AF di Hati , Aqsa di Kaki !

Artikel Menarik dari Ust Maszlee Malik .

Utk Warga TM Muslimin, Beliau akanmenyampaikan Kuliah Jumaat esok di Surau TM. Utk Muslimat kuliah di Jln TAR lah ek kalau tak nak pergi yang BAKIT buat tu.

"Aqsa semakin berkulat dan berkarat, cukuplah fizikal masjid Aqsa sememangnya tidak secantik masjid Kubah Batu yang berkilauan di sebelahnya, hati umat Islam juga turut berkarat dalam mengingati masjid yang dijanjikan Allah menerusi lidah Rasulullah SAW.


dome_of_rock0024

Firman Allah S.W.T.:

"Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat ibadat serta gereja-gereja (Kaum Nasrani) dan juga tempat-tempat sembahyang (synagogue kaum Yahudi) dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah sebanyak-banyaknya..." (Surah al-Haaj: ayat 40)


Jika di dalam ayat di atas, umat Islam telah dilarang daripada menjadikan rumah-rumah ibadat sebagai sasaran mereka di kala peperangan dan di kala damai, sebaliknya pula yang sentiasa berlaku terhadap umat Islam. Seringkali jika berlaku apa-apa peperangan ke atas umat Islam, pasti musuh-musuh mereka menjadikan masjid-masjid sebagai sasaran. Lihatlah apa yang berlaku di Babri, India, apa yang berlaku kepada masjid-masjid di Bosnia lewat konflik Serb-Bosnia, masjid-masjid di Iraq yang sentiasa terdedah kepada penghinaan dan serangan tentera-tentera "paling bertamadun" di dunia, iaitu tentera-tentera Amerika Syarikat (AS).

Tidak kurang juga masjid-masjid yang berada di dalam tanah Palestin yang dijajah (yang dikenali sebagai Israel), ada yang dirobohkan, ada yang dija dikan muzium, ada yang ditukarkan kepada kandang lembu, dan tidak kurang juga yang ditukarkan menjadi kelab malam dan rumah pelacuran sepertimana yang dilaporkan oleh wartawan Palestine Return Centre, UK di dalam filem dokumentari mereka "The cries of the minarets". Lebih malang lagi, Masjid al-Aqsa sendiri, yang merupakan masjid ketiga suci umat Islam dan juga kiblat pertama mereka sendiri tidak terlepas daripada ancaman dan juga aksi ganas pihak Zionis.

Usai peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim Israel dengan bantuan AS, pihak tentera Zionis telah memasuki Masjid al-Aqsa dan menawannya. Dengan bertrak-trak tentera rejim, mereka telah menari-nari di sekeliling Masjid al-Aqsa sambil menyanyikan lagu:

AF yang menjadi kegilaan tua dan muda

af32

af31

af

"Letakkan apricot ke atas epal,
agama Muhammad telah hancur dan musnah,
Muhammad telah mati, Yang ditinggalkan hanyalah anak-anak perempuan yang lemah"

Lagu tersebut membawa makna bahawa dengan kemenangan mereka yang dianggap sebagai mukjizat itu merupakan berakhirnya agama Islam, dan kegagalan umat Islam mempertahankan masjid mereka itu menunjukkan bahawa umat Islam telah kehilangan orang-orang lelaki yang mampu mempertahankan masjid mereka!

Bermula dari tarikh itu jugalah pihak rejim telah mengisytiharkan tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa sebagai milik mereka. Tembok sebelah barat masjid yang dikenali selama berkurun-kurun sebagai "Tembok Buraq" (kerana dikatakan Rasulullah SAW telah mengikat Buraq di tembok tersebut sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj) itu telah ditukarkan namanya kepada "Tembok Meratap". Ianya telah diisytiharkan secara rasmi juga melalui tarikh tersebut sebagai kiblat warga Yahudi untuk mereka menunaikan ibadat "meratap" di atas kehilangan "Haykal" yang pernah dibina oleh Nabi Sulayman di atas tapak tersebut.

Sehingga kini, penganut agama Yahudi yang berfahaman Zionis dari serata dunia akan menunaikan "haji" mereka di sana. Bagi para t entera mereka yang akan menjawat jawatan tertinggi di dalam angkatan tentera rejim juga akan menunaikan "angkat sumpah" di tembok tersebut untuk mempertahankan negara Israel (Erez Yizrael) dengan nyawa dan darah mereka. Perlu diingat, penawanan ke atas tembok Buraq itu bukanlah stu tindakan yang terakhir mereka terhadap Masjid al-Aqsa, tetapi merupakan permulaan untuk bagi mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan membina semula kuil ibadat mereka yang dinamakan sebagai "The Mount Temple" ataupun "Haykal Sulayman".

Aqsa semakin jauh di hati umat Islam


Sebagai bukti yang kukuh, pada 21 Ogos 1969, seorang penganut faham Zionis beragama Kristian dari Switzerland Dennis Micheal telah membakar sebahagian daripada ruang utama Masjid al-Aqsa. Antara yang mengalami kemusnahan dari tindakan keganasan tersebut ialah minbar masjid yang telah dibina semenjak zaman Nuruddin al-Zinki dan pernah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi di zaman pemerintahanya. Seharian suntuk, umat Islam telah bertungkus lumus bersama-sama memadamkan api dan juga menyelamatkan kesan-kesan sejarah di masjid tersebut. Hasil daripada peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa ini, OIC telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara majoriti umat Islam agar menjadikan isu Palestin dan Masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia.

Bagi penjenayah yang telah bertanggung jawab membakar masjid al-Aqsa pula, beliau telah dibebaskan oleh kerajaan rejim Zionis kerana didapati "tidak siuman", walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan!

Sebagai reaksi terhadap peristiwa pembakaran tersebut, negara-negara Islam telah bersetuju untuk menubuhkan OIC sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia. Semenjak hari itu jugalah, 21 Ogos dianggap sebagai hari memperingati Masjid al-Aqsa sedunia. Sayangnya, sehingga kini, bukan hanya sekadar isu Palestin tidak dapat diselesaikan oleh OIC, malah isu masjid al-Aqsa yang sepatutnya diambil peduli oleh setiap umat Islam terpinggir dari agenda OIC.

Ratusan resolusi yang telah diluluskan oleh OIC, namun di peringkat praktikalnya, tiada satupun yang dapat dilaksanakan. Lebih malang lagi, dalam mengemukakan apa-apa penyelesaian terhadap isu Palestin, negara-negara OIC hany a menuruti sahaja apa-apa keputusan yang dibawa dari Washington dan Tel Aviv. Sehingga detik ini, walaupun sudah hampir tiga ancaman yang diumumkan oleh golongan radikal Yahudi semenjak awal tahun 2005 untuk merempuh masuk dan menawan masjid al-Aqsa, tiada apa-apa keputusan yang dikeluarkan oleh OIC dan mana-mana negara anggotanya berkaitan perkara tersebut.

Sepatutnya, negara-negara OIC menjadikan tarikh 21 Ogos sebagai tarikh untuk diingati oleh semua umat Islam di serata dunia setiap tahun. Bukan hanya sekadar diingati, malah sambutan untuk memperingati masjid al-Aqsa di setiap negara-negara Islam sepatutnya dijadikan acara kebangsaan, agar perasaan kecintaan umat terhadap masjid al-Aqsa akan sentiasa mekar dan segar.

Rancangan dokumentari berkaitan masjid al-Aqsa mahupun filem berkaitan dengan sejarah masjid tersebut dan peristiwa pembakarannya seharusnya menjadi tayangan wajib di setiap saluran utama negara-negara OIC pada tarikh itu. Jika dapat juga, perhimpunan pemimpin-pemimpin OIC yang dihoskan secara bergilir-gilir dijadikan acara utama setiap kali datangnya 21 Ogos, jika OIC benar-benar ditubuhkan untuk men jadikan isu masjid al-Aqsa dan isu Palestin sebagai isu utama mereka.

Jika pemimpin-pemimpin umat Islam di OIC tidak dapat diharapkan, rasanya sudah sampai masanya umat Islam sendiri bersifat pro-aktif di dalam usaha menyelamatkan masjid al-Aqsa. Bagaikan tiada peliknya jika kita mendapati bahawa majoriti anak-anak muda kita dan juga generasi tua sekalipun tidak tahu menahu bahawa masjid al-Aqsa pernah dibakar pada tahun 1969. Lebih menggerunkan lagi ramai yang kurang mengambil peduli tentang ancaman para pengganas Yahudi untuk menawan masjid al-Aqsa semenjak awal tahun 2005 ini, berbanding dengan kepekaan mereka terhadap siapakah yang bakal memenangi Akademi Fantasi musim ketiga.

Tembok Meratap yang menenggelamkan Masjid Aqsa


Atas kesedaran inilah, jika anda terbacakan artikel ini, dan merasakan tanggung jawab anda untuk mempertahankan masjid al-Aqsa dari dibakar buat kali kedu a ataupun dirobohkan terus dan digantikan dengan "kuil Yahudi", maka tindakan segera wajib dilakukan. Mulai dengan diri anda sendiri, ketahuilah sejarah dan maklumat berkaitan sejarah Palestin dan sejarah Masjid al-Aqsa. Persiapkanlah diri anda dan keluarga anda untuk menyahut seruan jihad jika ianya dilaungkan demi mempertahankan masjid al-Aqsa. Didiklah anak-anak, saudara mara, jiran tetangga dan rakan taulan tentang kepentingan masjid al-Aqsa di dalam aqidah umat Islam. Jika anda mempunyai kuasa di sekolah, anjurkan program-program yang berkaitan dengan kesedaran terhadap masjid al-Aqsa pada 21 Ogos nanti, begitu juga jika anda menjadi AJK mana-aman masjid, surau dan pertubuhan Islam setempat.

Bagi para mahasiswa dan mahasiswi juga, adalah menjadi tugas anda untuk menghidupkan ruh jihad untuk membebaskan masjid al-Aqsa di dalam hati setiap penghuni kampus anda sekelian. Anjurkanlah program-program memperingati masjid al-Aqsa di kampus-kampus dengan ceramah, konsert, perhimp unan aman, sebaran artikel, diskusi, forum, tayangan video dan pelbagai jenis acara yang dapat anda fikirkan secara kreatif .

Jika anda mampu juga, sebarkanlah artikel ini dan artikel-artikel yang berkaitan dengan masjid al-Aqsa kepada mereka-mereka yang lain, agar kesedaran yang timbul nanti akan membawa kepada natijah yang positif di masa mendatang. Lakukanlah segera tindakan pro-aktif sebelum sampainya waktu, umat Islam hanya mengenali masjid al-Aqsa selepas ianya telah dirobohkan dan digantikan dengan "Kuil Yahudi". Pada waktu itu, segalanya sudah terlambat...."

dome-rock-mosque-38

temple-solomon36

temple

Vintage Mahathir

Pergh.......


KUALA LUMPUR, July 26:
While he was prime minister for 22 years until his retirement in 2003, Tun Dr Mahathir Mohamad would engage in sarcasm mode and make biting comments when he was upset about something.

Now almost 22 months into retirement, journalists saw a repeat of this yesterday at a Press conference called by Dr Mahathir to comment on the removal of Tengku Mahaleel Tengku Ariff as chief executive officer of Proton.

The onslaught he unleashed was vintage Mahathir — striking, battering and in no uncertain terms making clear his anger, displeasure and disappointment with all whom he blamed for the decision on Mahaleel.

drmv

Gambar Semalam

For instance, he said he would not use the word "dismiss" to describe Tengku Mahaleel’s removal from the job, lest he be "sued for libel".

But in the next breath, when asked whether he would stay on as adviser of Proton, his reply was: "Unless I’m dismissed."

His confidence seemed supreme, just as Malaysians saw and heard him before he retired.

Journalists were at the receiving end of Dr Mahathir’s (left) sharp tongue when he was asked whether he believed that "powerful hands" were behind Mahaleel’s removal.

His reply: "That is up to the Press to presume, because the Press is a free Press. They report everything I say verbatim."

The former prime minister’s other comments:

On the removal of Mahaleel as chairman of Proton subsidiaries:

"The chairman of the holding company (Datuk Azlan Hashim) is (now) also chairman of the subsidiaries. This poses some problem because the chairman of the subsidiaries normally reports to the holding company.

"So, it would mean that the chairman is reporting to himself. Of course, this may be ‘best practices’ (as specified by Bursa Malaysia). I wouldn’t know."

On whether Proton Holdings chairman Datuk Azlan Hashim had told him who would replace Mahaleel:

azlan

"No name was mentioned. He said something about head-hunting (hiring a company to search for a qualified executive). Maybe he (Azlan) is from Sarawak."

head hunter

(In the old days, Sarawak’s native Dayaks used to collect and display their enemies’ heads in their longhouses.)

On whether he was satisfied with Rafidah’s reply on the AP issue:

"I will give all the facts plus the letters that I received and the letters that I hid. I will give them in instalments."

Anwar

(Former deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim had claimed he had "six boxes" of documents proving corruption in the Government and had hidden them in a safe place. He had then claimed he would release the documents in instalments.)


On Rafidah’s comments at the Umno assembly that she considered Dr Mahathir "a father":


"I regard all the ladies in this country as my daughters. I’m old enough to be their father."

On the sharp rise in Proton shares on news of Mahaleel’s removal:

"Maybe they (investors) are happy that Tengku Mahaleel was removed."

Mahathir Mohamad sits in his office

Dr M sits in his office at 88th Floor Petronas Twin Tower

Mahathir Mohamad smiles in his office

smiles in his office

Naper ek

Entry One
Macam slow jer semua blog naper ek? dah start buat Biz Plan dah ke?

Entry Two

Ayah Pin Dakwa Penyelamat Manusia
sumber: Bacaria Rabu 13 Julai 2005

JERTIH: Kumpulan Ayah Pin telah mula beroperasi sejak tahun 1980-an, dan merupakan satu pemangkin bagi sebuah kes mahkamah yang menjadi ujian bagi sempadan undang-undang dalam kebebasan beragama di Malaysia.

Pada 1998, empat orang ahli kumpulan Ayah Pin terang-terangan mengumumkan keluar dari agama Islam, yang menyebabkan mereka ditangkap.

Dakwaan ketuhanan Ayah Pin sendiri, termasuklah kepercayaan yang satu hari dia akan kembali sebagai Imam Mahadi tidak dapat diterima oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang melabelkannya sebagai seorang yang membawa ajaran terpesong.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu mengeluarkan fatwa ajaran Ayah Pin sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan diwartakan haram pada 1997.

Pada Oktober 2001, 1,000 pengikut Ayah Pin termasuk empat isterinya dikehendaki mengikuti kursus tarbiah akidah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berikutan pengakuan Ayah Pin keluar daripada Islam (murtad).

Berikutan itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad, 65 dijatuhi hukuman penjara 11 bulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Besut.

BACARIA sempat bertemu dengan Ayah Pin yang mendakwa dirinya dipilih sebagai utusan Allah untuk mengembangkan ajaran ilmu langit di sini.

Dalam pertemuan itu, Ayan Pin menegaskan yang beliau berusaha untuk menyelesaikan masalah manusia di bumi ini dan di langit, bukan menipu mereka.

"Saya penyelamat manusia. Saya menyelesaikan masalah dunia dan akhirat. Saya bukan Nabi, saya bukan Rasul. Saya penyelamat manusia," katanya bersungguh-sungguh.

Ikutilah sebahagian daripada temubual eksklusif ini.

Sejauh mana dakwaan bahawa Ayah Pin ini membawa ajaran sesat ?

Saya kini dianggap oleh orang luar sebagai sesat sebab apa yang saya buat luarbiasa pada orang lain. Ini di bawah hak asasi manusia. Beri nasihat pada orang yang tak betul, itu hak sendiri, untuk membaiki diri sendiri atau masalah jiwa. Saya cuma menolong sahaja. Saya bukan ambil upah cuma sebagai di bawah kerajaan naungan Tuhan, untuk menolong manusia yang minta pertolongan kepada saya.

Bukannya bomoh cuma membantu mereka tetapi diragukan oleh pihak berkenaan. Ini kerana saya bijak melampaui batasan, tiada yang boleh mengatasi saya.

Bagaimana merawat pesakit ?

Saya tak guna ubat, tak ada jampi, tak ada air tawar. Cuma apa yang saya kata menjadi.

Daripada mana dapat anugerah mengubat orang ?

Dari langit... Tuhan jadikan sendiri, bukan diberi anugerah. Saya penyelamat manusia, saya hanya jalankan kewajipan walaupun di mana sahaja saya berada. Saya berpandu kepada undang-undang kerajaan langit. Saya berjalan dengan tugas dari langit.

Adakah tertumpu pada agama Islam sahaja ?

Saya menyelesai masalah mana-mana agama di dalam dunia ini atau luar dunia lah. Menyelamat manusia dunia akhirat.

Mana-mana agama saya tahu, saya pandai semua undang-undang sama ada jadi atau tak jadi. Saya bukan tiruan tapi ini tugas saya.

Apa yang dimaksudkan dengan kerajaan langit ?

Sewaktu persembahan manusia dalam kayu, lembu, ulat, matahari, rupanya seperti rupa saya sendiri. Dalam bintang ke dalam bulan ke, itu rupa saya, itu yang menyatupadukan manusia. Sebab itu mana-mana agama dalam dunia akan mencari saya untuk menyelesai masalah. Meliputi setiap alam. Percaya tak percaya itu bab lain. Kepercayaan itu adalah bab diri sendiri.


Maknanya, Ayah Pin ada dalam setiap agama ?

Ye lah, dalam setiap agama Ayah Pin terbit, dalam Islam sendiri pun. Yang tak ada agama pun bererti orang tu lagi baik. Dia akan memberi petunjuk kepada manusia. Agama Hindu saya sebagai dewa kayangan. Agama India saya sebagai Murugan atau Shiven.

Kalau orang Siam, dipanggil Murthu. Kalau orang Inggeris, dipanggil Sword. Ini bukan saya yang mengaku, ini adalah dari yang ke mari ke sini daripada macam-macam bangsa.

Bukan saya mengaku, orang yang kata pada saya. Saya bukan mengajar ilmu supaya orang taat pada saya, bukan.

Saya penyelamat manusia. Saya menyelesaikan masalah dunia dan akhirat. Saya bukan Nabi, saya bukan Rasul. Saya penyelamat manusia.

Kalau Ayah Pin penyelamat manusia, mengapa pihak berkuasa ganggu ?

Itu sebab pihak berkuasa tak senang hati sebab tak boleh mengatasi Ayah Pin. Saya tak marah pada sesiapa, kalau nak buat apa buat lah saya tak marah.

Walau saya habis harta benda pun saya akan urus kerajaan langit ni kerana nak menyelamatkan manusia.

Saya bekerja sahaja, yang menyelesaikan antara dia dengan Tuhan.

Boleh ringkaskan pengajaran dari langit ?

Saya tiada pendidikan di dunia, saya belajar di langit. Banyak nak huraikan pengajaran dari langit ni... undang-undang dan bangunan kerajaan di sana semua saya tahu.

Apa pandangan Ayah Pin tentang Majlis Agama ni ?

Majlis Agama ni ilmunya hanya untuk cari makan di dunia sahaja, langit macam mana dia sendiri pun tak tahu, sebab dia tak pernah pergi sana.

Kalau dia tak pernah pergi, dia tak akan aniaya saya. Saya ni taraf Mahaguru.

Kalau agama, bagaimana pula ?

Agama ni pilihan sendiri, kalau saya memaksa, saya salah. Kerajaan langit boleh pilih, buatlah amal agama macam mana pun supaya amalan itu boleh menyelamatkan diri sendiri.

Kerajaan tuhan ni hak kerajaan langitlah. Kerajaan langit ni menilai apa sahaja, cahaya ini untuk menghancurkan keburukan di dunia. Apa sahaja kerosakan saya boleh perbetulkan.

Saya akan menentang benda yang buruk. Saya akan bekerja dengan keadilan. Ajaran ini memang berpusat di langit tetapi berkembang ke seluruh dunia. Petunjuk dari langit saya akan tulis semua.

Adakah Ayah Pin ini diibaratkan sebagai utusan Allah ?

Saya tidak boleh diibaratkan... wajib !

Bagaimana urusan pentadbiran di langit ?

Mesyuarat mesti dibuat di kerajaan langit untuk cari tapak sebelum diluluskan oleh kabinet kerajaan langit. Saya tengok sendiri, saya nak cerita tak boleh.

Siapa yang menyumbang untuk mendirikan bangunan-bangunan di sini ?

Orang-orang sini.

Serbuan baru-baru ini ?

Serbuan tu diaorang mari sini, saya sudah dakwa di Mahkamah Tinggi. Dakwa Majlis, dakwa semua yang buat kesalahan tu.

Surat dakwaan dah siap, saya nak pergi ambil nanti. Tunggu tarikh perbicaraan sahaja.

Kata mereka Ayah Pin berjaya meloboskan diri ?

Saya ada, saya tak lari pun. Dunia pun tewas pada saya, langit dan bumi pun saya boleh lawan.

Apa harapan Ayah Pin pada kerajaan langit ini ?

Saya tetap akan jalankan kerja dan tugas saya.

Saya buat ni mengatasi undang-undang kerajaan sedia ada sekarang, belum ada dalam undang-undang lagi.

Allahuakbar

Entry One

In time of Trouble and Difficulties
don't ever say : Oh My God , I have a big Problem
but say , " Hey Problem !! I have a Big GOD .

<<>
Allahu Akbar
will always with us .

Credit to Ust Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

Entry Two

The argument in this thread from day one is the cost of living in each country (especially UK and Europe) based on what you earn in the respective country and whether the standards are higher than in Malaysia.

I tried to point out that many Malaysians always convert and that is why they say the UK is expensive. In fact, the cost of living is much cheaper than in Malaysia.

In actual fact, Malaysians are being conned because for such a rich and resource rich country, the pay in Malaysia is way too low compared to the cost of living and inflation.

One good example is Singapore.

Singaporeans (average) earns around S$3000 to S$4000 and nearly everything
is half the price of Malaysia. Eg clothes, computer parts, electronics etc. But the average Malaysian still earns M$2000 plusand goods are double the price of Singapore.

This is the same as the UK. If you earn around 2000 pounds, you can liken this to the person earning RM$2000 in Malaysia. I give you some examples below. Maybe you can understand.

1) Good terrace house
It is more or less the same. If you want a house in KL, it would most probably be in Puchong and not Damansara Heights. So your house would be RM$200,000. In UK, you can get a decent new house in Zone 6 (still within the tube) for 200,000 pounds.

If non London, you can get a nice house also for less than 200,000 pounds
outside London. The same also applies to buying a house in Seremban, Kajang
etc. You can buy a nice house for RM200,000 below.

So buying a house is the same for the local and the Malaysian.

Renting a place is the same too or maybe cheaper than in Malaysia (I am not
sure of this). A 2-bedroom flat in London is about 750 pounds (Zone 2).

500 pounds outside Zone 6 but still able to commute to London. A
2-bedroom house in Nottingham is 450 to 500 pounds. A 3-bedroom house in
Belfast is about 300 pounds.

2) A car
A good Wira is RM$55,000. Most Malaysians have to take 7-year loans and be in debt all the time. If you are earning RM$2000 a month, you take nearly 3 years saving the RM$2000 with not eating at all just to buy a Wira.

In UK, the average local earns about 2000 pounds. He saves 3 months, he can buy outright a good Ford Fiesta or a Vauxhall Corsa without being in debt.

If buying a second hand car, even better. A 1990 Mercedes 190E cost 500
pounds. My 1996 Mercedes E220 cost 2000 pounds. My friend just gave me
his 1989 Honda Accord (Auto) for free because he said he could only get
30 pounds for it.

I used it for a few months and decided to give it of for free too.

That alone speaks for itself.

Even if you are kuli or an office boy, you still can drive a Mercedes or a BM. Yes,
kuli's and office boy's get paid quite well.

Average temp/office boy in London can earn about 7 to 10 pounds and hour.
Overtime is 1.5 times or double. A brick-layer can earn 20 pounds an hour.
The same Indon who lays bricks in Malaysia earns RM$50 for the whole day.

Before I became a doctor, I used to be an office boy and I earned near 300
pounds a week working about 70 hours a week. My makan was 30 pounds a
week. My rent was 70 pounds a week for a room but I still drove a BMW
back then. I bought the 10-year old BMW 3 Series car for 200 pounds.
Amazing how an office boy can drive a safe and luxurious car.

3) Petrol.
For a UK person earning 2000 pounds, 80 pence a litre/gallon is cheaper than RM$1.52 paid in Malaysia. If you don't convert, it is like paying 80 sen a litre in Malaysia

4) Shopping
20 pounds (which is 1% of 2000 pounds) can buy you 1 week's worth of
groceries in Tesco.

RM$100 (which is 10% of RM$2000) can also buy you 1 week's worth of groceries in Giant or Carrefour.

5) Utility Bills (This is what I pay in UK)
1. Virtually non-stop heating the whole day only 20 pounds a month. (Only 1% of the 2000 pounds earned)

2. Electricity, I use my electricity maximum only 20 pounds a month. (Only 1% of the 2000 pounds earned)

3. My water bill also comes to about 20 pounds a month (Only 1% of the 2000
pounds earned)

4. My internet - I get 2Mbps for about 25 pounds (Bulldog DSL) (Also slightly above 1% of the 2000 pounds earned)

5. Astro Equivalent (NTL cable or Sky) - 30 pounds per month (Also slightly above 1% of the 2000 pounds earned)

In Malaysia, this is what I used to pay
1. Tenaga Bill comes to RM$200 to RM300 a month with 3 air-cons. This is more than 10% of the RM$2000 earned)

2. Water (Puas) comes to RM$40 (This is about 2% of the RM$2000 earned)

3. Astro RM$100 (if you take Chinese package) (This is about 5% of the RM$2000 you earn)

4. Internet Streamyx 512K RM 88 per month (This is about 5% of RM2000 you earn)

6) Books
A good book is about 10 to 15 pounds in the UK. This is less than 1% of the 2000 pounds you earn. In Malaysia, you have to spend RM$75 to RM$100 for a decent book in MPH or Kinokuniya in KLCC. This is about 5% of the RM$2000 ringgit you earn.

7) Education.
I think it is about RM$20,000 per year to do a degree in Sunway Monash
and about RM$12,000 per year to send your kid to UM, UKM, USM etc. I am
not sure about this.

But in UK, it is only 3000 pounds a year to send your kid to a great university. That also, the white man still makes a lot of noise because the grants were taken away. Previously, it was virtually free for the English man to send his kid to university but now, since the grant was taken away, he has to spend 3000 pounds per year to send his kid to university and less money to get drunk in the pub.

Well, if you are earning RM$2000 ringgit, sending your kid to UM to study is quite difficult. If you are earning 2000 pounds per month, you can easily send you kid to university in the UK.

Even worse for the poor non bumi's not given a place in local university.

Even if they can afford, they won't get a place because of the quota system. Unfortunately, the Chinaman and the Indian who gets 5A's in STPM have to be sacrificed and not given a place to let the Malay fellow with 2E's and 3 Fail's to enter the Medical Faculty or Law Faculty.

So the non-bumi's have to save RM100,000 per year to send their kid to the
UK. In the UK, at least the white man still can go into university based on
results and merit and only pay 3000 pounds per year.

8) Luxuries
Panasonic Plasma TV in Malaysia about RM20,000. If you are earning RM$2000
a month, memang mahal! You have to save 2 years your monthly salary to buy
it. In UK, the same Panasonic ironically, Panasonic plasma is made in Japan and Japan is close to Malaysia, so the plasma should be cheaper in Malaysia) is only 2000 pounds. And this is only 10% of the 2000 pounds earned.

9) Health
NHS is free. Though the service is slow, quality is still there. You still can get a top quality by-pass for free although you may have to wait many months.

In Malaysia, IJN charges RM$30,000. SJMC charges RM$50,000. GH is free but
as many people know, GH and UH have clown doctors. For example doctors
who wear tudung and use a pen to touch the patient because scared dosa).

10) Assessments to local councils
I may pay high council tax but at least my council assures my streets are clean and safe, got no holes (pot holes) on my roads, and they jump and attend to me whenever I call them.

When I stayed in Malaysia, I paid my assessment and quite rent but MPSJ I lived in Subang) told me to "podah" whenever I asked them to come and fill up the pot holes, cut the long lalang, put street lighting etc.

The councils, especially MPPJ and MPSJ, were more interested in eating nasi lemak and going for 10 teh tariks in a day during office hours and hardly did anything for their residents.

11) Income Tax
My national insurance and income tax also is not wasted. When I was unemployed in 1997, the government via social security paid for my 2-bedroom flat for one whole year and I was given about 100 pounds per week for me and my wife to live on. I am happy to know that one day if I lose my job, I can still claim social security and get my apartment paid and food to eat again for free. It is a good security to know.

Jonathan, the list goes on. Here alone you can see, the sterling you earn goes a long way in the UK. So your quality of life is far better in the UK than a Malaysian in Malaysia. It is just that Malaysians are just too content with what they have. But you compare apple for apple.

The British just love to complain. They have it made but still they love to
complain. Nothing is good enough for the British. The government gives the
citizens so much but they still seem to want more and more.

Thank you Jeff.
Regards

Dr Zain Azrai
London

Itu dia bagaimana kita?

Kalau boleh saya juga mahu seperti itu atau lebih tapi layakkah?


APA KELEBIHAN USTAZ AZRAI AHMAD?

APA kelebihan Ustaz Azrai Ahmad, 72 yang mati menjelang subuh Ahad 10 Julai 2005 setelah tidak sedar diri lebih seminggu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia Bandar Tun Razak.

Saya tiba di rumahnya di Bukit B Cheras Baru, kurang dari setengah kilometer dari perkuburan Islam Cheras ketika jenazahnya sedang diturunkan dari rumah. Penuh sesak orang di sekitar rumah dan melempah hingga ke jalan dan lorang berhampiran.

Tidak kurang dari seribu orang. Sekaliannya adalah kaum kerabat, taulan dan orang-orang yang mengaji daripadanya di sekitar kawsan Cheras, Bandar Tun Razak dan kawasan-kawsan sekitar di Kuala Lumpur.

Saya tidak rapat dan tidak begitu mengenalinya walauun Al-Marhum adalah pengasas PAS Kawasan Cheras. Saya tahu dan beberapa kali bertemunya di rumahnya, di majlis ceramah PAS di kawasan kediamannya dan di masjid di kariyahnya.

Seminggu sebelum beliau meninggal, sebelum saya keluar dari hospital HUKM di Bandar Tun Razak, saya dimaklumkan Ustaz Azrai sedang nazak. Waktu agak lewat dan saya pun bertongkat, teragak-agak untuk naik semula dan berjalan jauh ke wadnya.

Saya sekadar minta kirim salam kepada keluarganya. Tidak menolak untuk datang kemudian.

Pagi Ahad saya dimaklumkan beliau meninggal sekitar pukul 2 malam itu. Saya segera ke rumahnya. Saya melihat jenazahnya di bawa ke masjid untuk dimandi dan disolatkan.

Jalan sempit macet untuk keluar dari kawasan rumahnya. Orang ramai dan kereta penziarah penuh di kiri kanan bucu jalan. Di Masjid juga penuh dan tiada lagi ruang kosong letak kereta.

Dari mana ramai sangat orang. Di dalam masjid sudah penuh sejak lebih setengah jam semasa menunggu jenazah dimandi dan dikapankan. Masing beriktikap sementara menunggu janazah untuk disolakkan.

Siapa Ustaz Azrai, penuh sesak masjid itu. Di situ lebih ramai dari di rumah.

Beliau adalah orang PAS lama. Saya diberitahu beliau berasal dari Sabak Bernam. Saya pernah mengirim orang bertemunya membincangkan penubuhan PAS Kawasan Cheras.

Maklum balasnya dia bersedia mengumpul kawan-kawan mengasaskan PAS di situ tetapi tidak berupaya untuk memimpin kerana faktor generasi. Tetapi tindakannya membawa kawan-kawan bersama dapat menubuhkan Kawsan PAS di situ tetapi bukan beliau menjadi pemimpinnya.

Tetapi nama beliau selalu disebut oleh rakan-rakan kepada saya.

Dia sudah menjadi orang kuat PAS di zaman saya belum masuk PAS. Dia bergiat ketika saya belum bergiat. Ketika saya bergiat, beliau menjadi penggerak dari belakang di tempat kawasan berhampiran kediamannya.

Saya belum melihat kematian orang biasa, dikunjungi seramai itu. Kadang-kadang pembesar pun tidak sebegitu.

Sejam sebelum solat orang sudah mengambil wuduk. Ketika solat saf mesti rapat-rapat. Sepenuh-penuhnya orang solat jenazahnya di masjid itu. Saya tidak dapat mengagak berapa ramai. Tetapi tidak kurang dari seribu orang. Yang berkopiah putih lebat. Sedikit sangat yang bersongkok.

Mengikut pandangan Islam, jenazah yang dirai, disolat dan dibawa ke kubur beramai-ramai, melempah kawasan dan masjid, adalah orang yang sangat-sangat dihormati Allah. Saya sangat kagum dan menghormatinya kerana ramainya orang menghormati jenazahnya.

Jenazahnya dibawa dengan pengusung dari rumah ke masjid. Di masjid pengusung ditinggalkan ke tepi. Orang tidak mengusungnya ke kubur.

Tetapi yang ramai itu tidak banyak bergerak dari masjid, sebaliknya jenazah yang berkapan itu dihulur kepada orang yang menunggu sepanjang laluan jenazah ke kubur.


Orang ramai hanya berdiri kiri kanan membentuk lorong di tengah. Jenazah itu dihulur oleh orang yang tidak bergerak, disambut oleh orang yang disebelah. Begitulah sampai ke luar masjid dan terus ke kubur. Seramai-ramai orang yang berhajat untuk mengangkat jenazahnya tidak perlu mengangkat, tetapi sama-sama dapat melepaskan jenazah itu dari masjid ke kubur.

Saya selalu dengar pengalaman itu di tempat lain. Tetapi itulah kali pertama saya menyksikan penghormatan seperti itu.

Alangkah bahagia jenazah dan ruh Ustaz Azrai. Rugi orang-orang kenal tidak dapat bersma hari itu. Saya terasa dia seorang yang mendapat rahmat yang istimewa.

SeTAPAK
12/07/05

posted by Subky Abdul Latif at 9:11 PM | 0 comments

Balik Kampung

Entry One

Pembetulan tajuk posting semalam. Sorang tu bukan gila, sebab kalau gila tak de dosa pahala entah entah dia masuk syurga lagi dulu dari kita. So tarik balik lah gila bagi bangsat dan celaka ok aa kot. Kalau mampus beso campak kandang khinzir takpe kalau tak nak bakar ( tupun kalau dia tak mengucap baliklah.) Apa pun moga moga kedua dua nya masih diberi hidaya oleh Allah, sebelum nafas terakhir mereka terhenti begitu juga dengan kita, moga moga kita pun husnul khatimah.
Ameen.



Entry Two

Kali ni balik memang kerja ziarah orang sakit/uzur , Actually balik untuk ziarah Ma kat HUSM but ended up with other relatives lain jugak, buat saya terfikir makin serius the fact that ,dah sampai masa kena put in mind lagi mendalam iaitu bila tiba masa,kita memang dah kena bersedia lepaskan somebody.umur dah makin meningkat, kesihatan makin menurun etc. Itu yang dalam jangkaan kalau yang luar jangka?

16.July 2005
6:45-7:40 : Bangi to KLIA.Flight to KB
9:15- 9:45 : Arrived at KB,went to HUSM.
9:45-10:45 : Arrived at HUSM downstairs met mami,ayah lim,aeman(scheduled to operate on 17 july)
11:00 : Visiting hours went to orthopedic ward 4th floor HUSM
12:30 : Went to KB,Jaafar Rawas,beli buku, barang Fuad etc.
3:15 : Finally arrived at home.Lunch, solat baca buku Ust Fadzil(wait for separate writings on it)
5:30 : Went to HUSM back till Maghrib
8:15 : Hantar Fuad Tusyen, Went to Rumah Mek
9:25 : Went to Rumah Mok
10:35-10:45 : Fetched Fuad, Dinner
11:45 : Arrived At Home, Baca Buku, Main dengan Amiir,
1:00 : ZZZzzzzzZZZZZZ

17 July 2005
6:50 - 7:15 : Hantar Fuad to MML
7:30 : At Rumah Mok, Pergi Kubur
8:30 : Breakfast at Rumah Mok, sembang sembang etc.
9:20 : Pergi rumah Mek ,bawak Mok ,ziarah mek, ayah lagi pity her.camner orang sakit batu karang ek.syafahaLlah(pasal uzur will be a separate posting)
10:30 : Balik Rumah,House and self maintenance
12:30 : Went to HUSM, kena patah balik , Dr tak bagi keluar lagi, kena balik rumah dulu.
3:00 : Hantar Diana balik Kuantan
5:30 : HUSM, tengok aeman masuk Operation Theatre
6:45 : Hantar Mok balik rumah Wida' (Rutin sebelum balik KL Since zaman Ummu Amiir lagi)- Sorry tak sempat bawak Amiir jumpa babies artisukma.
7:15 : Wida'ziarah Mek ayah.
8:30 : Went to airport, flight delayed to 10:10
11:45 : Arrived at KLIA
12:30 : Sampaied Bangi
1:00 ++ : ZZZZzzzzzzzZZZZZZZZZZ


Watak watak Terlibat:

Mok, Mek ,Ayah : Refer to previous posting on 16th June 2005. I wish to have adetail posting about them esp Mok, hari ahad lepas sembang sembang about her past life, some of it she already shared with Ummu Amiir, about her past life , pasal kematian anak anak seramai 6 orang semuanya waktu kecil, then suami plak meninggal tinggal abah and mami only etc.nantilah... susah kita susah orang lagi.. not orang lah my own family....

Sorang Gila Sorang Hampeh

Entry One


Temubual Dengan 'Rasul Khusus Untuk Orang Melayu'

- "Ketua kumpulan ajaran sesat Haji Kahar Ahmad, Abdul Kahar Ahmad
Jalal, 55, bukan saja mendakwa dilantik Tuhan sebagai rasul khusus
untuk orang Melayu, malah memberi jaminan pengikutnya pasti masuk
syurga berkat daripada syafaatnya. Malah, dia tidak gentar
menghantar surat kepada ahli politik, pembesar negeri dan menteri
Kabinet termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
untuk mengaku dirinya sebagai rasul.

Abdul Kahar juga mengeluarkan pelbagai dakyah yang boleh menjejaskan
akidah seperti solat lima waktu tidak wajib, al-Quran sekadar
catatan, hadis hanya rekaan manusia malah mendakwa dia mempunyai
mukjizat sama seperti nabi dan rasul lain.

Beberapa perkara lain yang jelas bertentangan dengan akidah juga
dinyatakan Abdul Kahar ketika dia disoal kira-kira 30 minit oleh
pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selain wartawan selepas
ditahan di kediamannya di Kampung Kemensah, Hulu Klang, di sini,
semalam.

Soalan (S) : Macam mana haji dilantik (sebagai rasul)?

Jawapan (J): Itu urusan Tuhan. Tuhan tidak bagi tahu kepada manusia
biasa, bagaimana ditiupkan roh itu kepada Adam (Nabi Adam as). Kalau
roh Tuhan itu tidak ditiup kepada seorang rasul dia tidak layak
digelar rasul tetapi pendusta.

S: Umat Islam diwajibkan menunaikan sembahyang lima waktu tetapi
haji (Kahar) mengatakan sembahyang lima waktu itu tidak perlu?

J : Awak tunjukkan ayat mana, surah mana yang mengatakan Tuhan suruh
sembahyang lima waktu.

S: Kalau macam itu, haji tunjukkan surah mana dan ayat mana yang
menunjukkan haji dilantik sebagai rasul?

J : Surah Yasin dan Surah Ibrahim, ayat empat. (Abdul Kahar
bagaimanapun tidak menghuraikan makna ayat berkenaan S: Adakah haji
dilantik (sebagai rasul) untuk mewakili Malaysia?

J: Bagi kaum Melayu saja. Untuk yang faham bahasa saya.

S: Adakah haji boleh memberi syafaat sama seperti Nabi Muhammad saw?

J: Ya. Sebab saya boleh mengeluarkan manusia daripada kegelapan
kekafiran kepada cahaya keimanan.

S: Jadi adakah pengikut haji dijamin masuk syurga?

J: Pasti. Tuhan yang menjanjikan. Barang siapa yang mentaati Allah
dan rasul-Nya, pasti Tuhan akan memasukkan ke dalam syurga yang
mengalir sungai di bawahnya. Itulah kemenangan yang besar. (Sambil
merujuk surah An-Nisa')

S: Apa perbezaan antara ajaran haji dengan Islam sekarang?

J: Sekarang orang Islam di negara ini membuat dusta dengan Tuhan.
(Abdul Kahar diminta memberi contoh) Ayat yang diucapkan ketika
sembahyang lima waktu tidak sama dengan apa yang dibuat untuk Tuhan.

(Ketika itu Abdul Kahar diminta memberi contoh sekali lagi) Masa
tuan-tuan sembahyang itu berkata dengan Tuhan. Tetapi apabila
kata `Ya aiyuhal kafirun' (Abdul Kahar merujuk kepada ayat pertama
surah Al-Kafirun tetapi tidak lengkap) tuan-tuan mengkafirkan Allah
kerana maknanya `hai orang kafir', kamu berkata kepada Allah. Tuhan
yang memberi petunjuk, kamu boleh kafirkan Dia. Ayat itu kita
sepatutnya berkata kepada orang kafir, tetapi ia mesti dikatakan
oleh rasul dan orang yang beriman kepada rasul.

S: Haji pernah buat sembahyang lima waktu?

J: Dulu saya buat, tetapi selepas Tuhan katakan itu tidak betul saya
tidak buat lagi... saya buat ikut sunnah dan al-Quran.

S: Macam mana haji sembahyang?

J: Saya buat macam mana Nabi Ibrahim sembahyang iaitu mencegah benda
keji mungkar. Macam mana ibu bapanya yang menyembah berhala dan dia
cegah.

S: Rasulullah saw sendiri solat lima waktu, bagaimana haji boleh
katakan ia tidak wajib?

J: Can you prove to me (Boleh awak buktikan pada saya) awak pernah
jumpa dia (Nabi Muhammad), tengok sendiri dia sembahyang? Jika hanya
secara lisan, itu tidak boleh.

S: Dalam hadis perkara itu disebut. (Pegawai Jais kemudian)membaca
hadis dalam bahasa Arab tetapi, Abdul Kahar meminta dijelaskan dalam
bahasa Melayu). Maksudnya, sembahyang kamu sebagaimana kamu melihat
aku (Rasulullah saw) sembahyang.

J: Hadis itu siapa yang buat? Siapa yang mengarangnya, siapa
perawinya? (Pegawai Jais menjawab hadis itu diriwayatkan al-
Bukhari.)

Adakah awak kenal dia. Awak tahu biodata dia. Awak pernah lihat dia.
Adakah awak dengar sendiri dia cerita dengan awak. Jika tidak, benda
itu tidak benar. Itu bukan daripada Tuhan."




Entry Two

Utk Sapa Yang Tak Baca Paper Semalam

Kalau org tau dah lama buat kerja ni, mau kena sepak bila bercakap bab islam, gi rasmi tilawah quran ke apa ke. Siut...



How Osu frittered away those millions- From The Star 16/7/2005, Kalau nak saman saman The Star.

PETALING JAYA: A glimpse of how former Sabah chief minister Datuk Seri Osu Sukam ran up his huge gambling debts came from an affidavit filed against him by the Ritz Hotel Casino at the London High Court in May 2003.

The former Umno supreme council member, who recently resigned as the party's Papar division chief, had gambled away a total of £23.49mil (RM156.45mil) and lost £4.68mil (RM31.17mil) at the casino in just seven months, from February to September 2002.

Casino gaming manager Robert Whitehall, who filed the affidavit on May 29, 2003, said the lowest amount that the Malaysian politician had gambled was £700,000 (RM4.66mil) on Feb 15 2002. Even then, he lost £600,000 (RM3.99mil).

Then in just one day, on Sept 9, 2002, Osu gambled away £2.06mil (RM13.72mil) and lost £1.75mil (RM11.65mil).


It seemed the amount he would gamble increased with every visit.

The affidavit mentioned that Osu could not afford to repay his £1.75mil debt and an instalment arrangement was therefore made.

It is the outstanding £1.05mil (RM6.99mil) that the Ritz Hotel Casino is suing Osu for.

Whitehall claimed that two other casinos in London enquired about the financial position of Osu in May 2003, with regards to cheque cashing facilities to be given to the former Sabah chief minister.

His gaming losses, besides being big news in the Malaysian media, have since become a hot topic in the gaming industries overseas.

Websites and magazines of the trade, mostly in the United States and Britain, have carried news reports of the London casino’s failure to recover the gambling debt from Osu.

These sites include Casino City Times, Games Capital, Ate Online and Gaming Magazine, which also carried reports on how Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was disappointed in Osu’s failure as a leader.

Reports of Osu's resignation as Papar division chief, after his gambling debts were made public, were also posted on the Net.

ikhlas, itqan dan taqwa

Entry One

Malam tadi lepas meeting dekat Rumah Anak Yatim
(Bukan Rumah Amiir)..


&&&&: Zal , anta free tak malam esok?
Ambo : Takde apa aaa, nape?
&&&&: Malam ni ada mesyuarat ****** dekat pejabat YB ,anta pergi ek nanti bagitau semua AJK sekali. Ana ada ******* exco pemuda malam ni.
Ambo: Pukul berapa ? (dalam hati ingat nak main main ngan Amiir lama sket - dah dua minggu dah asyik kuar je tetiap malam)
&&&&: Lepas Isyak
Ambo: Taper aa nanti saya bagitau kat semua AJK.


Entry Two:

Petang Semalam sebelum balik...


0##0:semalam gi lembah beringin
0##0:12:30am baru balik
O^^O:ook
O^^O:taper aaaa
0##0:tak larat nak stay up
O^^O:cek aa dulu
0##0:banyak le orang marah kat ana
0##0:kerja tak siap
0##0:cam mana nak manage masa ye...
0##0:dilema betul
O^^O: :)
O^^O:dah mmg keja banyak nak wat camner
O^^O:ana pun tgh pack la ni
0##0:the only masa yang selesa utk ana cari input instead of punggah output ialah bangun 4am... tapi tak larat.. jarang dapat
0##0:apa le dunia ni... asyik kerja je... kan
O^^O: :)
0##0:kesian kat anak kita.. ayah asyik missing je
O^^O:sama ler kita
O^^O:tu rasa bersalah kat @@@@ tuh
0##0:tu la...
0##0:nanti @@@@ dah pandai cakap lagi sedih.... dia dah akan boleh suarakan kekecewaan dia sebab ayah selalu takde... macam XXXX la ni
O^^O:XXXX cakap apa
0##0:advantagenya ialah ana boleh sembang ngan telefon even out station...
0##0:disadvantagenya...
0##0:ana sembang-sembang ngan dia... tetiba mak dia suruh dia cakap kat telepon, "abi balik la"
0##0:dia tak nak cakap..
0##0:terus berhenti cakap
0##0:huwaa.. tu yang sedihnya tu
0##0:bulan jun 22 hari ana tinggalkan dia
O^^O:erm
O^^O:abg gi mana masa tu
0##0:langkawi 5 hari, sarawak 5 hari, pahang 4 hari, alor star 4 hari, cameron highland 4 hari
O^^O:ooo patutler...
0##0:letih, tapi mujurlah kerja ni kerja dakwah... mudah sikit nak tenangkan diri
O^^O:mahal sungguh kena bayar nilai
0##0:exhausted sebenarnya... kena makan supplementary food
O^^O:masa sekarang baru teruji teori teori
O^^O:sebab benda pahala nih benda tak nampak kan
0##0:ye... tapi of course motivasinya bukan sekadar mengejar pahala
0##0:tetapi kerana rasa terdorong nak laksanakan kewajipan
0##0:buat apa yang Allah suruh
0##0:pahala... Allah jualah yang memberinya mengikut kadar ikhlas, itqan dan taqwa kita, kan


note:
Kerja yang dimaksudkan oleh 0##0 adalah kerja tempat beliau mencari rezekiyang tidak berkaitan dengan mana mana jamaah atau parti politik.

Cabaran untuk hidup dalam kelas satu

Cabaran untuk hidup dalam kelas satu

Ruang & Waktu Oleh Adam A. Kadir
ISA (bukan nama sebenar) menghisap rokok ketika memandu. Selepas itu beliau menjentikkan puntung rokok itu ke atas jalan raya. Apabila ditanya kenapa beliau berbuat begitu, beliau menjawab: ``Biar pekerja bandar raya buat kerja.''

Seratus meter kemudian, Isa memaki-maki apabila tiga orang melintas jalan sesuka hati, dan tidak mengikut ruang berjalur untuk pejalan kaki yang disediakan. Tiba di lampu trafik di sebuah simpang empat, beliau terpaksa menekan brek secara tiba-tiba kerana satu keluarga asing dari sebuah negara ketiga (suami isteri dan tiga orang anak) berlari-lari di atas ruang jalur semasa lampu merah. Kali ini Isa hanya menggeleng kepala.

Di sebuah kompleks beli-belah, Isa pergi membuang air kecil di sebuah tandas. Dia terdengar dua orang wanita merungut betapa kotornya tandas yang mereka baru masuki. Dalam tandas lelaki, sambil merungut dalam hatinya kerana bau yang meloyakan, Isa sama-sama melaksanakan seruan alam seperti beberapa orang lain - bertaburan, tidak mengikut arah secara cermat dan tertentu.

Sering juga Isa teringat cerita yang pernah beliau dengar tentang seorang yang pernah menuntut di Amerika Syarikat (AS) lebih 30 tahun dulu.

``Kampus universiti saya betul-betul bersempadan dengan sebuah kota,'' kata orang itu. ``Di tepi kota itu terdapat satu peti akhbar. Tiap-tiap hari saya masukkan duit koin 15 sen, lalu peti itu terbuka, dan saya ambil senaskhah akhbar. Semua orang buat begitu. Kalau mahu, semua akhbar yang bertimbun dalam peti itu boleh diambil sekali rap dengan harga hanya 15 sen. Bagaimana kalau peti begitu diperkenalkan di sini?''

Sebelum keluar dari kompleks tersebut, Isa ternampak seorang sedang mencari bakul sampah untuk membuangkan tisu di tangannya. Apabila orang itu bertanya, orang yang ditanya menguakkan dua belah tangannya sambil menjawab kasar: ``Mana aku tahu!''

Kebetulan pula Isa ternampak di mana bakul itu terletak, dan dia lantas memberitahu orang itu. ``Terima kasih banyak,'' katanya. Beliau terus pergi selepas menepuk bahu Isa sebagai satu tanda penghayatan.

Dari episod dan adegan yang diperturunkan di atas, kita boleh membuat kesimpulan berikut.

Isa sudah mempunyai sedikit, dan bukan semua, ciri-ciri hidup sebuah negara kelas satu. Lebih tepat lagi kalau disebut ciri-ciri hidup dunia pertama. Dalam episod pertama, Isa tidak patut memberi alasan beliau membuang puntung rokok sesuka hati di jalan raya kononnya supaya pekerja bandar raya menjalankan kerja mereka.

Sekali pandang, alasan Isa itu berbunyi betul, tetapi apabila dikajikan secara lebih teliti, kita akan dapati alasan begitu adalah tidak wajar. Bayangkan kalau 500,000 orang mencampakkan 10 puntung rokok di sekitar bandar raya Kuala Lumpur setiap hari, jumlahnya ialah lima juta puntung.

Kalau ditimbunkan di satu tempat, timbunannya tentu seperti sebuah busut besar. Disebabkan puntung rokok itu berselerak di merata-rata, maka Majlis Bandaraya diandaikan terpaksa menggajikan 20 orang pekerja atau membayarkan kontraktor untuk memastikan puntung-puntung itu tidak mengotorkan kota.

Dari mana bandar raya dapat wang untuk membayar gaji pekerja atau kontraktor itu? Dari pelbagai cukai, jawabnya.

Seperti yang kita sedia tahu, pembayar cukai adalah terdiri daripada penduduk kota Kuala Lumpur. Lagi banyak episod sebegitu rupa berlaku, lagi berat beban yang dipikul oleh pembayar cukai.

Namun begitu, puntung rokok yang menyepah itu adalah sumber yang menjejaskan kesihatan orang ramai. Rawatan kesihatan menuntut kos yang tinggi. Jumlah mereka yang menghidap batuk dan selesema adalah ramai. Ini boleh kita tinjau di hospital dan di klinik-klinik swasta.

Segalanya melibatkan wang dari kocek sendiri dan daripada sumber kerajaan. Ini belum dikira penghidap sakit kanser. Menurut sumber penyelidikan yang berwibawa, dua daripada tiga orang penghidap kanser adalah terdiri daripada mereka yang merokok.

Selepas melakukan suatu yang bersalah, Isa terus pula bersikap betul apabila beliau tidak bersetuju melihat orang yang melintas jalan sewenang-wenang dengan tidak mengikut peraturan.

Gelagat keluarga asing itu adalah seperti kebiasaan orang Malaysia suatu ketika dulu. Mereka sesuka hati melintas dengan hanya melihat ruang berjalur tetapi tidak mengira sama ada lampu merah atau hijau yang menyala.

Perbezaan dulu dengan sekarang seolah-olah menunjukkan bahawa orang Malaysia sudah dapat melangkah ke dunia pertama menurut ukuran begitu. Sebaliknya, masih terdapat orang dari negara-negara dunia ketiga lain yang masih jauh dari sempadan dunia pertama.

Pengalaman hidup di dunia pertama, seperti yang dilalui oleh seorang yang pernah menuntut di AS itu, menunjukkan nilai-nilai hidup yang murni bukan monopoli mana-mana agama atau cara hidup. Membuka peti akhbar yang bertimbun dengan hanya memasukkan 15 sen (tidak ada orang yang mengambilnya lebih daripada satu naskhah) adalah satu sikap amanah yang masih sukar diikuti di Malaysia.

Saya difahamkan, pernah timbunan akhbar ditempatkan di sebuah meja di Kuala Lumpur. Pembeli boleh memasukkan wang dalam sebuah peti yang terletak di sebelah. Apa yang berlaku ialah, bukan saja akhbar-akhbar itu lesap, peti wang pula tidak tahu ke mana hilangnya!

Adegan di kompleks beli-belah menunjukkan Isa dalam dua gelagat. Satu, gelagat kebiasaan dalam kehidupan dunia ketiga. Dua, gelagat yang bercirikan dunia pertama. Isa tidak suka bau busuk dan tindakan tidak berdisiplin ketika berada dalam tandas, tetapi beliau melakukan juga apa yang beliau tidak suka, seperti apa yang dilakukan oleh orang lain di situ.

Orang yang mencari bakul sampah untuk membuang sampah menunjukkan satu teladan yang baik dari segi amalan kesihatan awam, tetapi ciri-ciri hidup dunia ketiga masih mengongkong orang yang beliau meminta tolong. Jawapan yang elok diberikan ialah: ``Maaf, saya tak tahu,'' dan bukan dengan menempelak kasar seperti yang ditunjukkan oleh pihak yang diminta pertolongan itu.

Sebaliknya, Isa didatangi rasa lunak yang sepadannya, apabila beliau memberitahu dengan baik di mana letaknya bakul sampah kepada orang itu. Sesuailah pula apabila orang itu berterima kasih dan menepuk bahu Isa sebagai satu penghargaan.

Tidak berapa lama dulu bekas Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong, pernah merungut tentang tahap ekonomi dan tahap kehidupan Singapura. ``Tidak ada maknanya prestasi ekonomi Singapura terjumlah dalam dunia pertama, kalau orang Singapura masih menjalani hidup seperti orang dunia ketiga,'' katanya.

Itulah juga cabaran yang Malaysia hadapi kini.

- TAN Sri Adam Kadir ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara.

Conclusion of The Day

Ali Imran

Ali Imran1

-Ali 'Imran 154

Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliah. Mereka berkata: Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu? Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dialah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya). Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing dan dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.



Kesimpulan dari apa yang berlaku sepanjang hari semalam....

Angan angan Mat Jenin - Part 2

Sorry lama hilang.... entah pergi mana tah anyway masih ingat posting pasal ayah pin? ( refer to posting on 13/5/2005.

Entry One

Now Ayah Pin Begins part two.

Inspektor polis, ahli kumpulan rock ditahan, Ayah Pin terlepas

Oleh MARZUKI YUSOFF

ARIFFIN MUHAMAD@ AYAH PIN.


KUALA TERENGGANU 3 Julai - Seorang inspektor polis dan seorang anggota kumpulan rock adalah antara 21 orang yang ditahan dalam serbuan perkampungan di Batu 13, Besut awal pagi ini kerana dipercayai pengikut ajaran sesat Ayah Pin.

Operasi yang bermula pukul 5.30 petang semalam dan berakhir 1 pagi ini, bagaimanapun gagal mengesan Ayah Pin atau nama sebenarnya, Ariffin Muhamad, 62.

ayahpin2

-Iniler Ayahpin

Turut ditahan dalam operasi membabitkan 21 anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAIT) dan 40 anggota polis itu ialah seorang wanita berusia 33 tahun, dipercayai isteri keempat Ayah Pin.

Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Islam Hadhari Negeri, Muhammad Ramli Nuh berkata, mereka yang ditahan berusia antara 30-an dan 60-an dan tujuh daripadanya adalah wanita.

``Sasaran operasi ialah untuk menahan Ayah Pin tetapi dia tidak ditemui walaupun pihak berkuasa memeriksa dan menggeledah premis di situ termasuk tiga buah rumah milik pemimpin ajaran tersebut.

``Kami agak pelik bagaimana Ayah Pin boleh melepaskan diri dari tempat persembunyian sulitnya,'' kata Muhammad ketika ditemui di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh, dekat sini hari ini.

ayahpin5

Menurutnya, semua ditahan dibawa ke Balai Polis Kampung Raja tetapi dibebaskan dengan ikat jamin RM1,000 seorang.

Beliau berkata, pihaknya telah lama mengesyaki ada anggota kumpulan rock menjadi pengikut ajaran Ayah Pin yang telah lama diharamkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Muhammad berkata, empat daripada mereka yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 14B Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) 2001 kerana memiliki dokumen atau doktrin bertentangan dengan Islam dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.

``Sebanyak 17 orang lagi akan didakwa di bawah Seksyen 10 enakmen yang sama dan mereka juga boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara,'' katanya.

Mengenai kegagalan menahan Ayah Pin, beliau berkata, ketua kumpulan itu mempunyai pengikut dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk kakitangan kerajaan, anggota pasukan berseragam dan ahli profesional.

``Kita pun tidak menyangka ada pegawai polis turut ditahan dalam serbuan tersebut dan kita akan menyiasat sama ada Ayah Pin sudah mendapat maklumat mengenai serbuan malam tadi,'' ujarnya yang enggan mengulas lanjut.

ayah pin6.jpg

-Zaman Kegemilangan

Kata Muhammad, kesemua yang ditahan dalam serbuan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Besut pada 23 September ini.

Ditanya kenapa pihak berkuasa mengambil masa lama untuk mengambil tindakan ke atas Ayah Pin, beliau berkata, perkara itu hanya boleh diselesaikan sekiranya kerajaan mengambil tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

``Saya rasa inilah cara untuk menyekat Ayah Pin dari menyebarkan ajarannya,'' tegas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tepoh.

Bulan lalu, pihak berkuasa menghantar notis kepada Ayah Pin untuk merobohkan beberapa replika gergasi berbentuk simbol-simbol tertentu di kampung tersebut seperti cerek, payung dan kapal yang didakwa sebagai bahtera Nabi Nuh.

ayahpin3

-Cerek Gergasi


ayahpin4

-Payung Gergasi


teko gergasi

Di perkampungan Ayah Pin yang tersorok berhampiran ladang getah, terdapat 35 buah rumah dipercayai didiami oleh 150 orang pengikut ajaran tersebut.

Selain di Terengganu, pergerakan kumpulan Ayah Pin turut dipantau oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIK) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) kerana kegiatannya di perkampungan Orang Asli.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Lim Char Boo ketika ditemui, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai tangkapan tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin ketika ditemui pada majlis pelancaran Islam Hadhari peringkat ketua-ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan Negeri Terengganu di sini hari ini berkata, beliau belum menerima maklumat mengenai serbuan itu.

Beliau sebelum ini memberitahu, kumpulan Ayah Pin merupakan salah satu daripada 70 kumpulan ajaran sesat di negara ini dan pemimpinnya telah mengisytiharkan keluar dari Islam untuk mengelak dari didakwa di Mahkamah Syariah.

Ayah Pin and his creations

-Ayah Pin and his creations


Entry Two

To Keluarga Mufis and Aida

Sabar berbanyak, dapat pengasuh hampeh ,anak takde apa apa Alhamdulillah. orang lain diuji dapat pengasuh baik tapi itu bukan alasan untuk Allah tak jemput anak dia. Entahler.. cakap senang kan..



Bayi Lelaki 13 Bulan Mati Dipercayai Jatuh Buaian

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Seorang bayi lelaki meninggal dunia Khamis selepas enam hari berada dalam keadaan koma, dipercayai terjatuh dari buaian di rumah pengasuhnya di Taman Laksamana, Batu Caves di sini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor SAC II Abu Bakar Mustafa berkata Mohd Zairil Risyad Zawawi, 13 bulan, meninggal dunia pada pukul 12.15 Khamis pagi di Hospital Selayang, di sini.

Mohd Zairil dimasukkan ke hospital itu pada Sabtu lepas selepas pengasuhnya, 33, menyedari Mohd Zairil berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah buaian pada pukul 6.45 pagi, katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata menyedari keadaan itu, pengasuhnya, yang merupakan jiran kepada keluarga Mohd Zairil, segera membawanya ke hospital dan memaklumkan kepada bapa Mohd Zairil mengenai anaknya pada pukul 8.45 pagi, bahawa dia dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu.

Hasil bedah siasat Khamis polis mendapati Mohd Zairil mengalami pendarahan di bahagian kepala yang menyebabkan kematiannya, katanya.

Abu Bakar berkata polis telah mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan menolak sebarang elemen jenayah.

Katanya polis akan mengambil keterangan pengasuh itu, yang berasal dari Pahang, untuk membantu siasatan.

Beliau berkata bapa Mohd Zairil bekerja sebagai kakitangan kerajaan manakala ibunya seorang guru.

-- BERNAMA

Komentar Umum

Entry One

KISAH TIGA ORANG MUKMIN YANG TIDAK MENYERTAI NABI KE TABUK

Diantara puak munafikin jumlah yang tidak menyertai gerakan keTabuk boleh dikatakan banyak juga. Bukan sahaja mereka gagal menyahut seruan Nabi Muhammad s.a.w. malah mereka cuba mempengaruhi orang-orang lain supaya berbuat demikian.

Kata mereka: "Janganlah berpergian dalam keadaan panas" (SURAH AT-TAUBAH ayat 81)

Allah s.w.t. menjawab: "API NERAKA LEBIH PANAS LAGI"


tabuk

Bayangkan betapa jauh nak naik unta dalam musim kemarau yang panas dari Madinah ke Tabuk.

Diantara orang-orang yang beriman pula seperti mana yang telah dikatakan tadi, hanya tiga orang sahaja yang tidak menyertai tentera Muslimin. Mereka ini ialah Murarak bin Rabi, Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik. Murarah tidak bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabatnya kerana buah-buah tamar dikebunnya telah masak dan terpaksa dikutip. Dia menyangka yang penyertaannya dalam lain-lain peperangan terdahulu daripada ini dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang sedang dihadapi. Disini dia telah melakukan kesalahan mementingkan hartanya daripada Allah s.w.t.. Apabila dia menyedari kesalahannya dia mendermakan kebunnya kepada orang. Akan Hilal pula dia sibuk mendampingi kaum keluarganya yang pulang ke Madinah selepas meninggalkan kota itu beberapa ketika lamanya. Seperti Murarah, dia juga telah menyertai beberapa peperangan yang terdahulu.Ternyata yang Hilal telah melakukan kesalahan mementingkan kaum keluarga nya daripada Allah s.w.t.. Setelah menyedari kesalahannya dia telah emmutuskan perhubungan dengan kaum kerabatnya. Mengenai Ka'ab pula, dengarlah cerita seperti yang diceritakan olehnya sendiri. Cerita Ka'ab ini terkandung didalam semua buku-buku Hadis. Katanya:

"Semasa berlaku gerakan keTabuk keadaan hidup aku agak mewah.Aku mempunyai dua ekor unta kepunyaan saya sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah memiliki bilangan unta seperti tersebut tadi. Telah menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w. yang ia tidak suka memberitahu kepada umum tentang tempat yang ditujui oleh gerakan tentera Muslimin, tetapi sekali ini oleh kerana jauhnya perjalanan yang mensti ditempuhi, kerana musim kemarau pada masa itu dan oleh kerana kekuatan tentara kafir, ia terpaksa menceritakan segala-galanya agar persiapan-persiapan dapat diperbuat dengan sempurnanya. Orang-orang yang bakal memnyertai pergerakan keTabuk terlalu banyak sehingga tidak mungkin diketahui nama-nama mereka semuanya. Demikian juga payahnya untuk mengetahui nama-nama meraka yang tidak menyertai Nabi Muhammad s.a.w.. Pada ketika itu kebun-kebun diMadinah telah penuh dengan buah-buah yang telah masak.


Dates


Tiap-tiap pagi saya bercita-cita hendak membuat persiapan-persiapan agar dapat menyertai tentera Muslimin, tetapi entah bagaimana keazaman saya itu tidak menjadi kenyataan. Saya ketahui benar-benar yang saya dapat menyertai mereka bila-bila masa sahaja. Dalam keadaan saya yang demikianlah maka berita mengenai keberangkatan tentera Muslim telah sampai kepengetahuan saya. Saya masih berpendapat yang saya mendahului mereka sekiranya saya dapat bersiap sedia dalam sehari-dua."

"Penangguhan saya untuk melakukan sesuatu yang tegas berlanjutan sehingga tibalah masanya tentera-tentera Muslimin hampir tiba diTabuk. Dalam keadaan yang demikian pun saya masih juga menangguh-nangguh.Tiba-tiba apabila saya melihat orang-orang yang tertinggal diMadinah saya menyedari yang kebanyakkan daripada mereka ini terdiri daripada kaum-kaum munafikin dan mereka yang telah sengaja diuzurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kerana sebab-sebab yang tertentu. Setibanya Nabi Muhammad s.a.w. keTabuk, Baginda s.a.w. pun bertanya: 'Mengapa aku tidak melihat Ka'ab?" Jawab salah seorang daripada para sahabat: " Ya Nabi Muhammad s.a.w., kebanggaannya kepada harta dan kesenangan kehidupannya telah menyebabkan dia tertinggal kebelakang.' Maaz mencelah sambil berkata:"Tidak, Ini tidak mungkin. Setahu kami dia adalah seorang Mukmin yang sebenar-benarnya." Nabi Muhammad s.a.w. tidak mengeluarkan sepatah katapun."

Ka'ab meneruskan ceritanya:

"Selepas beberapa hari saya pun mendengar berita mengenai kepulangan Nabi Muhammad s.a.w. saya tiba-tiba dirundungi oleh perasaan sedih dan kesal yang maha hebat. Beberapa alasan iaitu yang mungkin dikemukakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengelakkan kemurkaan Baginda s.a.w. terbayang-bayang dikepala saya. Saya juga telah meminta nasihat daripada orang-orang yang cerdik pandai dikalangan keluarga saya, tetapi akhirnya alasan-alasan ini saya ketepikan dan saya membuat keputusan hendak bercakap benar kepada Nabi Muhammad s.a.w.Telah menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w.., apabila Baginda s.a.w.balik dari suatu perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. akan singgah dimasjid untuk mendirikan Solat Tahyatul Masjid serta beramah mesra dengan pelawat-pelawatnya. Pada ketika ini datanglah orang munafik bersumpah-sumpah sambil memberi sebab-sebab mengapa mereka tidak menyertai Nabi Muhammad s.a.w. keTabuk. Nabi Muhammad s.a.w.menerima saja alasan-alasan yang diucapkan oelh lidah-lidah mereka sedangkan kandungan batin mereka tinggalkan kepada Allah s.w.t.untuk membereskannya. Kemudian saya pun tibalah untuk menemui Rasulullah s.a.w. lantas memberi salam kepada Baginda s.a.w.. Suatu senyuman yang tawar, Baginda s.a.w. menolehkan mukanya kearah lain. Saya berkata:" Wahai Rasulullah ,Tuan memalingkan muka Tuan dari saya.Demi Allah s.w.t., saya bukannya munafik dan saya tidak meragui kebenaran agama saya." Baginda s.a.w. menyuruh saya mendekati lalu bertanya: "Apa yang menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?"

photo-camel

Ni bukan unta Kaab


Saya menjawab: "Ya Rasulullah s.a.w., kalau kepada orang lain sudah tentu saya dapat memberi alasan-alasan yang sesuai kerana Allah s.w.t. telah mengurniakan saya dengan kefasihan bercakap, tetapi kepada Tuan, walaupun saya dapat memberi keterangan-keterangan dusta yang memuaskan hati Tuan, sudah tentu Allah s.w.t. akan memurkai saya. Sebaliknya kalau saya menimbulkan kemarahan Tuan dengan bercakap benar saya percaya lambat-laun kemarahan Tuan itu akan dihapuskan oleh Allah s.w.t. . Oleh itu saya bercakap benar. Demi Allah s.w.t. saya tidak ada sebarang alasan pun sedangkan pada masa itu hidup saya mewah." Kata Nabi Muhammad s.a.w."Dia sedang bercakap benar." Kemudian Baginda s.a.w berkata: "Pergilah kamu dan Allah s.w.t.. akan menentukan sesuatu bagi kamu."

Apabila saya meninggalkan Nabi Muhammad s.a.w.. orang-orang dari puak saya telah menyalahi saya kerana telah bercakap benar dihadapan Rasulullah. Kata mereka: Kamu sebelum ini tidak pernah melakukan sebarang kesalahan . Kalaulah setelah memberi satu-satu alasan yang sesuai, kamu meminta Nabi Muhammad s.a.w. berdoa untuk diampunkan oleh Allah s.w.t., yang demikian itu sudah tentu mencukupi. "Kemudian saya bertanya kalau-kalau ada orang yang hal keadaannya seperti saya. Mereka menceritakan mengenai Hilah bin Umayyah dan Murarah bin Rabi. Mereka juga telah mengakui kesalahan mereka dan menerima jawapan yang sama. Saya tahui yang mereka ini adalah penganut-penganut agama Islam yang sejati dan telah mengambil bahagian dalam Peperangan Badar. Nabi Muhammad s.a.w. sudah memerintahkan supaya kami bertiga dipulaukan.Tidak ada seorang pun yang berani bergaul dan bercakap-cakap dengan kami. Pada masa itu saya berasa seolah-olah saya tinggal berdagang dirantau orang. Kawan-kawan berkelakuan seperti orang asing. Dunia yang begitu luas menjadi sempit. Kalau saya mati Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan mengimami sembahyang jenazah saya. Sebaliknya kalau Baginda s.a.w. wafat sudah tentu pemboikotan yang dikenakan keatas saya akan berterusan sehingga keakhir hayat saya. Kawan-kawan saya yang berdua itu tidak menampakkan diri mereka diluar rumah sedangkan saya memberanikan diri dengan berjalan-jalan dipasar dan bersembahyang berjemaah tetapi saya tidak dihiraukan oleh sesiapa pun. Kadang-kadang saya memberanikan diri menghampiri Nabi Muhammad s.a.w. sambil memberikan salam. Saya menunggu-nuggu jawapannya dengan penuh harapan.Kerapkali selepas menunaikan solat fardhu saya akan menunaikan solat sunnat berhampiran dengan Nabi Muhammad s.a.w. kerana ingin mengetahui sama ada Baginda s.a.w. akan memandang saya atau tidak. Ya, Baginda s.a.w. memandangkan saya semasa berada dalam sembahyang. Diluar sembahyang Baginda s.a.w. memalingkan pandangannya dari saya."

"Pada suatu hari apabila saya rasa yang saya tidak dapat lagi menderitai pemulauan sosial yang dikenakan keatas saya, saya telah memanjat tembok kebun sepupu saya,Qatadah. Saya mengucapkan salam kepadanya tetapi dia tidak menjawab. Saya menggesanya supaya menjawab hanya satu soalan sahaja. Saya bertanya:"Engkau tahu atau tidak yang aku mencintai Allah s.w.t. dan RasulNya?" Soalan saya itu terpaksa diulangi sebanyak tiga kali. Pada kali yang ketiganya baharulah dia menjawab:" Hanya Allah s.w.t.dan RasulNya yang mengetahui." Mendengar jawapannya itu saya menangis lalu meninggalkannya."

"Pada suatu ketika sedang saya melalui sebatang jalan di Madinah, saya terpandang akan seorang Kriastian bangsa Mesir yang telah datang dari Sham. Rupa-rupanya orang itu sedang mencari saya. Apabila orang ramai disitu menunjukkan saya dia pun menghampiri saya sambil menyerahkan sepucuk surat daripada Raja Keristian yang memerintah Ghassan. Surat itu berbunyi:" Kami telah mengetahui akan penganiayaan yang kamu perolehi dari ketua kamu. Allah s.w.t. tidak akan membiarkan kamu dalam keadaan hina dan malu. Eloklah kamu menyertai kami dan kami akan memberi segala pertolongan kepada kamu." Apabila saya membaca surat ini saya mengucapkan:"INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN." Demikianlah hal keadaan saya sehingga orang-orang kafir menyangka yang saya akan murtad. Saya tidak dapat membayangkan segala kecelakaan yang menimpa diri saya. Dengan serta merta saya mencampakkan surat itu kedalam api dan saya pun terus pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. Kata saya:"Ya Rasulullah s.a.w., saya telah tergelincir didalam jurang kehinaan yang amat dahsyat sehinggakan orang-orang kafir menyangka yang saya akan murtad."


"Selepas empat puluh hari pemboikotan itu berjalan seorang utusan Nabi Muhammad s.a.w. mendatangi saya dengan membawa satu perintah baru dari Nabi Muhammad s.a.w. Saya diperintahkan supaya berpisah dari isteri saya. Saya bertanya kepada utusan itu sama ada isteri saya terpaksa diceraikan. Dia hanya menmyuruh saya berpsah dari isteri saya. Perintah yang sama diberikan kepada sahabat-sahabat yg berdua itu. Kata saya kepada isteri saya:"Pergilah kamu tinggal bersama-sama orangtuamu sehingga Allah s.w.t. menetukan sesuatu bagiku." Isteri Hilal pun telah pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. sambil mengadu kepada Baginda s.a.w :"Ya Rasulllah,Hilal sudah tua dan tidak ada orang untuk menjaganya. Kalau aku meninggalkannya sudah tentu dia akan mati. Izinkan aku supaya menjagainya."Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Baiklah tetapi jangan melakukan perhubungan jenis." Kata isteri Hilal:"Ya Rasulullah ,dia sudah tidak ada keinginan semenjak pemulauan dikenakan keatasnya. Dia menghabiskan masanya dengan menangis."

Ada orang yang mecadangkan kepada saya supaya meminta kebenaran daripada Nabi Muhammad s.a.w. untuk membolehkan isteri saya tinggal bersama-sama saya tetapi saya enggan berbuat demikian kerana saya masih muda sedangkan Hilal sudah tua. Lagi pula saya tidak berani membuat permintaan yang demikian. Sehingga ini pemulauan telah dijalankan keatas kami selama lima puluh hari.

Pada pagi yang kelima puluh itu sedang saya duduk-duduk diatas bumbung rumah saya, setelah melakukan Solat Faja, saya terdengar orang menjerit dari kemuncak bukit Salak. "Ada berita gembira buat kamu ya Ka'ab." Sebaik sahaja saya mendengar berita itu saya pun bersujud dengan gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t.. Saya tahu yang saya telah perolehi keampunan daripada Allah s.w.t.. Sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w. mengistiharkan keampunan Allah s.w.t. kepada kami bertiga selepas solat Subuh itu.Kemudian datang pula seorang penunggang kuda membawa berita yang sama. Oleh kerana kegembiraan yang amat sangat saya telah menghadiahkan pakaian yang terlekat dibadan saya kepada pembawa berita gembira itu.Pada masa itu saya hanyai miliki pakaian yang sedang saya pakai tadi. Oleh hal yang demikian saya meminjam sehelai pakaian dari sahabat saya dan memakai pakaian itu dan saya terus pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.. Apabila saya tiba dimasjid orang-orang yang sedang berbual-buak dengan Rasulullah s.a.w. datang menerpa dan memegang tangan saya sambil mengucapkan tahniah. Orang yang mula-mula mengucapkan tahniah kepada saya ialah Talhah.Kemudian saya pun menyampaikan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. . Muka Baginda s.a.w. berseri-seri dengan cahaya kegembiraan. Saya berkata kepada Baginda s.a.w. :"Ya Rasulullah, saya bercadang hendak mendermakan semua harta saya sebagai mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. yang telah sudi menerima taubat saya." Baginda s.a.w.. berkata: "Janganlah habiskan semua harta kamu. Tinggalkan sedikit untuk kepentingan dirimu." Saya pun mendermakan harta saya kecuali rampasan yang diperolehi dalam Peperangan Khaibar."

"Kebenaran telah menyelamatkan saya dan oleh itu saya berazam hendak bercakap benar pada setiap masa."

Kisah diatas dengan jelas menunjukkan sifat-sifat yang sepatutnya terdapat pada semua penganut-penganut Islam yang bernar-benar beriman.

1) Pentingnya berusaha dijalan Allah s.w.t. Orang yang selama ini telah mematuhi segala perintah Allah s.w.t. dan yang telah menyertai semua peperangan menentang musuh pun terpaksa menanggung hukuman sedemikian rupa akibat kesalahan yang dilakukan hanya sekali sahaja.Kalau ikut sejarah perang tersebut tu tak jadi pun sebab tentera musuh berundur sebelum perang benar benar berlaku.Logiknya tak payahlah dihukum sedemikian rupa usahkan kalah, perang pun tidak.

2) Kepatuhan menjunjung perintah Nabi Muhammad s.a.w. Selama lima puluh hari masyarakat Islam termasuk kaum kerabat dan sanak saudara serta sabahat handai mereka sendiri telah memulau Ka'ab dan kawan-kawannya pula telah menjalani hukuman dengan pebuh ketaatan. Dengan lain-lain perkataan, yang memulau pada suatu pihak dan yang kena pulau disuatu pihak yang lain masing-masing mematuhi arahan Nabi Muhammad s.a.w.

3) Keimanan yang teguh Ka'ab telah menerima surat dari seorang raja Kristian yang cuba mempengaruhinya supaya melakukan kemungkaran. Perkataan-perkataan dan perbuatannya selepas menerima surat itu merupakan bukti yang nyata mengenai keteguhan imannya.Dalam konteks bergerakan/berjemaah, walaubagaiman kita ada masalah sekalipun dengan jemaah, dont ever pikiaq nak betray gerakan.


Credit to: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com


Entry Two

I Believe and try want to believe this is a real photo. May Allah bless him and put him among the penghias syurga Insya Allah.

Taken From Ar_Ruh@yahoogroups.com

THIS IS THE SMILE OF THE PALESTINIAN {SHAHEED} HAMED AL-MASRI, WHO WAS SHOT DEAD WITH ONE BULLET IN HIS HURT RECENTLY...JUST LOOK AT HIS WONDERFUL SMILE....

syahid

Entry Three

Hari ini 23 Jun 2005 genaplah 3 tahun Almarhum Dato' Hj Fadzil @ Ali bin Mohd Noor, Presiden PAS meninggalkan kita. Jasa bakti beliau masih dalam ingatan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Untuk melihat artikel-artikel kenangan Almarhum, sila ikut link di bawah;

http://www.tranungkite.net/fadzil.htm

Antara Dua Jawapan-Part 2

Berikut adalah penjelasan dari Dr Mashitah sendiri berkenaan isu ini.


Taken From:
http://www.islamhadhari.net/v2/drmashitah/index.php?pageNum_drmashitah=0&totalRows_drmashitah=33
Daripada : Syafiqe


Assalamualaikum Dato’! Saya terdapat sedikit kekeliruan mengenai jawapan dan komentar Dato’ berdasarkan isu boleh melacur jika seseorang itu terdesak di dalam Harian Metro. Saya merasakan perkara ini kurang jelas untuk difahamkan kepada umum. Jadi saya minta Dato’ perjelaskan dengan lebih lanjut!



Terima kasih kerana ikhlas bertanya saya tentang isu ini secara terbuka. Sebenarnya saya menjawab soalan Razin dalam ruangan “Anda Musykil Dr Mashitah Jawab” ( METRO) yang mempersoalkan apakah hukumnya ibu tunggal yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak-anak, adakah anak yang sudah mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa? , dan apakah hukumnya wang itu dizakatkan? Berdasarkan jawapan saya hukum dikeluarkan berbeza-beza mengikut keadaan atau zuruf. Dalam keadaan biasa saya menjelaskan bahawa melacur itu tetap haram di sisi Islam. Namun ketika dalam darurat ia di maafkan. Di sini apa yang ingin saya sampaikan bukan bermakna jika keadaan terdesak dan terpaksa perempuan dibolehkan melacur. Sebaliknya hanya dalam keadaan benar-benar darurat. Contoh paling mudah ialah khinzir : di sisi Islam ia haram dimakan namun ketika darurat ( tiada langsung makanan ) khinzir boleh dimakan. Jadi dalam keadaan ini melacur dimaafkan ketika dalam darurat sahaja. Masyarakat sendiri lebih memahami apakah maksud darurat di Malaysia. Persoalannya adakah di negara kita sudah sampai tahap darurat? Tidak, jadi saya cuba mengajak masyarakat dan “insan yang bertanya” berfikir secara rasional. Adakah dengan menjadi ibu tunggal sudah sampai tahap darurat? Malah ingin membayar zakat fitrah lagi. Sedangkan kita ada Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat serta pelabagai organisasi yang akan membela nasib para ibu tunggal. Justeru, saya tetap menyatakan dalam kes soalan Razin itu sebagai haram seorang ibu tunggal melacurkan dirinya.

Begitu juga, saya telah memberi penekanan kepada perkataan “terpaksa” yang bermaksud kemungkinan seseorang wanita itu ditipu dan diperangkap lalu dilacurkan. Maka dalam hal ini wanita tersebut tidak bersalah kerana bukan atas kehendaknya sendiri tetapi orang yang menjadi Bapa Ayam itulah yang terpaksa menanggung dosa besar wanita tersebut.

Saya juga suka untuk mengingati masyarakat yang terkeliru berdasarkan kenyataan akhir jawapan saya, mengenai isu ini yang jelas telah mengkategorikan masalah ini bukan darurat. Di mana ibu tunggal ini ingin membayar zakat. Lalu saya menjawab : orang yang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat bahkan dia tergolong dalam asnaf yang layak menerima zakat. Oleh itu, jelas menunjukkan kepada semua, pekerjaan ibu tunggal yang melacur tadi adalah haram kerana ia terkeluar dari darurat.

Selain itu, dalam ruang tersebut saya sebenarnya telah menjawab dengan panjang lebar tetapi telah dipendekkan kerana kapisiti untuk bahagian menjawab soalan tadi adalah agak terhad. Maka, jawapan saya secara mendalam dan menyeluruh tidak berpeluang dihidangkan kepada pembaca sepenuhnya.

Waakhiran, saya berharap agar jawapan saya tidak disalah ertikan oleh masyarakat kerana ia akan mengeruhkan keadaan sahaja. Dan ini juga hanya jawapan saya dalam ruang soal jawab berdasarkan ilmu yang telah dipinjamkan oleh Allah kepada saya bukannya satu fatwa baru. Yang penting kita jangan cepat melatah!

Antara Dua Jawapan

Entry One

dr mashitah

Taken From http://www.islamhadhari.net/v2/drmashitah/index.php?pageNum_drmashitah=2&totalRows_drmashitah=33

Credit to: www.islamhadhari.net

Daripada : Johari Aziz

Soalan: Nak I'rab macamana "Islam Hadhari" ?

Jawapan: Cara i’rab "Islam Hadhari" ialah "sifat mausuf" dimana hadhari menjadi sifat dan islam menjadi mausuf.



Entry Two: Antara Dua Jawapan

Soalan: Jual diri kerana terdesak

Taken From Ruangan Anda musykil, Dr Mashitah jawab

Credit to: http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/AMMJ/20050619103443/Article/indexs_html

SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.

Punca pendapatan ini secara terang adalah haram.

Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah?

Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa?

Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?

RAZIN
Kuala Lumpur

JAWAPAN Satu



dr mashitah

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.

Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.

Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan.

Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa.

Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.

Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu.

Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah.

Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.


©New Straits Times (M) Berhad

Jawapan Dua

Halal dan Haram dalam Islam
oleh Yusuf Qardhawi

Yusuf_a_Qaradawi


1.8 Niat Baik Tidak Dapat Melepaskan yang Haram

ISLAM memberikan penghargaan terhadap setiap hal yang dapat mendorong untuk berbuat baik, tujuan yang mulia dan niat yang bagus, baik dalam perundang-undangannya maupun dalam seluruh pengarahannya. Untuk itulah maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya semua amal itu harus disertai dengan niat (ikhlas karena Allah), dan setiap orang dinilai menurut niatnya." (Riwayat Bukhari)

Niat yang baik itu dapat menggunakan seluruh yang mubah dan adat untuk berbakti dan taqarrub kepada Allah. Oleh karena itu siapa yang makan dengan niat untuk menjaga kelangsungan hidupnya dan memperkuat tubuh supaya dapat melaksanakan kewajibannya untuk berkhidmat kepada Allah dan ummatnya, maka makan dan minumnya itu dapat dinilai sebagai amal ibadah dan qurbah.

Begitu juga, barangsiapa yang melepaskan syahwatnya kepada isterinya dengan niat untuk mendapatkan anak, atau karena menjaga diri dan keluarganya dari perbuatan maksiat, maka pelepasan syahwat tersebut dapat dinilai sebagai ibadah yang berhak mendapat pahala. Untuk itu pula, maka Rasulullah s.a.w. pernah menyabdakan:

"Pada kemaluanmu itu ada sadaqah. Para sahabat kemudian bertanya: Apakah kalau kita melepaskan syahwat juga mendapatkan pahala? Jawab Nabi: Apakah kalau dia lepaskan pada yang haram, dia juga akan beroleh dosa? Maka begitu jugalah halnya kalau dia lepaskan pada yang halal, dia pun akan beroleh pahala." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan dalam satu riwayat dikatakan:

"Barangsiapa mencari rezeki yang halal dengan niat untuk menjaga diri supaya tidak minta-minta, dan berusaha untuk mencukupi keluarganya, serta supaya dapat ikut berbelas kasih (membantu tetangganya), maka kelak dia akan bertemu Allah (di akhirat) sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama." (Riwayat Thabarani)

Begitulah, setiap perbuatan mubah yang dikerjakan oleh seorang mu'min, di dalamnya terdapat unsur niat yang dapat mengalihkan perbuatan tersebut kepada ibadah.


Dr Yusuf Qardawi


Adapun masalah haram tetap dinilai haram, betapapun baik dan mulianya niat dan tujuan itu. Bagaimanapun baiknya rencana, selama dia itu tidak dibenarkan oleh Islam, maka selamanya yang haram itu tidak boleh dipakai alat untuk mencapai tujuan yang terpuji. Sebab Islam selamanya menginginkan tujuan yang suci dan caranya pun harus suci juga.

Syariat Islam tidak membenarkan prinsip apa yang disebut al-ghayah tubarrirul wasilah (untuk mencapai tujuan, cara apapun dibenarkan), atau suatu prinsip yang mengatakan: al-wushulu ilal haq bil khaudhi fil katsiri minal bathil (untuk dapat memperoleh sesuatu yang baik, boleh dilakukan dengan bergelimang dalam kebatilan). Bahkan yang ada adalah sebaliknya, setiap tujuan baik, harus dicapai dengan cara yang baik pula.

Oleh karena itu, barangsiapa mengumpulkan wang yang diperoleh dengan jalan riba, maksiat, permainan haram, judi dan sebagainya yang dapat dikategorikan haram, dengan maksud untuk mendirikan masjid atau untuk terlaksananya rencana-rencana yang baik lainnya, maka tujuan baiknya tidak akan menjadi syafaat baginya, sehingga dengan demikian dosa haramnya itu dihapus. Haram dalam syariat Islam tidak dapat dipengaruhi oleh tujuan dan niat.

Demikian seperti apa yang diajarkan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w., sebagaimana disabdakan:

"Sesungguhnya Allah itu baik, Ia tidak mau menerima kecuali yang baik pula. Allah pun memerintah kepada orang mu'min seperti halnya perintah kepada para Rasul."

Kemudian Rasulullah membacakan ayat:

"Hai para Rasul! Makanlah dari yang baik-baik (halal) dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya aku Maha Mengetahui apa saja yang kamu perbuat." (al-Mu'minun: 51)

"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah dari barang-barang baik yang telah Kami berikan kepadamu." (al-Baqarah: 172)

"Kemudian ada seorang laki-laki yang datanq dari tempat yang jauh, rambutnya tidak terurus penuh dengan debu, dia mengangkat kedua tangannya ke langit sambil berdoa: yaa rab, yaa rab (hai Tuhanku, hai Tuhanku), padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan barang yang haram pula, maka bagaimana mungkin doanya itu dikabulkan?" (Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Dan sabdanya pula:

"Barangsiapa mengumpulkan wang dari jalan yang haram kemudian dia sedekahkan harta itu, samasekali dia tidak akan beroleh pahala, bahkan dosanya akan menimpa dia " (Riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim)

Dan sabdanya pula:

"Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia sedekahkan, bahwa sedekahnya itu akan diterima; dan kalau dia infaqkan tidak juga mendapat barakah; dan tidak pula ia tinggalkan di belakang punggungnya (sesudah ia meninggal), melainkan dia itu sebagai perbekalan ke neraka. Sesungguhnya Allah tidak akan menghapuskan kejahatan dengan kejahatan, tetapi kejahatan dapat dihapus dengan kebaikan. Kejelekan tidaklah dapat menghapuskan kejelekan." (Riwayat Ahmad dan lain-lain)

--------------------------------------------------


Sahabat-sahabat boleh baca fatwa di atas dan fatwa2 berkaitan di laman :
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/108.html

Yang boleh berbahasa Arab sila ke laman :
http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=1166&version=1&template_id=5&parent_id=1

Credit to: Tranung Kite

Kita semua akan dapat surat ni....cuma org lain yang akan baca bukan kita....

---Surat ni terpaksa DITARIK BALIK kenapa? Entah bila dah publish rasa semacam pulak....tak sampai hati nak teruskan publishing ---


a."Kalau nak raya(raya pertama) kat Kelantan tahun ni pun takpe,Qin tak kisah"

-Dialog sebelum Raya Puasa 2004.Ends up memang ikut seperti giliran, Raya 2004 di Bangi with her family.


b.Nuun : Nanti abg builah duit sikit kat Ayah,Mek,Mok (Datuk dan Nenek sebelah Kelantan) sebelum balik nanti ek".
Ambo: "Nanti lain kalilah"

Dialog waktu pulang bersama kali terakhir ke KB, Raya 2004.

Hari ini Khamis 16/6/2005 ,setengah tahun selepas Khamis 16/12/2004. Petikan di atas sedikit sebanyak dpt memberi bayangan kepada permintaan di bawah. Apa yang akan ditulis di bawah bukanlah untuk berbangga melampau dengan beliau dan jauh sekali untuk memuji muji berlebihan, banyak lagi kekurangan beliau yang pastinya ada yang akan menyebabkan beliau dihisab, moga moga pengalaman sewaktu mengangdung dan bersalin, usaha seketika menjaga Amiir dan juga kesakitan sewaktu saat saat terakhir sebelum dijemput dapat menghapuskan dosa dosa dan kesilapan beliau kepada Allah, Sesama manusia harapnya semua dahpun memaafkan dan menghalalkan hutang hutang beliau.

" Abu Amiir, sy ada satu ada satu permintaan (kalau tidak keberatan), sepanjang abu amiir mengenali arwah nuun, apa yg abu amiir dapat simpulkan tentang arwah? perangainya? tabiat? kegemarannya? kesukaannya? aktiviti masa lapangnya... apa sahaja ttg beliau...............sampai akhir "

wassalam
sahabat | 05.17.05 - 12:25 pm | #



Perangai dan tabiat beliau? ,aktiviti masa lapang? Etc…

Kepada Anak…

" Can't wait nak tunggu Amiir besar and boleh respond bila orang agah...his routine right now is just minum, tidur, buang air "...-Posting 11/6/2004


"Semalam bisik kat Amiir.. supaya dia doakan tok guru.. supaya besar nanti..die ber peribadi dan bersakhsiah sepertinya... amiin.."-Posting 23/7/2004


"Ala kulli ahwal.. semoga Amiir jadi anak soleh.. dan pejuang Islam..:) can't wait to see Amiir's first responsive smile bila di agah.. sekarang nih.. he can just look and stare."-Posting 22/6/2004

umi

"uhuu.... Amiir's spending more time at mama nisah's than us.. Do i feel sad? Yes i do.. but i have no choice.. to quit my job.. i think I'm not financially ready.. I've read some mother's blog on wanting to be housewives.. I'm vice versa.. i dont think i can be a full time domestic engineer... *wink to hany .. .. saya akan mati kutu!.. but i do have some plans to work from home.. That'll be my secret wish.. shh. " - Posting on 29/9/2004 - Our dialogue below reveal the secret

Ummu Amiir: "Erm rasa nak bukak nurseri lah nanti dah stabil besok, boleh ek bang"
Abu Amiir: "Rugi aa nanti tak leh jadi GM besok, tak nak ke? "
Ummu Amiir : "uh buat apa jadi GM? kerja banyak!!!"


"Amiir's quite fortunate..Alhamdulillah Mama Nisah's mother teaches Quran to children near the neighbourhood.. so Amiir's morning will be filled with dhuha prayers and quran recitations.. petang dengan nenek ajar anak anak jiran mengaji... I'm very thankful to Allah for that.. moga impian kami untul melihat Amiir jadi Al-hafiiz dimudahkan..



Oh.. I miss my Amiir...!!! Posting on 29/9/2004"

Raya 2004 111

Kepada rakan rakan,

Setahu saya beliau telah cuba amalkan seperti di bawah mungkin sahabat sahabat boleh berkongsi di sini. kalian lagi mengetahui sebagai seorang kenalan...

1.Bermuka cerah ketika bertemu:

Berdasarkan riwayat Muslim dr Abu Dzar r.a. berkata, bersabda Rasulullah[SAW];"Jangan meremehkan kebaikan apapun bentuknya walau sekadar bermuka cerah ketika bertemu saudaramu."

2.Mengadakan kunjungan persahabatan:

Dlm kitab Al Muwatha' Imam Malik meriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda,Allah [SWT] berfirman dlm hadits qudsi; "Wajib mendapatkan kecintaanKu barangsiapa bercinta karena Aku, bermajlis karena Aku saling memberi karena Aku."

3.Menaruh perhatian dan memenuhi keperluan:

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW bersabda;"Allah senantiasa menolong hambaNya selama hamba tersebut menolong saudaranya."
-Posting 20/9/2004


p/s: Selalu saya terbayang bila keluar lift di Menara TM akan kelihatan beliau sedang sibuk membaca di kerusi menuggu di lobi sebelum mendongak dan berjalan sambil tersenyum kepada saya (senyum.....sesuatu yang beliau tak pernah miss utk tunjukkan bila tengok saya ,saya pasti yang ini.)Ada lagi ke? Refer posting on 20/4/2004

Kegemaran waktu lapang?

Had a really good time relaxing and infact i was able to finish the GLENN DOMAN " how to teach your baby to read" book. -Posting on 4/29/2004

Kepada Suami?

From Posting on 8/10/2004
sedap or not.. try lah.. but for AbuAmiir yesterday- it's finger licking..:)

Easy meh ?.. Hmm i think mak's house ade otak lembu hari tu.. let's give it a try.. kalau jadi.. I'll share the recipe

Aida.. U should put an article on how to flatter our husband.. The first list should be cook what he likes.. malay proverb says : tawanlah suami melalui perutnya..:)

Setiap kali waktu pulang ke Kelantan beliaulah yg bersungguh sibuk menanyakan apa yg hendak diberikan kpd ma sama sibuk dgn memilih apa yg hendak di bawa balik utk abah & mak , kalau ada pesanan khusus lagilah.


Mungkin apa yg beliau buat adalah usaha beliau untuk melapang dan membesarkan hati saya iaitu dengan mengutamakan ahli keluarga saya (adik adik saya yg dilayan kadangkala melebihi adik adik beliau) pernah beliau mengeluarkan jumlah yg agak byk untk membeli cenderamata untuk diberikan kepada adik dan sepupu sepupu saya , sesuatu yg saya juga telah cadangkan untuk diberi sama pada adik adik beliau tetapi ditolak atas alasan mereka dah biasa menerima barangan sdmikian jika dibandingkan family saya. Lagi? Refer posting 13/9/2004


Banyak lagi kalau nak diceritakan di sini, kalau itu semua dilakukan utk mendapat "kunci" daripada saya, beliau telahpun dapat sewaktu masih hidup lagi walaupun tanpa pengetahuan secara langsung dari beliau. Sekarang, saya kira beliau dah pun mengetahui yang saya telahpun lama berikan "kunci" tersebut pada beliau.Tinggal lagi moga moga beliau mendapat keizinan dari Allah untuk memilih pintu mana yang disukainya. Insya Allah doakanlah.



You Raise Me Up

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up¦ To more than I can be.

There is no life รข no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up¦ To more than I can be.




dedicated to dear hubby...hiks..
Posting on 2/26/2004




Khulasah

Posting on 13/10/2004

"My eyes failed me last night... i tucked Amiir to sleep at 10.. Woke up at 11, did some dishwashing.. Abu Amiir already deep in dreams..

Dalam cahaya lampu tidur tu... I looked at Abu Amiir.. I gazed at Amiir.. I got everything i wanted... but masih sikit rasa syukur.. masih tegar buat dosa... terfikir akhirat kelak andai tak dapat bersama mereka seperti hari ini...

dapat masuk syurga ke aku?.."

Dalam Kitab Sahih Bukhari ada diriwayatkan tentang larangan menentukan seseorang itu masuk syurga atau masuk neraka melainkan yang telah ditentukan oleh Rasul SAW. Tapi saya berharap moga moga doa dari semua menepati maksud hadis di bawah (kalau ada yang tetiba teringat kat beliau boleh dikirimkan sedikit doa supaya rahmat Allah senantiasa bersama beliau, tak perlu tadah tangan dalam hati pun kami dah berterima kasih)

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:

Ketika satu jenazah diiringi, orang ramai memuji jenazah tersebut sebagai orang baik iaitu semasa hidupnya, maka Nabi s.a.w pun bersabda mengenainya: Wajib, wajib, wajib. Lalu datang pula iringan jenazah yang kedua, orang ramai mengutuk mengenai jenazah tersebut sebagai orang yang jahat semasa hidupnya. Nabi s.a.w pun bersabda: Wajib, wajib, wajib. Umar berkata: Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku! Ketika jenazah pertama diiringi, orang ramai memujinya sebagai orang baik, lalu kamu berkata: Wajib, wajib, wajib. Kemudian ketika jenazah kedua diiringi, orang ramai mengutuknya sebagai orang yang jahat, kamu juga berkata: Wajib, wajib, wajib. Apa ertinya? Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka diwajibkan kepadanya Syurga. Sedangkan orang yang kamu katakan sebagai orang yang jahat, maka diwajibkan kepadanya Neraka. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi



nuun