Sehari sebelum kami berangkat saya cuba menggagahkan diri untuk masuk ke kawasan lapisan pertama yang paling hampir di Kaabah bertujuan untuk mencium Hajarul Aswad dan berdoa di Multazam. Masa tu kalau tak silap ruang untuk ke hijr Ismail telah pun ditutup.

Selepas Solat Asar, saya cuba sedikit demi sedikit menyusup masuk dari lapisan luar ke lapisan yang makin hampir ke Kaabah. Arus gerakan jamaah lain baik yang mahu bertawaf mahupun mempunyai keinginan yang sama dengan saya begitu kuat. Masing masing walaupun dalam kedaan beribadah di tempat yangmustajab dan barakah tapi kelihatannya begitu 'garang' dan bersemangat sehinggakan tak ternampak riak untuk boleh bertolak ansur dan seolah olah 'nampak mementingkan diri sendiri sahaja'. Saya terfikir kalaulah semangat ni diterjemah untuk melawan Israel mungkin dah lama Israel ghuyub dari muka bumi Palestin.
Setelah beberapa kali mencuba saya berjaya memasuki lapisan pertama yang penuh sesak itu di bahagian Rukun Yamani dan sempat menyentuh dinding Kaabah yang mulia itu sebelum mula menyusur ke hadapan menuju ke Hajarul Aswad.

Rukun Yamani.
Kesan haus tu menurut Ust halim disebabkan hasil jutaan manusia yang pernah mengusapnya termasuklah saya.

Gambar Kredit to Sinar Permata
Semakin dekat semakin kuat arus tolakan keluar yang saya rasai. Tapi saya gagahkan juga.Cuba juga nak applykan formula Prof Kamil untuk mudah mendapatkan hajarul Aswad mungkin keadaan tak begitu mengizinkan tambahan pula saya tak berapa ingat apakah petuanya.
Akhirnya memang bukan rezeki saya pada hari tersebut, saya terkeluar bila semakin dekat dengan Hajarul Aswad, terkeluar sahaja dari kawasan tersebut saya tertolak agak jauh sikit kalau tak silap masukke lapisan kedua atau ketiga balik di hadapan pintu Kaabah.
Kali ini saya cuba untuk menghampiri Multazam, tempat mustajab untuk berdoa Diriwayatkan rasulullah SAW sewaktu berdoa di sini menggesel geselkan dada baginda yang mulia di sini.Keadaan di sini tidak kurang bezanya dengan keadaan swaktu berbaris untuk mengucup Hajarul Aswad tadi bahkan lebih sesak. Kelihatan juga di sini jemaah haji membaling baling kopiah ke arah Kaabah mungkin untuk mendapat barakah barangkali.
Akhirnya setelah berasak asak antara Melayu, India, Pakistan, Arab Eropah, Indonesia Turki dan sebagainya saya dapat juga menghampiri Multazam yang mulia dan berpaut seadanya tetapi masih tidak dapat mengikuti sunnah untuk menggesel geselkan bahagian dada di situ disebabkan dihadapan saya pun telah ada jemaah yang seolah olah tidak mahu melepaskan pautan beliau.Setelah berdoa seadanya , saya keluar untuk memberikan peluang kepada jemaah lain pula memohon hajat mereka.
Gambar Kredit to Daylife
Saya tak tahu macam mana gambar boleh diambil dalam keadaan begitu sesak di hadapan Multazam, mungkin ianya di zoom daripada lapisan lapisan belakang yang tak begitu sibuk.Pengalaman saya sebaik sahaja saya keluar daripada kawasan yang sesak itu, barulah saya sedar beg sandang sejadah saya dan juga cermin mata telahpun hilang sewaktu 'berasak asak' tadi
Selain itu sampai dihotel barulah saya perasan lebam lebam di badan hasil dari 'tolak menolak' untuk menghampiri Hajarul Aswad dan juga Multazam.
.jpg)