Unreported event, punya lama peram...
.jpg)

Kad selamat Hari Ibu eh silap Selamat Hari Emak, kalau ikut apa yang amiir tulis lah...
Pemandangan dari Restoran Jejantas Sg Buluh. Waktu balik dari Tepeng. Esoknya amik flight pergi Langkawi
Pemandangan dari Awana Porto Malai. tempat Azhar Mansor menamatkan pelayaran mengelilingi dunia.
Repelling... challenge gak....jpg)
Laksa Langkawi, hari tu Geng Kain Pelekat menyerang. Rasanya tokei kedai tu boleh tutup seminggu kot lepas hari tu selepas dikunjungi oleh 2 buah bas, rombongan kami. Bolehlah tahan laksa dia. lokasi tepi airport Langkawi.
Balik dari Langkawi, masuk pejabat sehari, esoknya terus ke Marang dan 'mencelah; balik Kelantan sekejap. Masa tu Ummu Muhammad tak balik lagi ( dia balik dengan bas sebab tak dapat cuti, saya balik dengan amiir dan ali sajalah). Apa lagi melawat muziumlah.

Muzium pertama Muzium Negeri Kelantan. dalam muzium ni Ruang awalnya mempamerkan sejarah negeri Kelantan semenjak awal hingga kepada era moden.
Apa yang depa tengok tu....
Ni dalam Gua buatan dalam muzium tu..Pada bahagian setengah tingkat di atas pula diadakan pameran mengenai Seni Budaya Negeri Kelantan; termasuklah peralatan permainan wayang kulit, rebana ubi, makyong, menora dan lain-lain. Jom tengok mana yang sempat snap..
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Lepas tu kami pergi Muzium diRaja Kelantan pulak. Bangunan muzium ni asalnya adalah salah sebuah istana Sultan Kelantan.Istana ini telah menjadi tempat bersemayarn Sultan Yahya Petra , sebelum baginda ke Istana Kota Lama yang telah dijadikan tempat bersemayam rasmi Sultan Kelantan. Pada tahun 1969 Istana Batu ini dijadikan istana rasmi kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota iaitu Tengku Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra yang kemudiannya menjadi Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darulnaim.
Bangunan depan Istana Batu...jpg)
Gambar Takhta Kerajaan Negeri Kelantan. Salah satu pameran dalam Muzium ni
Gambar Pertabalan Sultan Kelantan.
Katil dan koleksi keris.jpg)
Terdapat juga pameran anak anak Sultan. Yang menarik perhatian saya tentulah Pameran mengenai Pemangku Raja Kelantan :).Antara gambar gambar Pemangku Raja sewaktu melawat rakyat.
.jpg)
Kalaulah ada orang boleh tunjuk Raja lain langgar protokol macam ni kecuali yang kat bawah ni lah .

Lepas tu Kami Solat Asar di Masjid Muhammadi.Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad ke-IV. Masjid ini telah dibina pada tahun 1867 dengan menggunakan kayu-kayu yang terpilih.
Masjid ini mengalami kerja-kerja pengubahsuaian dan pembesaran pada tahun 1959, 1968, 1976 dan 1987. Luas keseluruhan masjid kini adalah 10,600 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 2,400 orang ahli jemaah.
Gambar lama MasjidMuhammadi- Kredit kpd PemilikAsal
Bangunan luar Masjid gambar 2010. Dan di dalam masjid seusai Solat Asar
Lepas tu kami ke Kg Kraftangan.jpg)
Oklah. Maklumat lanjut mengenai semua muzium muzium ni boleh didapati di sini.
Habis bab tu. Kita pergi melawat ke tempat lain pulak...
Lawatan ke Memorial Tun Abdul Razak - adalah satu hari tu selepas habis kursus awal. sementara tunggu Ummu Muhammad habis kerja, solat di Masjid Negara dan melawat ke Memorial ni dulu...

Memorial ni asalnya adalah Bangunan Sri Taman iaitu kediaman rasmi Tun Razak dari tahun 1962 sehingga beliau meninggal dunia pada bulan Januari 1976.

Kemudiannya didiami oleh Tun Hussein Onn sehingga beliau meletak jawatan 1981.
Selepas itu ianya dijadikan Memorial Tun Abdul Razak
Gambar sewaktu majlis perasmian memorial TARMasa dibuat dulu kalau tak silap saya ianya adalah untuk kediaman rasmi Perdana Menteri, tapi Tunku tak mahu pindah dari Residensi( sekarang ni Memorial Tunku Abdul Rahman - bersebelahan dengan Memorial Tun Hussein Onn).
Petang tu saya tak pergi masuk bangunan utamalah, saya pergi dekat Dewan Pameran 2
Apa yang signifikan kat sini? Pejabat Tun Razak mengikut susunan sewaktu beliau bertugas dahulu.
ni Gambar asallah
Ni susunan sekarang...Maklumat lanjut mengenai memorial ni boleh didapati di sini dan di sini
























