak Tatar-Turki kuno, yang mendiami bahagian utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang telah memeluk agama Yahudi pada kurun ke-8 Masihi. Oleh itu, sekiranya kaum Yahudi Zionis mendakwa bahawa mereka mempunyai hak untuk kembali ke Negara asal mereka, maka mereka sepatutnya pulang ke Selatan Rusia dan bukannya ke Palestin.

b- Berdasarkan fakta sejarah, kebanyakkan Bani Israel enggan menyertai kumpulan Nabi Musa a.s. berhijrah ke tanah suci Baitul-Maqdis. (Ini boleh dirujuk kepada old testament yang menjadi rujukan mereka, bagaimana mereka tidak masuk ke dalam kota Baitul maqdis di zaman Nabi Musa A.S : T he Genesis : 46, dan juga The exodus; Deuteronomy : 111).

c- Sepanjang sejarah Palestin sehingga kini, bilangan Yahudi di situ tidak pernah mencapai 40% daripada bilangan penduduk Yahudi di dunia.

d- Peristiwa Isra dan Miraj jelas menjadi bukti kepada kaum muslimin dan juga bukan islam yang juga mengakui kebenaran peristiwa tersebut berdasarkan bukti material bahawa Allah dan para anbiya telah mewariskan Baitul Maqdis, Bumi Palestin dan masjid al-Aqsa kepada Rasulullah S.A.W dan juga kmuslimin kawasan ? kawasan tersebut.

e- Perjanjian Umar "al-'Ahd al-Umari" (The Covenant of Umar) juga telah menyatakan pengiktirafan kaum Kristian di atas ketuanan kaum muslimin di bumi tersebut, dan terang ? terang mereka meminta Omar jangan membenarkan orang Yahudi tinggal di Baitul Maqdis.

f- Peristiwa Isra dan Miraj jelas menjadi bukti kepada kaum muslimin dan juga bukan islam yang juga mengakui kebenaran peristiwa tersebut berdasarkan bukti material bahawa Allah dan para anbiya telah mewariskan Baitul Maqdis, Bumi Palestin dan masjid al-Aqsa kepada Rasulullah S.A.W dan juga kmuslimin kawasan ? kawasan tersebut.


10. Adakah kita perlu menentang dan memusuhi semua yahudi disebabkan apa yang berlaku pada hari ini di Palestin?

Dr. Yusuf Qardhawi memberi satu gambaran jelas bahawa kaum muslimin tidak memerangi orang-orang Israel kerana mereka beragama Yahudi. Tetapi adalah kerana mereka merampas tanahair bangsa Palestin, menumpahkan darah kaum muslimin dan menodai kesucian masjid serta gereja yang menjadi tempat suci bagi kaum muslimin dan Nasrani. Dalam program Syariat Wal Hayat yang disiarkan oleh rangkaian TV Al-Jazeera pada 2.6.2002, Qardhawi menyatakan,"Kami tidak memerangi Israel kerana mereka orang Yahudi. Tapi kerana mereka merampas tanah kami, membunuh kami, dan mengotori tempat suci kami".

palestinian land

Penjajahan Israel 1947-2000

Ia menambah bahawa kaum muslimin tidak memerangi Yahudi kerana alasan kepercayaan Yahudi, bukan kerana mereka keturunan bangsa Semit, kerana kami juga adalah keturunan Semit. "Mereka adalah saudara-saudara keturunan kami juga, tapi mereka merosak kehormatan kami", kata Qardhawi.

Permusuhan terhadap Yahudi, tambah Qardhawi, seperti disebutkan Al-Qur'an bukan seruan untuk memerangi mereka. Menurut Qardhawi, apa yang dinyatakan dalam Al-Qur'an adalah petunjuk dan pengenalan ta biat serta moral kaum Yahudi agar kaum muslimin mewaspadai mereka.

Orang Yahudi, tambah Qardhawi, dalam pandangan kaum muslimin lebih baik dari kalangan agama lain. Dalilnya adalah bahawa Islam membolehkan kaum muslimin dalam keadaan normal untuk menikahi mereka atau mencadang mereka sebagai wakil dalam pemerintahan, kerana mereka adalah ahlul kitab.


Suntingan dari : Artikel Ust Mazlee Malik and Wikipedia Credit to them

p/s: Semalam sekali lagi Israel menunjukkan kezalimannya: Top Israel court backs curb on Arab

Kenapa Ye?

Entry One

Isu ini actually telah dibincangkan secara tidak langsung (tidak menyentuh directly keratan berita di bawah pun sebenarnya) sewaktu saya menghadiri kursus yang dianjurkan oleh TDD TM, kalaulah saya dah terbaca keratan ini terlebih awal nescaya saya akan tanya terus kepada speaker pada hari tu. Tapi saya hanya mendapat tahu berkenaan dengan berita di bawah setelah saya mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ust Dr Azahar Yaakub (One of my fav speaker- kalau korang ada peluang or kalau beliau ada bagi kuliah kat tmpt korang jgn miss,kat TM ni biasanya Selasa minggu kedua, kalau minggu ketiga Dr Fauzi Deraman), saya cuba buat sedikit search, semalam pun sembang sikit dengan adik ummu muhammad yg tgh buat chambering pasai ni jugak tapi tuler tader keputusan kongkrit lagi. Tak berkesempatan nak bertanya dengan ayah ummu amiir lagik pasal ni.


Mahkamah Tinggi kurangkan hutang pembeli rumah RM376,000

KUALA LUMPUR 29 Dis - Dalam satu penghakiman bersejarah hari ini, Mahkamah Tinggi di sini mengurangkan sebanyak RM376,000 jumlah yang perlu dibayar seorang pembeli rumah kepada sebuah bank setelah beliau gagal membuat pembayaran terhadap satu pinjaman yang dibuatnya di bawah kemudahan kewangan Islam.

Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dari Bahagian Perdagangan Mahkamah Tinggi memerintahkan rumah itu dilelong mengikut Kanun Tanah Negara untuk mendapatkan balik sebanyak RM582,000 dan bukannya hampir RM959,000 seperti yang diminta oleh bank berkenaan.

Affin Bank Berhad telah menyaman Zulkifli Abdullah, seorang bekas kakitangan bank itu kerana gagal membuat pembayaran pinjaman di bawah kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil yang diberikan bank berkenaan pada Disember 1997 untuk sebuah rumah tepi, dua tingkat berangkai.

Al-Bai Bithaman Ajil merupakan prinsipal Syariah yang melibatkan pembelian hartanah dan penjualan serta pembayaran harga jualan yang termasuk margin keuntungan terhadap tempoh bayaran tertunda.

Zulkifli, yang meninggalkan bank itu pada bulan yang sama beliau membuat pinjaman rumah itu, diberikan kemudahan pinjaman sebanyak RM346,000 yang disebut Harga Pembelian Bank, tetapi pada hari yang sama, bank itu menjual hartanah berkenaan kepada beliau dan beliau perlu membayar balik pinjaman selama tempoh 18 tahun dengan 216 bayaran ansuran bulanan.

Bagaimanapun beliau tertunda dalam pembayarannya sebanyak dua kali selepas melunaskan beberapa pembayaran berjumlah RM33,454 hingga Jun 2001.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Wahab berkata isu yang dihadapkan ke mahkamah ialah jumlah seorang pelanggan itu perlu bayar kepada penyedia kemudahan itu jika berlaku bayaran tertunda selepas membuat bayaran ansuran.

``Dalam erti kata mudah, kesusahan defendan ialah selama dua tahun lapan bulan selepas ia diberikan, kemudahan itu menjadi tuntutan hutang sebanyak RM958,909.21.

``Walaupun nilai pasaran keselamatan di bawah tuduhan itu dikatakan RM400,000 dan harga itu didapatkan daripada lelongan, defendan masih berhutang sebanyak RM558,909.21.

``Berbeza dengan pinjaman konvensional, peminjam yang gagal membuat bayaran hanya diperlukan membayar balik jumlah pinjaman dicampur dengan faedah berakru dan bayaran lain termasuk denda bayaran lewat. Berdasarkan tanggapan yang serupa pelupusan hartanah pada nilai pasaran, biasanya tidak banyak yang boleh ditambah oleh peminjam bagi melepaskan dirinya daripada liabiliti lain.'' katanya.

Beliau berkata sebab perbezaan itu ialah apabila berlaku peminjam tidak membayar balik sebelum tamat tempoh pemegangan, jumlah yang peminjam dalam pinjaman konvensional perlu bayar atas jumlah yang dipinjam _ faedah dan faedah bayaran lewat _ adalah terhad kepada tempoh daripada pengeluaran pinjaman hingga penyelesaian penuh dan bukannya bagi pemegangan penuh pinjaman asal.

Hakim Abdul Wahab memberikan contoh dua kes terdahulu di Mahkamah Tinggi, satu melibatkan kemudahan pembiayaan Islam sebanyak RM265,000 dan satu lagi RM150,000, di mana defendan diperintahkan membayar bank harga jualan masing-masing RM583,000 dan RM217,500 apabila peminjam gagal membayar balik.

Oleh itu, kemudahan sebanyak RM265,000 menjadi hutang sebanyak RM583,000 dan jika pun satu lelongan harga penuh RM265,000 didapatkan, defendan masih berhutang sebanyak RM318,000.

Dalam kes kedua, defendan diperintahkan membayar balik bank harga jualan sebanyak RM217,000 dan walaupun nilai pasaran rumah itu sebanyak RM150,000 dan harga yang didapatkan daripada lelongan, defendan masih berhutang RM67,000.

``Apabila kepuasan untuk memenuhi hasrat suci mengelak daripada pembiayaan itu mengandungi elemen Riba (faedah) menyebabkan kedukaan kepada yang mungkir sebelum berakhirnya tempoh pemegangan kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil. Pendedahan bahawa walaupun selepas sekuriti telah dilelong pada harga penuh pasaran masih terdapat jumlah besar yang terhutang dengan bank, adalah sesuatu yang mengejutkan,'' kata hakim.

Beliau berkata ini lebih mengejutkan apabila disedari bahawa kedudukan seorang peminjam di bawah pinjaman yang mengandungi riba adalah jauh lebih baik.

Hakim Abdul Wahab berkata kesan mungkir di bawah kemudahan Al-Bai Bithaman Ajil terbukti lebih membebankan peminjam.

Beliau memerintahkan lelongan rumah yang bayaran pinjamannya gagal dilunaskan Zulkifli diadakan pada 29 Mac tahun depan dan harga tempahan ditetapkan pada anggaran nilai pasaran.

Bank itu juga layak untuk memperoleh kembali sebanyak RM98.54 keuntungan sehari hingga penyelesaian penuh pinjaman itu. - Bernama



Disclaimer: Keratan ni tidak membawa maksud perbankan konvensional lebih baik dari perbankan islam, mungkin cara perlaksanaan yang perlu diperjelaskan kalau itulah cara yang di"halal"kan.


Entry Two:

Selalu terfikir bermenjak menjak ni kalauuuulah boleh patah balik ke masa yang lepas,

To realize the value of One Year
Ask a student who failed his or her AP exams (SPM in Malaysia!)

To realize the value of One Month
Ask a mother who gave birth to a premature baby

To realize the value of One Week
Ask an editor of a weekly magazine

To realize the value of One Day
Ask a daily wage laborer who has six kids to feed

To realize the value of One Hour
Ask the lovers who are waiting to meet

To realize the value of One Minute
Ask a person who missed their train

To realize the value of One Second
Ask the person who survived an accident

The realize the value of One Millisecond
Ask the person who won a silver medal in the Olympics

From The 7 Habits of Highly Effective Teens oleh Sean Covey


"Dan jika mahu mengetahui nilai sebuah kehidupan
Tanyalah mayat yang sudah putus peluang untuk beramal"

From Saifulislam.com

huhu

Semalam bawa Ummu Muhammad jumpa Orthopaedic - Cuti lagik 2 minggu.

"Hua As-Sabbaaq"

Hua As-Sabbaaq

Di suatu pagi yang hening, usai solat subuh, keberkatan sinar nubuwwah dirasai.
Rasulullah s.a.w menghadapkan mukanya ke para sahabat.

"Siapakah yang telah mengiringi jenazah?"
Hati Umar r.a. berbisik, mana mungkin ada orang yang sempat. Hari masih terlalu awal.
Abu Bakar r.a. mengatakan, "Saya dah lakukan ya Rasulullah"

"Siapakah yang telah memberikan sedeqah?"
Sahabat-sahabat lain menyepi.
"Saya ya Rasulullah", kata Abu Bakar lagi.

"Siapakah yang telah menziarahi orang sakit pada pagi ini?"
"Saya ya Rasulullah", sekali lagi Abu Bakar mengungguli yang lain.

++++++++++++++

Sewaktu Ali r.a. diminta menerangkan mengenai Abu Bakar r.a. beliau mengatakan "Hua As-Sabbaaq".
Dialah yang mendahului yang lain.
Dialah yang gemilang.
Dialah yang terbilang.
Dialah yang proaktif.

"Hua As-Sabbaaq"

Credit to Brotherfaiz

Jangan Gentar Berkelana di Alam Abadi...2

Sempena Ulangtahun "keberangkatan" Dr Aziz ke Sana -17/18 Apr 2004

Anda sudah tahu akan syahidnya Dr Aziz Rantisi. Setiap kehebatan seorang suami pasti ada pendorong tidak lain tidak bukan isterinya yang bernama Puan Rasa (Ummu Muhammad) . Mari sama-sama kita selami akan ketabahan hidup beliau sebagai seorang isteri kepada pejuang yang hebat ini.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.

Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah (sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah : 120)

Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tiada nilaian serta tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadu’ terhimpun pada percakapan, perbualan juga tindak-balasnya. Kami katakana kepadanya : Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita).

Kata beliau “ TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi sebab sampainya matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan, keizzahan” maka dengan kalimat inilah bermulanya dialog kami bersama Puan Rasa (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi.

las

Puan Rasa (Ummu Muhammad)



Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?


Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu saya bukanlah pendokong terus kepada gerakan Islam tetapi saya menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat sebaya dengan saya yang menjadi pendokong terus kepada gerakan Islam. Saya sangat berkeinginan untuk menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua orang tua saya membantah kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan pengajian saya. Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis, lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doctor. Beliau tidak pernah menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di kalangan masyarakat.


Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang as-Syahid hadapi?

Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan bahawa Allah s.w.t telah yang mentakdirkannya sebegitu. Sesungguhnya gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.
Ketika percubaan membunuh beliau pada tahun lepas, ketika itu saya sedang bekerja, saya jadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke Hospital Shifa’yang dipenuhi dengan kebanyakan orang dan saya telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

kereta1


Kereta AsSyahid Setelah diserang


Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad (as-Syahid) sepanjang kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai kebahagian yang hakiki. Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani mera. Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah semenjak saidina Adam a.s. sehinggalh ke hari ini.


Bagaimanakah metod Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?


Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah jika ada sesuatu yang ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya khabar dan keadaan mereka. Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap orang yang bersamanya seperti mana telah saya jelaskan tadi bahawa beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung melalui telefon. Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang. Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya. Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawadu’ dan kepercayaan kepada diri.


Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Yasin?

Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis peringatan as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana disebut nama sahabat beliau itu, beliau merasakan amat berat unutk memikul tanggungjawab meneruskan perjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para saudaranya.


Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang insan seperti Syeikh Ahmad Yain, jika beliau tidak dibunuh beliau akan tetap mati. "Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu". Saya tidak akan lupa kalimah suami saya, dan ia amat mempengaruhi diri saya katanya, " Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu".

23


Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?

Sepanjang kehidupan beliau “Berjuang..Berjihad.." lebih dari 30 tahun, beliau adalah seorang mujahid "Penyuluh ke jalan Allah" samada dari segi muamalat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.


Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?

Perasaan yang sama sepertimana isteri lain kehilangan suami.. walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya tehadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu “fadlun” pemberian Allah s.w.t. Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah yakin apabila mendengar radio "Suara Aqsa" pada waktu itu berkumandang azan Isya’ kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke atas kereta beliau, beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid. Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya terus berwudu’ dan mendirikan solat Isya’. Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya dan anak-anak. "dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa.."


Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan syahadah?

Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu…dan persedian beliau adalah setiap saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan sebaik-baiknya…beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan setiap yang berhak akan haknya…


Setiap para syuhada’ akan ada tanda-tanda kemuliaannya…maka apakah karamah Dr. Rantisi?

Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas beliau syahid, haruman kasturi menyeliputi seluruh jasad beliau. Di samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya, senyuman yang tergambar jelas di bibirnya…bagi saya itu adalah karamah as-Syahid.

22


Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan pejuang?


As-Syahid merupakan seorang berperi Islam yang unggul sesuai dengan sepotong ayat yang bermaksud : "Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu" (Az-Zariyat : 56). Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya ke semua ini pada as-Syahid adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam. Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawadu’ dengan sesiapa yang bermuamalah dengannya.


Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?

Sepanjang kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan selamanya. Tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi bersama, ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi, saya rasa amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr. Rantisi dari tahanan memang suar untuk kami membeli barang yang baru, tanpa saya sedari begitu beliau dating kepada saya dan bertanya sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya lantas beliau berkata, "Tiap-tiap sesuatu ada ajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku" kata beliau dalam keadaan tersenyum.


Apakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga? Dan apakah kalimah terakhir as-Syahid? Dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari syahidnya beliau?


Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya, mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau kelihatan sangat gembira. Dan kalimah terakhir ketika beliau bersama kami ialah.."Tuhanku masukkan aku ke syurga…inilah kemuncak impianku.."


Apakah cita-cita Dr. Rantisi?

Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan syahid..tidak ada yang lebih dari itu.


Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiri kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyad (mempersiap diri untuk syahid) dan Jihad.


Apa yang ingin puan katakana kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah bersabda :
"Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya ". Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah paying rahmatNya.


Kalimah taujihat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?


"Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya"(al-Baqarah : 281)
Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: “Pulanglah kepada panduan asal kamu…kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan kamu…kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.






Note: Sumber : Suara Kampus (Edisi Shoubra) – Julai 2004
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)"

sembilan sepuluh sebelas dua belas tiga belas empat belas

9 April - Deir Yassin Revisited

Pada tarikh ini,Deir Yassin, sebuah petempatan di Palestin menjadi sasaran kumpulan penyerang yang diketuai oleh Menachem Begin pada 9 April 1948.Bagi yang tidak tahu,pengusiran dan pembunuhan beramai ramai di Deir Yassin inilah yang menjadi titik permulaan kepada pengusiran beramai ramai rakyat palestin dari tanah air mereka dan juga permulaan epada kemasukkan beramai ramai kaum yahudi dari serata dunia.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://www.deiryassin.org. dan juga http://www.tragedipalestina.com/terorzionis.html

Eksiden minggu lepas cost me almost RM 700 , pergh senangnya duit melayang.......


10 April - Selamat Hari Lahir Ummu Amiir

10 Apr malam, mimpi jumpa ummu amiir selepas beberapa lama tak tengok beliau dalam mimpi, tak dapat nak recall betul betul ,yang ingat ummu amiir ada dalam masjid pakai tudung dari kain serban turki petak petak berwarna merah dan berjubah, tapelah kalau mimpi tu mainan tidur pun ianya bukan mimpi buruk, kalau mimpi tu benar pun dalam mimpi tu ummu amiir berada di tempat yang elok,

abuamiir ingin berkongsi tentang beberapa kenalan dan kengkawan rapat ummu amiir dan bagaimana jadual Allah ke atas sebahagian mereka yang melibatkan abu amiir

Peringkat Sekolah

Antara kawan baik ummu amiir pada masa ni adalah Ruwaida Abd Rahim terpisah bila masing masing melanjutkan pelajaran ke tempat lain, ummu amiir di Sek Men Bdr Baru Bangi manakala Ruwaida ke Maahad Hamidiah.Kami pernah bersembang mengenai beliau dan UmmuAmiir mengakui yang beliau pernah cuba menghubungi kawan beliau ni tapi respon yang diterima agak kurang positif menyebabkan hubungan tersebut jadi sejarah sahaja.Apa kena mengenanya sdri ruwaida dengan abuamiir? kami telah di"jadualkan" sekelas sewaktu di Klang tingkatan 4 dan 5. Seperti ummu amiir juga, kawan kawan sekelas dengan abu amiir di sana cuba juga menghubungi beliau untuk tujuan reunion etc. tapi responsnya masih lagi lebih kurang sama , mungkin beliau sibuk dengan pengajian beliau di bahagian perubatan kot ... takpelah..

Peringkat Universiti

Antara kawan baik ummu amiir adalah Pn Hairun Aza Abd Rashid (Alaaa yang baru jadik mak pada Wan I**** H**** tu),beliau ni mula berkenalan dengan ummu amiir sewaktu MMU masih lagi bernama UNITELE dan dari situlah sampai ke hari terakhir ummu amiir di dunia ni mereka masih berhubungan.Cerita mengenai Pn Azah ni boleh diikuti di sini

Kaitannya dengan abu amiir? Dah dia kahwin dengan salah seorang kawan baik abu amiir iaitu bapa kepada Wan I**** H**** tu lah, ceritanya pun boleh diikuti di sini tak payahlah diceriterakan panjang panjang di sini.


Oh ya ada seorang lagi abu amiir lupa nak ceritakan tentang kawan baik ummu amiir di sekolah menengah, sebelum beliau ke SMAP Kajang antara kawan baik beliau sampai sekarang beliaulah, ummu amiir selalu menumpang di rumah beliau setiap kali lepas sekolah, makan minum di sana dan persahabatan tersebut berterusan walaupun mereka melalui berpisah selepas tingkatan 3 di mana ummu amiir ke SMAP Kajang dan beliau masih lagi di sekolah lama. Beliau juga tidak putus putus mendoakan supaya ummu amiir cepat mendapat amiir bila ada satu ketika ummu amiir pernah berkongsi dengan beliau tentang "rezeki yang belum sampai"(Refer to Posting Quwwatul Intizor).Then nape dengan abu amiir lak? nak kata dia pernah kat Klang sekali dengan abu amiir pun tak jugak sebab beliau tak dapat pergi Klang walaupun teringin sangat .... nape ek? jawablah Ummu Muhammad :P

Dengan menyatakan nama nama di atas tak bermaksud nama nama lain tidak penting baik kepada ummu amiir mahupun abu amiir ramai lagi kalau nak dihikayatkan di sini kawan kawan yang rapat dengan ummu amiir nama nama seperti iwan yang pernah setadika APIM dan di MMU, ummu indah dan gang2 beliau termasuk papa indah and cronies, pucuk kadok & gang ,kakakem & cronies,veteren,ariza, khana,wahidah,pondokeers gebu ke eton ke abg guru , ambo, faizal dan ramailah lagi yang anda semua boleh tambah dan kongsi di POV nanti.Pasti abu amiir ada termiss nama nama lain yg tidak kurang penting bagi ummu amiir dalam list ni takpelah yang paling penting harapnya ikatan tersebut terus bersambung dengan doa dari kalian semua untuk beliau di sana.



11 April - Maulid Nabi


birthplace


Tempat lahir nabi yang telah diubah menjadi Maktabah Makkatal Mukarramah. Kalau ikut version yang abu amiir dispute masa muntada ahad lepas, katanya tempat tu dijadikan tandas oleh puak wahabi. "Jangan laruuutt"


Patutnya abuamiir berkongsi isi forum perdana yang dihadiri di Surau An Nur temph hari yang membariskan ex panelis Forum Perdana Ehwal Islam yang cukup terkenal pada satu waktu dulu. Dipengerusikan oleh Dr Hasan Ali dan panelis adalah Dr Haron Din, Ust Ishak Baharom dan Ust Abd Ghani Abd Rahman. Forum bertajuk "Nabi Muhammad SAW Kami mencintai Mu" Abuamiir ingin berkongsi sedikit petikan posting yang dibaca cukup menarik untuk direnung sejauh mana kecintaan umat kepada nabi.

Sewaktu nabi hampir dijemput oleh Allah antara perkataan ahir baginda SAW (kalau tak silap riwayat hadis ni adalah dhaif tapi mungkin leh diambil pengajaran)ialah Ummati Ummati Ummati.... yang menunjukkan kasihnya Nabi pada umat. Zaman sekarang,antara response kepada kasih sayang nabi kepada umat baginda dimanifestasikan seperti petikan berikut:

"Setiap tahun ritual atau pendekatan yang sama dilakukan. Berarak secara beramai-ramai sambil memegang sepanduk, diselangi selawat ke atas junjungan baginda. Kemudian berkumpul di stadium untuk mendengar ucapan-ucapan dan penyampaian cenderamata serta anugerah tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan. Itu acara negara.

Televisyen pula dengan acaranya yang tersendiri. Diskusi pagi bersama pengacara-pengacara TV dengan segak berpakaian baju Melayu dan berbaju kurung sambil di skrin TV memaparkan ucapan-ucapan individu yang ditujukan kepada orang perseorangan seperti:" Saya mengucapkan selamat hari Maulidur Rasul untuk Ina yang kini berada di Segamat, Johor dan seluruh rakyat Malaysia" atau dengan bunyi lainnya ialah "Selamat Hari lahir Nabi untuk Ina..."


Kalau peringkat politician pulak, antara mereka lebih sibuk berdegar degar membahaskan isu polling siapa lebih hebat antara P Ramlee, M Nasir atau Sudirman, sedangkan sewaktu nabi dihina, usul yang dibawa oleh Sdr Salahuddin ditolak.

Itu belum dikira lagi dengan tiada tindakan langsung terhadap satu artikel yang menghina nabi yang dikatakan dikeluarkan di Batu Caves oleh pihak pihak tertentu.Menurut Ust Ishak Baharom dalam forum pada malam tu. Kalau perkara lain boleh disiasat sehingga ke akar umbinya kenapa penyebaran artikel seserius ini seolah olah didiamkan sahaja oleh pihak berkenaan?mungkin ada di kalangan kita yang telah membaca email tersebut, harapnya jgn disebarkan lagik. isunya sesensitif karikatur dulu cukup ia terhenti di meja anda.

12 April

Kisah Ummu Muhammad, genap seminggu bercuti hari ni pergi lagi berjumpa specialist tidak banyak perubahan dapat lagi dua minggu MC adalah. Kalau minggu lepas Ummu Muhammad bertongkat, bermula minggu ni kena pakai Knee Braces pulak untuk menyokong lutut.Dah jadi macam Robocop lah pulak.Balik Kedah confirm SCRAPPPPPP

13 April

Malaysia batalkan pembinaan Scenic Bridge... Mengikut NSTP, Menteri Luar Singapura ketika diwawancara memaklumkan beliau diberitahu oleh Menteri Luar Malaysia Kerajaan membatalkan pembinaan jambatan itu atas alasan "domestic political consideration", mengikut kenyataan menteri luar malaysia pula dalam akhbar yang sama memaklumkan antara faktor utama adalah pasir dan ruang udara dan juga air yang menjadi faktor utama kerana ia boleh menyebabkan berlakunya legal dispute.Keputusan juga dibuat setelah mengambil kira pandangan rakyat@pengundi.

PM sewaktu mengumumkan pembatalan semalam berkata Ia dibuat dibatalkan setelah kerajaan mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama berkenaan bekalan pasir dan ruang udara.Sekali fikir macam logik semua alasan yang berpaksikan "domestic political consideration" Dua kali fikir katakanlah rakyat Malaysia buat bongok sahaja bila Singapura timbulkan pasal permintaan tersebut agak agaknyalah Jambatan tu diteruskan ke tidak? dah tentu diteruskan kot walaupun terpaksa "menggadaikan maruah" Malaysia dengan membenarkan ruang udara kita digunakan oleh negara asing untuk latihan ketenteraan.Logiknya gitulah sebab pembatalan kerana rakyat then kalau rakyat tak bantah buat ajerlah walaupun mungkin menjejaskan keselamatan negara.Apa pun yang pasti bak kata Abg Roslan SMS seperti dibawah

"Apa pun dengan pembatalan ini Gerbang Perdana akan menerima pampasan RM100 juta (mungkin lebih apabila kerja-kerja pembersihan dan lain-lain tamat disempurnakan), maka walaupun kononnya pandangan rakyat Dollah ambil kira, maka suka tak suka rakyatlah juga yang akan dipaksa menanggung RM100 juta itu yang berpunca dari kelemahan kerajaan yang memang lemah itu.

Minyak naik, barang naik dan kini kena tanggung pula RM100 juta , syabas!"


Kata Pak Subky Latif, mafhumnya disebabkan kesilapan Kerajaan pada waktu dululah yang melepaskan Singapura dari Malaysia menyebabkan masalah antara kedua negara berlarutan sampai sekarang, kalau Singapura masih lagi dalam Malaysia , semua arahan akan datang dari Putrajaya atau Kl akan diikuti sahaja tanpa perlu ding dong macam sekarang dan masalah antara Malaysia dan Singapura bukan ini sahaja banyak lagi ....

Apa pula pandangan Tun Mahathir? Lagi Naga Berapi

14 April

Hari ini Jumaat, banyakkan salawat....

Permisi dulu....

"Jika anda meyakini diri anda diciptakan hanya untuk mencapai hal hal yang kecil,maka anda pun hanya akan mendapat yang kecil kecil sahaja dalam hidup ini. Tetapi sebaliknya, jika anda yakin bahawa diri anda diciptakan untuk mencapai hal hal yang besar,(khalifah bukan suatu yang besar ke?) nescaya anda akan mempunyai semangat dan azam yang besar yang akan mampu melenyapkan semua rintangan dan hambatan yang melintang dihadapan anda biizniLlah."

Disunting dari La Tahzan