10 siri kartun yang pernah diminati oleh kanak-kanak 80-an dan 90-an

Dah lama aku tak membuat entri mengenai 10 perkara menarik. Dengan masa yang aku ada hari ni suka aku mengimbau semula kenangan mengenai 10 siri kartun yang pernah diminati oleh kanak-kanak seangkatan dengan aku. Mungkin kartun-kartun tu nampak biasa sekarang tetapi itulah yang menghiburkan kami pada era 80-an dan 90-an.

Kartun dulu-dulu grafiknya biasa sahaja. 2D tu kira dah baguslaa. Walaupun begitu masa zaman tu aku tengok kartun-kartun tu macam dah mantap sangat dah. Bila ketika ini aku cuba cari balik dan tengok ternyata banyak bezanya dengan kartun-kartun di zaman sekarang. Antara 10 kartun yang pernah menarik perhatian ialah:

Saber Rider and the Star Sheriff

Polis angkasa ala-ala western ni begitu diminati satu ketika dulu. Ditayangkan kat TV1 masa tu pada jam 5.30 petang. Kalau aku silap sila betulkan keh. Ehtah apa yang menarik dengan polis berkuda besi ni pun aku tak berapa pasti tapi bila sampai waktu tayangannya aku mesti taknak miss.

Woody Woodpacker

Ada sesiapa masih ingat dengan burung belatuk yang nakal ni. Bagi aku kartun ni sentiasa menghiburkan kalaupun aku menontonnya sekarang. Dah lama jugak aku tak tengok kartun nih dan untuk mengubat rindu aku cuba tonton balik di youtube. Sememangnya masih menghiburkan!

Centurions

Mungkin tak ramai yang minat kartun ni tetapi aku memang suka. Cerita biasa jee.. yang baik lawan jahat. Simple!. Centurions nama satu team baik yang boleh melengkapkan diri mereka dengan sut robot yang penuh dengan senjata hebat (kononnyalaa..). Ada tiga orang semuanya iaitu Max Ray - ‘Brilliant’ Sea Operations Commander, Jake Rockwell - ‘Rugged’ Land Operations Specialist , Ace McCloud - ‘Daring’ Air Operations Expert. Ada sesiapa yang ingat dengan cerita nih?

Thunder Cats

Taktaulaa.. kalau ada yang dah lupa siri kartun ni. Aku rasa ini salah satu siri kartun yang sentiasa dingati dan khabarnya dah difilemkan dah pun. Benda yang paling takleh lupa masa dia hayun pedang tulaa.. thunder.! thunder.! Thundercats!! Heh!

BraveStar

Ini pun kisah si Sheriff dengan kudanya yang berbadan sasa serta mampu bercakap. Kuda tu juga secara tak langsung menjadi pembantu dia dalam menghadapi penjahat. AKu rasa kalau tayang sekaranglaa kartun ni.. mungkin budak-budak buat tak tau jee kot. Berbeza sangat masa zaman-zaman dulu.

MASK

Aku tak berapa ikuti sangat kartun ni mungkin kerana ianya ditayangkan kat TV3 ,tetapi aku letakkan jugak kat sini sebab ada yang sangat meminatinya lebih - lebih lagi encik MENJ kita . Mungkin dia boleh ulas lebih panjang pasal kartun ni. Heh!

Ghostbusters

Dari Kartun sampai bawak ke filem cerita ni memang aku minat. KIsah pemburu hantu yang ala-ala antoo fighter kot. Tetapi dia tak tiru antoo fighter laa. sebab cerita ni dah berpuluh tahun dulu ditayangkan.. Masih best untuk ditonton aku rasa.

Inspector Gadget

Takdela hensem mana watak kartun nih tapi ada sesuatu yang buat budak-budak dulu-dulu suka tengok. Mungkinlaa sebab gadget-gadget dia tu. Sampai dalam topi pun ada gadget. Lagi satu yang aku suka dia punya lagu.. inspector gadget..! hoh hoh!

Scooby Doo

Satu yang aku minat sangat pasal cerita Scooby Doo ni ialah jalan ceritanya yang selalu ada persoalan dan kita mesti nak tengok sampai habis sebab masa akhir cerita selalunya akan dapat tahu siapa penjahat yang sebenar yang tersembunyi disebalik monster-monster yang wujud didalam cerita tu.

GI Joe

Antara kartun yang mantap pada aku. ‘Real movie’nya pun katanya dah siap dan bakal ditayangkan tahun ni. GI Joe: Rise of the Cobra. Ada macam-macam watak dalam kartun ni. Apakah filemnya nanti sehebat kartunnya? Harap takdelaa nanti macam GI Jane. heh!

Kalau tengok pada list aku ni rasanya dekat 50 aku boleh senaraikan macam defenders of the earth, Teenage Mutant Ninja Turtle, Robocop, Hulk Hogan, Chipmunk, Heman, Transformers.. fuh banyak betul! aku rasa boleh tambah list lagi. Kalau ada masa untuk tengok balik antara kartun-kartun ni ok jugak rasanya.

Credit To:

0 Response to " "