Sup Tangan Di Kelantan?

Teringat cik nuun statement seorang jiran berpaksikan dacing pernah kata... "kalau nak makan sup tangan silalah ke kelantan dan terengganu..." wah.. tersirap darah masa memula dengar.. sungguh berani dan angkuh...

This is taken from web wanzu..katanya dari a local paper...




Sedari tadi, cik nuun ralit baca political views on political websites.. yg nih quite caught my interest.. i quoted jawapan dari DaKL dalam website puteri UMNO (www.gtputeri.com)..

puak umno ni tak paham-paham juga...

zaman nabi dulu solat 5 waktu...
hari ni pun kita solat 5 waktu...

zaman nabi solat zohor 4 rakaat...
hari ni pun kita solat zohor 4 rakaat...

zaman nabi kalau kena najis muralazoh(najis berat), kena samak..
hari ni pun kena samak juga walaupun kini ada macam-macam sabun, wangian, produk tu..produk ni....
tapi ini adalah HUKUM...tetap kena samak juga...tak boleh basuh dengan sabun

zaman nabi dulu penzina kena rejam...
hari ni..pelakon VCD pramugara terlampau...kena apa..? hanya didakwa kerana 'berlakon' dan tidak didakwa berzina kerana undang-undang Malaysia iaitu PENAL CODE tidak ada kesalahan 'ZINA'...tidak ada sama sekali

zaman nabi dulu peminum arak kena hudud...
kenapa hari ni kena denda sahaja..?

Aku minta totok umno tolong jawab...

kalau kamu orang umno berani tukar hukum hudud jadi hukum penjara sahaja..
adakah kamu berani tukaq solat maghrib dari 3 rakaat jadi 1 rakaat...? berani dak..?

kalau kamu orang umno berani tukar hukum hudud jadi hukum penjara sahaja..
adakah kamu berani tukaq puasa dari sebulan puasa dibulan ramadhan kepada hanya setengah bulan sahaja..? berani ker..?

tak ada beza...solat dan puasa Allah suruh kita buat dalam Quran...Hudud juga Allah suruh kita buat dalam Quran...

hukum Hudud ni bukan ada kat rumah orang Pas sahaja, Dalam rumah orang umno pun ada ayat hukum hudud ni..ada dalam Quran....paham ker tak paham kena la mengaji....

sebagaimana solat, puasa, haji wajib...maka hukum hudud juga wajib

tapi puak sekular mengatakan kita akan ketinggalan 100 tahun ke belakang jika melaksanakan syarikat Allah...ini lah pemikiran sekular yang dibentuk oleh UMNO bagi menentang syariat Allah Taala

0 Response to "Sup Tangan Di Kelantan?"