Maaf lama tak update...Bila dah lama tu maksudnya ada banyaklah cerita yang akan menyusul...
Entry One:
Disebabkan dah ada panggil YB terpaksalah panjangkan email di bawah...
SUMBANGAN PRK MANIK URAI (MU) -
SUMBANGAN BOLEH DIBUAT KEPADA "DEWAN PEMUDA PAS PUSAT" NO AKAUN BANK ISLAM 14069010014143 ATAU KEMUDAHAN MAYBANK2U DIATAS NAMA 'MOHD ADRAM MUSA & RAHMAT FAUZI ZAINAL " jv MAYBANK AKAUN . SEMOGA SUMBANGAN TUAN- TUAN MENDAPAT GANJARAN DARI ALLAH SWT. MAKLUMAT LANJUT :HUBUNGI 013- 384 5555 / 03-2692 5000 (saudara Yusafiza Yaacob) PEG KEWANGAN PEMUDA PUSAT MOHD ADRAM MUSA BENDAHARI DPP PUSAT 2009-2011 sk. SETIAUSAHA DP PAS PUSAT |
|
|
Entry Two:
Ingat lagi projek radikal yang saya bagitau dalam posting lepas berkenaan dengan gambar di bawah...?
Tu gambar sebelum lah... Gambar selepas diambil dari posisi yang sama pada pagi 6 Jun 2009
Habislah segala lalang, serai,halia semua...... Bila dah siap ada yang tanya kenapa tak buat dinding bla bla.. Jawab saya bukan tak nak buat tapi bajet yang ada kalau boleh nak disalurkan untuk projek H1109-09. Nanti dah selesai projek tu nanti insya allah boleh dipertimbangkan bukan setakat dinding bawah mungkin naik ke atas sekali kut...
sekarang ni step by step aa dulu..
Entry Three:
Petang tu pergi stadium untuk persiapan sempena kunjungan julung julung kalinya AJK PAS Pusat dengan undi tertinggi ke Bangi pada malamnya nanti...untuk ceramah sempena muktamar PAS ke 55. Tang baju Ali Huzaifi tu mintak maaflah, beliau sekarang tengah lalu 'stage' kalau dia nak baju tu bajulah yang dia pakai dan juga 'stage' kerap menukar baju, baju ultraman lah power rangers lah Ben 10 tak payah cakap lah..saya pun dah banyak kali 'lost control' ada petua ke untuk memendekkan 'stage -stage' tersebut? Mungkin inilah pembalasan untuk saya sebab suka sangat beli baju gambar hero :P
Ir Nizar sedang berceramah...kutipan bolehlah tahan..antara yang terbanyak pernah dikumpul di Bangi mungkin sebab hadirin derma untuk Manik Urai sekali. Sayang Hj Mahfuz tak dapat datang ( tapi takde kena mengena dengan berita nilah "Pertemuan sulit tolak k'jaan perpaduan")
tapi tu pun dah bergegar stadium Bangi malam tu...
Selesai ceramah orang ramai berkerumun untuk bersalam dengan MB Pakatan Rakyat. AJK dengan undi tertinggi dah pun datang lepas ni kalau takde aral melintang Insya Allah Naib Presiden PAS yang menang dengan undi tertinggi pula akan berkunjung ke Bangi dalam jangka masa terdekat. Bila? Tunggu........
psst... Timbalan Presiden PAS yang menang dengan undi tertinggi bila pulak nak ke Bangi?
oit.. Timbalan Presiden PAS sorang ajelah.. tak kira anda suka ke tidak kat beliau, orang yang duduk dalam PAS kawasan Serdang tulah Timbalan Presiden PAS.Memandangkan memang beliau dah duk Bangi tu yang kami tak jemput begitu juga dengan Timb Mursyidul Am. Kalau Mursyidul Am bolehlah jemput dan beliau pun dah berkunjung ke Bangi 2 hari selepas Ir Nizar datang....
Petikan dari Blog ADUN Bangi
DS NIZAR DI BANGI
Bandar Baru Bangi 13 J. Akhir 1430 = 6 Jun 2009 Panitia Induk Muktamar ke 55 telah mengatur, bahawa pada malam-malam muktamar berlangsung ceramah-ceramah pada waktu malam diadakan di Stadium Melawati dan beberapa tempat sekitar kawasan berdekatan. Kesempatan ini telah diambil ADUN Bangi yang menjadi ahli Panitia Induk menempah tarikh Ceramah Perdana di Kompleks Sukan, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi pada 6 Jun 2009 (Sabtu).
Tokoh yang ditempah ialah YAB Datuk Seri Nizar Mohammad Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Datuk Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena.
Datuk Seri Nizar sebagai ikon semasa berjaya menarik lebih kurang lima ribu pendengar membanjiri padang Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Walaupun Datuk Mahfuz berhalangan dan tidak dapat datang, tetapi dengan tindakan segera, tempatnya dapat diganti dengan dua orang lagi penceramah yang tidak kurang hebatnya. Mereka ialah Sdr. Azman Safawi Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat dan YB Saudara Gobind Singh Deo Ahli Parlimen Puchong.
Sdr. Nizar dengan bersemangat memperincikan episod-episod peristiwa rampasan kuasa di Dewan Undangan negeri Perak dan kronologi perompakan pemerintahan negeri Perak oleh BN, termasuk kes-kes yang berkait dengan mahkamah. Beliau berpesan, "Baca lanjut
HARAPAN TUAN GURU PADA BANGI
Surau an-Nur Bandar Baru Bangi 14 J. Akhir = 8 Jun: Bangi tanah sejuk dan bertuah, terus berlempah dengan cahaya ilmu dan terus dikunjungi para ilmuan silih berganti. Demikianlah pada malam Isnin lalu surau An-Nur Bandar Baru Bangi dikunjungi tamu paling istimewa YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mursyidul Am merangkap Menteri Besar Kelantan diiringi oleh YBhg Dato' Dr. Harun Din sebagai wakil tuan rumah. Mengiringi maghrib, beliau telah berceramah berhubung dengan kegiatan ilmu yang dipimpinnya di Kota Bharu sebagai Bandar Islam dan mengharapkan kegiatan sedemikian berlaku di Bangi sebagai Bandar Ilmu. Kehadiran Tok Guru disambut para hadirin yang melimpah ruah di surau An-Nur. Beliau juga melancarkan pungutan derma bagi membantu Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Ustazah Zailah yang juga hadir bersama. Turut sama hadir ialah Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr Che Rusli Che Mat dan ADUN Bangi Dr. Shafie Abu Bakar yang bersama makan malam semeja dengan Tuan Guru.
Sekian.. tunggulah esok lusa ada lagi satu posting... ummu auni bolehlah ziarah ziarah selalu...
