Entry One:



Rupanya memang tak cukup kalau pergi sekali pesta buku, memang kena pergi dua kali, tahun lepas pun macam tu jugak, tahun sebelum tu pun macam tu jugak.... bila pergi takkanlah pergi window shopping jer kan mestilah book shopping...




Kami sampai di tempat parking ramai orang tengah berkerumun dengan ibu pejabat UMNO, rupanya mereka tengah menunggu keputusan mesyuarat MT hari tu, dalam ramai ramai tu mestilah jugak ada yang 'menyendeng nak mintak projek' nak 'merayu post itu dan ini' kot biasalah kepimpinan baru naik..


Dah Ummu Muhammad kepingin nak ambik gambar kat sini sangat. Tapi permintaan supaya saya capture gambar KJ takleh ditunaikan lah ( lagipun 'mamat' tu cepat sangat jalan). So sape sape yang jadi ahli UMNO PJS tu jangan jeleslah bila tengok gambar ni :P. Boleh ke gambar ni jadi bukti kalau nak minta projek apa apa ? :P


Ni kereta Perdana Menteri baru Malaysia. Presiden UMNO baru ni tengah nak masuk

Heran betul masa saya tekan capture gambar DS Najib ada lagi...tapi bila keluar gambar beliau dah hilang...patutlah DS Anwar pernah kata, kalau ada kes orang hilang tanya DS Najib!.

Dah habis semua kami pun terus lah aktiviti asal kami...pergi solat maghrib jumpa mozaba n family sampailah dah nak tutup pesta buku hari tu (minggu lepas tu macam tu jugak)




Apa yang dibeli pula minggu ni....



Entry Two:

Weekend lepas sempatlah membotakkan kepala amiir n ali , siapkan pasang tempat penyidai kain baru, basuh bilik air bla bla...dapatlah cover yang tak sempat dibuat minggu minggu sudah. plan asal nak mesin rumput tapi tertidur ngan anak anak pulak petang semalam.. yang tu tak tahu bila pulak nak buat minggu depan dan minggu sedepan lagi dah penuh dah jadual...

sebelum .................. nampak lawa aaa tapi kalau lepas mandi.. plus pagi pagi nak gi sekolah tak sempat sikat rambut...


selepas - muka cam tak happy jer............... dah dia tak nak sengih.. nak wat camner :P. Gambar Ali tak sempat nak capture...





Entry Three:

Tak lama lagi berakhirlah riwayat lagu di bawah

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,

Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti

Menikmati damai abadi


*********

Akan diganti dengan

Peraduan cipta lagu wawasan Najib



Peraduan cipta lagu wawasan Najib
Apr 27, 09 10:32am
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengadakan peraduan mencipta lagu '1Malaysia', wawasan baru yang sedang dipromosikan oleh perdana menteri.

rais yatimMenterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pertandingan lagu wawasan Datuk Seri Najib Razak itu sebagai simbol perjuangan rakyat pelbagai kaum di negara ini, lapor Bernama.

"Insya Allah, peraduan itu saya kira akan mendapat sambutan dan pemilihan lagu itu akan dapat kita putuskan mana yang terbaik," katanya selepas majlis makan malam dan pertandingan karaoke anjuran Kelab Rekreasi Warga Tua Kuala Klawang malam tadi.


*********

Tak tahulah ni sama ada salah satu projek lesung hindik bak kata MSO, "kipas kipasan" kata orang di negeri antah berantah

0 Response to " "