Dari Degup Jantungku

8/04/2004 9:55 AM by nuun
Petikan dari "Dari Degup Jantungku" oleh Menteri Besar Kelantan dan Al-Mursyidul Am PAS. Wad CCU, Tingkat 1, Institut Jantung Negara.


"Alangkah bermenafaatnya negara ini jika menerima saranan PAS untuk kembali kepada petunjuk dan pimpinan dari langit. Ubah perlembagaan UMNO dan ubah perlembagaan Malaysia. Letakkan al-Quran dan Hadith secara bertulis mengatasi segala-galanya. Dari situ, kita pun senang untuk berkerjasama. "

"Saya bimbang, UMNO cuma meniru sikap seorang yang bernama Abdullah bin Ubai. Orang ini pernah membina sebuah masjid yang dinamakan masjid Dhirar. Walaupun membina masjid itu baik tetapi apabila tujuannya tidak baik, maka ia tetap diarah untuk dibakar oleh Rasulullah s.a.w. Di sini, tokoh munafik ini berbuat baik untuk menudung (menutup) kejahatan. Bila di tegur oleh Rasulullah SAW,dia berdalih malah bersumpah(halaf) yang dia sedang mengusahakan kebaikan. Sebenarnya, dia hanya bermaksud mahu diterima kepimpinannya sedangkan dia masih tetap mahu mengkhianati agama Islam. Kerja ini hampir sama dengan kerja pemimpin UMNO. "

"UMNO isytihar Malaysia negara Islam tanpa apa-apa perubahan. Nampak mahukan negara di Islamkan. Tentulah ini sangat baik tetapi, al-Quran dan Hadith tidak mahu diterima. Ini Islam jenis apa? Mahu terap Islamlah dan mahu Islam hadarilah. "


"Saya tidak akan tutup mulut saya dari menegur mana yang salah kerana inilah jalan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. Ini bukan kerana saya berdegil tetapi saya kuat mempercayai bahawa Malaysia hanya akan selamat jika sedia kembali kepada Allah. Malaysia tidak akan menjadi Islam hanya dengan permainan istilah.Ia akan hanya berubah dengan ikhtiar dan kesungguhan setiap pemimpin untuk melaksanakan Islam."


"Di sini, kita boleh terus berbeda pendapat. Anjurlah majlis untuk bermuzakarah. Insya-Allah, kami akan hadir untuk bekerjasama. Islam memberi peluang yang seluas-luas untuk berdialog samaada dengan orang Islam atau Non-Islam. Samaada engkau yang benar atau kami yang benar(wa inna au iyya kum),ini semangatnya.

Akan tetapi, Allah S.W.T sangat berpesan kepada kita bahawa “jika kamu berselisih dan berbeda pendapat, kamu hendaklah kembali kepada kitab Allah dan rasulnya”dan bukannya Perlembagaan Negara. Selagi kita sedia berdialog untuk akhirnya kembali kepada petunjuk langit, saya tidak ada masalah. Jika tidak, dalam terbaring di hujung katil ini pun, saya akan tetap bingkas dan tidak mengalah. Biar gelung-gelung wayar ini menjadi saksi akan istiqamah seorang pemimpin parti pembangkang yang tetap enggan menyerah! "

0 Response to "Dari Degup Jantungku"