Yang tidak sempat di update baru leh update ....



1. Takaful Ikhlas


Solat di Surau di Bangunan Baru Takaful Ikhlas, sehari selepas perasmian bangunan tersebut

Pemandangan dari Surau. Masih giat dengan kerja kerja pembinaan.

Eh kenapa saya ada kat sini?
Hantar Ummu Muhammad kursus untuk wakil takaful.

Eh Ummu Muhammad jadi wakil takaful?
Ya beliau dah jadi wakil takaful ikhlas

Eh ye ke?
Iyaaa

kalau anda nak beli polisi Takaful Ikhlas dengan beliau pun dialu alukan.
kalau anda nak semak berapa coverage polisi anda sekarang melalui beliau pun di alu alukan
kalau anda nak tambah caruman polisi takaful anda melalui beliau pun di alu alukan
kalau nak konsultansi percuma mengenai produk takaful ikhlas melalui beliaupun di alu alukan
kalau nak rekomen anak, saudara,kawan supaya membeli takaful ikhlas melalui beliaupun dialu alukan

pendek kata anda di alu alukanlah

hubungi

ija - 0132060627
@
jawahirzk@gmail.com


2. Station 21

3 Mac 2010 katanya hari lahir Ummu Muhammad yang ke ...rahsia :P. Perancangannya nak bawa pergi makan petang tu tapi hujan. Jadi tangguhlah ke hari esoknya. Saya belanja beliau makan di kedai biasa saja tapi bagi saya rasanya boleh lawan makanan kat hotel atau kedai 5 bintang tu.


nampak simple aje kan kedai/gerai dia...bersebelahan dengan Masjid Saidina Abu Bakar Bangsar...



Ni yang Ummu Muhammad Order Fillet Steak. Saya makan apa?




Lamb Choplah apa lagi..........



3. Jalan jalan ke PD

Sekejap aje pun jalan sambil ziarah Tuk Njang Muhammad yang baru pindah ke sana dari Jeddah/Penang. Balik semua duk sibuk pujuk baba suruh berhenti kejap nak main pantai oklaaaah....

Dah nak hujan dah balik dulu...semua tertidur keletihan dalam kereta penuh pasir....sampai Bangi baru kejut mandi...





4. Port Baru untuk Makan makan

Balik dari Makkah saya asyik teringin dan teringat kat nasi mandi. Tak tahu nak cari kat mana kalau ada macam kat Ampang tu selain dari jauh tapi harganya mungkin saya tak mampu nak makan selalu. Roomate saya di Makkah ( Hj Bada lah siapa lagi yang obsess ngan kambing) ada kata kat Seremban pun ada Restoran Nasi Mandi jugak, sedaaaaap kata beliau..Tapi saya tak berkesempatan lagi nak ziarah beliau dan seterusnya ziarah kedai tu.

Takdir Allah pada satu hari nan permai, sewaktu saya lalu di hadapan Hentian Kajang saya ternampak satu kedai yang begitu menterujakan saya :).


Restoran Nasi Arab!!!

Kali pertama saya mencuba lebih kurang dua minggu lepas. Erm...terubat rindu hehe....


Nasi ajer? mana lauknya?


Kali kedua saya bawa semua Ummu Muhammad, Muhammad, Amiir Husaini dan Ali Huzaifi makan di situ akhir minggu lepas. Erm ....sedap hehe....




Adaaaaaa biasalah makanan arab dia sorok lauk dalam nasi kot...

Kali ketiga petang semalam, balik kerja saya dan Ummu Muhammad singgah untuk makan malam sebelum saya keluar balik malam tadi.

Belikan untuk Ayahsu Amiir satu set dan dua ketul kambing untuk Mak Tuk Muhammad. Erm...."marbelessss" hehe.....


Kena dengan Babrican Apple tu fuh....


Eh bulan ni dah tiga kali dah??? isk bahaya betul bila dekat ngan rumah ni.... harga dia takelah mahal sangat tapi kalau selalu parah gak eh heehe...tetambah kalau selalu pergi order kambing jer... Tapi saya pelik pekerja dia semua badan maintain je kurus. Yang pergi makan semua lagi 'sehat' dari pekerja pekerja yang hampir 100% muka arab. Yang datang ke situ pun saya perasan selain yang muka nampak ustaz ustaz sket(yang pernah belajar kat arab aa) yang datang adalah foreigner bermuka arab dan afrika, China pun ada.

Nantilah lain kali boleh rekmen keluarga Kelantan,TJ dan Bangi makan sini lak......

4 Response to " "

  1. mamasherry Says:

    waduh banyaknya bau kambing dalam entry nih,, pening..pening.. hehhe..

    station 21 memang best!

  2. Anonymous Says:

    nasi mandy ke kapshah tu? berapa satu set rege dia eh? i likeee...

  3. ieka Says:

    nasi arab dia mcm kat cyberjaya tu restoran saba.. kami nak pindah rumah dkt wangsa maju.. kat setiawangsa pun ada branch dia.. jadi bila ulang alik angkat barang sikit, kemas rumah, basuh semua singgahla makan juga.. bulan ni je ntah berapa kali dah makan kat saba tu.. tapi mmg sedap la dan berbaloi2 kan.. air mineral besar pun RM2 je.. roasted chicken large (boleh makan dua orang) RM14 je.. huhu

  4. nuun Says:

    hehe kabsah kat sini RM 10, macam kat restoran saba jugak kot. Kalau bau kambing tu kena bias biasakanlah alah bisa tegal biasa.station 21 kambing dia dah mahal sket RM 17 dapat dua keping dulu RM 16 tiga keping lamb, air kalau nak best amik beer arab eh silap babrican