Kita sambung cerita sesudah tidur di'Arafah, kami sedar balik mungkin sekitar 3 pagi, setelah mengemaskan 'tempat tidur' kami di luar khemah, saya terus ke bilik air untuk bersiap bagi Qiamullail.

Kelihatan dua Toto, situlah tempat fevret Ust Halim tidur malamnya, Saya tidur di kawasan bag hijau tu.

Kelihatan tidak begitu ramai dan saya tidak mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan bilik air agak berbeza dengan tanggapan dan apa yang diberitahu kepada saya yang di 'Arafah dan Mina menunggu untuk ke bilik air adalah antara saat yang menduga, Alhamdulillah saya tidak diuji lagi pada pagi mubarak itu.

Selesai membersihkan diri, saya dan jamaah lain berada di khemah berqiam dan seterusnya bersolat Subuh dengan diimami oleh Ust Halim. Seusai solat, kami dimaklumkan oleh ust untuk berehat betul betul, bersiap untuk wukuf. Pesan ust juga kepada kami untuk makan dan minum siap siap buang air dan sebagainya kerana bermula selepas Zohor, jemaah digalakkan untuk memanfaatkan setiap detik dan ketika bermunajat memohon maghfirah dan rahmat dari Allah memohon apa sahaja hajat yang diingini pada saat saat paling mustajab itu.

Selepas itu kami bersarapan dengan sarapan yang disediakan oleh Muassasah.


Saya mengambil kesempatan juga untuk menelefon keluarga di Malaysia dan juga berjalan jalan di sekitar khemah di 'Arafah. Saya ada bertanyakan jugak Ust di mana kedudukan Jabal Rahmah tapi ditunjukkan jauh nun di sana dan dibagitau jangan pergi kalau pergi kan sesat, ialah semuanya putih macam maze. Mungkin VIP ajer kot yang duduk situ kalau tak berhampiran dengan Jabal Rahmah mungkin berhampiran dengan Masjid Namirah macam VIP kat bawah ni.

Tengok khemah jer lain daripada khemah kami. Ni pakej diplomatik kot :P


Pemandangan jalan utama di 'Arafah di bahagian belakang khemah kami.

Selesai bersarapan, saya beransur di khemah sebelah dengan khemah kami(khemahyang menempatkan petugas tabung haji dan doktor) kebetulan memang ada seorang doktor dan seorang petugas sahaja pada waktu tu, kami meminta izin untuk tumpang berehat sambil beramah mesra dengan beliau. Masuk masuk khemah rupanya Ust dah pun lena tidur di situ. Kebetulan doktor yang bertugas di kawasan kami tu bila bersembang rupanya Doktor asal dari Kelantan apa lagi skippinglah (speakinglah) saya, bertugas di Hospital Tanah Merah.

Jamaah yang lain berehat di khemah masing masinglah saya ingat kesemua memang mendengar nasihat Ust Halim untuk berehat dan tidak membuang masa dengan merayau rayau.

Pemandangan dalam khemah jamaah lelaki


Azan Zohor kedengaran sayup sayup, kami semua telahpun bersiap siaga untuk mendirikan Solat Zohor dan seterusnya mendengar Khutbah 'Arafah yang bakal disampaikan.



Selesai khutbah, seperti yang maklumkan Ust Halim, kami berdoa dan memanjatkan munajat kepada Allah. Ada ketika kami berdoa secara berjemaah dengan dipimpin oleh Ust dan ada ketika Ust memberi ruang kepada kami untuk berdoa secara sendiri memohon apa apa hajat peribadi. Ketika bersama berdoa dengan ust, kami mengaminkan setiap patah yang dituturkan oleh ust dan ketika berdoa untuk hajat peribadi saya turut menggunakan buku buku di bawah





Yang menarik kesemua doa doa yang dipanjatkan oleh Ust Halim adalah doa yang dipetik khusus dari Al Quran dan Hadis dan saya ingat Ust mengira kebanyakan dari kami mungkin tidak tahu dan tidak ingat doa doa yang tertulis didalam Kitabullah dan Kitaburrasul itu telah membimbing kami satu persatu dengan membaca satu ayat satu ayat yang bagi mereka yang faham maksud doa itu memang mencucurkan air mata dalam memohon maghfirah daripada tuhan yang Maha pengampun lagi Maha penyayang.

Masa ini lah saya kira kebanyakkan jemaah memang tidak memikirkan apa apa lagi dan tidak kedekut untuk menumpahkan air mata dengan penuh perasaan memohon kepada Allah. Saya juga turut mengambil kesempatan pada saat saat ini untuk mendoakan rahmat dan maghfirah untuk segala salah dan silap diri, ampunan untuk kedua ibu bapa saya, ummu amiir & ummu muhammad anak anak dan keluarga serta keluarga isteri isteri saya disamping turut mendoakan hajat yang diminta oleh ahli keluarga dan kenalan di Malaysia.

Waktu Asar berlalu dan kami masih lagi terus menerus memanjatkan doa kepada Allah, tidak terkira berapa banyak air mata yang telah tumpah dan berapa kali kami mengubah posisi kedudukan. yang penting bagi kesemua kami adalah untuk memohon dan meminta kepada Allah.




Suasana di Jabal Rahmah pada 26 Nov 2009>




Menjelang lewat petang barulah Ust halim habis berdoa. Selesai berdoa beliau memaklumkan kepada jemaah yang antara sunnah rasulullah ketika berwuquf adalah memanjatkan doa dalam keadaan tidak berbumbung yakni di luar khemah, beliau menganjurkan agar kamisemua turut berbuat demikian dan Alhamdulillah setiap dari kami memang tidak mensia siakan peluang pada saat saat terakhir sebelum Maghrib menjelma.

Maghrib tiba dan kami bersiap untuk bersolat, makan dan seterusnya bertolak ke Muzdalifah.

Menjelang lewat petang barulah Ust halim habis berdoa. Selesai berdoa beliau memaklumkan kepada jemaah yang antara sunnah rasulullah ketika berwuquf adalah memanjatkan doa dalam keadaan tidak berbumbung yakni di luar khemah, beliau menganjurkan agar kamisemua turut berbuat demikian dan Alhamdulillah setiap dari kami memang tidak mensia siakan peluang pada saat saat terakhir sebelum Maghrib menjelma.

Maghrib tiba dan kami bersiap untuk bersolat, makan dan seterusnya bertolak ke Muzdalifah.

Rasulullah SAW bersabda

"Wuquf kamu lakukan pada hari 'Arafah sesungguhnya Allah turun ke langit dunia dan berbangga bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firmannya

"Hamba hambaku datang dari segenap pelusuk yang jauh dalam keadaan tidak terurus& berdebu debu tubuh mereka semata mata mengharapkan SyurgaKu. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir,hujan atau buih di lautan nescaya Aku akan hapuskn semuanya. Keluarlah kamu dari Arafah dengan dosa yang telah diampunkan dan bagi sesiapa yang kamu minta ampun untuk mereka." Riwayat Albazzar


Ya Allah kasihan belaslah kami dan ampunkan dosa dosa kami.....................





Perkasa mahu undang-undang halang bukan Islam kunjungi masjid

August 29, 2010
Putera Haakon and Puteri Mette-Marit (kiri) dari Norway menziarahi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Shah Alam, 10 Mac 2010. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Perkasa mahu undang-udang digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau meskipun tokoh agama berpandangan bahawa tidak salah bagi masyarakat bukan Muslim berbuat demikian.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa bukan Islam boleh mengunjungi rumah ibadat umat Islam.

Selain mereka, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga mempertahankan kunjungan bukan Islam ke masjid dan surau.

Malah pandangan Perkasa itu bertentangan dengan fatwa Mac lalu yang membenarkan pelancongan mengunjungi masjid.

“Perlu ada undang-undang bagi menghalang insiden bukan Islam memasuki kawasan surau dan masjid,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada sidang media di sini hari ini.

Meskipun beliau mengakui bahawa bukan Islam pernah memasuki masjid ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w, Ibrahim berkata, menjadi tanggungjawab Islam untuk mempertahankan kesucian rumah ibadat.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini turut menuduh Nik Aziz tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

“Sebagai Muslim, taqwa mengatakan bahawa kita mesti memelihara kesucian masjid. Nik Aziz seorang yang beriman tetapi kurang bertaqwa,” kata Ibrahim.

Ibrahim menggesa Majlis Agama Islam Selangor agar mengambil tindakan ke atas jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda yang membenarkan Teo menyampaikan ucapan.

“Tindakan ini telah mencemari kesucian Islam,” kata Ibrahim.

Ibrahim menuduh wakil rakyat penggal pertama menyampaikan ucapan dengan bermotifkan politik.

“Beliau bercakap tanpa tudung dan tidak menutup aurat. Ia keterlaluan, beliau mempunyai niat politik,” kata beliau lagi.

Ibrahim berkata walaupun beliau dijemput untuk menyampaikan ucapan di kuil-kuil selaku wakil rakyat tetapi lazimnya akan menolak jemputan sedemikian bagi mengelakkan politik dan agama bercampur.

“Apa akan berlaku jika saya bercakap mengenai politik di kuil atau gereja? Orang Hindu tidak akan menyukai. Orang Kristian juga tidak akan menyukai,” kata beliau.

Sehari sebelum kami berangkat saya cuba menggagahkan diri untuk masuk ke kawasan lapisan pertama yang paling hampir di Kaabah bertujuan untuk mencium Hajarul Aswad dan berdoa di Multazam. Masa tu kalau tak silap ruang untuk ke hijr Ismail telah pun ditutup.


dekat

Selepas Solat Asar, saya cuba sedikit demi sedikit menyusup masuk dari lapisan luar ke lapisan yang makin hampir ke Kaabah. Arus gerakan jamaah lain baik yang mahu bertawaf mahupun mempunyai keinginan yang sama dengan saya begitu kuat. Masing masing walaupun dalam kedaan beribadah di tempat yangmustajab dan barakah tapi kelihatannya begitu 'garang' dan bersemangat sehinggakan tak ternampak riak untuk boleh bertolak ansur dan
seolah olah 'nampak mementingkan diri sendiri sahaja'. Saya terfikir kalaulah semangat ni diterjemah untuk melawan Israel mungkin dah lama Israel ghuyub dari muka bumi Palestin.

Setelah beberapa kali mencuba saya berjaya memasuki lapisan pertama yang penuh sesak itu di bahagian Rukun Yamani dan sempat menyentuh dinding Kaabah yang mulia itu sebelum mula menyusur ke hadapan menuju ke Hajarul Aswad.


Rukun Yamani.
Kesan haus tu menurut Ust halim disebabkan hasil jutaan manusia yang pernah mengusapnya termasuklah saya.


Gambar Kredit to Sinar Permata

Semakin dekat semakin kuat arus tolakan keluar yang saya rasai. Tapi saya gagahkan juga.Cuba juga nak applykan formula Prof Kamil untuk mudah mendapatkan hajarul Aswad mungkin keadaan tak begitu mengizinkan tambahan pula saya tak berapa ingat apakah petuanya.

Akhirnya memang bukan rezeki saya pada hari tersebut, saya terkeluar bila semakin dekat dengan Hajarul Aswad, terkeluar sahaja dari kawasan tersebut saya tertolak agak jauh sikit kalau tak silap masukke lapisan kedua atau ketiga balik di hadapan pintu Kaabah.

Kali ini saya cuba untuk menghampiri Multazam, tempat mustajab untuk berdoa Diriwayatkan rasulullah SAW sewaktu berdoa di sini menggesel geselkan dada baginda yang mulia di sini.Keadaan di sini tidak kurang bezanya dengan keadaan swaktu berbaris untuk mengucup Hajarul Aswad tadi bahkan lebih sesak. Kelihatan juga di sini jemaah haji membaling baling kopiah ke arah Kaabah mungkin untuk mendapat barakah barangkali.

Akhirnya setelah berasak asak antara Melayu, India, Pakistan, Arab Eropah, Indonesia Turki dan sebagainya saya dapat juga menghampiri Multazam yang mulia dan berpaut seadanya tetapi masih tidak dapat mengikuti sunnah untuk menggesel geselkan bahagian dada di situ disebabkan dihadapan saya pun telah ada jemaah yang seolah olah tidak mahu melepaskan pautan beliau.Setelah berdoa seadanya , saya keluar untuk memberikan peluang kepada jemaah lain pula memohon hajat mereka.

Suasana di hadapan Pintu Kaabah.
Gambar di diambil sewaktu musim haji 1430 yang lepas


Gambar Kredit to Daylife

Saya tak tahu macam mana gambar boleh diambil dalam keadaan begitu sesak di hadapan Multazam, mungkin ianya di zoom daripada lapisan lapisan belakang yang tak begitu sibuk.Pengalaman saya sebaik sahaja saya keluar daripada kawasan yang sesak itu, barulah saya sedar beg sandang sejadah saya dan juga cermin mata telahpun hilang sewaktu 'berasak asak' tadi

Selain itu sampai dihotel barulah saya perasan lebam lebam di badan hasil dari 'tolak menolak' untuk menghampiri Hajarul Aswad dan juga Multazam.







‘Kami mahu papa, mama balik’


Oleh Norliza Wasilan
pix_gal0

Sembilan beradik harap hati ibu, bapa terbuka pulang sambut Aidilfitri

KUALA KRAI: Ketika kebanyakan keluarga kian sibuk membuat persiapan Aidilfitri, sembilan beradik di sini hanya mampu menitip doa mengharapkan ibu bapa yang meninggalkan mereka tanpa sebarang khabar berita seminggu selepas hari lebaran tahun lalu, kembali ke pangkuan keluarga.

Sebagai tanda kasih sayang dan kerinduan yang mendalam, tujuh daripada sembilan beradik itu - Amirul Rizal, 11; Afiq Asyraf,10; Natasha Emilia, 9; Arif Hafizi, 7; kembar Airin Puteri dan Adlin Puteri, 4; dan Naqiuddin, 3, sepakat menghasilkan kad ucapan Aidilfitri khusus buat ibu bapa, Kasmaliza Kasim, 29, dan Mahadi Che Mansor, 31, biarpun sedar mereka entah di mana selepas membawa haluan akibat perbalahan.

“Kami bukannya nak baju baru atau duit raya... kami cuma mahukan papa dan mama balik..

“Saya harap mama dengan papa balik jumpa saya dengan adik-adik. Kami tak pernah lagi beraya tanpa mama dan papa... saya harap dengan Aidilfitri itu buka hati mereka untuk pulang,” kata Amirul Rizal.

Sebelum ini, akhbar melaporkan perbalahan suami isteri itu yang membawa haluan masing-masing dan meninggalkan anak mereka di bawah jagaan datuk, Kassim Mat Diah, 55, dan moyang, Esah Hashim, 74.

Kassim yang juga pemandu jengkaut berkata, cucunya itu disara sumbangan bantuan Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) RM400 sebulan bagi menampung perbelanjaan harian dan persekolahan cucunya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tengah, dekat sini.

Katanya, sebelum ini cucunya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM150 sebulan, namun bantuan berkenaan dihentikan sebaik bapa mereka menghilangkan diri.
“Saya memohon pindaan nama dibuat kepada nama saya bagi memudahkan bantuan diberikan terus kepada cucu. Bagaimanapun ketika berkunjung ke pejabat JKM di Guchil pada 2 Ogos lalu untuk menerima bantuan RM300 (untuk cucu), saya melihat penama masih lagi Mahadi,” katanya.
Sape kata budak budak tak leh pakai kain pelekat
Kain pelekat disponsor oleh Tok Ma
Minta maaf nak tulis posting tak sempat sempat
Nak tak nak gambar gambar inilah terpaksa menjelma









Ramadhan Kareem Allah Akram....


At last Datang jugak Dr Basit ke Pejabat.( Refer posting terdahulu di sini) Lepas ni bolehlah tunggu Ust Halim lak..

Warga T* sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa BAKIT Kuala Lumpur dan BAKIT Helwa akan menganjurkan ceramah bagi menambah ilmu di bulan Ramadhan Al-Mubarak 1431 Hijrah. Maklumat lanjut adalah seperti berikut :-

Tarikh : 12 Ogos 2010 (Khamis)

Tempat : Multipurpose Hall, Menara T*

Masa : 12:30 tengahari – 2 petang

Penceramah : Ustaz Dr. Abu Basit Abdul Rahman

(Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan Penceramah Jemputan ’Tanyalah Ustaz’)

Tajuk : Ramadhan dan Puasa – Sejarah dan Adab


Justeru itu, datanglah beramai-ramai bersama rakan-rakan untuk mengikuti Ceramah Perdana ini sambil mendengar dan mendalami ilmu pengetahuan serta menambahkan lagi kefahaman dan amalan di sepanjang bulan Ramadhan ini.

Pada hari tersebut juga, kutipan derma akan diadakan bagi mengisi tabung Pondok Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan (laman sesawang http://www.pondoksgdurian.com). Semoga sumbangan ikhlas dan murni ini akan diberkati, dirahmati serta mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.

BAKIT Kuala Lumpur dan BAKIT Helwa






Naik Haji tahun ini juga !! Now everyone can fly to Hajj !!!
Posted on Julai 22, 2010 by Ustaz Halim


Sebahagian ahli rombongan Pakej Haji HAJIUMRAH.COM tahun lalu (2009M). Kelihatan Ustaz Halim bersama isteri di baris belakang kanan.

Sesiapa yg baru ke pejabat Tabung Haji dan mendaftar hari ini untuk naik Haji akan mendapati melalui kiraan komputer di Tabung Haji dia akan naik Haji seawal-awalnya tahun 2032 !! Iaitu 22 tahun akan datang !! Kebanyakan mereka yang mula bertekad untuk ke Haji dan melangkah ke Pejabat Tbg Haji untuk mendaftar adalah golongan hampir pencen berumur sekitar 50an.

Alangkah terkejutnya mereka bila mereka dapati mereka terpaksa menunggu giliran sedemikian rupa dan akan naik Haji ketika umur mereka 50+22 = 72 tahun !! Tak tahu samada ketika itu mereka masih hidup atau jika hidup adakah masih bertenaga baik untuk melakukan kerja-kerja Haji terutama berjalan jauh beberapa kilometer untuk melontar Jamrah dan bersesak-sesak.

Begitu juga dikala umur tersebut, daya ketahanan badan melawan jangkitan yang biasa terdapat di Musim Haji seperti pneumonia (jangkitan paru-paru – pembunuh utama jemaah Haji), meningitis, influenza dan lain-lain adalah sangat lemah berbanding daya ketahanan jemaah Haji yang muda.

Naik Haji tahun 2010 ini juga !!

Jangan risau tentang isu giliran ke Tanah Suci. HAJIUMRAH.COM pada tahun ini insyaallah boleh ikhtiar agar semua jemaah Haji yang mendaftar dengannya dapat mengerjakan Haji pada tahun 2010 ini juga. Pendaftaran tutup pada minggu pertama bulan Ogos 2010. Sila daftar segera. Peluang naik Haji adakalanya mudah dan adakalanya sukar pada tahun-tahun tertentu. Peluang mudah kali ini belum tentu berulang di tahun-tahun akan datang. Visa Haji kali ini dibuka di beberapa Kedutaan Saudi di beberapa negara tertentu. (Peluang menjadi agen juga dibuka dengan insentif menarik).

Pakej Haji HAJIUMRAH.COM “Now Everyone Can Fly !!!”

Berikut adalah pakej Haji yang kami tawarkan :
- Hotel yang dekat dengan Masjidil Haram (~400 meter) dan Masjid Nabawi (~200 meter)
- Makan secara buffet 3 kali sehari (sarapan, lunch & dinner). Pantry minuman panas disediakan 24 jam.
- Ziarah di Madinah ~40 tempat (~5 hari menaiki bas) berbanding kebiasaan pakej-pakej lain hanya 7-9 tempat (~1 hari naik bas).
- Ziarah di Mekah tempat-tempat istimewa tambahan yang tidak diziarahi oleh rombongan-rombongan lain.
- bimbingan Guru Agama melayu yang bertauliah dan boleh berbahasa Arab secara berterusan dan berkesan.
- program-program penuh di Arafah dan Mina (banyak rombongan mengadu terbiar tanpa program sebaiknya di tempat-tempat Manasik yang mustajab ini).
- program-program yang mengikat perkenalan dan persaudaraan Islam dikalangan sesama rombongan.
- Harga Pakej RM19,850.00 (Bilik Berkumpulan 4-6 katil) dan RM26,850.00 (Bilik Berpasangan).
- Deposit RM1,500.00
- Tarikh tutup pendaftaran 5 Ogos 2010
- Pejabat Urusan 06-764 4494 / 016-696 7770 (Haji Azhar, kerani).
- Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.hajiumrah.com

Harga Pakej pada tahun ini ialah RM19,850 (Bilik Berkumpulan 4-6 katil) dan RM26,850 (Bilik Berpasangan). Deposit adalah sebanyak RM1,500.00. Jemaah yang telah membayar Deposit sebanyak RM1000.00 diminta menambah segera sebanyak RM500.00 lagi untuk proses susulan dapat dimulakan.

SENARAI SEMAK :

Fasa 01 – Tempoh Pendaftaran (sehingga awal Ogos) :

Isi dan serah Borang THSW-07 kepada syarikat (dgn cap jari kiri).
Bayar Deposit RM1,500.00
Buat Surat Rayuan dan serah ke Ibu Pejabat Tabung Haji, Kuala Lumpur.

Fasa 02 – Tempoh Proses (Ramadan – Syawal) :

Menyediakan baki wang Bayaran Penuh = RM19,850 (Harga Pakej) – RM7704 (dipotong dari Akaun TH) = RM12,150 (bayar ke Syarikat) – RM4 (pulangkan).
Berdoa agar nama naik untuk ke anah Suci pada tahun ini.

Fasa 03 – Tempoh Confirmed (Syawal – Zulkaedah) :

Buat Bayaran Penuh RM12,150 ke Syarikat.
RM7704 akan dipotong secara otomatik oleh Tabung Haji dari Akaun Simpanan TH.
Kursus Haji Intensif & Taklimat Akhir Keberangkatan (akan dimaklumkan kelak).
Serahan cenderahati berupa kain ihram (lelaki), telekung (wanita), beg, buku panduan/doa dan sebagainya kepada jemaah Haji oleh syarikat.
Tarikh dan masa berlepas dari KLIA akan diumumkan.

Fasa 04 – Berlepas ke Tanah Suci (Zulkaedah – Zulhijjah) :

Melapur diri di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya (KTHKJ), Selangor 4 jam sebelum waktu berlepas.
Menerima cenderahati dari Tabung Haji, syarikat-syarikat koporat dll di KTHKJ.
Check-in /timbang beg-beg, terima Pasport & name tag, tiket pesawat dll.
Berlepas dari KLIA ke Jeddah.
Sekian, terima kasih.

SELESA SEMPURNA SEJAHTERA

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah
B.A. (Al-Azhar), G.D. (Cairo), B.E. (Queensland)
019-678 0000
Pengarah Urusan
HAJIUMRAH.COM
Aspirasi Ibadah Anda Yang Mabrur