Jalan ke Haramain - 1

1/20/2010 3:28 PM by nuun
Sebelum Pergi.....

Seingat saya,kami telahpun mengambil cuti seminggu sebelum kami berangkat untuk membolehkan kami menyiapkan barang barang keperluan berangkat. Tapi bila dah cuti macam macamlah perkara perkara adhoc timbul yang perlu diselesaikan.Bukan setakat beli barang, nak pergi ziarah, nak pergi jogginglah supaya tinggi stamina masa kat sana bla bla bla

Hari Khamis, Keluarga dari Kelantan mula sampai, tapi begnya masih belum di 'seal' lagi bukan setakat seal, isi barang pun baru 50%, tambahan pula minggu minggu akhir tu saya asyik 'keluar kawasan', kalau ada di Bangi pun Malam dah ada aktiviti lain tu yang tak menyempat nak masukkan barang dalam beg.Akhirnya lepas Asar Jumaat 14/11/2009, barulah beg beg semua diisi dan diikat.

Jam1230 pagi berbekalkan doa, kami memulakan perjalanan ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya dengan dihantar oleh Pak Lang Amiir dan diiringi oleh keluarga Kelantan dan Bangi.

Hadapan Rumah


Dalam hujan renyai renyai, kami mencari parking kelihatan banyak kereta bersusun di tepi tepi jalan dan mencari parking di sekitar kompleks.Kami dapat parking di kawasan pejabat Tok Wan Amiir yang terletak berhadapan Kompleks Tabung Haji.

Setelah selesai urusan di kaunter untuk mengambil beg sandang, gelang dan dsbnya hampir pukul 3 pagi, saya mula memakai ihram dan kami bersalaman dengan semua. Biasalah suasana mestilah agak sayu juga memandangkan ni kali pertama kami meninggalkan anak anak untuk jangka masa yang lama. Paling ketara amiir husainilah yang memang beberapa hari sebelum tu agak sensitif bila bercerita pasal pemergian kami.

Jemaah mula beratur untuk menimbang bagasi.

Mengambil Passport


Jam 5 pagi kami dibawa di satu dewan besar dimana semua jemaah KT 86 ditempatkan disitu. Didewan itu pihak Tabung Haji (TH) memberikan penerangan ringkas memandangkan kami dah terlewat dari jadual asal.


Jam 545 pagi setelah semua Jemaah selesai urusan di Dewan Besar, kami mula berbaris lalu menaiki bas yg disediakan khusus untuk ke KLIA. Perjalanan yg diiringi oleh polis trafik(mungkin kali pertama bagi kebanyakkan orang) ini mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke KLIA. Kali ini juga baru saya tahu rupanya Bas yang membawa kami terus ke dalam bangunan lapangan, bukannya di Terminal seperti sangkaan saya sebelum ini(peristiwa 2004).

Ruang Menunggu KLIA

Di KLIA, kami bersegera solat subuh dan bersedia untuk menaiki pesawat saudi airlines KT 86 yg akan terbang terus ke Jeddah. Penerbangan kami pada pagi tersebut terlewat dua jam dari jadual asal.


Kapal Terbang yang Sabar Menanti



Perjalanan dari KLIA ke Terminal Haji Lapangan Terbang Antarabangsa King Abd Aziz mengambil masa lebih kurang lapan jam dan kami berniat di Qarnul Manazil setelah dimaklumkan oleh Juruterbang.Pesawat mendarat lebih kurang jam 1 tengahari waktu saudi.

Ruang Menunggu di Lapangan Terbang King Abd Aziz Jeddah.


Di sini boleh dikatakan prosesnya agak memakan masa, tapi saya secara peribadi tak terasa lamanya di lapangan terbang, di sana kami perlu melalui imegresen, ambil bagasi,solat jamak zohor dan asar dan kemudiannya kami menunggu bas ke Mekah. Selepas asar lebih kurang pukul 5 kami berkumpulan menaiki bas ke Mekah yang kira kira 80 km dari terminal

Kauter tiket bas yang diuruskan oleh Muassassah

Bersiap untuk menaiki bas ke Makkah

Kami sampai di hotel jam 919 malam untuk berehat dan bersedia untuk aktiviti selanjutnya.Ada di kalangan kami yang macam dah tak sabar nak pergi terus ke masjid tapi dinasihatkan supaya berehat dulu. Jam 3 pagi kami semua berkumpul di hadapan hotel untuk di bawa ke Masjidil Haram bagi solat subuh dan menyelesaikan ibadah umrah kami.

Hadapan Hotel jam 3 pagi

Sepanjang perjalanan ke Masjid beberapa kali Ustaz berhenti dan meminta supaya ahli rombongan melihat keliling dan mengingati supaya tidak sesat sewaktu pulang nanti. Sampainya di Masjid kami dibawa masuk melalui pintu bersebelahan dengan pintu King Fahd (74 kalau tak salah saya) dan terus naik ke tingkat atas melalui eskalator. Bagaimana dengan kamera?. Kamera atau tel bimbit berkamera kalau bagi jemaah lelaki nampaknya tiada masalah langsung untuk dibawa ke masjid, boleh dikatakan hampir tak ada checking pun. Kalau jemaah muslimah ya, anda memang terpaksa melalui pengawal wanita yang akan menyelongkar beg beg anda.


Pemandangan Kaabah selepas Subuh.Tak begitu ramai sebab ramai balik untuk sarapan etc.


Jam 11 pagi Alhamdulillah selesai ibadah umrah kami. Ummu Muhammad agak lewat sedikit menyelesaikan umrah beliau kalau tak silap saya hari kedua atau ketiga baru beliau dapat tawaf.


Suasana tempat saie yang baru siap. Lagi luas tapi masih padat bila waktu puncak

Hari hari seterusnya kami dinasihatkan berulang kali oleh ustaz supaya berehat secukupnya untuk wukuf yang akan datang kurang 10 hari lagi.Nasihat beliau ringkas sahaja'tidur sebanyak mungkin'.dan memang itu yang kebanyakkan dari kami cuba ikuti.Ustaz sendiri pun memang tiada aktiviti lain yg melibatkan fizikal menjelang hari wuquf kecuali kuliah harian yg diadakan setiap pagi.

Bersambung................

0 Response to "Jalan ke Haramain - 1"