H1109

Mungkin ada yang perasan bila saya mula keluarkan istilah tu, beberapa orang juga yang buat tak kisah dan ramai yang mungkin meneka neka apa di sebalik perkataan di atas. Ada kaitan dengan H1N1 kah?

Ya secara tidak langsung (sipi sipi) memang ianya menyentuh juga wabak yang sedang merebak di seluruh dunia pada ketika itu sehinggakan bila terjadinya pandemik tersebut baru saya teringat kembali satu hadis ( tak pasti sahih ke tidak sebab saya baca dulu dalam buku syiah-mereka pertikaikan hadis ini) yang mana bila akhir zaman nanti semua khinzir akan dibunuh, lalu pemuka pemuka syiah persoalkan kenapa dicipta khinzir kemudian dibunuh tanpa apa apa sebab.

Bagi yang perasan dan dapat meneka saya kira memang mereka dapat meneka dengan betul bila dikaitkan dengan suasana saya menulis dan saya ungkapkan istilah di atas dalam posting sebelum ini.

H1109 adalah singkatan kepada H-1-10-9 @ H + A + J + I@ Haji November 09. Bagi yang masih belum mengetahui Insya Allah saya dan Ummu Muhammad akan berangkat menunaikan Haji pada sabtu 14 November 2009. Kami akan melapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada sabtu jam 3:00 pagi. Pesawat akan berlepas pada jam 7:30 pagi dan dijangka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada jam 11:10 pagi.



Semalam (7/11) Alhamdulillah kami telah adakan sedikit majlis kecil kecilan untuk bersua muka dan bermaaf maafan sebelum kami pergi. Mohon maaf kalau ada yang tidak dapat jemputan memandangkan keputusan untuk buat majlis tersebut pun dibuat pada saat saat akhir dan ianya tidak dibuat di kediaman kami ianya dibuat di rumah keluarga ummu Muhammad.

Hari ni pun masih ada yang datang berkunjung dan insya Allah pintu rumah kami terbuka kalau ada yang ingin mencuri sedikit masa untuk turun ke Bangi sebelum hari sabtu nanti. Seperti yang saya pernah minta pada teman teman yang bakal menunaikan haji seblum ini iaitu memohon supaya kami dimurahkan rezeki untuk sampai ke Makkah, kali ini giliran kami pula menerima 'pesanan' untuk turut mendoakan mereka supaya dapat juga menunaikan haji. Insya Allah kami akan doakan. Insya Allah yang saya tahu akan turut sama berangkat menunaikanhaji pada tahun ini ialah Menteri Besar Kelantan , Naib Presiden Pas dan Pengarah Eksekutif Telaga Biru Sdn Bhd harap harap kalau ada rezeki dan kemudahan bolehlah berjumpa disana.

Insya Allah dari semasa ke semasa sebelum Sabtu ni saya akan cuba update blog ni seberapa kerap yang saya dapat. Doakan kami...

0 Response to " "