Entry One:

Rata rata posting di sekitar saya menyentuh pasal Pesta Buku Antarabangsa KL yang tengah berlangsung di PWTC sekarang( Naper asyik PWTC jer ek?).

ada yang dikhabarkan rasa macam berada di awangan sebab pertama kali ke Pesta Buku.

ada yang dah macam annual event

ada yang kata grammy award

Ada yang kena tahan nafsu

ada yang bak merpati dua sejoli berjanji akan berjumpa lagi tahun ini di pesta buku, dengan bajet RM1000 seorang ( utk berjoli kat buku :P ).

ada yang tiap kali ada Pesta Buku.. tengah ngandung.. asal ngandung je ada Pesta Buku.. hehehe

macam macam lah..

saya pun nak berkongsi jugaklah...memula mintak maaf lah kepada penganjur program alumni Sabtu lepas, saya terpaksa menuang diri dari turut serta program tersebut last minit sebab tengok tengok jadual balik ...sabtu lepas jer yang dirasakan sesuai untuk ke sana.Kalau nak gi minggu depan dah rasa 'basi' tambahan pula dah memang minggu depan sabtu ahad jadual dah penuh..maklumlah dah memerintah :P

saya, ummu muhammad dan ayahsu amiir(salah satu sebab kena pergi sabtu lepas jugak)



ayahsu amiir dengan salah seorang "penulis yang berjaya mengepau duitnya" :P




ummu muhammad dengan penulis pojaan beliau :P

Cadangnya nak mulakan perjalanan sebaik sahaja bermula pesta buku pada hari tu (tak kisahlah kalau nak sama sama perasan dikata kami tolong pasang booth) tapi biasalah..dari janji nak kuar kul 930 kul 1130 baru kuar nak uruskan power rangers tu bla bla..ingat di hati nak bawak bebudak ni tapi memikirkan takut mereka semua pancit awal dan takut meragam terpaksa ditangguhkan dulu hajat tu..



budak ni pun kami tak bawak....

Sampai sampai dalam dekat pukul 12 tengah hari masalah pertama timbul...dari bumbung sampai ke bawah tanah mencari parking baru jumpa(nasib baik tak jadik macam parking kat menara lagi ler) parking selesai masalah nak melalui gerai gerai pulak sampai sampai nampak gerai karangkraf dulu .Masalah jugak bila gerai karangkraf ke galeri ilmu atau yang sewaktu dengannya letak dekat pintu masuk alamat ramailah yang "poket syahid" sebelum sampai ke hujung gerai tu tak campur nak redah orang ramai lagik terdiri dari bapaknye, maknye, abangnya, kakaknya, adiknye, budak sekolah menengah, sekolah rendah, dan mungkin juga penyeluk saku semuanya bertompok di situ ( tu yang saya heran camner ada orang boleh claim dia pusing kanan nampak buku, pusing kiri nampak buku. saya pusing kiri kanan depan belakang semua nampak orang jer :P )

Dalam banyak banyak buku yang target tapi tak tercapai hajat untuk beli hari tuh buku abu saif (bukan sebab dah habis tapi 3 kali datang kat gerai galeri ilmu..buku tak sampai sampai lagik dari kilang..) buku datin latipah (juga disebabkan masalah sama) dan beberapa buku dari PTS(mulanya dah jumpa buku tuh kat gerai lain tapi memandangkan penerbitnya PTS ingatkan nak beli terus kat gerai PTS (mak amni & ummu nufayl tau gerai PTS kat mane) tapi bila sampai kat gerai PTS dalam kul 4 lebih tumpuan dah lari beserta dengan duit sekalik..

Kul 5 kami keluar dari PWTC untuk makan tengahari setelah solat dan alas perut kat dalam tu..Buku apa yang di beli?



Ni sebelum keluar plastik dan beg...



Lepas 'tongkang pecah'.....



Entry Two:

Ingat cerita jamuan rakyat DUN Bangi.. sedikit pembetulan fakta jumlah yang dikorbankan pada hari tu adalah 5 ekor lembu, 6 ekor kambing dan 1200 ekor ayam (isk awat kambing sket)

Entry Three:

Ingat cerita banjir di Bangi lama..ni ada posting terkini daripada YB berkenaan isu tersebut..
Entry One:

NS MB puzzled over why Chinese voters deserted him


"I have always worked very hard, often up to 2am before retiring to bed. All these while, I have rarely turned down requests from the Chinese community, trying to fulfil their needs.

"But the results of the general election saddened me. Is this being fair to me?"


Komen: Tanya Ahli Parlimen Rembau :P

Entry Two:

Bride’s family skips ceremony because groom’s side supports PAS

A BRIDE'S father refused to attend or bless her marriage because of political differences with the groom’s family, reported major Malay newspapers.

According to Berita Harian, the Terengganu couple was forced to use a wali hakim to give away the girl’s hand in marriage on Wednesday after the father of bride Hasiah Ismail refused to do so.

Hasiah’s family are strong Umno supporters while her husband Mazlan Ismail’s family are staunch PAS supporters. The couple have known each other for two years, the report said.

Komen: Rasanya memang selama ni kes kes pelik yang berlaku di Terengganu memang sebab UMNo lah kut tapi sebab media depa jaga beritanya telah di"twist" untuk menggambarkan ianya bermula dari bukan UMNO. Sekarang dah hilang 5 negeri + Wilayah depa dah tak dapat nak tumpu kot nak 'serang' negeri mana macam yang mereka buat kat Kelantan 18 tahun dulu tu yang terlepas berita berita macam di atas kut...

Entry Three:


Pernah tau tak antara bentuk didikan orang orang tua dahulu di kampung ai ajarnya anak anak itu supaya berdikari dan membiasakan diri dengan kerja kerja harian dari umur muda lagi. Kita selalu dengar anak anak sewaktu kecil mereka dididik untuk sama sama mengikut ibu bapa ke bendang, ke dalam hutan carik kayu api ( bukan macam bawang merah selalu kena buat tulah),menjala ikan, bercucuk tanam dan macam macam lagilah yang boleh mendidik anak anak itu mahir dengan kerja kerja rutin.Banyak faedah yang bila bila difikirkan balik yang boleh dipelajari dari hasil didikan seperti itu antaranya berdisiplin, cekal bila menghadapi kesusahan, tidak banyak merungut kalau susau sedikit bla bla yang saya rasa orang lain boleh senaraikan. Tok Mudin dengan pengalaman naik harimau pergi sekolah lagi banyak pengalaman beliau kut.

Saya sendiri saya kira turut dapat tempias dari arwah bapa saya, semenjak kecil antara kerja kerja rutin yang diajar, menjaga tanaman, menguruskan binatang peliharaan(saya ingat, yang dibenarkan oleh perhilitan semua beliau pernah bela kut dan kamilah tukang bagi makan, minum cuci reban etc.)Saya kira hasil dari pengalaman seperti itu menolong saya bila mahu mula berfikir mengenai 'power rangers' tiga orang tu. Duduk Bangi, rumah teres lak tak banyak yang boleh dibuat macam arwah bapa saya buat dulu. Nak bela burung, mau mati kelaparan dari pagi tunggu malam baru tuannya balik, nak bercucuk tanam, abih abih yang boleh dibuat balik umah tetiap hari suruh jer budak dua orang tu siram pokok bunga, nak basuh keta, kecik lagi...basuh motor pun bolehlah dulu...








Tapi bila mereka makin besar kemahiran apa lagi yang boleh diajar ek?


Entry Four:


Program pertama PAS di Stadium Malawati. Tu Belum TG Nik Aziz turun lagik...




Entry One:

Erm lama tak update.. sindrom tak sempat datang lagik ke plus sindrom tataunak update apa ek, mungkin ada yang duk tanya lepas menang di Bangi dah boleh rileks.com.my ke? Rupanya tidak lagi menang lagi banyak kerja yang high level dengan sebuk high levelnya, yang grass root sebuk cara grass rootnya apa pun jom kita tengok antara yang berlaku di Bangi sepanjang dua minggu lepas












Banjir kilat yang berlaku di Bangi Lama dua minggu lepas( tu pun tak sempat nak update terus) antara faktor utama kerja curik pasir lah kut..lebih 30 rumah terlibat, ada yang ibu tunggal, ada yang masih dalam pantang..jenuh baru balik hospital tengok rumah dah berlumpur...

Entry Two:

Ahad lepas pula ada jamuan rakyat tanda terima kasih Adun Bangi pada pengundi dan rakyat. Kedatangan? bolehlah tengok gambar- gambar di bawah, sorrylah tak banyak gambar dapat ambil sebab bila dah start bertugas(kena jaga bahagian air minuman) laksana tak sempat nak angkat kepala dari kul 12 sebab aliran tetamu tak putus sehinggalah hujan pada pukul 2 baru orang reda sikit, tapi masalah lainlak masa tu makanan untuk 7 ribu tetamu dah habis, terpaksa bertungkus lumus goreng mee tu pun habis jugak... goreng bihun... pukul 3 majlis pun dah beransur selesai

Fakta dan angka majlis

Penganjur : Adun Bangi dan PAS kawasan Serdang
Tetamu : Antara yang sempat perasan MP Hulu Langat, Adun Kajang(Kembar Dr Shafie) , MP Serdang,Ust Ahmad Shukeri Yusof, Tok wan Amiir, An Jolie :P
Juadah: Kambinggggs untuk tetamu India 18 ekor, Ayam 200 ekor,Lembu 5/7 ekor,buah buahan,mee dan bihun berkilo kilo :P
Khemah : 12
Petugas: Tak larat nak kira :P











Minggu depan duk sebuk nak mesyuarat agung lak kalo dulu kat sekolah agama mana mana pas nih kat hotel lah kut kang dah memerintah :P
Fuhh senyap jap beberapa hari. Kalo ikut hati banyaknak tulis, gi melawat KI beserta gambar gambarnya sekali ada tak sempat lagik, PRU pun ada citer gak, tak campur ngan citer lepas menang lagik ( ops 30 Mac ni ada jamuan kesyukuran YB Adun Bangi di Pejabat Beliau, jemputlah datang...

Apa citer Gganung kite...

PM akan menghadap Agong

KUALA LUMPUR 25 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menghadap Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga Sultan Terengganu bagi menyelesaikan isu pelantikan Menteri Besar negeri itu.

"Saya akan pasti menemui Sultan (Mizan)," kathttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=6405755
Blogger: Ummu Amiir's Point Of View....... - Create Postanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu pada sidang akhbar sempena Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 di sini hari ini.

Perdana Menteri enggan http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=6405755
Blogger: Ummu Amiir's Point Of View....... - Create Postmengulas bila pertemuan itu akan diadakan.

"Saya akan beritahu anda bila saya umumkannya kelak," kata Perdana Menteri.

Khabarnya dah jumpa apa hasilnya adakah ini?

Dollah was asked to provide the detail expenditure of the RM1.2B a year that Idris Jusoh received from the federal government since he became the MB of Terengganu

atau ini?

Harapan Idris makin malap?

atau ini? Wopss...

Idris Jusoh, Rosol Wahid dan Din Adam Ditarik Gelaran Datuk
Entry One:

Aisehman.. PRU punya pasal terlupa nak posting pasal SPM.. Sebut pasal SPM , Muhammad pun ada nak share jugak pasal SPM. Mungkin pakcik makcik yang amik SPM tahun 96 di Terengganu boleh recall memory balik kot..








Entry Two:

Apa Sudah Jadi???

a. Bad Adviser?




b. ADUN Bintong MB Perlis yang baru
14/03/2008 3:11pm

KUALA LUMPUR 14 Mac — Raja Perlis telah berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bintong, Datuk Dr. Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim, Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis Mohd Adib Zakaria mengumumkan dalam satu kenyataan di sini hari ini.- Bernama


Shahidan akan lawan" kata orang kanan bekas MB Perlis

Isu MB Perlis: "Wakil rakyat BN tak sokong, sila isytihar keluar BN" Shahidan


c. Pergh.....kalau betul surat ni daripada MP Jerlun....



Letter : Credit to Malaysiakini
Entry One:

Ini mungkin antara beberapa kenyataan Zam yang saya boleh setuju.

"Insaflah Umno, usah lagi terus niat tawan Kelantan" Zam

Nak kena kalah tergolek dulu baru nak sedar, kalau tak statement beliau sebelum ni...

a. "Kami bukan hanya mahu menang tetapi kami akan bekerja keras untuk memastikan bagaimana menghilangkan deposit lawan. Kemenangan tidak menjadi soal pokok lagi"

b."Saya hanya mempunyai satu wajah tetapi ada orang yang mempunyai pelbagai wajah yang mengelirukan, sekejap berwajah ulama, esoknya berwajah penari dan penyanyi dan ada kalanya berwajah seorang penunjuk perasaan."

c."Harus diingat, RTM bukan jentera kempen pilihan raya tetapi ia berperanan sebagai penyampai maklumat kepada rakyat,"

d."Pembangkang akan hilang kerusi mereka kerana rakyat sudah boleh menilai keadaan sebenar sekarang."Yang penting sekarang ialah kemenangan Barisan Nasional (BN). Malah, kalau boleh, di Merbok kita nak hilangkan deposit calon parti lawan,"

e. Kerajaan Kelantan yang diterajui Pas dirasakan tidak lagi relevan untuk memenuhi kehendak semasa rakyat negeri itu malah pendekatan agama yang didokong parti itu gagal menunjukkan Islam sebagai agama terbaik, kata Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin.

Berbanding negeri jirannya, beliau berkata, pembangunan pesat Terengganu, menerusi dakwah Bil-Hal, iaitu satu perbuatan bagi menunjukkan Islam sebagai agama terbaik, tidak dapat disaingi kerajaan Pas. "Nasib baik rakyat Kelantan tidak begitu susah sebab Kerajaan Persekutuan terus membantu kerana kasihankan nasib malang orang Kelantan di bawah pemerintahan Pas,"


Entry Two:

KUALA TERENGGANU 12 Mac – Terengganu mungkin memperoleh Menteri Besar yang baru apabila nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan ‘tidak diperkenan’ oleh pihak istana untuk memegang jawatan itu bagi penggal kedua.

Sumber Istana Terengganu ketika dihubungi mengesahkan sehingga hari ini Idris tidak mendapat ‘restu’ untuk meneruskan tugas tersebut walaupun beliau berjaya mengetuai Barisan Nasional (BN) Terengganu memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.


hmmm..kalau betul jadi camtu,kesianlah jugak tak berbaloilah dengan segala usaha selama ni, dengan roboh masjid di Kijal, dengan isytihar Bandaraya Pesisir Pantai , dengan berkawan dengan sedara kepada menantu PM, dengan monsoon cupnya , dengan Terengganu Bestarinya tapi terbuang begitu saja...


" Setakat ini, antara nama yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan Menteri Besar Terengganu ialah ADUN Cukai, Datuk Mohamed Awang Tera dan ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid.

Turut disebut ialah ADUN Bukit Besi, Din Adam dan ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said."

Erm...kalau nama yang terakhir betul jadi MB lagi haru BIRU gamaknya, habis semua orang di ajak bertumbuk...mungkin kisah di bawah boleh direnungi

"Untuk penelitian, penulis salin semula patah demi patah aksi berbalas kata antara Exco Ahmad Said dengan Abdul Wahid dalam satu sidang DUN Terengganu, April 2005 lalu.

Ahmad: Saya pohon penjelasan dan laluan. Inilah sikap wakil rakyat PAS dari Wakaf Mempelam. Melemparkan apa sahaja tuduhan tanpa batas-batas sebagai insan yang bernama Islam. Apakah kerajaan Negeri Terengganu hari ini lebih jahat daripada Yahudi?

Abdul Wahid: Betul, Dato' Yang Dipertua. Saya mengaku dan saya bertanggungjawab. Yahudi, dia rampas tanah orang Palestin tapi dia bina penempatan untuk orang Yahudi. Ini (BN) rampas tanah rakyat sendiri, roboh rumah rakyat sendiri. Itu lebih teruk daripada Yahudi.

Ahmad: Dato'Yang Dipertua, inilah perangai binatang!
(Sebaik Ahmad sebut perkataan 'binatang' itu, Dewan bergemuruh dengan tepukan meja oleh wakil-wakil BN lain. Tanda mereka bersetuju memanggil wakil PAS dengan kalimah itu!)

Abdul Wahid: Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, dia nak kata apa pun, katalah kalau Yang Dipertua terima, saya tak ada masalah.
Ahmad: Saya tak ada masalah jugak, pasal mung jahat. Bila-bila masa, jumpa ah (boleh bertumbuk).

Abdul Wahid: Rupa-rupanya ada orang terasa.

Ahmad: Terasa apa, mung jahat. Muka je pakai songkok. Songkok fesyen apa gini, fesyen iblis!

Speaker: Sila bertenang, Yang Berhormat!

Ahmad: Kabar mung nak (bertumbuk) kat mana. Lepas ni, boleh jumpa lagi.

Abdul Wahid: Inilah Yang Berhormat, orang yang saya hadapi. Bercakap secara gentleman tapi nak ajak gocoh (bertumbuk) semacam.

Ahmad: Gentleman babi apa begitu, Yang Dipertua. Gentleman, cakap gentleman. Kata ikut dang sekali, benda apa ni. Mengarut sekali, bersajak, bersyair. Gila ni, Yang Dipertua.


Entry Three:

Generasi baru Melayu yang mengundi pembangkang terutama DAP pada pilihan raya umum Sabtu lepas tidak mempunyai semangat kebangsaan, fikiran mereka bercelaru, dan hanya terikut-ikut mahukan perubahan, kata veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa hari ini.

hmm..penatlah gitu Tan Sri, takkan nak kena tunggu jadi macam salah seorang mantan TPM baru nak berubah tone.Tapi takleh nak kata kat die jugak, dia dapat banyak drp UMNO, kita yang duk tak setuju ni dapat apa ? :P
Daripada Blog Dato Kadir Jasin

1. Perdana Menteri, pada hari penamaan calon, menyifatkan pakatan pilihan raya pembangkang sebagai "syok-syok sahaja";

2. Perdana Menteri yang mencabar penunjuk perasaan supaya menggunakan peti undi sebagai tempat mutakhir menunjuk perasaan;

3. Menteri Kerja Raya yang mengatakan dia sedia berhenti jika rakyat jelata tidak mahukan dia lagi. Dia terus bertanding dan rakyat menyahut seruannya dengan mengundi pembangkang. Maka kecundanglah dia pada hari jadinya yang ke-72;

4. Menteri Penerangan (yang kalah di Sungai Petani) yang menyifatkan para blogger sebagai 'syok sendiri'.;

5. Dia juga "bersumpah" akan memastikan lawannya hilang wang pertaruhan. Lawanya tidak hilang wang pertaruhan sebaliknya dia yang hilang kerusi; dan

6. Timbalan Ketua Pemuda (yang menang di Rembau) yang berkata tugasnya adalah memporak-perandakan pembangkang. Malangnya yang berlaku adalah di sebaliknya. Pembangkang memporak-perandakan BN.

Details pasal PRU nantilah.... menang menang pon sebuk jugak tapi harap tak sebuk sangatlah...belum pepe dah kena panggil dah malam ni
Hari ni Besday Ummu Muhammad - Moga Panjang Umur Murah Rezqi, ada idea nak bagi hadiah ape?


Entry One:

1. Local stars also hit the polls campaign trail for BN candidates

KUALA LUMPUR: Local stars such as Camelia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, rap group KRU's Norman Abd Halim and Datin Seri Normala Samsuddin have joined the campaign fever.



2. Siti turns heads in Gemas and Senawang
Popular singer Datuk Siti Nurhaliza Tarudin caused a stir among constituents here when she turned up on Friday night to show her support for Barisan Nasional candidates.

3. KRU’s Norman hits campaign trail for Barisan candidates
Local rap group KRU member Norman Abd Halim has turned “politician” ahead of the polls on March 8.


4. "I never think twice about going to the polling centre in Shah Alam. Wherever in the world I am, I always return in time to exercise my right as a citizen.
"This is an opportunity for me to protect my career and the industry I work in. If we were ruled by a close-minded party, the local music industry would suffer greatly."
- Syafinaz Selamat


Ooooo kalau belah sana punyalah takde masalah ek... kalau nampak jer belah sini( walaupun belum tentu) terus bermasalah.


1. "saya agak sedih apabila kunjungan saya ke sana telah dipolitikkan. Jangan salah ertikan kunjungan saya ke sana"


2. Kelantan kesal kedatangan Maya Karin ‘dipolitik’

KOTA BAHARU 9 Jan. - Kerajaan Pas Kelantan kesal dengan beberapa pihak yang mempolitikkan kedatangan pelakon Maya Karin ke negeri ini bulan lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Nik Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kedatangan Maya Karin hanyalah untuk menjadi ahli panel forum bagi membicarakan filem karyawan Iran terkenal, Majid Majidi sempena MiniFest Kelantan 2007.

"Kerajaan Kelantan menjemput aktres itu atas dasar program seni, tiada kaitan dengan politik dan tindakan pihak tertentu mensensasikan kedatangannya amat tidak wajar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


3. "Semasa saya pergi ke sana tidak terfikir langsung soal politik. Sebabnya saya ni pelakon dan bukannya ahli politik. Malah saya merasakan jemputan itu sesuatu yang amat baik untuk saya. Rupa-rupanya apabila tiba, saya diberi persepsi lain oleh pihak-pihak tertentu. Ia benar-benar membuatkan saya amat kecewa"



Entry Two:

Ada dua bahagian yang menarik dalam petikan berita di bawah mengenai program TGNA bersama anak kelantan di Hotel nikko semalam.

PAS counters onslaught


a. "Only PAS can guarantee heaven for the people," he said in his speech during a gathering for the Kelantanese at Nikko Hotel last night.

Memang SAH MENIPU bila dilaporkan begitu.




b. About 3,000 people attended the three-hour gathering at the hotel.

kalau Akhbar MENIPU tulis angka di atas agak agak bilangan sebenar berapa?






Gambar credit to pak sheikh dan MSO
dan minaqjinggo

Entry Three:

Politics can’t unravel family ties


KOTA BARU: When Azizzudin Hussein was 36(the incumbent(BN) for the Mengkebang state seat that he won in 2004), he turned to his uncle Datuk Omar Mohammed (five-term Perupok PAS assemblyman) to find him a wife.

"I had many girlfriends but it was difficult for me to make a choice. I only knew that a good wife must come from the kampung," he said of his single days.

His uncle being a very meticulous type went around researching the background of a few women before settling on one.

Being the good nephew that he is, Azizzudin agreed with his uncle’s choice without question.


Entry Three:


Islam BN bukan sekadar slogan: Najib
-Bharian Isnin 3/3/08

a. Antara yang diucapkan beliau:

"Memang BN dan Pas sama-sama mengamalkan Islam tetapi BN tidak mahu Islam itu semata-mata dilihat dari segi luaran dan akidah saja.

"Puak hijau yang di dalamnya kosong itu pun nak Islam, banyak bunyi Islam, sekadar slogan membangun bersama Islam tetapi segalanya kosong," katanya ketika merasmikan Bangunan Baru Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kawasan Tiga Daerah Pasir Puteh di sini, semalam.

Najib berkata, Islam bukan hanya membabitkan soal akidah dan akhlak, sebaliknya turut mencakupi perjuangan membina tamadun yang cemerlang dan hebat.

"Itu bezanya antara Umno dan Pas. Kita perjuangkan bukan saja Islam, tetapi martabat dan maruah umat Islam," katanya.



Maruah Isteri?

b. Ucapan di bawah ni kalau dapat dekat orang Kelantan mesti dikatanya Najib ni jalan 'tak lenggok ke atah ko'... kalu maghi Kota Bharu 'BOLE' ko...[Mudin apa dia BOLE tu?]

"Islam tidak suka umatnya mundur dan menolak kemajuan. Sebarang usaha kebajikan adalah kehendak Islam, menghapuskan kemiskinan juga Islam, malah menyediakan peluang pekerjaan, itu juga Islam. Jangan kita sempit pengertian Islam.

"Kalau Islam agama pembangunan dan kemajuan, tidak suka tengok umatnya mundur, hidup dalam kemiskinan, terhina serta dijajah orang lain, bukankah itu menjadi asas perjuangan Kerajaan BN selama ini," katanya.

"Kenapa kita tidak mahu perubahan, sedangkan Islam adalah agama kemajuan, kejayaan, pembangunan dan kemakmuran dunia serta akhirat. Islam bukan agama yang membawa kemunduran kepada umatnya dan kerosakan kepada bumi ini," katanya.


Entry Four:

Sabtu lepas kami "attack" Pasar Malam yang paling Glamer dalam DUN Bangi tu... hehe..... Pasang VCD, Edar Risalah, Edar VCD dari non stop dari pukul 3 sampai 12 malam (Macam HotFM Big JAM plak..Ahad terus flat :P ).Sambutan Alhamdulillah India datang siap minta VCD tambahan, Risalah Extra. Cina datang tanya "malam ni ceramah kat mana?" SB pun datang jugak lantak pi aaa depa..komplen pun ada jugak..kami tak mintak permit dulu sebelum buat... poooodah..





Entry One:

Mana Satu betul ni? Semalam kena pilih Calon ari nih kena pilih Parti

Pilih parti, bukan personaliti – Najib


PEKAN 25 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan para pengundi supaya tidak memilih personaliti semata- mata, sebaliknya turut mengambil kira parti yang diwakili kerana pilihan raya merupakan proses untuk membentuk kerajaan yang akan mentadbir negara.


Entry Two:

"Undi parti kita simbolnya bulan. Bulan ni senang, letak lagu mana mana pun tak terbalik, bukan macam dacing , dacing kalau tak kena letak jadi senget jadi terbalik. Ini jelas dan Allah jadikan bulan, adalah perhitungan diri manusia. Diri manusia dihitung dengan bulan. Bila isteri kita mengandung, orang akan tanya berapa bulan dah mengandung ? orang tak tanya berapa kilo dah mengandung? Bila dilahirkan ke dunia, setelah dilahir ke dunia orang tanya berapa bulan dah budak ni? orang tak tanya berapa kilo, berapa kati dah budak ni? Hok tanya berapa kilo berapa kati ni apa benda? lembu dan kerbau !"

-TG Hadi Awang
Entry One:

Gambar masa penamaan calon DUN Bangi + Video - Mungkin yang boleh dengar zikir sebelah PAS ajer kot yang Be End (BN) dok berjoget dalam bulatan tu tak jelas sangat.


















Entry Two:

Praya 2004:

Keadilan terima padah jika letak calon di Merbok - Zainuddin

ALOR STAR 12 Mac - Parti Keadilan Nasional (Keadilan) akan menerima padah sekiranya meletakkan calon mereka bertanding di Merbok, kata Penasihat Media Kementerian Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di Merbok berkata, parti pembangkang berkenaan harus sedar keadaan itu berasaskan sejarah pilihan raya umum lalu.

"Pengundi-pengundi Merbok tidak pernah memberi kemenangan kepada mana-mana parti pembangkang dari dulu sehingga sekarang.


Praya 2008:

Zainuddin ikrar hilangkan deposit lawan

SUNGAI PETANI 24 Feb. - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Petani, Datuk Seri Zainuddin Maidin berikrar akan memastikan calon parti lawan kalah dan hilang deposit pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Zainuddin, 69, yang berpindah dari Parlimen Merbok akan ditentang oleh Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Petani, Johari Abdul, 53.

Menteri Penerangan itu berkata, beliau berasa yakin dapat menghilangkan deposit Johari berdasarkan penerimaan dan sokongan pengundi terhadap kehadirannya di Sungai Petani.

"Kami bukan hanya mahu menang tetapi kami akan bekerja keras untuk memastikan bagaimana menghilangkan deposit lawan. Kemenangan tidak menjadi soal pokok lagi,'' katanya selepas penamaan calon di Dewan Munsyi, Institut Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH), Jalan Kuala Ketil di sini hari ini.


Entry Three:

SELAMAT, AMAN, MAKMUR !!!



Details can be found here Waktu buka tadi rasa gambar atas tu ada lagik. tapi dah takde dah.... heran betul...

Yang saya faham lah bila tengok gambar dan petikan di bawah tu...

Dr. MAZA: Sesungguhnya undi yang kita berikan kepada seseorang calon adalah perlambangan kepada diri kita sendiri. Jika kita seorang yang inginkan kebaikan, tentu kita akan memilih mereka yang mampu membawa kebaikan dan kesolehan. Begitulah sebaliknya. Jika kita memilih calon yang buruk dari segi kepimpinan dan agamanya, sedangkan ada yang baik, itulah identiti kita sebenarnya. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis al-Imam Muslim: “Ruh-ruh itu adalah tentera yang dihimpunkan; apa yang mereka kenal, maka mereka berpadu. Apa yang mereka tidak kenal, maka mereka bertentangan”. Nilailah siapakah yang jiwa dan ruh kita cenderung kepadanya, maka itu nilai ruh kita. Maka, pilihlah berdasarkan calon, bukan parti!