"Hua As-Sabbaaq"

Hua As-Sabbaaq

Di suatu pagi yang hening, usai solat subuh, keberkatan sinar nubuwwah dirasai.
Rasulullah s.a.w menghadapkan mukanya ke para sahabat.

"Siapakah yang telah mengiringi jenazah?"
Hati Umar r.a. berbisik, mana mungkin ada orang yang sempat. Hari masih terlalu awal.
Abu Bakar r.a. mengatakan, "Saya dah lakukan ya Rasulullah"

"Siapakah yang telah memberikan sedeqah?"
Sahabat-sahabat lain menyepi.
"Saya ya Rasulullah", kata Abu Bakar lagi.

"Siapakah yang telah menziarahi orang sakit pada pagi ini?"
"Saya ya Rasulullah", sekali lagi Abu Bakar mengungguli yang lain.

++++++++++++++

Sewaktu Ali r.a. diminta menerangkan mengenai Abu Bakar r.a. beliau mengatakan "Hua As-Sabbaaq".
Dialah yang mendahului yang lain.
Dialah yang gemilang.
Dialah yang terbilang.
Dialah yang proaktif.

"Hua As-Sabbaaq"

Credit to Brotherfaiz

Jangan Gentar Berkelana di Alam Abadi...2

Sempena Ulangtahun "keberangkatan" Dr Aziz ke Sana -17/18 Apr 2004

Anda sudah tahu akan syahidnya Dr Aziz Rantisi. Setiap kehebatan seorang suami pasti ada pendorong tidak lain tidak bukan isterinya yang bernama Puan Rasa (Ummu Muhammad) . Mari sama-sama kita selami akan ketabahan hidup beliau sebagai seorang isteri kepada pejuang yang hebat ini.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.

Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah (sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah : 120)

Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tiada nilaian serta tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadu’ terhimpun pada percakapan, perbualan juga tindak-balasnya. Kami katakana kepadanya : Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki hebat pasti ada seorang wanita).

Kata beliau “ TIDAK! Demi Allah, jika ada di sana wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi sebab sampainya matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah ibunya yang membimbing dan mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan, keizzahan” maka dengan kalimat inilah bermulanya dialog kami bersama Puan Rasa (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi.

las

Puan Rasa (Ummu Muhammad)



Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?


Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu saya bukanlah pendokong terus kepada gerakan Islam tetapi saya menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat sebaya dengan saya yang menjadi pendokong terus kepada gerakan Islam. Saya sangat berkeinginan untuk menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua orang tua saya membantah kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan pengajian saya. Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya dapati padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis, lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doctor. Beliau tidak pernah menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di kalangan masyarakat.


Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang as-Syahid hadapi?

Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan bahawa Allah s.w.t telah yang mentakdirkannya sebegitu. Sesungguhnya gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.
Ketika percubaan membunuh beliau pada tahun lepas, ketika itu saya sedang bekerja, saya jadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke Hospital Shifa’yang dipenuhi dengan kebanyakan orang dan saya telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

kereta1


Kereta AsSyahid Setelah diserang


Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad (as-Syahid) sepanjang kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai kebahagian yang hakiki. Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan permaidani mera. Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi matlamat mulia yang diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah diri dan hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam dakwah semenjak saidina Adam a.s. sehinggalh ke hari ini.


Bagaimanakah metod Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?


Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah jika ada sesuatu yang ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau tersenyum dan bertanya khabar dan keadaan mereka. Beliau amat mengambil berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap orang yang bersamanya seperti mana telah saya jelaskan tadi bahawa beliau sangat menjaga hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung melalui telefon. Tambahan pula beliau adalah seorang yang amat menyayangi kanak-kanak terutama cucunya yang seramai 14 orang. Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam operasi pembunuhan tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya. Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawadu’ dan kepercayaan kepada diri.


Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Yasin?

Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis peringatan as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana disebut nama sahabat beliau itu, beliau merasakan amat berat unutk memikul tanggungjawab meneruskan perjuangan yang amat penting dan berat ini. Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para saudaranya.


Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang insan seperti Syeikh Ahmad Yain, jika beliau tidak dibunuh beliau akan tetap mati. "Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu". Saya tidak akan lupa kalimah suami saya, dan ia amat mempengaruhi diri saya katanya, " Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu".

23


Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?

Sepanjang kehidupan beliau “Berjuang..Berjihad.." lebih dari 30 tahun, beliau adalah seorang mujahid "Penyuluh ke jalan Allah" samada dari segi muamalat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.


Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?

Perasaan yang sama sepertimana isteri lain kehilangan suami.. walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya tehadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu “fadlun” pemberian Allah s.w.t. Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah yakin apabila mendengar radio "Suara Aqsa" pada waktu itu berkumandang azan Isya’ kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke atas kereta beliau, beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid. Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya terus berwudu’ dan mendirikan solat Isya’. Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya dan anak-anak. "dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa.."


Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan syahadah?

Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu…dan persedian beliau adalah setiap saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan sebaik-baiknya…beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan setiap yang berhak akan haknya…


Setiap para syuhada’ akan ada tanda-tanda kemuliaannya…maka apakah karamah Dr. Rantisi?

Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas beliau syahid, haruman kasturi menyeliputi seluruh jasad beliau. Di samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya, senyuman yang tergambar jelas di bibirnya…bagi saya itu adalah karamah as-Syahid.

22


Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan pejuang?


As-Syahid merupakan seorang berperi Islam yang unggul sesuai dengan sepotong ayat yang bermaksud : "Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu" (Az-Zariyat : 56). Beliau mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat, kekeluargaan dan perjuangannya ke semua ini pada as-Syahid adalah satu ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap kuffar serta musuh Islam. Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawadu’ dengan sesiapa yang bermuamalah dengannya.


Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?

Sepanjang kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan selamanya. Tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi bersama, ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen yang saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi, saya rasa amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya Dr. Rantisi dari tahanan memang suar untuk kami membeli barang yang baru, tanpa saya sedari begitu beliau dating kepada saya dan bertanya sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya lantas beliau berkata, "Tiap-tiap sesuatu ada ajalnya yang telah Allah tetapkan, apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku" kata beliau dalam keadaan tersenyum.


Apakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga? Dan apakah kalimah terakhir as-Syahid? Dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari syahidnya beliau?


Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya, mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau kelihatan sangat gembira. Dan kalimah terakhir ketika beliau bersama kami ialah.."Tuhanku masukkan aku ke syurga…inilah kemuncak impianku.."


Apakah cita-cita Dr. Rantisi?

Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan syahid..tidak ada yang lebih dari itu.


Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiri kesyahidan Syeikh Ahmad Yasin?

Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyad (mempersiap diri untuk syahid) dan Jihad.


Apa yang ingin puan katakana kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah bersabda :
"Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya ". Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah paying rahmatNya.


Kalimah taujihat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?


"Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya"(al-Baqarah : 281)
Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: “Pulanglah kepada panduan asal kamu…kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan kamu…kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.






Note: Sumber : Suara Kampus (Edisi Shoubra) – Julai 2004
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)"

sembilan sepuluh sebelas dua belas tiga belas empat belas

9 April - Deir Yassin Revisited

Pada tarikh ini,Deir Yassin, sebuah petempatan di Palestin menjadi sasaran kumpulan penyerang yang diketuai oleh Menachem Begin pada 9 April 1948.Bagi yang tidak tahu,pengusiran dan pembunuhan beramai ramai di Deir Yassin inilah yang menjadi titik permulaan kepada pengusiran beramai ramai rakyat palestin dari tanah air mereka dan juga permulaan epada kemasukkan beramai ramai kaum yahudi dari serata dunia.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://www.deiryassin.org. dan juga http://www.tragedipalestina.com/terorzionis.html

Eksiden minggu lepas cost me almost RM 700 , pergh senangnya duit melayang.......


10 April - Selamat Hari Lahir Ummu Amiir

10 Apr malam, mimpi jumpa ummu amiir selepas beberapa lama tak tengok beliau dalam mimpi, tak dapat nak recall betul betul ,yang ingat ummu amiir ada dalam masjid pakai tudung dari kain serban turki petak petak berwarna merah dan berjubah, tapelah kalau mimpi tu mainan tidur pun ianya bukan mimpi buruk, kalau mimpi tu benar pun dalam mimpi tu ummu amiir berada di tempat yang elok,

abuamiir ingin berkongsi tentang beberapa kenalan dan kengkawan rapat ummu amiir dan bagaimana jadual Allah ke atas sebahagian mereka yang melibatkan abu amiir

Peringkat Sekolah

Antara kawan baik ummu amiir pada masa ni adalah Ruwaida Abd Rahim terpisah bila masing masing melanjutkan pelajaran ke tempat lain, ummu amiir di Sek Men Bdr Baru Bangi manakala Ruwaida ke Maahad Hamidiah.Kami pernah bersembang mengenai beliau dan UmmuAmiir mengakui yang beliau pernah cuba menghubungi kawan beliau ni tapi respon yang diterima agak kurang positif menyebabkan hubungan tersebut jadi sejarah sahaja.Apa kena mengenanya sdri ruwaida dengan abuamiir? kami telah di"jadualkan" sekelas sewaktu di Klang tingkatan 4 dan 5. Seperti ummu amiir juga, kawan kawan sekelas dengan abu amiir di sana cuba juga menghubungi beliau untuk tujuan reunion etc. tapi responsnya masih lagi lebih kurang sama , mungkin beliau sibuk dengan pengajian beliau di bahagian perubatan kot ... takpelah..

Peringkat Universiti

Antara kawan baik ummu amiir adalah Pn Hairun Aza Abd Rashid (Alaaa yang baru jadik mak pada Wan I**** H**** tu),beliau ni mula berkenalan dengan ummu amiir sewaktu MMU masih lagi bernama UNITELE dan dari situlah sampai ke hari terakhir ummu amiir di dunia ni mereka masih berhubungan.Cerita mengenai Pn Azah ni boleh diikuti di sini

Kaitannya dengan abu amiir? Dah dia kahwin dengan salah seorang kawan baik abu amiir iaitu bapa kepada Wan I**** H**** tu lah, ceritanya pun boleh diikuti di sini tak payahlah diceriterakan panjang panjang di sini.


Oh ya ada seorang lagi abu amiir lupa nak ceritakan tentang kawan baik ummu amiir di sekolah menengah, sebelum beliau ke SMAP Kajang antara kawan baik beliau sampai sekarang beliaulah, ummu amiir selalu menumpang di rumah beliau setiap kali lepas sekolah, makan minum di sana dan persahabatan tersebut berterusan walaupun mereka melalui berpisah selepas tingkatan 3 di mana ummu amiir ke SMAP Kajang dan beliau masih lagi di sekolah lama. Beliau juga tidak putus putus mendoakan supaya ummu amiir cepat mendapat amiir bila ada satu ketika ummu amiir pernah berkongsi dengan beliau tentang "rezeki yang belum sampai"(Refer to Posting Quwwatul Intizor).Then nape dengan abu amiir lak? nak kata dia pernah kat Klang sekali dengan abu amiir pun tak jugak sebab beliau tak dapat pergi Klang walaupun teringin sangat .... nape ek? jawablah Ummu Muhammad :P

Dengan menyatakan nama nama di atas tak bermaksud nama nama lain tidak penting baik kepada ummu amiir mahupun abu amiir ramai lagi kalau nak dihikayatkan di sini kawan kawan yang rapat dengan ummu amiir nama nama seperti iwan yang pernah setadika APIM dan di MMU, ummu indah dan gang2 beliau termasuk papa indah and cronies, pucuk kadok & gang ,kakakem & cronies,veteren,ariza, khana,wahidah,pondokeers gebu ke eton ke abg guru , ambo, faizal dan ramailah lagi yang anda semua boleh tambah dan kongsi di POV nanti.Pasti abu amiir ada termiss nama nama lain yg tidak kurang penting bagi ummu amiir dalam list ni takpelah yang paling penting harapnya ikatan tersebut terus bersambung dengan doa dari kalian semua untuk beliau di sana.



11 April - Maulid Nabi


birthplace


Tempat lahir nabi yang telah diubah menjadi Maktabah Makkatal Mukarramah. Kalau ikut version yang abu amiir dispute masa muntada ahad lepas, katanya tempat tu dijadikan tandas oleh puak wahabi. "Jangan laruuutt"


Patutnya abuamiir berkongsi isi forum perdana yang dihadiri di Surau An Nur temph hari yang membariskan ex panelis Forum Perdana Ehwal Islam yang cukup terkenal pada satu waktu dulu. Dipengerusikan oleh Dr Hasan Ali dan panelis adalah Dr Haron Din, Ust Ishak Baharom dan Ust Abd Ghani Abd Rahman. Forum bertajuk "Nabi Muhammad SAW Kami mencintai Mu" Abuamiir ingin berkongsi sedikit petikan posting yang dibaca cukup menarik untuk direnung sejauh mana kecintaan umat kepada nabi.

Sewaktu nabi hampir dijemput oleh Allah antara perkataan ahir baginda SAW (kalau tak silap riwayat hadis ni adalah dhaif tapi mungkin leh diambil pengajaran)ialah Ummati Ummati Ummati.... yang menunjukkan kasihnya Nabi pada umat. Zaman sekarang,antara response kepada kasih sayang nabi kepada umat baginda dimanifestasikan seperti petikan berikut:

"Setiap tahun ritual atau pendekatan yang sama dilakukan. Berarak secara beramai-ramai sambil memegang sepanduk, diselangi selawat ke atas junjungan baginda. Kemudian berkumpul di stadium untuk mendengar ucapan-ucapan dan penyampaian cenderamata serta anugerah tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan. Itu acara negara.

Televisyen pula dengan acaranya yang tersendiri. Diskusi pagi bersama pengacara-pengacara TV dengan segak berpakaian baju Melayu dan berbaju kurung sambil di skrin TV memaparkan ucapan-ucapan individu yang ditujukan kepada orang perseorangan seperti:" Saya mengucapkan selamat hari Maulidur Rasul untuk Ina yang kini berada di Segamat, Johor dan seluruh rakyat Malaysia" atau dengan bunyi lainnya ialah "Selamat Hari lahir Nabi untuk Ina..."


Kalau peringkat politician pulak, antara mereka lebih sibuk berdegar degar membahaskan isu polling siapa lebih hebat antara P Ramlee, M Nasir atau Sudirman, sedangkan sewaktu nabi dihina, usul yang dibawa oleh Sdr Salahuddin ditolak.

Itu belum dikira lagi dengan tiada tindakan langsung terhadap satu artikel yang menghina nabi yang dikatakan dikeluarkan di Batu Caves oleh pihak pihak tertentu.Menurut Ust Ishak Baharom dalam forum pada malam tu. Kalau perkara lain boleh disiasat sehingga ke akar umbinya kenapa penyebaran artikel seserius ini seolah olah didiamkan sahaja oleh pihak berkenaan?mungkin ada di kalangan kita yang telah membaca email tersebut, harapnya jgn disebarkan lagik. isunya sesensitif karikatur dulu cukup ia terhenti di meja anda.

12 April

Kisah Ummu Muhammad, genap seminggu bercuti hari ni pergi lagi berjumpa specialist tidak banyak perubahan dapat lagi dua minggu MC adalah. Kalau minggu lepas Ummu Muhammad bertongkat, bermula minggu ni kena pakai Knee Braces pulak untuk menyokong lutut.Dah jadi macam Robocop lah pulak.Balik Kedah confirm SCRAPPPPPP

13 April

Malaysia batalkan pembinaan Scenic Bridge... Mengikut NSTP, Menteri Luar Singapura ketika diwawancara memaklumkan beliau diberitahu oleh Menteri Luar Malaysia Kerajaan membatalkan pembinaan jambatan itu atas alasan "domestic political consideration", mengikut kenyataan menteri luar malaysia pula dalam akhbar yang sama memaklumkan antara faktor utama adalah pasir dan ruang udara dan juga air yang menjadi faktor utama kerana ia boleh menyebabkan berlakunya legal dispute.Keputusan juga dibuat setelah mengambil kira pandangan rakyat@pengundi.

PM sewaktu mengumumkan pembatalan semalam berkata Ia dibuat dibatalkan setelah kerajaan mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama berkenaan bekalan pasir dan ruang udara.Sekali fikir macam logik semua alasan yang berpaksikan "domestic political consideration" Dua kali fikir katakanlah rakyat Malaysia buat bongok sahaja bila Singapura timbulkan pasal permintaan tersebut agak agaknyalah Jambatan tu diteruskan ke tidak? dah tentu diteruskan kot walaupun terpaksa "menggadaikan maruah" Malaysia dengan membenarkan ruang udara kita digunakan oleh negara asing untuk latihan ketenteraan.Logiknya gitulah sebab pembatalan kerana rakyat then kalau rakyat tak bantah buat ajerlah walaupun mungkin menjejaskan keselamatan negara.Apa pun yang pasti bak kata Abg Roslan SMS seperti dibawah

"Apa pun dengan pembatalan ini Gerbang Perdana akan menerima pampasan RM100 juta (mungkin lebih apabila kerja-kerja pembersihan dan lain-lain tamat disempurnakan), maka walaupun kononnya pandangan rakyat Dollah ambil kira, maka suka tak suka rakyatlah juga yang akan dipaksa menanggung RM100 juta itu yang berpunca dari kelemahan kerajaan yang memang lemah itu.

Minyak naik, barang naik dan kini kena tanggung pula RM100 juta , syabas!"


Kata Pak Subky Latif, mafhumnya disebabkan kesilapan Kerajaan pada waktu dululah yang melepaskan Singapura dari Malaysia menyebabkan masalah antara kedua negara berlarutan sampai sekarang, kalau Singapura masih lagi dalam Malaysia , semua arahan akan datang dari Putrajaya atau Kl akan diikuti sahaja tanpa perlu ding dong macam sekarang dan masalah antara Malaysia dan Singapura bukan ini sahaja banyak lagi ....

Apa pula pandangan Tun Mahathir? Lagi Naga Berapi

14 April

Hari ini Jumaat, banyakkan salawat....

Permisi dulu....

"Jika anda meyakini diri anda diciptakan hanya untuk mencapai hal hal yang kecil,maka anda pun hanya akan mendapat yang kecil kecil sahaja dalam hidup ini. Tetapi sebaliknya, jika anda yakin bahawa diri anda diciptakan untuk mencapai hal hal yang besar,(khalifah bukan suatu yang besar ke?) nescaya anda akan mempunyai semangat dan azam yang besar yang akan mampu melenyapkan semua rintangan dan hambatan yang melintang dihadapan anda biizniLlah."

Disunting dari La Tahzan

Hidup bukan sampai di sini sahaja....... Part 2

lutut


Entry One:
Dalam minggu ni rutin kami selepas office hour still lagi lebih kurang sama macam dua entry yang lepas. Semalam dapat makluman, ayah mertua kepada sepupu yang dimasukkan ke ICU minggu lepas (refer to posting Hidup bukan sampai di sini sahaja....... ) telah meninggal dunia akibat strok dan juga kanser. So lepas waktu pejabat semalam sorang sorang mengharungi hujan lebat etc utk sampai ke rumah arwah, Ummu Muhammad? nanti kita citer kendian.Settle semua sampai rumah dekat pukul 12. Hujung minggu ni family dari Kelantan datang lagi untuk ziarah dan takziah kepada keluarga terlibatlah sudah pastinya akan mengambil sedikit sebanyak masa dan jadual kami untuk meraikan mereka.

Entry Two:
Semalam dalam kalut untuk menjemput Ummu Muhammad, berlaku satu kemalangan kecil.Kira first time accident, terlanggar kereta orang, it was my fault mungkin ini yang nak dikata kalau kita berhati hati macam mana pun akan ada satu ketika kita akan terleka/tercuai dan bagi abu amiir semalam mungkin merupakan salah satu waktu yang abu amiir terleka/tercuai.Sah sah terbang beberapa ratus bila dah tengok kereta yang dilanggar (tatau ada peluang lagi ke tak nak menyahut seruan TH Plantation yang dibuat oleh anak menantu En Ahmad.) Erm.. sayang jugak duit yang bakal hilang moga ada hikmah or kaffarah kerana apa sangatlah duit tu bila dibandingkan dengan kehilangan yang lagi besar dari tu sebab kemalangan jugak.

Entry Three:
Rasanya entry ni mungkin boleh menjelaskan kenapa kami tidak ada meraikan kelahiran Wan Jr Wan Amiruddin dalam minggu ini( To Amir and Aza sorry ek memang tak sempat sangat!!!), dan juga kemungkinan besar saya berseorangan lagi ke muntada pada hari ahad nanti.Program,jemputan dan aktiviti lain pun still lagi dalam deep consideration pergi ke tidak, boleh accept the responsibility ke tidak lagik untuk mesyuarat agung malam esok. Dalam minggu ni,Ummu Muhammad dirujuk ke Pakar Orthopedic setelah hampir tiga minggu kesakitan dibahagian kaki tidak lega, Penelitian di buat, kemungkinan besar tulang lutut Ummu Muhammad retak terjatuh ketika mendukung amiir dan muhammad tempoh hari.Dinasihatkan supaya rehat untuk tempoh beberapa minggu dan mengurangkan pergerakan fizikal.Dengan itu kemungkinan besar rancangan untuk balik ke KB/Kedah pada bulan ni terpaksa ditangguhkan dan Outstation Ummu Muhammad ke beberapa negeri bulan depan pun kemungkinan besar terpaksa direview semula.Mohon maaf kalau ada ketika saya tak boleh commit utk satu satu tugasan,program etc.

Entry Four:

Updates Pasal budak dua orang ni?
amiir muhd

Nantilah.....Cerita muhammad dan amiir balik Terangganu bulan lepas tak cerita lagik,depa balik tengok lembu muhammad,pergi ziarah ayah muhammad, makan nasi dagang kat tempat yang tengah meletup sekarang ni dan terkini rambut baru amiir...


Oklah nanti bila sempat jumpa lagi, teringin nak berkongsi dengan semua pasai Deir Yassin dan juga 10 April tapi tengoklah

"Dalam setiap ujian yang menimpa kita itu, ada penghapusan dosa, ada juga amaran supaya tidak leka, ada tawaran untuk mendapat pahala dengan cara bersabar bila menerima ujian tersebut, ada peluang untuk mengingat nikmat yang pernah kita perolehi kemudiannya hilang bila sampai masa dan waktunya,dan ada harapan untuk mendapat ganjaran atas kesabaran dan ketaatan kita pada ALlah.Pasti Allah dan QadhaNya adalah yang terbaik untuk kita.- Edited from Al Hasan bin Sahl extracted dari buku La Tahzan

Hidup bukan sampai di sini sahaja........

Entry One:
Minggu lepas seperti juga minggu sebelum ni kami ke hospital lagi, lepas office hour, kali ini sepupu abu amiir plak menjalani pembedahan membuang appendix, bunyinya macam biasa tapi lepas pembedahan terus di masukkan ke ICU kerana degupan jantung tak stabil. So weekend tempoh hari diperuntukkan untuk itu dan juga meraikan keluarga yang datang dari KB untuk melawat. Alhamdulillah pagi tadi mereka semua dah balik selepas condition improved. Nasib baik tukar plan pergi Pesta Buku awal kalau tak tahun ni melopong ajelah,betul tak ummu auni? ( kidding :P) dapat call pasal operate tuh pun masa kat dlm PWTC tu lah.Erm.. bila nak betoi betoi free weekend ni.....

Entry Two:
Amiir dah dapat ilmu baru dah lately ni....ilmu menjadi ultraman, dah kenai dah ultraman mana spiderman mana... power rangers belum lagik..nanti kalau dah reti jadik power rangers ... nak kena belajar dengan mamasherry plak cara nak buat topeng power ranger kaler merah tu.... kalu tanya "amiir ultraman camne?" siap dengan tangan tangan gerak.. siap mulut bunyi bzzz bzz isk.. ni abang dia lah ni jadik sifu.Taperlah nak bertukar jadik ultraman pun janji time semyang kena semayang...

Teringat satu source yang pernah dibaca .. boleh share kot.

Ada empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz ( lebey kurang enam tahun ) kena banyak bergurau dan membelai dengan kasih sayang .
Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah dididik dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

lepas tu? kena kawinkan lah kot.... erm sempat hidup tak aku ni sampai tengok cucu

Entry Three:
"Apabila matlamat akhir dari perjalanan seorang manusia adalah tempat yang kekal selamanya, nescaya setiap bencana akan terasa ringan, pelbagai beban hidup akan membuat mata tetap berkilauan, dan semua kesengsaraan hidup tetap dapat dilalui dengan hati yang gembira."

Dr Aidh Abdullah Al Qarni dari buku La Tahzan...

Syekh Al Qorni

Rupanya muda lagi Syeikh kita ni..baru dalam 40-an..tapi dah pernah masuk penjara betullah memang "sunnah" org yang ikut dan cuba ikut nabi hampir serupa, kalau tak dibuang negeri dipenjara, kalau tidak dipenjara ianya dibunuh.Kalau tak kena hadap benda benda tu kena juga penderaan seperti itu cth : pemulauan (nabi pernah kena tiga tahun), kematian(nabi dah rasa semua bermula dari ayah, ibu, datuk, bapa saudara, sahabat sahabat yang syahid dan juga anak- refer sirah nabi menangis atas kematian Ibrahim. r.a satu satunya anak lelaki nabi saw yang masih hidup tapi Allah "jemput" pada usia nabi 62 tahun.Orang arab cukup bangga kalau ada anak lelaki dan kalau ramai anak lelaki tapi nabi sampai tahap tu diuji.)

Dan kebanyakkan orang yang dah kena tarbiah sampai level macam tu sekali,kebanyakkannya memiliki jiwa yang cukup besar antaranya suka memaafkan cthnya seperti di bawah

Petikan temuramah media indonesia dgn beliau:

Soal: Buku Syekh sudah dicetak berpuluh-puluh kali dengan angka penjualan yang fantastis termasuk di Indonesia. Bahkan, puluhan penerbit di Indonesia mencetak buku tanpa sepengetahuan Syekh. Tanggapan Syekh?
Jawab:Tidak menjadi masalah bagi saya kalau penerbit Indonesia mau mencetak karena karya cipta hanya milik Allah. Khusus royalti semua buku yang saya buat juga sudah saya serahkan kepada orang lain bukan lagi milik saya. Lillahi ta'ala saya silakan kalau ada muslimin yang mau menerjemahkan buku-buku saya. Semoga dapat bermanfaat dan semoga Allah memaafkan kita semua.Silakan tulis surat kepada saya untuk meminta izin menerbitkan buku-buku yang diinginkan karena saya tidak terima apa pun dari penerbitan buku-buku saya. Tetapi, khusus buku Laa Tahzan izinnya sudah saya serahkan ke Akhmad Bawazier dari Qisthi Press.

Contoh lain: DSAI yang memaafkan kesalahan orang yang terlibat dgn apa yang beliau katakan konspirasi menjatuhkan beliau

Contoh lain? yang paling besar sudah tentu Rasul SAW. ikuti kisah Fathul Makkah..

Oklah dah banyak berceloteh....

Wassalam..

Cerita Kanak kanak Ribena

Salam

Maaf lama tidak update, masih lagi dalam proses penyesuaian.

Entry One:

Perbualan sewaktu selepas majlis tahlil untuk arwah nenek Ummu Muhammad yang meninggal pagi sabtu lepas.

aaa: Macam kuliah Ust Hashim(Pengerusi/Imam Surau An Nur) lah dah 18 tahun bagi kuliah tafsir tak pernah miss tiap tiap pagi Ahad.
abuamiir: Sekarang dah juz berapa dah?(Dalam hati kagum- 18 tahun pagi ahad pulak tu)
aaa: Dah lebih sikit dari separuh dah.. dulu dua tiga ayat jer dia tafsir sekali kuliah sekarang laju sikit, takut "tak sempat" habis kot, tapi tak pernah miss lah dari 18 tahun dulu kecuali bulan puasa dia tak buat lah kuliah.
abuamiir: (Dalam Hati)" Ada orang macam ni lah Agama berkembang, dalam 18 tahun tu mesti ada macam macam kerenah, sah sah mesti ada ketikanya dia berhadapan dengan ramai pendengar, ada ketikanya mungkin dia lebih banyak bercakap dgn dinding yang lagi ramai dari pendengar, apa akan jadik kalau tetiba dia give up masa tu dah tentu tak sampai ke tahap sekarang.

Teringat apa yg abu amiir pernah citer kat kengkawan dulu, kalau sapa ada masa kat office pepagi tu sebelum start keja sementara tunggu computer load windows and segala benda benda tu, pesan kat kengkawan bacalah tafsir quran satu dua ayat sehari pun jadik aa, kalau by pencen kita dah abis sebijik tafsir Quran pun dah good enuff kalau tak sempat pun at least dah try. abu amiir start buat masa amiir baru lahir kebetulan masa tu pesta buku(ummu auni, mak cik limau tak pergi ke?) sekrg alhamdulillah dah juz 7.

moral:

1. Sikit sikit lama lama jadik bukit-mafhum hadis melayu
2. Allah suka kalau buat sesuatu tu istiqamah walaupun sedikit - mafhum hadis nabi saw.
3. Jgn Give Up bila buat kerja/seru benda baik/


Entry Two:

Khamis Jumaat last week, lepas office jer kami terus ke Hospital Putrajaya untuk menziarahi nenek ummu muhammad yang dimasukkan ke sana pada Rabu malam yang lepas, dr kata suspected denggi so kena ambil ujian darah which is sepatutnya semalam baru dapat tau result dia. Hari Khamis still lagi nampak ok tapi Jumaat dah nampak lain, nenek ummu muhammad ni waktu waktu hayatnya cukup kuat first and last time abu amiir jumpa beliau ialah sewaktu walimah kami dua bulan lepas, kalau travel dari penang ke KL tu sorang sorang jer pada umur 75 tahun, tapi bila melihatkan beliau terlantar atas katil dan dibagitau pula dia tak pernah mengerang or mengaduh bila sakit demam sebelum ni dan kali ni pula nampak teruk sedikit,membuatkan sebelum balik abu amiir tergerak untuk membaca doa seperti hadis nabi" "Ya Allah hidupkanlah beliau selagi hidup itu lebih baik baginya, dan matikanlah beliau apabila mati itu lebih baik baginya" (detail hadis refer sini). 5:50 pg sabtu pagi, kami mendapat panggilan bahawa Allah jua yang kekal. Jenazah di bawa pulang ke rumah ayah Ummu Muhammad dan disempurnakan sebelum zohor.

Teringat balik kali terakhir abu amiir ke Hospital Putrajaya sewaktu ummu amiir di"jemput" bila pergi kembali tu sedikit sebanyak terecall balik apa yang dah dilalui dulu tapi nasib baik tak lalu area area wad kecemasan, bilik jenazah etc, terus ke wad sahaja.Ditakdirkan Allah pula nenek ummu muhammad dikebumikan berdekatan dengan ummu amiir.moga moga mereka dapat berkenalan di sana.Insya Allah.


Entry Three:

Zohor tadi berkesempatan mendengar tazkirah pendek dari Ust Mazlee Malik berkenaan cintakan rasul, diceritakan tentang hadis berikut: "Tidak beriman seseorang di antara kamu sehinggalah aku dicintainya melebihi bapanya, anaknya dan semua manusia." (Sunan Ibnu Majah) diikuti cerita tentang bagaimana cintanya sahabat nabi pada nabi saw, cerita abu bakr, abu dujanah yang menjadikan badannya sebagai perisai kepada nabi, cerita tentang protes umat islam seluruh dunia terhadap karikatur membawa kepada persoalan kenapa Malaysia tidak mengambil langkah memboikot barangan Denmark,mungkin rupanya disebabkan nak jaga kilang hijau di lebuhraya persekutuan tu dari ditutup kot.(Menurut rekod Hasil arak 7.1 billion diperolehi oleh kerajaan Malaysia dari tahun 2002-2004)

abuamiir terfikir bagaimana ya kalau orang tu tak sensitif langsung bila nabi dihina or takut untuk menyuarakan bantahan pada pihak tertentu disebabkan takut diambil tindakan tatatertib, sekatan etc, boleh ke nak dikatakan iman mereka tak sempurna lagi?, takpelah Nahkum BiZzawahir..

Sebelum balik Ust Mazlee sempat cakap satu benda yang mungkin tak ramai realise tapi bagi abuamiir cukup terkesan, ayat beliau simple sahaja "nanti saya tunggu kat luar yer, dalam masjid takleh jual beli/berniaga" pergh macam kena bom bila dgr ayat tu baru teringat bahawa memang ada hadis yang larang benda benda tu dan kita sendiri pun kalau pergi ke masjid mesti selalu terbaca di poster poster yang menceritakan tentang adab adab dalam masjid antaranya ialah tidak boleh berjual beli .Mungkin tak ramai realise kesilapan ini sebab menengokkan berapa ramai ust ust or penceramah sebelum ni kalau pergi mengajar ambil kesempatan untuk jual buku/kurma/kismis dalam masjid promotion and transaction semua di buat di dalam masjid. tapi mungkin kerana terlupa ataupun perbuatan tersebut tidak membawa maksud jual beli ataupun hadis nabi yang melarang jual beli tu membawa maksud jangan jadikan masjid tu seperti pasar iaitu bising dengan perkara perkara yang tidak sepatutnya Allah A'lam..... Detail hadis seperti di bawah

"Apabila kamu melihat orang yang menjual atau membeli sesuatu di dalam masjid, maka doakanlah “Semoga Allah tidak memberi keuntungan bagimu". Dan apabila kamu melihat orang yang mengumumkan barang hilang, maka do`akanlah "Semoga Allah tidak mengembalikan barangmu yang hilang". (HR. At-Turmudzi dan dishahihkan oleh Al-Albani).


Entry Four:

Bila nak pergi Pesta Buku ni , tak sempat lagik nak pergi ni....

Jangan Gentar Berkelana di Alam Abadi...

Sempena ulang tahun kedua terkorbannya Syeikh Ahmad Yasin (21/22 Mac 2004).Moga moga roh beliau sedang berterbangan di syurga sana. Posting terdahulu boleh klik di sini


BTW...Apa cerita Ariel Sharon sekarang?Dah mampos ke belum? Kalau ditakdirkan tiada hidayah untuknya nikmatilah dulu seksa di dunia sementara menantikan kesengsaraan yang abadi di sana.....


Pengalamanku bersama Syeikh Ahmad Yassin di dalam penjara


Saamir Khuwairah (wartawan www.islam-online.net) yang telah menemuramah Ir. Farid Ziadah yang pernah mendiami sel penjara bersama as-syahid Syeikh Ahmad Yassin.

yasin001

Ketika pihak rejim Zionis Israel memberikan peluang kepada tahanan HAMAS di penjara pusat Nablus untuk ditukarkan ke Kufr Yuna pada tahun 1994, Farid Ziadah , salah seorang aktivis HAMAS yang dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis tidak melepaskan peluang tersebut. Ini kerana itulah sahaja peluangnya untuk bertemu dengan seorang individu yang hebat yang sentiasa beliau impikan untuk bertemu dengan individu tersebut.

Ketika beliau ditemui untuk di wawancara di rumahnya di sebuah kampung yang bernama Madama di Selatan Nablus, beliau telah mengimbas kembali kenangannya bersama Syeikh Ahmad Yassin di penjara Kufr Yuna yang tidak dapat dilupakannya. Beliau telah menceritakan bagaimana sepanjang tempoh beliau bersama dengan Syeikh Yassin di dalam satu sel untuk berkhidmat kepada pejuang agung tersebut dan amat berbangga dengan tempoh yang beliau habiskan untuk khidmat tersebut.

Ziadah menceritakan: Ianya semua bermula apabila para tahanan HAMAS diberikan peluang untuk berpindah ke penjara Kufr Yuna di mana Syeikh Yassin tinggal. Saya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu lebih dekat dengan Syeikh Yassin yang merupakan satu gambaran kepada mukjizat keimanan di zaman ini.

Ziadah menambah lagi : Bukan hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk bertemu dengan Syeikh Yassin , malah ramai lagi yang terdiri daripada penyokong-penyokong dan murid- murid Syeikh turut meminta untuk bersama dengannya. Keadaan ini telah memaksa anggota- anggota HAMAS di penjara pusat Nablus untuk melakukan undi bagi memilih siapa yang layak untuk dipindahkan ke Kufr Yuna demi memberikan khidmat kepada Syeikh Yassin yang amat mereka sayangi. Ditakdirkan oleh Allah, Ziadah telah terpilih untuk tugas yang mulia tersebut.

Program seharian Syeikh Ahmad Yassin di penjara

Ziadah telah menceritakan hari-hari yang dipenuhi dengan kasih sayang, kerinduan, keimanan yang dilalui olehnya bersama dengan Syeikh Yassin dan juga keperitan yang dialaminya ketika berpisah dengan Syeikh tersebut, walaupun perpisahan tersebut adalah untuk pembebasannya dari penjara. Jika anda ingin memperkatakan tentang Syeikh Yassin, anda akan memperkatakan tentang program -program hidupnya yang padat, dan seolah-olah tubuhnya yang lemah itu bukanlah bekas untuk menampung ruh dan jiwanya yang besar dan aktif tersebut.

Beliau mengatakan : Beliau sentiasa bangun pada pukul 3 pagi untuk bertahajjud, membaca al-Quran sementara menantikan solat Subuh

Al-Quran sentiasa menjadi teman karib Syeikh Ahmad Yassin


Waktu-waktu selepas solat Subuh beliau habiskan untuk bersama dengan tuhannya dengan membaca al-Quran. Waktu-waktu tersebut seolah- olah melupakan beliau terhadap kesempitan hidup beliau di penjara dan membuka keluasan rahmat Allah di hadapannya. Aktiviti tersebut berterusan sehinggalah pintu sel dibuka untuk para tahanan keluar untuk bertemu di antara satu dengan lain di dalam kawasan penjara.

Waktu tersebut digunakan oleh Syeikh untuk mengambil udara segar dan bertemu dengan para tahanan yang lain. Ziadah dan juga rakan- rakan yang lain memapah Syeikh yang ingin bersama dengan para tahanan lain yang melakukan riadah. Ia menunjukkan seolah-olah Syeikh tidak mahu menyerah dengan lumpuh yang dihadapinya, dan seolah-olah beliau ingin membuktikan kepada pegawai-pegawai penjara bahawa beliau tetap bertenaga dan tidak akan menyerah kalah.

Kami juga akan mengurut dan menggerak- gerakkan sendi-sendi Syeikh sebagai salah satu daripada rawatan terapi untuk tubuhnya yang lumpuh itu, dan kami bagai dapat merasakan darah yang mengalir itu terkandung di dalamnya semangat perjuangan yang tidak akan terpadam. Selepas itu kami akan masuk semula ke dalam sel, di mana Syeikh akan berwudhu dan bersolat dhuha, sambung beliau.

Perpustakaan yang intensif di dalam sel yang kecil

Selesai sahaja solat, Syeikh akan mengkhususkan waktunya untuk ilmu. Dia akan segera dibawa ke perpustakaan mininya yang intensif dengan pelbagai buku di dalam selnya yang kecil. Beliau tidak jemu menatapi helaian-helaian buku di perpustakaan tersebut demi menajamkan pemikirannya. Menurut Ziadah, beliau bukan hanya membaca, malah daya ingatannya yang kuat telah membolehkannya menghafal maklumat hatta isi kandungan buku-buku yang dibacanya. Beliau amat menggemari buku gal-Bidayah wa al-Nihayah(buku sejarah Islam) karangan Ibnu Kathir yang mengandungi 20 jilid. Beliau juga sering meminta pembantu-pembantunya untuk menguji ingatan dan hafalannya terhadap apa yang beliau dapat dari buku tersebut. Lebih menarik lagi, beliau ingatkan muka surat yang terkandung di dalamnya maklumat yang beliau telah baca.

Selesai aktiviti keilmuan, beliau akan bersolat Zohor bersama dengan pembantu- pembantunya, dan akan tidur selepas itu selama sejam, dan apabila beliau bangkit dari tidurnya beliau akan menghabiskan waktu menonton rancangan berita televisyen, mendengar radio dan juga mendengar nasyid-nasyid Islami. Beliau amat menggemari nasyid-nasyid Islami. Selepas aktiviti tersebut, Syeikh akan segera ke perpustakaannya kembali untuk membaca sehingga tiba waktu Asar. Selepas Asar beliau akan membaca al-Quran yang menjadi wirid hariannya. Selesai sahaja menghabiskan wirid-wirid tersebut, beliau aka n makan bersama pembantu-pembantunya. Mereka hanya makan makanan yang mereka masak sendiri sahaja dan bukan yang disediakan oleh pihak penjara. Selepas itu mereka keluar bersama untuk beriadah. Waktu riadah mereka diasingkan daripada waktu riadah banduan-banduan jenayah, agar mereka tidak bertemu dan tidak diganggu.

Syeikh akan kembali ke selnya untuk berwudhu dan mempersiapkan diri untuk solat Maghrib bersama dengan yang lain. Usai solat Maghrib mereka akan menunaikan solat sunat sambil menantikan waktu Isyak. Selesai solat Isyak, mereka akan bertadarrus dan menyemak hafalan al-Quran mereka bersama Syeikh.

Tidak untuk bermalas-malasan dan membuang masa

Syeikh tidak sukakan keadaan santai dan bermalas-malasan pada waktu malam. Beliau juga tidak suka berjaga sehingga lewat malam. Beliau juga amat sedikit meminum teh dan tidak langsung meminum kopi. Biasanya mereka akan berehat- rehat sahaja sebelum tidur.

Semangat Syeikh Ahmad Yassin membakar sehingga kini walaupun jasadnya hancur di mamah roket rejim Zionis

yasin005

yasin007

Beliau juga seorang yang amat mudah mesra dan suka bergurau, tetapi tidak berlebihan. Walaupun keluarganya tidak dapat menziarahinya selalu, namun beliau tidak pula merasakan kesedihan seperti kebanyakan banduan yang sentiasa merindukan ahli keluarga mereka.

Ziadah juga menceritakan bagaimana Syeikh menghidapi sakit perut dan telinganya dan sentiasa sabar menghadapinya. Telinganya juga tidak dapat mendengar dengan normal, malah para pembantunya sering memasangkan ear-phone untuk Syeikh mendengar televisyen.

Rakan penjaraku

Ziadah juga sempat menceritakan ketajaman pemikiran Syeikh Yassin dan juga keperibadiannya yang diwarnai dengan pelbagai warna politik, figur agamawan, figur intelek dan juga universalitinya. Ini semua membuatkan Syeikh mudah didampingi dan didekati oleh sesiapa sahaja.

Beliau sempat menceritakan perihal gelas kecil milik Syeikh Ahmad Yassin yang kelihatan agak lama digunakan olehnya. Bila beliau menawarkan untuk menggantikannya dengan yang baru, Syeikh segera menolak dan mengatakan gelas itulah temannya di penjara semenjak dahulu lagi. Syeikh juga mengatakan saiz gelas itu sesuai untuknya menyukat bilangan air yang diminumnya seharian. Apabila dibalas oleh Ziadah bahawa beliau akan menggantikanya dengan gelas yang baru yang sama saiz dengannya Syeikh segera menjawab : gApalah untungnya menggantikan sesuatu yang lama dengan yang baru jika yang lama masih lagi elok

Perpisahan yang memeritkan

Ketika Ziadah menceritakan saat perpisahan beliau dengan Syeikh, beliau tidak dapat mengawal emosinya, dan air matanya bagaikan empangan yang pecah tanpa dapat dihalang alirannya. Kata beliau , Ketika pengurusan penjara memberitahu bahawa saya akan dibebaskan setelah selesai menjalani dua pertiga dari tempoh tahanan saya, saya langsung tidak berminat untuk keluar sepertimana halnya banduan-banduan yang lain. Saya merasakan keberadaan bersama Syeikh Yassin di dalam penjara lebih berharga buat diri saya, namun Syeikh memberikan semangat kepada saya untuk keluar dari penjara. Akhirnya saya akur dan menurut perintah Syeikh lantas keluar meninggalkan penjara tersebut.

Saat pengumuman pembebasannya oleh pihak mahkamah yang sepatutnya diserikan dengan perasaan kegembiraan bertukar kepada tangisan kesedihan kerana tidak sanggup menghadapi saat perpisahan dengan Syeikh Ahmad Yassin.

Seminggu sebelum tarikh pembebasannya dia berazam untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu dari Syeikh, namun semuanya berkecai apabila dia diperintahkan untuk dibebaskan dengan segera. Beliau walaubagaimanapun enggan meninggalkan Syeikh selagi pihak penjara tidak menghantar pembantu baru untuk Syeikh. Apabila seorang pembantu baru yang didatangkan dari penjara lain dihantar kepada Syeikh Yassin, barulah dia dapat meninggalkan Syeikh tersebut.

Saat perpisahan yang dilaluinya amat sedih dan pilu dan tidak mungkin beliau melupakannya. Dia masih terbayangkan bagaimana Syeikh Ahmad Yassin telah menyuruhnya pergi selepas beliau memeluk Syeikh dan tenggelam di dalam tangisannya. Susuk tubuh Syeikh melambaikan tangannya di lapang riadah masih terbayang di dalam kotak pemikirannya sehingga kini. Perpisahan kali pertama itu tidak akan dapat dilupakan sepertimana dia tidak melupakan perpisahan kali kedua apabila tubuh Syeikh Ahmad Yassin hancur dimamah roket tentera Israel.

yasin009

Syeikh yang kuat berpuasa

Bukan hanya Ziadah seorang sahaja yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin. Sameeh Alawi, seorang anggota HAMAS dari Nablus juga pernah berkhidmat untuk Syeikh di dalam penjara selama 100 hari. Hari-hari bersama Syeikh Ahmad Yassin adalah saat-saat yang paling indah dalam hidupnya, walaupun sepanjang 100 hari tersebut mereka ditempatkan di dalam sel yang amat kecil yang tiada cahaya matahari dapat menerobos masuk ke dalamnya.

Sameeh ketika menceritakan perihal Syeikh Ahmad Yassin telah mengatakan : Syeikh akan bangun pagi dua jam sebelum solat Subuh untuk menunaikan Qiyamullail. Di siang harinya pula beliau amat rajin berpuasa. Beliau tidak ketinggalan berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Beliau juga banyak menghabiskan waktunya untuk membaca al-Quran, dan mendengarnya bersama dengan para pemuda di penjara. Syeikh membaca 3 juzuk dalam sehari dan mendengar bacaan al-Quran sejuzuk sehari. Syeikh amat gemar membaca buku al-Bidayah wa al-Nihayah, mendengar berita dan juga menonton rancangan-rancangan agama di T.V.

Menurut Alawi lagi : Para pemuda di penjara berlumba-lumba untuk berkhidmat kepada Syeikh. Mereka juga gemar mendengar kata-kata dan juga nasihat-nasihat Syeikh. Walaupun beliau tidak banyak bercakap, namun kata-katanya yang sedikit itu penuh dengan hikmah dan pengajaran.

Antara mereka yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau di dalam penjara ialah Syeikh Diyaf al-Samur dari Ramallah, di mana Syeikh telah menulis surat kepadanya dengan menggunakan tulisan tangannya sendiri dengan penuh kepayahan. Ini kerana Syeikh amat sayangkan beliau. Antara yang lain juga ialah Syeikh Naaji Sinqrit dari Khalil (Hebron), Syeikh Sameeh Zainuddin, seorang akauntan dari Bait Lid berdekatan dengan bandar Netanya, Syeikh Nidhal Abu Saadah dari Bait Dujan, dan juga Ir. Farid Ziadah dari Madama.

Hatta pegawai penjara pun sukakan Syeikh Yassin

Syeikh bukan hanya disukai oleh para pemuda muslim yang bersama dengannya, yang lebih menarik lagi, para pegawai penjara Israel yang berketurunan Yahudi pun ada yang mengkagumi dan menyukai beliau. Antaranya ialah salah seorang pegawai penjara yang merahsiakan namanya telah mengatakan : Saya tidak melihat apa-apa pun pada peribadi Syeikh Yassin yang menunjukkan beliau seorang pengganas.

Saya merasakan ketenangan dan juga berasa senang sekali jika dapat mengawalnya, hatta apabila berdiri berdekatan dengannya pun. Inilah yang mungkin dapat dirasakan oleh para pemuda yang telah berkhidmat kepadanya

Beliau menambah : Saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau (Syeikh) di dalam penjara ketika beliau bersama rakan-rakanya. Dan saya dapat merasakan bahawa HAMAS akan mengamuk jika Syeikh ini diapa-apakan oleh sesiapa pun. Beliau adalah bapa spiritual kepada HAMAS!. (Kenyataan ini telah dinyatakan oleh pegawai berkenaan di dalam sebuah rancangan Talk Show di salah sebuah rangkaian Televisyen Israel pada malam Sabtu 3 / 4 / 2003).

Note: sumber : maszlee malek

yasin003

yasin010

Yang Ditutup Itu Indah

Diambil dari Berita Harian

Ada satu bahagian yang ditulis di dalam artikel ini membuat saya te"recall" balik zaman dolu dolu.. ada sesapa yang ingin berkongsi?

Cara dakwah aktivis Islam tak boleh timbul prasangka
Oleh Ir Endok Sempo Tahir

SEJAK kebelakangan ini isu tudung menjadi hangat semula. Bertudung satu kewajipan yang jelas diperintahkan di dalam al-Quran dan Sunnah ke atas wanita Islam.

Ramai yang belum memahami dan mereka yang masih jahil memandang serong mengenai perintah bertudung ini dengan memberikan berbagai label terhadap orang yang mempromosikan ‘bertudung’ sebagai taliban, ekstrim, ketinggalan zaman, penindasan kepada kaum wanita Islam dan sebagainya.

Tuduhan yang melulu ini disebabkan salah fahaman mengenai isu ini. Label melabel orang lain yang tidak bersefahaman perlu dijauhi untuk keharmonian masyarakat.

Mengapa wanita Islam dikehendaki menutup kepalanya? Persoalan inilah yang sering ditanyakan orang Islam dan bukan Islam. Bagi wanita Islam ia ujian sebenar untuk menjadi seorang Muslimah sejati.

Jawapan kepada persoalan ini sangatlah mudah – wanita Islam mengenakan hijab (busana yang menutupi seluruh kepala dan tubuhnya) kerana Allah mengkehendaki berbuat demikian.

Katalah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.

Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.

Hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh melainkan kepada suami, ibu bapa, bapa mentua, anak-anak mereka, anak-anak tiri, saudara-saudara, saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara yang perempuan dan perempuan Islam atau hamba mereka,

Selain itu, orang gaji dari orang-orang lelaki yang sudah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, kanak-kanak yang belum mengerti lagi mengenai aurat perempuan, janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya (Al-Quran, Surah 24:30-31)

Namun, beberapa orang perseorangan dan aktivis dari persatuan atau organisasi Islam atau badan dakwah Islam menggunakan pendekatan yang keras dan menyinggung perasaan dalam menangani permasalahan tudung. Sesetengah tindak tanduk mereka tidak boleh diterima oleh wanita Islam yang tidak memakai tudung atau memakai tudung yang tidak sempurna.

Jadi saya rasa aktivis Islam perlu menggunakan cara terbaik “bagaimana mengajak memakai tudung”. Dalam pada itu pihak kepemimpinan organisasi perlu merangka satu panduan mengenai perkara ini. Panduan ini menjadi rujukan para aktivis dalam kehidupan seharian mereka.

Apabila mereka menggunakan cara yang betul, orang akan berasa seronok dan menjadikan mereka sebagai tempat rujukan dan mengadu permasalahan komuniti sekitarnya. Dengan pendekatan yang sederhana ini memudahkan mereka menyantuni masyarakat, menunjukkan contoh teladan yang baik dan boleh diterima.

Pendekatan yang memikat jiwa yang ikhlas dan tenang amatlah diperlukan. Secara tidak langsung boleh menyedarkan mereka mengenai undang-undang dan peraturan Islam yang harus ditegakkan. Kita mestilah menggunakan kaedah memujuk dan berbaik sangka dalam mengajak orang lain dalam mengamalkan tudung.



Antara tips yang boleh menarik hati-hati yang ikhlas dan sejahtera :



l Jangan menghukum

Ini adalah kunci kepada aktivis. Kita perlulah berbaik sangka. Apabila kita mula menghukum atau mengadili mereka yang tidak bertudung, maka kita telah melakukan satu kesalahan, iaitu salah tanggap tentang seseorang.

Harus diingat bahawa kita tidak mengetahui latar belakang seseorang itu. Mungkin seseorang wanita tidak tahu mengenai kewajipan bertudung, mungkin dia hidup di dalam satu budaya yang tidak mengamalkan bertudung, mungkin dia datang dari keluarga yang melarangnya daripada memakai tudung atau keluarganya memang tidak memahami apa lagi mengamalkan tudung atau keluarganya mempunyai konflik atau memusuhi beberapa individu dalam sesuatu organisasi Islam dan berbagai kemungkinan lain.

Kekerasan dan kata-kata yang menyinggung perasaan akan menyebabkan mereka yang tidak bertudung menjauhkan diri daripada wanita yang bertudung. Yang paling kita takutkan ialah ia didekati oleh mubaligh bukan Muslim.

Jika mereka melihat keliling serta membuat perbandingan lantas mendapati aktivis Islam mempunyai pandangan negatif terhadap yang tidak bertudung, memilih kasih, hanya duduk dalam lingkungan kelompok bertudung saja, terlalu mudah menghukum dan menilai, orang biasa yang tidak bertudung akan menjauhkan diri dan tidak minat untuk mendengar dakwah kita. Terutama apabila kita ingin mengajak golongan remaja, kita seharusnya menjadi sahabat mereka terlebih dahulu.



l Jika anda seorang perempuan, bersahabat dengan mereka.

Apa yang remaja perlukan lebih segala-galanya ialah persahabatan. Kebanyakan remaja hari ini merasakan diri mereka dipinggirkan dan tidak boleh bersahabat dengan kedua ibu bapa mereka, mungkin kerana tidak boleh menerima pandangan atau bercerita dengan mereka. Ini menyebabkan mereka mencari alternatif lain iaitu dengan mencari hiburan bersama rakan mereka di luar.

Oleh itu, di sini adalah peluang keemasan untuk mendekati mereka. Aktivis wanita Islam perlulah bersikap mesra, menunjukkan kasih sayang dan mempunyai hubungan yang baik seperti kawan dengan golongan remaja, sama ada di dalam sesebuah organisasi mahupun di dalam aktiviti kemasyarakatan.

Persahabatan bukanlah sekadar di bibir mulut saja. Tidak cukup hanya sekadar mengatakan “saya suka awak, saya ambil berat terhadap awak,” . tetapi persahabatan yang sebenar dan prihatin timbul melalui kehidupan bersama seseorang, dan berada di sisi apabila diperlukan, terutama apabila remaja meghadapi konflik dan pancaroba remaja.



l Jika anda seorang lelaki, berlemah-lembut, hormati mereka.

Golongan lelaki Islam pula haruslah merendahkan pandangan dan menjaga maruah mereka dan tidak membuatkan wanita berasa tidak selesa, sama ada melalui tindak tanduk ataupun tutur kata. Jangan sekali kali memandang rendah terhadap wanita. Tidak sekali kali mengutuk atau menyindir mereka yang tidak memakai tudung.



l Ajak mereka membabitkan diri dalam aktiviti Islam.

Kita perlu merapatkan diri dan memberi sokongan moral kepada teman yang masih mencari-cari identiti.

Harapan dan dorongan kita sebenarnya memberi kekuatan dan semangat untuk menolong dia membuat keputusan.” Ini dijelaskan oleh Dr. Kathrine Bullock dalam bukunya The Politics Of The Veil, yang mula memakai tudung selepas dua minggu memeluk agama Islam.

Untuk membuka minda dan melakukan perubahan memerlukan masa, bukanlah boleh dilakukan dengan sekali gus. Ia adalah kesan dan hasil dari hubungan yang berterusan dengan para aktivis yang lain.

Ajaklah mereka menghadiri kelas kelas agama, usrah dan halaqah. Seperti yang biasa di amalkan di kampus, pejabat dan pihak masjid dan surau. Melalui pergaulan ini sedikit sebanyak membantu mereka menghadapi kemelut dan konflik dalam jiwa.

Dengan semangat ini membuatkan mereka merasa lebih selesa dan berbincang dengan dada terbuka, menguatkan ikatan persahabatan yang kukuh antara mereka.

l Libatkan mereka dalam program menjana minda dan mencerna pengetahuan.

Membuat program, kempen, seminar dan membentangkan kertas kerja ‘Mengenai Tudung’ kepada pelajar yang tidak memakai Tudung. Yang paling cantik jika pelajar yang tidak bertudung itu sendiri yang terbabit dalam program ini. Saya pernah menghadiri satu makan malam yang dianjurkan oleh Universiti Multimedia (2001) yang menganjurkan ‘Program Helwani Nite’ yang sungguh berkesan, di mana tema yang dipilih ialah tema tudung, cara pemakaian tudung yang betul dan berbagai jenis tudung.

Kaedah ini mungkin efektif kerana ia dapat memberikan asas pengetahuan, tanpa menggunakan kekerasan. Ia adalah sesuatu yang dilakukan oleh diri mereka sendiri. Dalam aktiviti akan tercetus rasa ingin tahu, ingin cuba dan akhirnya minat untuk memakai tudung itu akan timbul dengan sendirinya.


l Bersambung minggu depan:

Penulis boleh dihubungi melalui emel wanitajim@jim.org.my

YOU'VE GOT TO FIND WHAT YOU LOVE

Artikel di bawah ni panjang sikit tapiberbaloilah kalau nakbaca... dun worry saya tak tambah posting baru sehingga agak agak anda dah ambil masa sesuai untuk habis dan hadamkan artikel ini.




Oleh : Steve Jobs

Tarikh : 9 Jul 2005, 10:30 am


This is the text of the Commencement address by Steve Jobs, CEO of Apple Computer and of Pixar Animation Studios, delivered on June 12, 2005.

I am honored to be with you today at your commencement from one of the finest universities in the world. I never graduated from college. Truth be told, this is the closest I've ever gotten to a college graduation.

Today I want to tell you three stories from my life. That's it. No big deal. Just three stories.

The first story is about connecting the dots. I dropped out of Reed College after the first 6 months, but then stayed around as a drop-in for another 18 months or so before I really quit. So why did I drop out?

It started before I was born. My biological mother was a young, unwed college graduate student, and she decided to put me up for adoption. She felt very strongly that I should be adopted by college graduates, so everything was all set for me to be adopted at birth by a lawyer and his wife. Except that when I popped out they decided at the last minute that they really wanted a girl. So my parents, who were on a waiting list, got a call in the middle of the night asking: "We have an unexpected baby boy; do you want him?" They said: "Of course." My biological mother later found out that my mother had never graduated from college and that my father had never graduated from high school. She refused to sign the final adoption papers. She only relented a few months later when my parents promised that I would
someday go to college.

And 17 years later I did go to college. But I naively chose a college that was almost as expensive as Stanford, and all of my working-class parents' savings were being spent on my college tuition. After six months, I couldn't see the value in it. I had no idea what I wanted to do with my life and no idea how college was going to help me figure it out. And here I was spending all of the money my parents had saved their entire life. So I decided to drop out and trust that it would all work out OK. It was pretty scary at the time, but looking back it was one of the best decisions I ever made.

The minute I dropped out I could stop taking the required classes that didn't interest me, and begin dropping in on the ones that looked
interesting. It wasn't all romantic. I didn't have a dorm room, so I slept on the floor in friends' rooms, I returned coke bottles for the 5¢ deposits to buy
food with, and I would walk the 7 miles across town every Sunday night to get one good meal a week at the Hare Krishna temple. I loved it. And much of what I stumbled into by following my curiosity and intuition turned out to be priceless later on. Let me give you one example:

Reed College at that time offered perhaps the best calligraphy
instruction in the country. Throughout the campus every poster, every label on every drawer, was beautifully hand calligraphed. Because I had dropped out and didn't have to take the normal classes, I decided to take a calligraphy class to learn how to do this. I learned about serif and san serif typefaces, about varying the amount of space between different letter combinations, about what makes great typography great. It was beautiful, historical, artistically subtle in a way that science can't capture, and I found it fascinating.

None of this had even a hope of any practical application in my life. But ten years later, when we were designing the first Macintosh computer, it all came back to me. And we designed it all into the Mac. It was the first computer with beautiful typography. If I had never dropped in on that single course in college, the Mac would have never had multiple typefaces or proportionally spaced fonts. And since Windows just copied the Mac, its likely that no personal computer would have them. If I had never dropped out, I would have never dropped in on this calligraphy class, and
personal computers might not have the wonderful typography that they do. Of course it was impossible to connect the dots looking forward when I was in college. But it was very, very clear looking backwards ten years later.

Again, you can't connect the dots looking forward; you can only
connect them looking backwards. So you have to trust that the dots will somehow connect in your future. You have to trust in something - your gut, destiny,
life, karma, whatever. This approach has never let me down, and it has made all the difference in my life.

My second story is about love and loss. I was lucky - I found what I loved to do early in life. Woz and I started Apple in my parents garage when I was 20. We worked hard, and in 10 years Apple had grown from just the two of us in a garage into a $2 billion company with over 4000 employees. We had just released our finest creation the Macintosh - a year earlier, and I had just turned 30. And then I got fired. How can you get fired from a company you started?

1apple_jobs

Well, as Apple grew we hired someone who I thought was very talented to run the company with me, and for the first year or so things went well. But then our visions of the future began to diverge and eventually we had a falling out. When we did, our Board of Directors sided with him. So at 30 I was out. And very publicly out. What had been the focus of my entire adult life was gone, and it was devastating.

I really didn't know what to do for a few months. I felt that I had
let the revious generation of entrepreneurs down - that I had dropped the baton as it was being passed to me. I met with David Packard and Bob Noyce and tried to apologize for screwing up so badly. I was a very public failure,
and I even thought about running away from the valley. But something slowly began to dawn on me - I still loved what I did. The turn of events at Apple had not changed that one bit. I had been rejected, but I was still in
love. And so I decided to start over.

I didn't see it then, but it turned out that getting fired from Apple was the best thing that could have ever happened to me. The heaviness of being successful was replaced by the lightness of being a beginner again, less sure about everything. It freed me to enter one of the most creative periods of my life.

During the next five years, I started a company named NeXT, another company named Pixar, and fell in love with an amazing woman who would become my wife. Pixar went on to create the worlds first computer animated feature film, Toy Story, and is now the most successful animation studio in
the world. In a remarkable turn of events, Apple bought NeXT, I retuned to Apple, and the technology we developed at NeXT is at the heart of Apple's current renaissance. And Laurene and I have a wonderful family together.

I'm pretty sure none of this would have happened if I hadn't been
fired from Apple. It was awful tasting medicine, but I guess the patient needed it. Sometimes life hits you in the head with a brick. Don't lose faith. I'm convinced that the only thing that kept me going was that I loved what I did. You've got to find what you love. And that is as true for your work as it is for your lovers. Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do. If you haven't found it yet, keep looking. Don't settle. As with all matters of the
>heart, you'll know when you find it. And, like any great relationship, it just gets better and better as the years roll on. So keep looking until you find it. Don't settle.

My third story is about death. When I was 17, I read a quote that went something like: "If you live
each day as if it was your last, someday you'll most certainly be right." It made an impression on me, and since then, for the past 33 years, I have looked in the mirror every morning and asked myself: "If today were the last day of my life, would I want to do what I am about to do today?" And whenever the answer has been "No" for too many days in a row, I know I need to changesomething.

Remembering that I'll be dead soon is the most important tool I've
ever encountered to help me make the big choices in life. Because almost everything - all external expectations, all pride, all fear of embarrassment or failure - these things just fall away in the face of death, leaving only what is truly important. Remembering that you are going to die is the
best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose. You are already naked. There is no reason not to follow your heart.

About a year ago I was diagnosed with cancer. I had a scan at 7:30 in the morning, and it clearly showed a tumor on my pancreas. I didn't even know what a pancreas was. The doctors told me this was almost certainly a type of cancer that is incurable, and that I should expect to live no longer
than three to six months. My doctor advised me to go home and get my affairs in order, which is doctor's code for prepare to die. It means to try to tell your kids everything you thought you'd have the next 10 years to tell them in just a few months. It means to make sure everything is buttoned up
so that it will be as easy as possible for your family. It means to say your goodbyes.

I lived with that diagnosis all day. Later that evening I had a
biopsy, where they stuck an endoscope down my throat, through my stomach and into my intestines, put a needle into my pancreas and got a few cells from the tumor. I was sedated, but my wife, who was there, told me that when they viewed the cells under a microscope the doctors started crying because it turned out to be a very rare form of pancreatic cancer that is curable with surgery. I had the surgery and I'm fine now.

This was the closest I've been to facing death, and I hope its the
closest I get for a few more decades. Having lived through it, I can now say this to you with a bit more certainty than when death was a useful but purely intellectual concept:

No one wants to die. Even people who want to go to heaven don't want
to die to get there. And yet death is the destination we all share. No one has ever escaped it. And that is as it should be, because Death is very likely the single best invention of Life. It is Life's change agent. It clears
out the old to make way for the new. Right now the new is you, but someday not too long from now, you will gradually become the old and be cleared away. Sorry to be so dramatic, but it is quite true.

Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't be trapped by dogma - which is living with the results of other people's thinking. Don't let the noise of other's opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.

When I was young, there was an amazing publication called The Whole Earth Catalog, which was one of the bibles of my generation. It was created by a fellow named Stewart Brand not far from here in Menlo Park, and he brought it to life with his poetic touch. This was in the late 1960's, before personal computers and desktop publishing, so it was all made with typewriters, scissors, and polaroid cameras. It was sort of like Google in paperback form, 35 years before Google came along: it was idealistic, and overflowing with neat tools and great notions.

Stewart and his team put out several issues of The Whole Earth
Catalog, and then when it had run its course, they put out a final issue. It was the mid-1970s, and I was your age. On the back cover of their final issue was a photograph of an early morning country road, the kind you might find yourself hitchhiking on if you were so adventurous. Beneath it were
the words: "Stay Hungry. Stay Foolish." It was their farewell message as they signed off. Stay Hungry. Stay Foolish. And I have always wished that for myself. And now, as you graduate to begin anew, I wish that for you.

Stay Hungry. Stay Foolish.
Thank you all very much.


20050705-jobs copy

Kisah Di Sebalik Ungkapan "Tak ada apa-apa"

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. "Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah bu dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat denganTuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengahadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berhat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sbari tahu sabri ada buat salah, tapi mam tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. Tak ada apa-apa?"Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tuaseakan mahu bersuaratapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakandan sesakali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-seddu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang." Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa."

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama ras Sabri kan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalamn saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara ellaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selam ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selam hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, taapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak'" Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul."?.. dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa?.. sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36

Taken From http://fauzynm.tripod.com/index.html

A Story about Muhammad

Entry One..

Picture104_05Jan06

Assalamualaikum... Nama saya Muhammad Mohd Khairuddin.."Power Ranger" terulung di Bandar Baru Bangi

perkataan pertama muhammad: ball

ayat lengkap pertama muhammad (setahun 2 bulan)
muhammad : mak, ni apa mak? (sambil menyelongkar beg tangan mak dia)

permintaan muhammad yang tak leh dilupakan, he was only 2 years old at that time. btw, muhammad dah tahu yang ayah dia dah tak de sejak before setahun lagi.. memula ingat nak ajar bila dah 5 or 6 tahun.. or paling cepat 4 tahun.. tapi bila kami sebut je pasal ayah dia, selalunya nampak dia sedih.. sekali tu, kami sebut pasal arwah, pastu dia menangis.. so ummu muhammad tahu, dia dah faham..

Muhammad : an... (panggilan muhammad utk tok wan dia) muhammad nak tengok ayahlah..
An : ok... nanti an amik gambar ayah, boleh muhammad tengok..
Muhammad : Muhammad bukan nak tengok gambar ayah.. muhammad nak tengok ayah betul2..
An : nak tengok ayah betul2 ?
Muhammad : muhammad nak tengok ayah betul2... An bawaklah muhammad tengok ayah... sekejap pun tak pe...
An : (tak tahu nak jawab apa) ayah mana ada..
Muhammad : alah! muhammad nak jugak...
An : ayah kan dah mati.. bila kita mati, tangan kita ni jadi lembut..
pastu lama2 jadi tanah.. tapi ayah nor adalah... (ayah nor = datuk muhammad sebelah ayah)
Muhammad : ....... (tunduk)

tak lama selepas permintaan nak jumpa ayah dia..


Muhammad : mak.. mak belikanlah ayah baru utk muhammad kat PKNS..
ummu muhammad :?? mana boleh main beli2 jer.. ingat bola ker?

Perbualan dengan Ayah Nor

muhammad: ayah... muhammad nak senapang..
ayah nor: senapang?
muhammad: a ah... tapi muhammad nak dua..
ayah nor: nape dua?
muhammad: satu utk muhammad, satu utk adik..
ayah nor: adik??
muhammad: amiirlah..
ayah nor: oo...

Picture220_02Mar06

Eh ni nak buat apa nih?

Picture222_02Mar06

Picture223_02Mar06

OOOoo tengah testing comforter yang kawan kawan baba bagi semalam.....Terima Kasih pada yang menyumbang..Insya Allah ada pahalanya tu..

Entry Two

1

Selamat Hari Lahir Ummu Muhammad 3/3/2006. Moga panjang umur dan senantiasa diredhai Allah dan Keluarga.

Posting Tertunda - 2

IMG_0223

" Amiir pun nak masak jugaaaaaaaaak"

IMG_0277

"ERm.. naper kenduri mesti air sirap ek?? buatlah air strawberry ke... milo ais ke"

DSC01275
" Eh eh ni sape yang kawen ni?"

IMG_0407

IMG_0408

Sesi Bergambar dengan pengantin pengantin lama


DSC01271

IMG_0427

Host of the event..

Tanda aras Naib Canselor

Second Edition Gambar on the way.. sabau sabau.. sementara tu bole baca artikel di bawah menarik..buat modal bersembang.. :P



Tanda aras Naib Canselor

Oleh Nordin Kardi

Dalam susunan semula Kabinet Perdana Menteri yang terbaru, jawatan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah bertukar tangan daripada Datuk Seri Dr. Shafie Salleh kepada Datuk Mustapa Mohamed. Adakah beberapa perkara yang telah diasaskan oleh menteri terdahulu akan diubah oleh menteri yang baru?

Saya percaya masyarakat universiti bersedih dengan tiadanya Dr. Shafie yang telah mengasaskan Kementerian Pengajian Tinggi dan mengalu-alukan kedatangan Mustapa.

Terdapat banyak istilah-istilah yang sekarang menjadi percakapan harian di kampus-kampus universiti seperti universiti berkelas dunia, ranking, kerangka kelayakan, pemindahan kredit, penanda arasan dan banyak lagi.

Banyak di antaranya kelihatan seperti buah-buah fikiran baru, walaupun dalam sorotan tulisan-tulisan mengenai universiti, istilah-istilah itu telah lama dikenali. Walau apa pun, ahli masyarakat universiti sentiasa diberi inspirasi supaya meningkatkan pelbagai perkara dalam urusan universiti.

Tanggapan-tanggapan awam mengenai universiti kadangkala tidak dilihat secara komprehensif, sebaliknya dilihat dalam bentuk cebisan-cebisan mengikut konteks. Apabila ranking Universiti Malaya menurun daripada kedudukan di bawah seratus (89) kepada kedudukan ke seratus enam puluh lebih (169), perdebatan di Dewan yang mulia menjadi hebat sekali sehingga ada cadangan-cadangan memotong gaji menteri.

Hal ini mungkin baik dari segi menggambarkan budaya ambil berat para pembuat undang-undang terhadap prestasi kerja para eksekutif berkaitan universiti. Namun, hal ini mungkin menjadi bahan ketawa orang universiti di negara maju.

Agaknya apakah Itali riuh-rendah kerana Universiti Bologna, universiti Eropah tertua di dunia, yang telah ada lebih dahulu daripada Oxford, berada di belakang Universiti Malaya? Profesor Dr. Hashim Yaacob tersenyum membaca laporan THES (Times Higher Education Supplement) apabila mendapati Universiti Otago (tempat beliau mendapat pengajian kepakaran, yang mungkin kepakaran itu tiada di Universiti Malaya) berada jauh di belakang Universiti Malaya.

Riuh-rendah universiti di negara ini mungkin samalah seperti Malaysia ingin menjadi negara maju menjelang 2020, Selangor telah pun mengisytiharkan Negeri Maju, Kedah hendak mengisytiharkannya pada tahun 2010, universiti di Malaysia pun tidak mahu ketinggalan mengisytiharkan macam-macam.

Dalam kes Malaysia negara maju, nasib baik Tun Dr. Mahathir Mohamad memasukkan klausa `mahu maju mengikut acuan sendiri', jika tidak mungkin Malaysia juga akan menyerahkan kepada akhbar yang setara dengan THES untuk membuat pengisytiharan sama ada hasrat itu dicapai seperti tanda aras yang ditetapkan oleh laporan tersebut.

Dengan adanya klausa itu bolehlah Malaysia memilih tanda arasnya sendiri atau, jika mahu juga, memilih tanda aras orang lain yang hanya sesuai dengan Malaysia.

Jika Naib-Naib Canselor universiti di Malaysia boleh dibenarkan memilih tanda aras pilihan mereka sendiri, mungkin mereka memilih beberapa aspek sahaja daripada seberapa banyak tanda aras mengenai Naib Canselor. Antaranya tentulah gaji tahunan atau bulanan Naib Canselor.

Penanda arasnya pula tentulah Universiti `Ivy League' Amerika Syarikat (AS), iaitu RM1.52 juta setahun atau RM126,667 sebulan. Orang Malaysia akan mengatakan ini suatu jenaka dengan menyimpulkan bahawa, jika begitu, lebih baik jadi Naib Canselor daripada menjadi Ketua Eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia.

Hal ini tidak akan diketawakan di AS kerana Harvard pernah memasukkan calon Presiden Amerika Al Gore, sebagai calon Presiden Harvard (setara dengan Naib Canselor) mulai tahun 2001, selepas beliau tidak berjaya menjadi Presiden negara itu. Al Gore dikatakan tewas kerana pemilih bimbang jika beliau menjadi Presiden Harvard, `pembiyaan' daripada pengikut Republikan akan berkurangan.

Calon Presiden Amerika lain yang pernah menjadi calon `Naib Canselor' Harvard ialah Dukakis. Betapa pula Harvard boleh mengeluarkan surat amaran kepada Henry Kessinger bahawa jika dia tidak melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Negara AS dan pulang ke Harvard, `tempoh jawatannya' akan ditamatkan?

Selepas memutuskan tanda aras utama Naib Canselor ialah imbuhan kewangan, para Naib Canselor akan pula mengemukakan tanda aras kedua iaitu tempoh memegang jawatan Naib Canselor. Sekali lagi tanda aras yang dipilih mestilah tanda aras universiti nombor satu dalam senarai THES.

Apabila disemak tempoh perkhidmatan `Naib Canselor' Harvard, akan didapati dalam tempoh 132 tahun (1869 hingga 2001), Harvard mempunyai hanya enam `Naib Canselor' yang bermakna tempoh purata khidmat seorang Naib Canselor ialah 22 tahun! Rekod terlama Naib Canselor Harvard dipegang oleh Charles William Eliot, selama 40 tahun (1869 hingga 1909).

Sekali lagi orang Malaysia akan kata, itu rekod Kurun Pak Kaduk. Rekod terbaru pula Derek Bok memegang jawatan itu selama 20 tahun (1971 hingga 1991, seperti Pak Ungku), iaitu Naib Canselor yang hanya diselangi oleh seorang lain yang bernama Neil Rudenstine, sebelum diambil alih oleh Naib Canselor sekarang iaitu Lawrence H Summers.

Sekali lagi apabila saya berbual dengan Profesor Dr. Hashim, saya akan menyindir beliau bahawa belum pun panas kerusi yang didudukinya, dia akan bersara. Sindirian saya tentulah akan menyebabkan Naib Canselor lain ketawa lebih besar dan ketawa itu ditujukan kepada diri kami sendiri.

Tanda aras selanjutnya tentulah pula mengenai kelulusan Naib Canselor. Naib Canselor mesti ada kelulusan Ph.D. Jika tiada bagaimana harus mengetuai institusi yang dipenuhi oleh rakyat yang mempunyai Ph.D?

Mungkin ini juga yang menyebabkan Perdana Menteri semasa mencipta kementerian tersebut memastikan untuk memilih Menteri Pengajian Tinggi dari kalangan ahli politik yang memiliki Ph.D. Menteri pula seterusnya memastikan KSU (Ketua Setiausaha) dan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi dan stafnya memiliki Ph.D belaka, sedangkan Opinion Journal yang dikeluarkan oleh Wall Street Journal mencatatkan bahawa hanya 50 peratus Presiden (Naib Canselor) universiti di Amerika Syarikat yang mempunyai Ijazah Doktoral!

Memandang ke Britain, hanya seorang daripada lima orang Naib Canselor mutakhir Universiti Cambridge memiliki Ijazah Ph.D (Richard Hume Adrian, 1985-86, memiliki Ijazah Doktor Perubatan; Michael William, 1987-88, memiliki MA; Sir David Glyndwr, 1989-96, memiliki MA dan LLB; Lord Alec Nigel 1996-2003, tidak dicatatkan kelulusannya; dan Alison Faltes, 2003-kini, memiliki Ph.D dan MA).

Apakah pula bidang pengajian tumpuan bagi kelulusan Naib Canselor? Sekali lagi orang Malaysia mungkin akan berkerut dahi jika saya mencadangkan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menjadi Naib Canselor universiti di Malaysia yang tersenarai dalam THES, sedangkan Naib Canselor Harvard sebelum Summers ialah Rudenstine seorang tokoh puisi.

Namun demikian, pada masa Rudenstine, Harvard dengan beraninya melancarkan komitmen pencarian wang sebanyak AS$2.1 bilion dan yang berjaya dikutip ialah AS$2.6 bilion, suatu rekod baru tercipta dalam sejarah universiti di sana. Harvard mencatatkan himpunan pembiayaan sebanyak US$ 19.2 bilion, iaitu, mengikut catatan Opinion Journal, menyamai atau melebihi, bajet 142 (setiap sebuah) negara dunia.

Demikianlah apabila banyak tanda aras orang lain diminta agar digunakan oleh setiap Naib Canselor universiti di Malaysia untuk menaikkan martabat universiti masing-masing. Untuk tujuan memastikan tanda aras meliputi pelbagai aspek yang `standard' digunakan, para Naib Canselor juga akan belajar, tentulah dengan penuh sopan dan santun, menyelitkan tanda aras yang dinyatakan.

Jika Menteri Pengajian Tinggi baru memihak kepada para Naib Canselor, mungkin Dewan yang mulia akan riuh-rendah sekali lagi supaya gaji menteri baru juga dipotong RM10 kerana membawa cadangan yang tidak masuk akal di Malaysia.

p/s : Berita Harian hari ni baru jer memaklumkan Presiden Harvard akan meletak jawatan..so sapa nak apply bole lah..