the calm face, the soft speech, a knowledgable person. Moga akan lahir generasi penyambung usahanya... Innalillah.....
Ustaz Atiqullah Pondok Pasir Tumbuh meninggal dunia
Friday, February 06 @ 13:05:39 MYT
KOTA BHARU, 6 Feb (Hrkh) - Ulama terkenal di negeri ini, yang menjadi penggerak kepada institusi pengajian pondok tradisional Tuan Guru Atiqullah Yaakub, 57 meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
Beliau menghembus nafas terakhir di Hospital Pakar Perdana dekat sini, setelah dimasukkan ke pusat rawatan tersebut petang semalam, untuk menjalani pemeriksaan jantung.
Menurut anaknya, Ahmad Baihaki yang juga Adun Pasir Tumbuh Allahyarham kemudian ditahan di wad ICU hospital tersebut untuk rawatan lanjut.
"Allahyarham sedar sepanjang berada di wad berkenaan dan boleh berkomunikasi tanpa sebarang masalah dengan anggota keluarga. Bagaimanapun pagi tadi saya dikejut dengan panggilan telefon mengatakan ayah meninggal dunia," katanya di sini.
Allahyarham juga merupakan anggota jawatankuasa PAS Kubang Kerian dan merupakan Penguasa III Pondok Pasir Tumbuh yang dianggap terbesar di negara ini.
Jenazahnya akan disembahyang di masjid pondok terbabit selepas solat Jumaat dan dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan berdekatan.
Beliau meninggalkan sembilan anak, seorang balu dan tiga cucu. Adun Pasir Tumbuh merupakan anak sulung Allahyarham.
Beliau berasal dari Pasir Puteh dan menetap di pondok tersebut sejak berpuluh tahun lalu.
Turut menziarahi jenazahnya, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pemimpin PAS serta pegawai kerajaan.
Menteri Besar merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan kematiannya merupakan satu kehilangan besar kepada institusi pendidikan pondok di negara ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Haji Zulkapli Yaacub berharap institusi pondok terus subur biar pun telah kehilangan seorang penggeraknya. - MJ