Sambungan dari posting lepas...

Lepas gi negeri pasola, pergi pulak ke ibu kepada negeri yang kononnya UMNO paling kuat dalam dunia. Kiranya ni kali pertama saya jejak kaki ke sana dan seterusnya menyempurnakan lawatan ke semua ibu negeri di Malaysia(mesti korang gelak kan dah anak tiga baru habis tour ibu negeri)

Ni dekat pintu masuk Istana Besar Johor Bharu, alaaa kalau dalam buku sejarah kita duk belajar tempat UMNO ditubuhkan tu, tempat perjanjian tu perjanjian ni yang raja raja Melayu dulu dulu tu sign. Istana ni kalau nak ikut umur antara istana tertualah di Malaysia selain dari Istana Balai Besar di Kelantan (Boleh kata ke tempat PAS kononnya Paling Kuat dalam Dunia). Mula dibina pada tahun 1864 oleh Sultan Sir Abu Bakar Bapa Pemodenan Johor.



Gambar Lama Istana Besar Johor Bharu
Credit to Original Source of Photo

Istimewanya istana ni ialah ianya sampai sekarang digunakan untuk upacara rasmi melibatkan sultan tetapi pada masa yang sama dibuka kepada orang awam untuk melawat. Anda pergilah ke negeri lain dalam Malaysia ni rasanya anda tak boleh masuk sesuka hati istana rasmi kerajaan kan? contoh nya Istana Alam Shah klang, Istana Abu Bakar Pekan, Istana Balai Besar, Istana Maziah, Istana Anak Bukit, Istana Besar Seri Menanti, Istana Bukit Chandan semua tu ditutup kepada awam kecuali yang satu ni.


Gambar Sekarang
Credit to Original Source of Photo



Kenapa boleh jadi macam tu?

Pada awal tahun 90an, Sultan Johor (yang baru mangkat) telah menitahkan agar Istana Besar ditukarkan menjadi muzium dan pada masa yang sama masih digunakan untuk Majlis-majlis Keraian dan Adat istiadat Diraja Johor. Kat sini tersimpan pelbagai khazanah berharga keluarga Di raja Johor termasuk hasil seni, kelengkapan, peralatan adat istiadat, senjata rasmi, pingat dan darjah kebesaran serta koleksi perhiasan yang diperbuat dari emas, perak dan belian, kerusi kristal, alat alat kebesaran Sultan yang masih dipakai sampai sekarang. Tapi tak dapat nak ambil gambarlah melainkan curi curi, tu pun ada cctv. Ni yang saya capture dan ambil dari internetlah


Bilik Singgahsana, tempat Takhta Sultan Johor adalah kerusi dua biji yang ada nampak hadapan cermin tu. Kerusi Sultan besar sedikit dari kerusi Sultanah.




Credit to Original Source of Photo

Belakang takhta tu adalah Ruang untuk tetamu tetamu.Mengikut catatan di situ semasa Sultan Iskandar menjadi Agong semua Raja raja Melayu pernah mengunjungi ruangan ini sewaktu Sultan Johor menjadi YDP Agong dulu.


Gambar ni kredit to http://umich-gonzales.blogspot.com/2009_06_01_archive.html

Dulu persidangan untuk menubuhkan UMNO di buat di bilik Singgahsana nilah. Sini juga semua upacara pengurniaan pingat dan sebagainya dibuat


Di sini juga Jenazah Sultan diletakkan untuk penghormatan terakhir tempoh hari






Credit to Original Source of Photo







Credit to Original Source of Photo

Set Meja Kristal yang ditempah dalam tahun 1800an, elok sampai sekarang.Terletak di Ruang tetamu belakang bilik Singgahsana.






Credit to Original Author

Dewan Makan, kat sini tempat Sultan johor sekarang mengangkat sumpah jadi Pemangku Raja dan Sultan. Dulu tempat ni pernah jadi tempat kongres Melayu ke2.


Ni pula masa melawat Zoo Johor, hari terakhir sebelum balik ke Bangi.




Istana Bukit Serene, kediaman rasmi Sultan Johor.Terletak di atas bukit menghadap Singapura. Dari atas istana memang boleh nampak 'bird's eye view' of Singapore.Macam dalam bilik hotel kamilah.








Tentera Jepun dulu menggunakan menara Istana Bukit Serene sebagai tempat pemerhatian untuk meninjau keadaan di Singapura. Disebabkan kedudukannya di atas bukit, kami pun boleh lalu kot bawah sahaja, takde gambar jelas yang saya boleh snap. Tapi kalau nak tahu macam mana rupa istana tu boleh tengok yang nilah.






Credit to Original Author




Tempat makan glamour di JB katanya Singgah Selalu.Dekat dengan Istana dan Danga Bay. Jadi anda pun tahu saya mesti tak melepaskan peluang ini untuk ke sana :P


Ada tempat main main untuk anak anak. Macam kat Pusat Sains Negara pula bila tengok bola tu..

Balik JB pun mesyuarat masih lagi tak putus putus tiap malam. Usunglah sekali pergi kalau ngantuk masa Baba mesyuarat tidurlah dulu.............

ita tinggalkan kejap posting Jalan ke Haramain

Bagi Sesiapa yang selalu mengikuti update saya di FB memang dah tahu bulan ni dan bulan lepas adalah bulan 'out station' untuk saya dan ummu muhammad.

Jadi bila outstation selalu , rutin harian berubah lah kalau tak sedikit mesti berubah banyak. Tapi dalam berubah tu ada yang takleh berubah contohnya kena hadiri mesyuarat ka, program ka, ataupun masa ummu muhammad out station saya pun kena outstation sekali, jadi nak buat macam mana kalau jadi pertembungan macam tu? usunglah hero hero tu sekali pergi mesyuarat, program, hatta ke tempat saya outstation sekali pun. Contohnya seperti dibawah lah:

Ni tengah menyiapkan kerja sekolah kat " Tempat Baba Mesyuaghat" kat mana tu Abe?

Ni pulak bila saya kena out station , bawaklah tiga tiga, semua tengah tidur kepenatan travel jauh, lepas baba habih kerja dia nak kena gi tempat mak outstation lak.

Sebelum pergi tempat mak outstation gi jalan jalan dulu. Lu Fikirlah Sendiri kat mana ni :P
Ngan Seladang pun nak ambik gambar budak budak ni hish....
Ni pemandangan dari bilik hotel tempat Mak Outstation. Kelihatan dari jauh Bangunan yang kini dikuasai oleh puak puak yang menang 5-0 di Mahkamah Persekutuan.

Lepas gi negeri pasola, pergi pulak ke ibu kepada negeri yang kononnya UMNO paling kuat dalam dunia. Kiranya ni kali pertama saya jejak kaki ke sana dan seterusnya menyempurnakan lawatan ke semua ibu negeri di Malaysia(mesti korang gelak kan dah anak tiga baru habis tour ibu negeri)

Bersambung.......
1. Saya baru melayari blog Pengalaman di Kota Makkah Bila baca posting yang dimuatkan oleh beliau pada semalam (11 Feb 2010) Rasa nak terbang je pergi Makkah sekarang isk... Boleh baca di bawah posting beliau.

2. Pagi tadi juga saya dan Ummu Muhammad baru mendaftar di pejabat Tabung Haji untuk mendapat giliran menunaikan haji. Kalau beberapa bulan yang lepas kami daftarkan untuk amiir dan muhammad, giliran mereka adalah pada tahun 2025. Pagi tadi bila daftarkan kami, tahun giliran kami adalah 2030. Mak aaaiii beza tak sampai setahun tapi lari sampai 5 tahun. Siapa yang tak daftar lagi daftarlah cepat cepat atau anda kena pilih pakejlah

Thursday, 11 February 2010

" Jam 10.30pagi tadi..'

Jemaah duk khusyuk bertawaf..alahamdulilah
Permandangan dari atas..sungguh tenang suasananyer...
Waktu ni memang boleh kucup Hajarul aswad banyak kali kalau teringin...insyalah

Jalan ke Haramain - 2

Saya ingat lagi, pada hari yang sama kami bertolak pada siangnya berlangsung ihtifal tahunan di sekolah amiir.Kiranya tahun lepas (2009) melepaslah peluang kami untuk tengok amiir naik pentas sebagai pelajar terbaik untuk tahun kedua.

Kalau diikutkan perancangan saya,paling kurang sebelum berangkat saya nak' tour' ziarah keluarga dan juga ahli keluarga saya yang dah meninggal,tapi memang saya tak jumpa langsung masa yang sesuai untuk saya pulang menyebabkan perancangan tersebut tinggal perancangan sahaja.

Hari terakhir kami di Bangi kami penuhkan dengan masa bersama anak anak danUrusan di Amanah Raya( tu pun tulis wasiat mana yang ingat saja masa tu). Bila dah sign dan hantar teringat ada lagi yang perlu diisi sampai tok ma ingatkan 'Insya allah tade apa tu selamatnya pergi dan balik'.Kami juga ambil kesempatan untuk ziarah nenek yang jaga ummu amiir dan juga amiir.Kemudiannya kami juga turut menziarahi ummu amiir.

Menziarahi Ummu Amiir pada 13/11/2009

Oh ya itu cerita di Malaysia,bagaimana di Makkah. Di mana kami menginap sesampainya di sana?

Di Makkah perancangan asal sepatutnya kami menginap di Hotel Ufuk Fateh2 yang terletak di belakang Hilton Makkah(lebih kurang 300m dari Masjidil Haram)


tetapi atas sebab sebab tertentu antaranya kuota tambahan yang hanya dapat disahkan saat saat akhir menyebabkan jarak penginapan kami agak jauh sedikit iaitu Hotel dar Al Hazmi di Jabal Kaabah street (satu jalan dengan Sevilla hotel iaitu hotel bagi pakej th travel)

Pemandangan dari laluan kami ke masjid

Ini pula pemandangan jalan pulang ke hotel

Saya ingat lagi pada malam kedua kami di sana, ust menerangkan panjang lebar kenapa terjadinya perpindahan tersebut,dinyatakan dua hari sebelum kami sampai di Makkah pun hotel yang sesuai masih belum dijumpai,tambah beliau memang ada dua tiga hotel berdekatan dengan Masjidil Haram yang beliau jumpa, tapi keadaan hotel yang agak uzur dan tidak begitu sesuai menyebabkan beliau tak tergamak nak sewakan untuk kami dan hotel hotel tersebut akhirnya di ambil oleh pakej pakej lain yang juga menghadapi masalah sama dengan beliau.

Jarak hotel kami dengan Masjid

Kerja kerja pembesaran sekitar Masjidil haram yang sedang giat dilakukan

Abraj Al Bait. Projek Wakaf Raja Abdullah


Saya ditempatkan di bilik 702 manakala Ummu Muhammad di bilik 704 kira bersebelahanlah bilik kami.Berdekatan dengan hotel kami (takdelah hampir sangat) letaknya bi'ru Thuwa iaitu telaga Thuwa dan juga madrasah tahfiz Ben Baz.

Bilik saya

Bilik Ummu Muhammad


Sedikit sejarah berkenaan dengan Bi'ru Thuwa.Dalam hadis pernah diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bila mahu ke Masjidil Haram akan singgah membersihkan diri di telaga ini dan sunnah ini diikuti oleh generasi selepas baginda di mana semua jemaah yang akan masuk ke Makkah akan mandi sunat di telaga ini.

Dalam sahih Bukhari diceritakan juga bahawa Ibn Umar r.a tidak akan memasuki Makkah tanpa melalui dan singgah di telaga ini kemudian mandi pada waktu paginya.Kemudian beliau akan memasuki Makkah pada waktu tengah hari. Dalam sahih Muslim pula diceritakan di tempat Rasulullah SAW bersolat dulu telah didirikan masjid iaitu di hadapan sebelah kanan telaga Thuwa ini. Pada masa sekarang masjid tersebut telahpun diruntuhkan untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan raya(yang anda boleh lihat di dalam peta diatas)

Bagaimana dengan telaganya pula?
Pada masa sekarang telaga ini telahpun kering dan ditutup kepada orang awam.

IMG_1810

Telaga Thuwa

Gambar Kredit to http://almakki.com.my



Siapa yang sebilik dengan saya di Makkah?

Alhamdulillah kami kira Allah makbulkan doa yang kami selalu buat sebelum kami pergi iaitu memohon diberi penginapan yang baik dan teman sebilik yang baik sepanjang kami di sana.Allah telah ilhamkan ustaz mungkin atas pengalaman beliau juga, ust telah susun ahli bilik mengikut range umur dan teman sebilik kami semuanya berumur antara 30 (kamilah tu) hingga 40 yang saya kira sungguh bertuah dapat sebilik dengan mereka, selain dari tidak merokok, kesemuanya bukan jenis yang cerewet dan juga saya kira mempunyai fikrah islam yang baik walaupun tidak kesemuanya menjadi penggerak.

Yang menjadi 'room mate' kami sepanjang kami di sana:

1. Hj Badaruddin iaitu seorang jurutera kanan di sebuah syarikat telekomunikasi dan isteri beliau Hjh Aniza seorang doktor. Hj Bada ni mempunyai satu minat yang saya kira memang sama dengan saya iaitu makan kambing dan saya kira beliau dan keluarga beliau lebih advance dari kami, mana tidaknya saya kira saya ni dah terkenal baik sesama keluarga atau rakan sepejabat sebagai pemakan kambing tegar tapi mereka sekeluarga memang tak sah,sebulan sekali memang naik kambing ke atas rumah.Bukan, bukan beliau heret kambing naik ke atas rumah tapi memang ada hidangan khusus berasaskan kambing dimasak oleh kak Za.Saya sendiri pun semenjak balik ni tak merasa lagi kambing walau seketul, tapi saya pasti beliau mungkin dah beberapa kali . Erm...bila lah nak merasa kambing ni.....

2. Hj.Zubaidi seorang pensyarah pengajian islam dan isteri dia Hjh Halipah seorang guru. Ust Zubaidi ni pada kebanyakkan masa di makkah menjadi jurubahasa lah bagi kami, kami nak ke Makkah dari Mina, nak ke hospital sewaktu roomate kami warded kat sana, beliaulah jadi jurubahasanya sampai untuk tawar menawar harga buku dengan arab pun beliaulah orangya.saya ingat lagi ada satu kedai buku yang kami panggil kedai buku habibi sebab pekerja/towkay kedai buku tu kalau nampak je ust zubaidi dari jauh lagi akan panggil habibi sadiqi dekat beliau dan memang kami dapat harga murahlah beli buku kat situ.

3. Hj Hisyam pelajar PhD sepenuh masa dan Hjh Surina seorang pengurus rumah tangga. Sebelum ni Hj Hisham adalah seorang pengurusan kanan sebuah syarikat Multi National (MNC) antarabangsa tetapi sanggup meninggalkan gaji yang saya kira 5 angka semata mata untuk mengelakkan syubhah memandangkan antara tugasan beliau termasuklah meluluskan peruntukkan untuk perkara perkara yang bercanggah dengan syarak.

4. Hj. Samsudin seorang ketua unit di sebuah GLC di Johor dan isteri beliau Hjh Mastini seorang usahawan. Room mate kami yang paling banyak dapat cium Hajarul Aswad, Hijr Ismail dan juga bersolat di Raudhah serta rajin bersihkan bilik kitaorang. Seorang 'jutawan' (Saya selalu duk kata beliau seorang 'Millionaire' tapi kalau belum Abg Din, Aminkan ajerlah banyak banyak ;) yang saya kira merendah diri mungkin disebabkan beliau naik daripada bawah dan berdedikasi dalam kerja dan perniagaan, bukannya daddy kasi.

Tu cerita serba sedikit kali ini... maaf lambat mungkin saya nak bagi peluang pada Ust Zubaidi dan Hjh Aini dulu kot update,baru turn saya pula.

Kami sebilik tengah menghadap Nasi Mandi Kambing..ceritanya di posting akan datang......

Rujukan:

1. Penceritaan Lisan Ustaz
2. Buku Makkah al-Mukarramah; Kelebihan & Sejarah.Dr Abd Basit

Analisa Tarikh Lahir Tahu Masa Depan

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

ramal.jpg

SOALAN

Assalamualaikum, ustaz...... apakah hukum amalan menggunakan nombor-nombor pada tarikh lahir untuk tujuan mentafsir dan menganalisis kehidupan seseorg individu contohnya dapat mengetahui status kewangan, keharmonian keluarga, masalah bakal dihadapi dalam tahun-tahun yang dianalisis. Harap sangat dapat sertakan nas-nas naqli utk menangani isu ini. Wassalam terima kasih.

JAWAPAN

Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang seperti yang disebut dalam soalan di atas, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :-

a) Al-Quran

b) Hadith Sohih dan Hasan

c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah)

Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya :

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ

Ertinya : " Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .

SUNNATULLAH ( HUKUM ALAM) BOLEH DIPERCAYAI

Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.

Alah SWT menyatakan : Ertinya : "Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya." (al-Mu'minun: 71)

Inilah yang perlu dimaklumi, bahwa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti, sebagaimana telah dinyatakan oleh al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain sebagai berikut:

Firman Allah ertinya : "Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti." (Fathir: 43)

Hasil dari kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah.

Idea tilikan dan pengiraan tarikh lahir untuk mnegetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan, keharmonian rumah tangga dan sebagai amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah jika ingin digunakan hujah ‘sunnatullah' atau tajribah (percubaan dan analisa) pun ia tidak boleh sama sekali. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan cuaca melalui info lengkap dari kedudukan awan dan angin melalui alatan canggih moden dan visual dari satellite.

Begitu juga khasiat kayu-kayu tertentu untuk mengubati penyakit, menghalau binatang tertentu dan sebagainya. Ia juga bersifat fizikal iaitu kepada kayu tersebut dan bauan atau warnanya.

Namun kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang sempamanya BUKAN dari sesuatu bersifat fizikal, tidak juga bersamaan dengan contoh yang kayu dan ramalan cuaca tadi. Hal seumpama ini tidak boleh sama sekali diramal menggunakan tarikh lahir.

NABI PUN TIDAK MENGETAHUI YANG GHAIB

Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.

Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.

Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:

"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)

Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:

"Kalau aku dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya aku dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan aku tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain aku hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)

Oleh kerana itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib, termasuk perkara akan datang dan lain-lain, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.

JANGAN JADI BOMOH SECARA TIDAK RASMI

Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:

"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."

Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti meramal dimana boleh dijumpakan orang hilang, dan meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah adakalanya menyalahgunaan nombor surah al-Quran untuk tujuan ramalan mereka.

Memang tabiat bomoh atau dukun akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ )

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Muntaqa , 2/791 )

Semoga semua kita terselamat dari kesesatan dan kebahayaan syirik. Perlu diingat, perkara syirik sebegini, sengaja melihat dan menganalisa untuk tujuan ‘suka-suka' juga diharamkan. Ia perlu dijauhi sejauh-jauhnya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

19 Januari 2010

Jalan ke Haramain - 1

Sebelum Pergi.....

Seingat saya,kami telahpun mengambil cuti seminggu sebelum kami berangkat untuk membolehkan kami menyiapkan barang barang keperluan berangkat. Tapi bila dah cuti macam macamlah perkara perkara adhoc timbul yang perlu diselesaikan.Bukan setakat beli barang, nak pergi ziarah, nak pergi jogginglah supaya tinggi stamina masa kat sana bla bla bla

Hari Khamis, Keluarga dari Kelantan mula sampai, tapi begnya masih belum di 'seal' lagi bukan setakat seal, isi barang pun baru 50%, tambahan pula minggu minggu akhir tu saya asyik 'keluar kawasan', kalau ada di Bangi pun Malam dah ada aktiviti lain tu yang tak menyempat nak masukkan barang dalam beg.Akhirnya lepas Asar Jumaat 14/11/2009, barulah beg beg semua diisi dan diikat.

Jam1230 pagi berbekalkan doa, kami memulakan perjalanan ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya dengan dihantar oleh Pak Lang Amiir dan diiringi oleh keluarga Kelantan dan Bangi.

Hadapan Rumah


Dalam hujan renyai renyai, kami mencari parking kelihatan banyak kereta bersusun di tepi tepi jalan dan mencari parking di sekitar kompleks.Kami dapat parking di kawasan pejabat Tok Wan Amiir yang terletak berhadapan Kompleks Tabung Haji.

Setelah selesai urusan di kaunter untuk mengambil beg sandang, gelang dan dsbnya hampir pukul 3 pagi, saya mula memakai ihram dan kami bersalaman dengan semua. Biasalah suasana mestilah agak sayu juga memandangkan ni kali pertama kami meninggalkan anak anak untuk jangka masa yang lama. Paling ketara amiir husainilah yang memang beberapa hari sebelum tu agak sensitif bila bercerita pasal pemergian kami.

Jemaah mula beratur untuk menimbang bagasi.

Mengambil Passport


Jam 5 pagi kami dibawa di satu dewan besar dimana semua jemaah KT 86 ditempatkan disitu. Didewan itu pihak Tabung Haji (TH) memberikan penerangan ringkas memandangkan kami dah terlewat dari jadual asal.


Jam 545 pagi setelah semua Jemaah selesai urusan di Dewan Besar, kami mula berbaris lalu menaiki bas yg disediakan khusus untuk ke KLIA. Perjalanan yg diiringi oleh polis trafik(mungkin kali pertama bagi kebanyakkan orang) ini mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke KLIA. Kali ini juga baru saya tahu rupanya Bas yang membawa kami terus ke dalam bangunan lapangan, bukannya di Terminal seperti sangkaan saya sebelum ini(peristiwa 2004).

Ruang Menunggu KLIA

Di KLIA, kami bersegera solat subuh dan bersedia untuk menaiki pesawat saudi airlines KT 86 yg akan terbang terus ke Jeddah. Penerbangan kami pada pagi tersebut terlewat dua jam dari jadual asal.


Kapal Terbang yang Sabar Menanti



Perjalanan dari KLIA ke Terminal Haji Lapangan Terbang Antarabangsa King Abd Aziz mengambil masa lebih kurang lapan jam dan kami berniat di Qarnul Manazil setelah dimaklumkan oleh Juruterbang.Pesawat mendarat lebih kurang jam 1 tengahari waktu saudi.

Ruang Menunggu di Lapangan Terbang King Abd Aziz Jeddah.


Di sini boleh dikatakan prosesnya agak memakan masa, tapi saya secara peribadi tak terasa lamanya di lapangan terbang, di sana kami perlu melalui imegresen, ambil bagasi,solat jamak zohor dan asar dan kemudiannya kami menunggu bas ke Mekah. Selepas asar lebih kurang pukul 5 kami berkumpulan menaiki bas ke Mekah yang kira kira 80 km dari terminal

Kauter tiket bas yang diuruskan oleh Muassassah

Bersiap untuk menaiki bas ke Makkah

Kami sampai di hotel jam 919 malam untuk berehat dan bersedia untuk aktiviti selanjutnya.Ada di kalangan kami yang macam dah tak sabar nak pergi terus ke masjid tapi dinasihatkan supaya berehat dulu. Jam 3 pagi kami semua berkumpul di hadapan hotel untuk di bawa ke Masjidil Haram bagi solat subuh dan menyelesaikan ibadah umrah kami.

Hadapan Hotel jam 3 pagi

Sepanjang perjalanan ke Masjid beberapa kali Ustaz berhenti dan meminta supaya ahli rombongan melihat keliling dan mengingati supaya tidak sesat sewaktu pulang nanti. Sampainya di Masjid kami dibawa masuk melalui pintu bersebelahan dengan pintu King Fahd (74 kalau tak salah saya) dan terus naik ke tingkat atas melalui eskalator. Bagaimana dengan kamera?. Kamera atau tel bimbit berkamera kalau bagi jemaah lelaki nampaknya tiada masalah langsung untuk dibawa ke masjid, boleh dikatakan hampir tak ada checking pun. Kalau jemaah muslimah ya, anda memang terpaksa melalui pengawal wanita yang akan menyelongkar beg beg anda.


Pemandangan Kaabah selepas Subuh.Tak begitu ramai sebab ramai balik untuk sarapan etc.


Jam 11 pagi Alhamdulillah selesai ibadah umrah kami. Ummu Muhammad agak lewat sedikit menyelesaikan umrah beliau kalau tak silap saya hari kedua atau ketiga baru beliau dapat tawaf.


Suasana tempat saie yang baru siap. Lagi luas tapi masih padat bila waktu puncak

Hari hari seterusnya kami dinasihatkan berulang kali oleh ustaz supaya berehat secukupnya untuk wukuf yang akan datang kurang 10 hari lagi.Nasihat beliau ringkas sahaja'tidur sebanyak mungkin'.dan memang itu yang kebanyakkan dari kami cuba ikuti.Ustaz sendiri pun memang tiada aktiviti lain yg melibatkan fizikal menjelang hari wuquf kecuali kuliah harian yg diadakan setiap pagi.

Bersambung................

Artikel Yang Menarik untuk dihayati...

Demographics:
- World Jewish Population : 14 million
- Distribution :

7 m in America
5 m in Asia
2 m in Europe
100 thousand in Africa

- World Muslim Population : 1.5 billion
- Distribution :

1 billion in Asia/Mid-East
400 M in Africa
44 M in Europe
6 M in the Americas

- Every fifth human being is a Muslim.
- For every single Hindu there are two Muslims
- For every Buddhist there are two Muslims
- For every Jew there are 107 Muslims

Yet the 14 million Jews are more powerful than the entire 1.5 billion Muslims

Why?

Here are some of the reasons.

Movers of Current History

  • Albert Einstein is Jewish
  • Sigmund Freud is Jewish
  • Karl Marx is Jewish
  • Paul Samuelson is Jewish
  • Milton Friedman is Jewish

Medical Milestones

  • Vaccinating Needle: Benjamin Ruben Jewish
  • Polio Vaccine Jonas Salk Jewish
  • Leukaemia Drug Gertrude Elion Jewish
  • Hepatitis B Baruch Blumberg Jewish
  • Syphilis Drug Paul Ehrlich Jewish
  • Neuro muscular Elie Metchnikoff Jewish
  • Endocrinology Andrew Schally Jewish
  • Cognitive therapy. Aaron Beck Jewish
  • Contraceptive Pill Gregory Pincus Jewish
  • Understanding of Human Eye. G. Wald Jewish
  • Embryology. Stanley Cohen Jewish
  • Kidney Dialysis Willem Kloffcame Jewish

Nobel Prize Winners

In the past 105 years,
  • 14 million Jews have won 180 Nobel prizes whilst
  • 1.5 billion Muslims have contributed only 3 Nobel winners

Inventions that changed History

  • Micro- Processing Chip. =Stanley Mezor (Jewish)
  • Nuclear Chain Reactor = Leo Sziland (Jewish)
  • Optical Fibre Cable = Peter Schultz (Jewish)
  • Traffic Lights = Charles Adler (Jewish)
  • Stainless Steel = Benno Strauss (Jewish)
  • Sound Movies = Isador Kisee (Jewish)
  • Telephone Microphone = Emile Berliner (Jewish)
  • Video Tape Recorder = Charles Ginsburg (Jewish)

Influential Global Business

  • Polo Ralph Lauren (Jewish)
  • Coca Cola (Jewish)
  • Levi's Jeans Levi Strauss(Jewish)
  • Sawbuck's Howard Schultz (Jewish)
  • Google Sergey Brin(Jewish)
  • Dell Computers Michael Dell (Jewish)
  • Oracle Larry Ellison (Jewish)
  • DKNY Donna Karan (Jewish)
  • Baskin & Robbins Irv Robbins (Jewish)
  • Dunkin Donuts Bill Rosenberg (Jewish)

Influential Intellectuals/Politicians

  • Henry Kissinger , US Sec of State Jewish
  • Richard Levin, President YaleUniversity Jewish
  • Alan Greenspan , US Federal Reserve Jewish
  • Joseph Lieberman Jewish
  • Madeleine Albright , US Sec of State Jewish
  • CasperWeinberger , US Sec of Defence Jewish
  • Maxim Litvinov , USSR Foreign Minister Jewish
  • DavidMarshal , Singapore Chief Minister Jewish
  • Isaacs Isaacs, Gov-GenAustralia Jewish
  • Benjamin Disraeli, British Statesman Jewish
  • Yevgeny Primakov, Russian PM Jewish
  • Barry Goldwater , US Politician Jewish
  • Jorge Sampaio, President Portugal Jewish
  • Herb Gray, Canadian Deputy - PM Jewish
  • Pierre Mendes, French PM Jewish
  • Michael Howard, British Home Sec. Jewish
  • Bruno Kriesky, Austrian Chancellor Jewish
  • Robert Rubin , US Sec of Treasury Jewish

Global Media Influential

  • Wolf Blitzer, CNN Jewish
  • Barbara Walters ABC News Jewish
  • EugeneMeyer , Washington Post Jewish
  • Henry Grunwald, Time Magazine Jewish
  • Katherine Graham , Washington Post Jewish
  • Joseph Lelyeld, New York Times Jewish
  • Max Frankel, New York Times Jewish

Global Philanthropists
  • George Soros Jewish
  • Walter Annenberg Jewish


Why are they powerful? why are Muslims powerless?

Here's another reason. We have lost the capacity to produce knowledge.

  • In the entire Muslim World (57 Muslim Countries) there are only 500 universities.
  • In USA alone, 5,758 universities
  • In India alone, 8,407 universities
  • Not one university in the entire Islamic World features in the Top 500 Ranking Universities of the World
  • Literacy in the Christian World 90%
  • Literacy in the Muslim World 40%
  • 15 Christian majority-countries, literacy rate 100%
  • Muslim majority - countries , None
  • 98% in Christian countries completed primary
  • Only 50% in Muslim countries completed primary.
  • 40% in Christian countries attended university
  • In Muslim countries a dismal 2% attended.
  • Muslim majority countries have 230 scientists per one million Muslims
  • The USA has 5000 per million
  • The Christian world 1000 technicians per million.
  • Entire Arab World only 50 technicians per million.
  • Muslim World spends on research/development 0.2% of GDP
  • Christian World spends 5 % of GDP

Conclusion.

  • The Muslim World lacks the capacity to produce knowledge.

Another way of testing the degree of knowledge is the degree of diffusing knowledge.

  • Pakistan 23 daily newspapers per 1000 citizens
  • Singapore 460 per 1000 citizens.
  • In UK book titles per million is 2000
  • In Egypt book titles per million is only 17

Conclusion.

  • Muslim World is failing to diffuse knowledge

Applying Knowledge is another such test.

  • Exports of high tech products from Pakistan is 0.9% of its exports.
  • In Saudi Arabia is 0.2%
  • Kuwait , Morocco and Algeria 0.3%
  • Singapore alone is 68%

Conclusion.

  • Muslim World is failing to apply knowledge.

What do you conclude? no need to tell the figures are speaking themselves very loudly we are unable to listen

Advice:

Please educate yourself and your children. always promote education, don't compromise on it, don't ignore your children's slightest misguidance from education (and please, for God's Sake, don't use your personal contacts or sources to promote your children in their education; if they fail, let them and make them learn to pass; b/c if they can't do it now, they can't ever).

We are World's biggest and strongest nation, all we need is to identify and explore our ourselves. Our victory is with our knowledge, our creativity, our literacy...And nothing else.


Extracts of speech by Hafez A.B Mohamed: Director-General, Al Baraka Bank
Minggu minggu awal balik

Memang gembira dapat tengok wajah anak anak dan bersama keluarga tercinta, tapi hati masih terasa terlampau rindukan Masjid Nabawi. Terbayangkan permandangan masjid tercinta..masih terasa sejuknya solat di dataran masjid.. rindu mengamit jiwa.. kerinduan yang begitu terasa.


Hidup baru

Kepulangan ini merupakan permulaan hidup baru saya. Bermula dengan tahun baru di Madinah, saya berazam utk mengubah diri ini ke arah mencari keredhaan Ilahi. Hidup bukan semata mata untuk pergi kerja, balik uruskan rumah atau mencari masa rehat utk diri sendiri etc.

Sebaliknya, hidup ini sebagai persiapan utk menemuiNya. MencintaiNya sepenuh hati.
Lalu saya berazam, untuk

1) Paling mencintai Allah dan RasulNya
2) Mendapat keredhaan suami.
3) Mencintai Allah & RasulNya bukan sekadar pada kata kata nasihat buat anak anak,tetapi pada melahirkan dan menzahirkan Cinta itu dlm semua perbuatan dan perkataan.


Doa saya semoga setiap perbuatan, perkataan etc itu adalah ibadah yang Allah sukai. dan matlamat hidup saya, bukannya sekadar mencari senyuman seorang suami, ketaatan anak anak, kesenangan ditempat kerja etc..

Hidup ini satu perjuangan, saya perlu kuat, sihat, kaya, ceria agar menjadi penyokong dan teman setia perjuangan suami, pendidik yang bijaksana dalam membesarkan bakal pejuang dan pemimpin Islam, pendakwah yang tidak pernah putus asa dalam mengembangkan ajaran Islam dan menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.

Ya Allah, Kekasih hati, himpunkanlah kami bersama sama dengan RasulMu, ahli keluarganya, sahabat sahabatnya, orang orang yang kami kasihi, muslimin & muslimat di Padang Mahsyar, seterusnya di Syurga Firdaus. Dan kamilah orang orang yang dapat melihatMu. Sesungguhnya itulah nikmat yang paling besar yang kami harapkan. Tetapkanlah kami dalam iman, tambahkanlah pengetahuan yang bermanfaat, sihatkanlah tubuh badan kami, luaskanlah rezeki kami, dan sayangilah Kau kepada kami.. Amin.

Ummu Muhammad…