Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Entry One:
Jumaat dua minggu lepas (4/1/08) sewaktu saya sedang baru hendak memulakan kerja di pejabat Ummu Muhammad sms "Ayah dah meninggal kul 845 pg ni".

Kami terus berangkat ke Terengganu walaupun dah tahu tak sempat sampai sebelum jenazah dikebumikan.Muhammad sampai bersama An dan Mak Tuknya sejurus sebelum Jenazah dibawa ke perkuburan. Almarhum datuk Muhammad kembali ke rahmatullah 5 tahun selepas ayah Muhammad dijemput dan setelah terlantar buat beberapa ketika disebabkan barah tulang.

kubur datuk muhammad bersebelahan dengan kubur ayah muhammad
Entry Two:
Mok: Ayah Sin(almarhum datuk saya) ni baik sungguh dgn anak anak .Muga (sebab)
dia takdok anak (Refering to anak anak sblum ayah saya yg meninggal
sebelum baligh.Ada yg sempat tengok ayah saya dan ada yg tak sempat).Gi nnoreh(menoreh getah) pikul abah (ayah saya) kalu abah nak balik, anta balik pah gi balik nnoreh, buke (bukan) dekat.Sampai org kat tempat dia nnoreh pelik sebab dah balik sanggup datang balik.
abuamiir: Mok tak pernah mmipi (mimpi) ke deakt anak anak hok mati dah tu?
Mok: Sokmo(Selalu).Hok sokmo napok Hafizullah lah napok dia ngan nye(Moyang) Duk Ssengeh(Sengih) dua tu.
abuamiir: Anak anak Mok hok lain nama gapo?.
Mok: Hok Sulung nama Abdullah,hok kembar tu nama Hafsah dan Halimah,Idi, Hafizullah,Karim(saya tak lngat nama lain)
abuamiir: Sakit gapo belako(merujuk kepada yang dah meninggal)
Mok: Takdok sakit gapo gapo ada hok(yang) tengah duk main tiba tiba ada org tegur mok "Eh anak mung bakppo(Kenapa), tak napok ke nak mati/(sakit saya tak ingat) ni" and then memang dijemput oleh Allah.
Memang kelahiran ayah saya boleh dikatakan mengubat kedukaan mereka berdua buat
seketika setelah 5(kalau tak silap ingatan saya dakpun lebih) orang anak anak mereka semuanya meninggal sebelum atau seawal usia baligh mereka.Selepas ayah saya dilahirkan ada seorang lagi pakcik saya dilahirkan dan beliau juga turut meninggal pada waktu usia yang cukup muda.Mungkin sebab itulah ayah saya begitu dimanjakan oleh mereka berdua sehinggalah datuk saya sendiri dijemput oleh Allah pada ketika usia ayah saya 4 tahun dan makcik saya berumur 7 bulan. Semenjak itu ayah dan makcik saya ditinggalkan di rumah moyang(nye)saya dan dia sendiri mencari rezeki dengan menoreh di Rantau Panjang dan Tanah Merah sehinggalah bila ayah dan makcik saya telah pun ada pendapatan sendiri barulah mereka tinggal bersama.
Setelah hampir separuh abad berpisah dengan suami dan anak anaknya kali ini giliran beliau dijemput pada hari terakhir zulhijjah yang lepas(9/1/08).Mudah mudahan bertemu mereka semua di alam sana dan yang di sini semuanya sedang menanti giliran masing masing.

Entry Three:
Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (taasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini saya mengingatkan para pengunjung sekelian tentang kita semua disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;
1. Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).

2. Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, "(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu". (Riwayat Muslim)
3. Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya
Untuk rujukan sila lawati laman web
Catatan: 9 dan 10 Muharram tahun ini jatuh pada Jumaat dan Sabtu.(18 & 19/1/08)