Entry One:
28012006 - 28012008
Entry Two:
Pernah mendengar istilah Fenomena Mawi? Saya kira anda pun tahu bagaimana hebatnya fenomena Mawi. Daripada tak ada tudung Mawi, tiba-tiba ada tudung Mawi. Daripada makcik makcik yang tak pernah tahu nak gunakan henpon pun sampai panggil anak-anak suruh tolong tunjuk macam mana nak undi Mawi.
Sampaikan di peringkat Pas pun boleh timbul ketidak sefahaman antara pimpinan sendiri dalam fenomena Mawi ni (e.g Isu TG Nik Aziz dan Dato Harun Taib) bila Kerajaan Negeri Kelantan menjemput Mawi untuk membuat persembahan sewaktu perasmian Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam.

Apa yang saya nak ceritakan di sini bukanlah pasal Fenomena Mawi tu sangat tapi lebih kepada fenomena yang sepanjang ingatan saya pernah berlaku di Kelantan.
Antara perkara yang boleh dikatakan menjadi fenomena di kalangan rakyat Kelantan adalah
1. Ayam Serama
Kelantan juga terkenal dengan pertandingan suara belalang waktu malam, pertandingan lumba kura-kura pertandingan suara burung ketitir,dan kemudiannya dengan fenomena ayam serama. Boleh dikatakan sepanjang jalan dan kampung di Kelantan ada sahaja perhimpunan kerana menyertai pertandingan ayam serama dan ada pula yang sanggup berhabis beribu ribu ringgit untuk membeli ayam serama. Itu tak masuk lagi cerita pelik pelik macam bak kata MSO ada orang sanggup menyimpan ayam serama dalam kelambu sementara dia sendiri tidur di luar kelambu. Bahkan pernah diceritakan dalam sebuah akhbar harian ada pertandingan ayam serama dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)!

2. Cat Rumah kaler Kuning
Yang ni saya tak pasti anda yang berasal dari Kelantan boleh bersetuju atau tidak dengan saya. Satu waktu ketika dulu (waktu Ummu Amiir ada lagi) beliau pun pelik kenapa kebanyakkan rumah baru siap atau pun kalau nak cat rumah mesti di pilihnya dengan warna kuning Striking lagik! Kebanyakan rumah yang kami lalu dalam perjalanan di Kelantan waktu tu hampir kesemuanya dicat dengan warna kuning nak kata ada kaitan dengan BERSIH masa tu baru tahun 2002-2003. tapi tu lah pelik tul orang Kelantan ni hehe.
3. Pasar Borong @ Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Kalau dulu orang akan berkata kalau pergi Kelantan tak pergi Rantau Panjang kira tak sah lawatan ke Kelantan. Sekarang kalau datang Kelantan tak sah kalau tak pergi ke sini. Anda boleh tengo sendiri setiap malam jalan ke situ akan sesak kalau musim cuti persekolahan atau cuti hari raya kalau mahu pergi bersantai dengan anak anak kecil ke sana lupakan saja memang jem!!

Info Mengenai Pasar Borong WCY- Gambar Credit to Original Author
Yang menariknya waktu tu baru diperkenalkan peraturan oleh MPKB, bila waktu Maghrib sahaja semua perniagaan mesti tutup sementara dan sesiapa yang ditangkap melakukan jual beli sepanjang waktu maghrib baik peniaga mahupun pembeli keduanya akan didenda menarik bukan dan pastinya anda tak akan jumpa di tempat lain dalam Malaysia ni melainkan di tempat ini. Berapa banyak orang berniaga waktu tersebut yang sah terkorban maghribnya lantaran mengejar pelanggan.
Berita terkini mengenai Pasar Borong Tersebut:
4. Tesco

Sape kata Kelantan tidak membangun. Hakikatnya Kuasa Beli Rakyat Kelantan antara yang tertinggi diMalaysia selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan. Buktinya Fenomena terkini di Kelantan adalah Tesco.

Macam Musim Raya
Bagi mereka yang biasa di luar Kelantan sudah tentu pelik apa yang gahnya dengan Tesco dan apa bezanya dengan Tesco KB ni? Apa yang ada di Tesco :

Kaunter berasingan Lelaki dan Wanita
Kalau dulu anda sudah kagum tengok Maya Karin bertudung di Kelantan tunggu sehingga anda tengok di bawah ini. Anda tak akan jumpa ini di Tesco lain hehe

5. Kemenangan APU dalam PRU pada 1990.
Dalam banyak banyak fenomena saya kira yang ni juga antara fenomena terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah negeri Kelantan moden. Anda pernah dengar di negeri lain adanya Sultan yang tidak sehaluan dengan MB/KM di Kelantan juga pernah ada sejarah sedemikian tapi pastinya anda tidak pernah membaca atau melihat peristiwa di mana kerajaan memerintah dikalahkan dalam pilihanraya umum dengan tanpa sebarang kerusi iaitu 39-0 untuk kerusi DUN dan 13-0 untuk kerusi parlimen.

Waktu tu semua orang terkejut dan saya kira orang Pas sendiri pun terkejut dengan pencapaian tersebut dan TG Nik Aziz pula menjadi fenomena di Kelantan pada waktu tu. Saya masih ingat membaca harakah waktu tu betapa ramai yang terharu bila beliau membuat kejutan pada awal awal beliau menjadi MB dengan mengumumkan bahawa beliau tidak akan mendiami kediaman rasmi MB dan juga menolak elaun kediaman rasmi sebagai gantian kepada keengganan tersebut. Saya ingat lagi waktu tu hampir kebanyakkan lawatan dari luar kelantan semuanya menjadikan agenda melawat rumah kediaman beliau di Pulau Melaka sebagai salah satu agenda wajib mereka.

Kemudian disusuli pula dengan beliau akan terus mengadakan kuliah jumaat seperti sebelum beliau menjadi MB.

Suasana sewaktu Kuliah Jumaat beliau di Medan Ilmu Kota Bharu

Tempat TG Nik Aziz Berkuliah di hadapan Bangunan PAS Kelantan
Gambar credit to Original Photographer
Dan sekarang hampir tiga penggal beliau menjadi MB, rutin tersebut masih lagi diteruskan cumanya sekarang separuh masa kuliah tersebut didahului oleh pimpinan pelapis dan beliau mengambil alih separuh masa yang lain.Di luar Kelantan anda belum tentu akan ketemu seorang ketua eksekutif negeri memberi kuliah kepada rakyat bawahannya.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)