16 Oktober 2009 - Jumaat

Sambutan Hari Raya T* Ibu Pejabat. Antara menu eskrem, roti nan, tandoori, rojak, mihun, rendang, nasi impit, kerepek bla bla bla..Tahun ni makanan nampak berlebih sangat sampai berpusu pusu orang beratur bawa plastik untuk bawa balik sate kajang, mihun dsb.

17 Oktober 2009 - Sabtu

Tujuh (7) jemputan rumah terbuka termasuk 1 kenduri jiran yang bakal menunaikan haji - yang sempat pergi 4 tu pun sampai berusung usung dah tiga heroes tu pergi rumah mama wafi. Petang lepas solat Asar kena pergi stadium pulak persiapan untuk Hari Terbuka. Sampai tengok tengok sepuluh(10) khemah nak kena usung dari tempat parking ke tengah padang, camne boleh miscommunication dengan MPKJ nih!

Berat Satu satu khemah mau dekat setengah tan kot...

Maghrib baru habis, tu pun selepas minta tolong geng geng bola kat padang tu.



18 Oktober 2009 - Ahad

Hari Terbuka Pakatan Rakyat Kompleks Stadium Seksyen 15 BB Bangi


Suasana persiapan pada sebelah pagi. Sebelum pergi stadium pekena dulu ubi rebus dan kelapa parut rumah ust jamir, lama sungguh tak makan menu tu.

Rumah Terbuka tahun ni menu apa pula untuk pengunjung?


Buah buahan

Abg Agus dan Roti Pop nya.... memang Sedap !!!

Rojak buah, bagi yang tak mahu makan buah sahaja.

Murtabak dan Roti canai pun ada... Errr...Cawangan kami buat apa tahun ni?

Mestilah Kambing !!!!. Jamuan bermula kul 2 tapi bila jam menunjukkan pukul 2 dah habis dah gulai, nak buat macam mana orang dah start kerumun dan makan dari lepas zohor lagik... Selain dari makan, majlis diserikan dengan acara kuiz dan juga acara yang paling ditunggu tunggu oleh kanak kanak- penyampaian duit raya... apa lagik....


Suasana luar khemah dan dalam opsss bukan dalam tapi bawah khemah



Ada yang bentang tikar sebab terlalu 'sardin' bawah khemah, sekali tengok macam gi piknik laks...

Yang tak bawak tikar nasiblah... :P

Pukul 330 terpaksa menguzurkan diri untuk balik bersiap sebab kul 6 nak ke LCCT pulok. Gganung Kite...

Sampai di Gganung dekat pukul 10, terus ke tempat Majlis Hari Raya untuk kakitangan baru T*. Sempat jumpa dengan ayah pengurus PASTI Ar Raihan Puchong ( Nama dirahsiakan :P )
Sketsa daripada kakitangan kursus

19 Oktober 2009- Isnin
Program dengan peserta kursus.


Pemandangan dari tempat tidur - menghadap laut china selatan... Sebelum balik singgah di 'port' baru untuk keropok lekor, khabarnya Raja dan orang orang besar pun pesan dari sini untuk dibawa ke KL. Banding dengan 008 Kelulut dan L**s**g, Boleh tahan juga sedapnya, lokasi depan Sekolah Ibrahim Fikri dekat dengan rumah Tok Teh Amiir. Sapa pergi Gganung lepas ni bolehlah singgah kalau datang dari airport.



20 Oktober 2009 - Selasa

Pagi ada seminar di Subang ( dah start update dalam FB) Petang terus ke bertolak Taiping.


From Taiping With Love...... :P

Hajat di hati nak cari Doli.. jenuh pusing tapi tak jumpa (buat malu jer...pegi taiping berkali kali tapi tak jumpa cari Doli), last last Bihun Banjir Udang Mak Teh ajerlah..


21 Oktober 2009 - Rabu

Program di Taiping

- Muzium Taiping -Sampai sudah tak jumpa jugak cari Doli - Kuala Kangsar - Galeri SAS - Bangi

22 Oktober 2009 - Khamis

Satu Hari Conference di Lembah Tengah

23 Oktober 2009 - Jumaat

Jalan Semarak

24 Oktober 2009 - Sabtu

Seremban - Pre Deployment Projek

25 Oktober 2009 - Ahad

Bandar Sri Damansara

26 -27 Oktober 2009 - Isnin-Selasa

Workshop Taman Tun, Sempat lari kejap pergi Telaga Biru jumpa Ust Zahazan

Pemandangan ruang pameran tbsb


28 Oktober 2009 - Rabu

Tingkat 40 -29 - 32

Pemandangan dari Tingkat 40 menghadap Selatan Yang merah tu Plaza Pantai. Maaflah ni ajer yang ada dalam Nokia dari tingkat lain (eg. Dalam Bilik CEO, Di Tingkat 50 dll semua dah tak ingat letak mana)

29 Oktober 2009 - Khamis

Hari ni lah :P


Maaf sebab lama tak update, tak sempat. Insya Allah sebelum mula projek H1109 ni saya akan cuba update dengan lebih keraplah blog ni. Tengah nak persiap yang tu dulu...

La ni baru berjinak jinak dengan FB ( jangan gelak), tu pun lepas baca cerita prof Kamil Ghupenya samalah saya sebelum ni denial syndrom jer dengan Fb, sekali daftar log in sesat dalam FB.

Lepas ni latest update banyak saya akan buat dekat FB. Update yang sikit sikit sahaja saya akan update di sana. yang panjang masih lagi di sini. Di FB agak senang sebab saya perasan bila pakai Nokia masa untuk access ke FB lagi cepat banding masa untuk access blogger.

Twitter bila lagik?

Sabar ..........satu satu........

Apa alamat FB saya?

Carik Sendirik :P
1. Rasulullah s.a.w bersabda:

Siapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.’ (Riwayat Syaikhan dari Abu Hurairah)

2. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)

3. Rasulullah Bersabda dalam hadis yang lain pula:

……..Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi,wa ridhaka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi’(Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘ArasyNya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (Hadis riwayat Muslim)

4. Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingatinya.

Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

5. Semut dan katak juga berzikir kepada Allah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?

6. Dari Juwairiyah binti Al Harits isteri Nabi SAW r.a katanya :
Nabi SAW keluar dari rumahnya pagi-pagi setelah selesai solat Subuh, dan Juwairiyah masih berada di tempatnya solat. Setelah waktu Dhuha Rasulullah SAW pulang sedangkan Juwairiyah masih duduk di tempatnya semula. Rasulullah bertanya kepadanya, “Apakah engkau sentiasa duduk (berzikir) seperti itu sejak kutinggalkan tadi?” Jawab Juwairiyah, “Betul, ya Rasulullah!” Sabda Nabi SAW, “Aku hanya mengucapkan empat kalimat sebanyak tiga kali semenjak itu, yang kalau ditimbang dengan apa yang kau baca dalam zikirmu sejak tadi, nescaya sama berat. Kalimat itu ialah: ‘Subhanallahi wa bihamdihi 'adada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata arsyihi wa midadi kalimaatihi.’” (Sahih Muslim Bab - Zikir, Doa, Taubat , IstighfarNo Hadis – 2348)
Kita bila lagi??? paling kurang pun baca sahaja no 6 di atas...
Credit to Pengarang Asal email ini..........

"Saya pernah bertanya dengan seorang doktor haiwan dari nigeria (Abdul Qadeer) yang kebetulan satu kursus dengan saya sekarang.

Negara Nigeria mempunyai komposisi yang sangat ketara iaitu bahagian utaranya (14 negeri) didiami oleh masyarakat muslim dari keturunan Hausa sementara bahagian selatan didiami oleh penduduk kristian.

Saya bertanya mengenai kadar jenayah (crime rate) di kawasannya.
Dia kata sangat-sangat rendah.
Sangat rendah yang bagaimana?
Kami boleh tidur pada malam hari tanpa menutup pintu.
Wallahi?
Wallahi.

Undang-undang apa yang kamu pakai?
Undang-undang Islam.
Kalau orang mencuri pun, ada keadaan-keadaan yang tidak membolehkan 'hukum potong tangan' dijalankan.

Bolehkah kita di Malaysia, tidur tanpa menutup pintu pada malam hari?
Bahkan perkara pertama yang kita lakukan apabila masuk rumah adalah menutup pintu dengan segala selak dan penyendal yang ada.

Kerana apa? Kita semakin rasa tidak selamat.

Apakah petunjuk yang menyatakan kita tidak rasa selamat?

Terlalu banyak. Tindakan penambahan CCTV di jalan dan tempat-tempat tertutup, pembelian mitsubishi lancer sebagai kereta peronda polis kununnya untuk mengurangkan kadar peragut jalanan, penambahan polis penyiasat, penambahan kadar jenayah yang semakin luarbiasa, peningkatan kos perbelanjaan perniagaan dalam isu keselamatan bahkan penambahan syarikat penyedia keselamatan seperti ADT dan syarikat sekuriti adalah penanda aras bahawa rakyat Malaysia semakin rasa tidak selamat.

Semasa kes Nurin Jazlin dibunuh dengan kejam, banyak emel yang saya terima mengenai doa untuk mengelakkan diri sendiri atau anak perempuan di rogol.

Mengapakah hanya kita yang mesti meningkatkan itu dan ini, sedangkan bakal-bakal penjenayah tidak pernah rasa takut untuk melakukan jenayah, tidakkah pernah terdetik dalam fikiran mereka..sebagaimana yang dikatakan Hadith Rasul(SAW) seseorang tidak akan mencuri sehingga keluar IMAN dalam dirinya atau seseorang tidak akan berzina sehingga keluar IMAN dalam dirinya..?

Apakah mencukupi dengan memasang sebesar-besar papan tanda yang berbunyi "bebaskan diri anda dari budaya jenayah" untuk "memujuk" , "merayu" secara diplomasi bakal-bakal penjenayah untuk tidak melakukan jenayah?

Sebuah papan tanda yang besar di simpang jalan Bagan Datoh tidak mampu menahan rumah Pak Imam yang hanya 10 meter dari surau dari dirompak oleh seorang penjenayah pada ketika dia sedang khusyuk mengimamkan solat tarawikh yang baru lepas.

Apakah ini yang difikirkan oleh peragut di T'ganu yang meragut seorang ibu mengandung sehingga maut hanya kerana RM2 di dalam tas tangannya?

Bukankah lebih baik sekiranya papan-papan tanda ini berbunyi sedemikian " Janganlah anda mencuri harta-benda orang lain kerana hukuman potong tangan akan disabitkan sekiranya ada bersalah. Sekiranya anda terpaksa mencuri kerana sangat-sangat kelaparan disebabkan apa juga alasan sila pergi ke rumah tok Imam yang dibuka 24 jam untuk membantu anda."Sekiranya anda pernah mencuri sebelum kuatkuasa undang-undang ini, pulangkanlah harta benda tersebut, mohon maaf dan bertaubatlah kepada Allah SWT kerana segala dosa yang pernah dilakukan kecuali syirik akan mendapat pengampunan Allah SWT. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang bertaqwa."

Utopia?
Undang-undang syariah Islam pernah dilaksanakan semasa Kesultanan Melayu Melaka semasa zaman kegemilangannya. Ia lenyap disebabkan penjajahan, pemahaman sempit, ketidakupayaan umat Islam sendiri yang hilang jati diri dan faham sekularisme pemimpin-pemimpinny a sendiri.

Oleh yang demikian saya mengajak dan menyeru keseluruhan umat islam yang berada dalam ***** agar cuba MEMAHAMI konsep undang-undang Islam yang sebenar, MENGHAYATI, DAN MELAKSANAKAN bahawa hak untuk mengamalkan hukum Islam yang sebenar adalah hak umat islam yang telah lama dinafikan. Ia adalah "social right", "the right of practising one's religion" yang telah lama secara sedar atau tidak kita tinggalkan dan kita relakan untuk tidak melaksanakannya bagi diri kita, keluarga, masyarakat dan negara.

Sekian, Wasalam.

Sunnah yg dianjurkan pada hari Jumaat


Hari jumaat adalah sebaik-baik hari dan hari yang mulia. Digalakkan umat islam mengisi dengan amalan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Tetapi malangnya sebahagian umat ini seakan meremehkan perkara - perkara yang disunnahkan dilakukan pada hari jumaat.Sikap malas sebahagian umat ini banyak pula kesalahan dilakukan dan sunnah pula diabaikan. Disini saya akan sertakan beberapa sunnah yang sepatutnya dilakukan:
1. Disunnahkan bagi imam membaca dua surat as-Sajdah dan al-Insan secara sempurna pada solat fajar (subuh) di hari Jumaat, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam, dan jangan memendekkan ketika membaca kedua surah ini sebagaimana yang sering dilakukan oleh sebagian imam.
2. Disunnahkan bagi seseorang untuk memperbanyak berselawat atas Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam, sebagaimana hadits Aus bin Aus radhiyallahu ’anhu, dari Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam :

"Sesungguhnya seutama-utama hari atas kalian adalah hari Jumaat, di dalamnya Adam diciptakan dan didalamnya beliau diwafatkan. Di dalamnya sangkakala ditiup dan di dalamnya makhluk-makhluk mati bergelimpangan" . Maka perbanyaklah kalian berselawat atasku, kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku." [HR Ahmad dan Ashhabus Sunan, dishahihkan oleh an-Nawawi dan dihasankan oleh al-Mundziri] .

3. Solat Jumaat itu diwajibkan atas setiap laki-laki yang merdeka, mukallaf, muslim dan menetap. Solat jumaat tidak wajib atas musafir yang atasnya qosor di dalam solatnya, dan seorang budak serta wanita, namun barangsiapa diantara mereka ini menghadiri solat Jumaat maka mereka tetap mendapatkan pahala. Kewajiban solat jumaat menjadi batal dengan sebab adanya udzur (yang syar’i) seperti sakit atau dalam keadaan khouf (perang berkecamuk). [Asy-Syarhul Mumti’ V/7-34].
4. Mandi pada hari jumaat termasuk tuntutan Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam sebagaimana dalam sabda beliau ’alaihi Sholatu wa Salam :

"Apabila salah seorang dari kalian hendak mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi." [Muttafaq ’alaihi].

5. Berperfum, bersiwak dan berpakaian dengan pakaian yang terbaik termasuk adab seorang muslim di hari Jumaat. Dari Abu Ayyub beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

"Barangsiapa mandi pada hari Jumaat, menggunakan minyak wangi yang ia miliki dan memakai pakaiannya yang terbaik, kemudian ia keluar dan berjalan dengan tenang (perlahan-lahan) sampai tiba di Masjid, lalu ia ruku’ (solat) yang tampak baginya dan ia tidak mengganggu seorangpun, lalu ia diam ketika imam keluar sampai menunaikan solat, maka baginya kaffarah (pelebur dosa) antara jumaat satu dengan jumaat lainnya." [HR Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah].

Dan Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ’anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

"Haruslah mandi pada hari Jumaat bagi setiap orang yang mimpi, lalu bersiwak dan berparfum dengan minyak wangi semampu yang ia miliki." [HR Muslim].

6. Disunnahkah bergegas untuk menunaikan solat Jumaat yang mana sunnah ini seakan-akan telah mati saat ini, semoga Allah merahmati mereka yang masih menghidupkan sunnah ini. Dari Abu Hurairoh Radhiyallahu ’anhu dari Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam beliau bersabda :

"Apabila tiba hari Jumaat, para malaikat berdiri di pintu-pintu Masjid, mereka menulis orang-orang yang datang pertama kali. Permisalan orang yang datang pada awal Jumaat bagaikan orang yang berkurban seekor unta, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor sapi, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor domba, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor ayam, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban sebutir telur. Apabila imam telah keluar dan duduk di atas mimbar, para malaikat berbondong-bondong beranjak dari barisan mereka, lalu mereka duduk untuk mendengarkan khutbah." [Muttafaq ’alayhi].

7. Disunnahkan bagi seorang muslim untuk menyibukkan diri dengan solat, zikir dan membaca al-Qur’an sampai imam keluar. Hadits Salman dan Abu Ayyub sebelumnya sebagai dalil atas hal ini.
8. Wajib diam ketika khutbah dan berkonsentrasi dengan apa yang dihuraikan di dalam khutbah. Dari Abu Hurairoh Radhiyallahu ’anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

"Apabila engkau berkata kepada temanmu : "diamlah" pada hari Jum’at sedangkan imam tengah berkhutbah, maka telah engkau sia-siakan (Jum’atmu)" [Muttafaq ’alayhi].

Ahmad menambahkan di dalam riwayatnya : "Barangsiapa yang (melakukan hal yang) sia-sia maka ia tidak akan mendapatkan pada Jum’atnya sesuatu apapun." Di dalam riwayat Abu Dawud : "Barangsiapa yang (melakukan perbuatan) sia-sia atau membuat-buat garis, maka ia telah mengesampingkan (pahala)." [dishahihkan oleh Ibnu Khuzaimah]
9. Disunnahkan membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat sebagaimana hadits Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu ’anhu beliau berkata : Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah terangi ia dengan cahaya diantara dua jumaat." [HR al-Hakim dan Baihaqi, dishahihkan oleh al-Albani].

10. Tidak diperbolehkan melakukan safar pada hari Jumaat bagi orang yang diwajibkan solat Jumaat sebelum menunaikannya setelah masuk waktunya. [Zaadul Ma’ad I/382].
11. Dibenci (dimakruhkan) berpuasa pada hari Jumaat secara bersendirian dan solat pada malamnya, sebagaimana hadits Abu Hurairoh Radhiyallahu ’anhu dari Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam, beliau bersabda :

"Janganlah kalian mengkhususkan malam Jumaat dengan solat dan jangan pula mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa daripada hari-hari lainnya, kecuali puasa yang biasa kalian laksanakan." [HR Muslim].

12. Wajib bagi yang berkeinginan untuk berpuasa pada hari Jumaat untuk menyertainya dengan puasa sehari sebelum atau setelahnya, sebagaimana hadits Abu Hurairoh Radhiyallahu ’anhu dari Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam, bahwasanya beliau bersabda :

"Janganlah salah seorang dari kalian berpuasa pada hari Jumaat kecuali disertai dengan puasa sehari sebelumnya atau setelahnya." [Muttafaq ’alaihi dan lafazh ini lafazhnya Bukhari].

13. Adapun sunnah pada hari Jumaat, maka telah datang hadits (yang menerangkan) bahwasanya Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam melakukan solat dua rokaat setelah Jumaat (Muttafaq ’alayhi), dan datang pula sebuah hadits bahwasanya Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam memerintahkan bagi orang yang hendak solat setelah jumaat untuk solat sebanyak empat raka’at. (HR Muslim). Ishaq berkata : "Apabila beliau solat di dalam masjid pada hari Jumaat maka beliau solat empat raka’at, dan apabila solat di rumah maka beliau solat dua roka’at." Abu Bakr al-Atsram berkata : "Kesemua hal ini boleh dilakukan." [al-Hadaa`iq karya Ibnul Jauzi II/183].
14. Apabila seorang muslim masuk ke dalam Masjid pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, hendaklah ia solat dua rakaat yang ringan sebelum duduk, sebagaimana hadits Jabir bin ’Abdillah Radhiyallahu ’anhu beliau berkata : "Sulaik al-Ghothfani datang (ke Masjid) pada hari Jum’at dan Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam tengah berkhutbah saat itu lalu ia langsung duduk. Maka Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam bersabda :

"Apabila salah seorang dari kalian masuk (ke Masjid) dan Imam tengah berkhutbah, maka solatlah dua raka’at lalu duduklah." [HR Muslim].

15. Disunnahkan bagi imam untuk membaca pada solat jumaat dua surah : yaitu al-Jum’ah dan al-Munafiqun, atau al-’A’laa dan al’Ghoosyiah, karena Nabi Shallallahu ’alaihi wa Salam membacanya. [HR Muslim].
Rujukan:
1. Lihat QS az-Zumar : 68,
2. Dengan memisahkan duduk atau menempati duduk seseorang atau melewati pundak-pundak jama’ah yang duduk,
3. Maksudnya membuat-buat garis di lantai masjid ketika khutbah, atau perbuatan serupa seperti bermain-main baju, memijat-mijat tangan supaya bunyi, atau lainnya yang menunjukkan sikap tidak konsentrasi dengan khutbah.
[ Sumber ini diambil dari Maktabah Abu Salma- Ebook Fikih & Adab ]
Raya 2009

Malam Raya.... main bunga api kat rumah Mak Tuk...



Ni dah sampai kat rumah Tok Ma, Raya Kedua, tengah tengok Geng Upin dan Ipin....Gambar pagi raya, tak de dalam henpon takleh lah nak share..

Main bunga api mana boleh miss, acara wajib ni


Ni kat Terengganu rumah Ngah Muhammad...

Gambar ni dan seterusnya diambil dalam kereta waktu balik semalam. Rasanya sekarang anda boleh tahulah kenapa Ummu Muhammad selalu pening kepala bila naik kereta especially kalau travel jauh.. boleh tengoklah apa depa buat....

Berebut apa tah...

Believe it or not?
1. Sempena 'Eid yang bakal disambut nanti jom kita tengok sebahagian daripada koleksi kad raya yang dihantar oleh pemimpin. Kalau anda pun teringin nak dapat kad raya dari mereka, hantarlah dulu kad raya anda, awal awal puasa nanti insya allah dapatlah tu jawapan balas daripada mereka. Alamat boleh pakai alamat rasmi mereka lah (e.g Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri bla bla)

Credit to JamilKucing















2. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, moga moga Eid kali ini disambut dan diraikan dengan perubahan dan kebaikan hasil dari latihan selama sebulan dalam bulan Ramadhan. dalam kita gembira menyambut 'Eid Jangan lupa juga pada insan yang diuji untuk tidak begitu gembira antaranya:

a. Kisah 1
b. Kisah 2
c. Kisah 3

3. Hari Raya Pertama kami akan beraya di Bangi, Kedua dan seterusnya di Kelantan dan Terengganu, jemputlah kalau ada yang masih di Lembah Klang pada waktu tu. (Kalau tak mahu pergi beraya dengan Perdana Menteri ataupun DS Anwar lah)

4. Tahun ni kemungkinan besar macam tahun lepas juga, Rumah Terbuka secara rasmi tak ada tapi rumah kami memang sentiasa bersedia untuk dikunjungi kecuali waktu kami balik kampunglah. Tapi insya Allah kami bercadang untuk menjemput juga anda ke rumah cuma tak pasti lagi bila, yang pasti lepas rayalah insya Allah. :), sekarang puasa lagi lainlah kalau iftar.

5. Mana mana sahabat yang berhari raya di Kelantan boleh juga kalau nak bertandang ke rumah Tok Ma dan dijemputlah kalau berkelapangan masa dan jalan.



6. Sekali lagi Salam 'Eidul Fitr dari kami sekeluarga, mohon maaf atas segala dan silap kami kalau ada sepanjang kami bermuamalah dengan anda semua.

Ikhlas dari...

1. abu amiir
2. ummu muhammad
3. muhammad
4. amiir husaini
5. 'ali huzaifi

note:

1. Bilalah nak load gambar family ni... :P
2. Adab adab dan Hukum HakamBerhari Raya

Kalau Tidak Berkesempatan Baca Harakah - Part 7

Nostalgia corat-coret Aidilfitri pimpinan PAS
Azamin Amin
Tue | Sep 15, 09 | 10:14:43 am MYT

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Mengacah meriam buluh dan bergasak mengumpul duit raya walaupun 10 sen cuma antara rakaman kehidupan yang tidak dilupakan mereka yang kini sudah bergelar pemimpin. Hakikatnya mereka juga orang biasa, yang punyai memori Aidilfitri sama seperti yang lain.

Seperti AJK PAS Pusat Haji Mohammad Sabu, yang ketika kanak-kanaknya terpaksa memakai baju sekolah sebagai baju raya kerana kemiskinan. Namun dalam serba kedaifan, mampu kumpul duit raya yang banyak lantas ke pekan berhampiran untuk menonton wayang.

Walaupun tika itu comot dan tidak bersikat, jauh sekali anak gadis jatuh minat namun baginya Syawal cukup seronok dan mengujakan!

Bagi Presiden Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Seluruh Malaysia (Anak) dan bekas AJK PAS Mazlan Aliman pula, tidak dapat dilupakan zaman kecilnya ketika demam dan sakit di bulan Ramadan

Apa tidaknya, malu terasa apabila neneknya mengikat tali kasut di lehernya, sebagai petua mengelak muntah dan bayangkan apabila rakan-rakan menziarah. Tebal mukanya.

Lain pula kenakalan zaman budak-budak Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli terasa begitu berselera dan hampir berbuka puasa hanya semata-mata kerana melihat kerak kuih sepit.

Begitu juga 'kerajinan' Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar bermain mercun dan 'melawan' meriam buluh paling kuat tanpa menghirau bahaya dan sering mengunjungi rumah terbuka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kedah ketika zaman remajanya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula tidak lupa kesusahan yang dilaluinya sehingga tidak mampu membeli baju raya untuk isteri tercinta dan istimewanya, kini isteri beliau masih menerima tempahan menjahit baju raya walaupun Salahuddin bergelar Ahli Parlimen.

Bagi Pengarah Urusan Harakah Dato' Kamarudin Jaffar menceritakan pengalamannya kerana tuntutan masa dan pengajian memaksanya berhari raya di asrama Malay College Kuala Kangsar (MCKK) sejak tingkatan satu dari tahun 1964 sehinggalah 1970.

Image"Kami beraya di rumah guru-guru dan warden, walaupun terpaksa berjalan kaki dari rumah ke rumah yang cukup jauh dan penat, kami tetap seronok dan semangat Raya itu ada.

"Zaman itu cuti pendek. Tak dapat untuk balik kampung," katanya yang juga berhari raya selama menuntut di United Kingdom.

10 sen cukup tinggi nilainya

Beliau yang menganggotai Persatuan Pelajar Islam London pernah menganjurkan solat Hari Raya di Malaysian Hall dan dan melahirkan rasa pilu bila kedua-dua ayah bonda telah pergi kerahmatullah ketika menuntut di UK.

Kini beliau beraya bersama keluarga dan seorang cucu yang menjadi teman hiburnya.

Zaman kecilnya sama seperti yang lain, berjalan mengutip duit raya walaupun setiap rumah kadarnya sejumlah 10 sen cuma.

"10 sen boleh membeli bukan setakat ais krim tetapi macam-macam lagi.

"Dulu saya main meriam buluh pakai karbait tetapi taklah sampai putus tangan seperti sekarang ini. Dulu cerita putus-putus ni tak da...," katanya yang kini seorang Ahli Parlimen Tumpat.

Beliau bersyukur kerana berpeluang berbuka puasa, bertarawikh dan solat subuh bersama penduduk di sekitar Parlimen Tumpat walaupun tidak dapat memenuhi semua jemputan kerana mempunyai 4 Dun dan kawasan yang cukup luas. Sungguhpun begitu ketua-ketua kampung dan pimpinan peringkat cawangan dapat beliau raikan.

Kali ini beliau akan beraya di Kuala Lumpur memandangkan isterinya uzur dan akan memaklumkan kepada umum, Rumah Terbukanya di Tumpat.

"Saya ucapkan Salam Aidilfitri dan mahu rakyat menyambut hari lebaran dengan mendekatkan diri kepada Allah di samping memperbaiki kehidupan dunia dan akhirat.

"Saya menyeru umat Islam akan terus bersama perjuangan Islam dan bersama PAS sebagai harapan rakyat untuk alternatif yang baru...dan parti ini mampu mengisi harapan rakyat itu," jelasnya mengakhiri perbualan.

Seiring dan senada ucapan itu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali juga turut merakamkan Selamat Hari Raya kepada semua pendokong dan ahli PAS kerana telah menjalani proses pentarbiyahan dalam bulan ujian penuh berkah ini

"Manfaatkan Ramadan dan Syawal yang menjelma dan jangan lupa tanggungjawab sebagai pejuang Islam di samping menjaga etika jemaah Islam.

"Menjadikan diri contoh Islam yang baik dan jangan lupa perjuangan yang terdekat ini di Bagan Pinang,"katanya ringkas akibat keterbatasan masa dan kesibukan tugas.

ImageBagi Ahli Parlimen Kuala Terengganu Mohd Wahid Endut yang berkongsi cerita dengan Harakahdaily berkata beliau menghadapi 'masalah' untuk pusing dan jelajah seluruh masjid di kawasan Parlimen Kuala Terengganu yang mempunyai 36 buah masjid termasuk DUN Wakaf Mempelam yang ada 15 buah masjid kesemuanya.

'Mereka sayang wakil rakyat'

Adakalanya sukar untuk memenuhi jemputan Iftar berbuka puasa dan solat tarawikh di masjid terbabit yang terlalu banyak dan mengambil sikap 'first come-first serve' iaitu mana yang menjemput lebih awal, itulah yang dipenuhi terlebih dahulu.

"Ada juga yang merajuk ...kata tahun lepas YB dah ke sana, bila nak datang sini pula...saya faham mereka sayang kepada wakil rakyat tetapi terpaksa mohon maaf," katanya sambil bergurau tentang tubuh fizikalnya yang semakin sihat di bulan Ramadan ini.

"Bulan Puasa ini terasa makin sihat kerana makan pun sedikit dan mana seluar yang ketat dah boleh pakai," katanya sesekali ketawa.

Beliau akan berhari raya di Seberang Baruh di Dun Wakaf Mempelam dan terpaksa 'menangguhkan' konsep rumah terbuka kerana lazimnya di Terengganu pada Hari Raya kedua, jemputan kenduri kahwin dan kesyukuran terlalu banyak sekaligus sukar untuk beliau membuat rumah terbuka kepada umum kerana perlu memenuhi jemputan.

"Selamat Hari Raya kepada para pengundi dan rakyat yang saya wakili di Parlimen Kuala Terengganu dan DUN Wakaf Mempeleam.

"Kita selepas ini bukan sahaja nak menghadapi Hari Raya tetapi pilihan raya. Oleh itu, bersedialah untuk bekerja keras selain bergembira di Hari Raya,"katanya yang akan ke Negeri Sembilan esok bersama Presiden PAS untuk persiapan menghadapi pilihan raya DUN Bagan Pinang.

Lain pula cerita Mantan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin tentang pengalaman manisnya ketika Ramadan tahun lalu. Image

Pengalaman paling manis ialah ketika menjadi Menteri Besar Perak di bawah kerajaan negeri Pakatan Rakyat sewaktu menganjurkan Majlis Iftar dan solat tarawikh di Dataran Bandaraya Ipoh.

"Cukup menyemarak Ramadan itu bilamana penduduk dan rakyat Perak berpeluang berbuka puasa di tengah-tengah bandar Ipoh sambil menjamu selera juadah berbuka yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri.

"Seronok melihat orang bukan Islam, Mat-mat rempit, kutu rayau, remaja yang bersidai, lepak sampai bawa makwe datang berbuka sekali lepas itu mereka pun cabut...,"katanya ketawa.

Beliau menjelaskan setiap hari di bulan puasa, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah lebih 500 bungkusan makanan percuma kepada orang ramai yang datang berbuka puasa dan di samping itu, beliau turut diundang menjadi imam solat tarawikh dan menyampaikan tazkirah.

"Dalam bulan Ramadan, saya cuba penuhi jemputan di masjid-masjid di seluruh Perak. Hanya awal-awal dulu berbuka bersama keluarga selebihnya bersama rakyat di Perak

"Alhamdulillah stamina, Allah izinkan kekuatan diberikan untuk menjelajah.

"Saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh rakyat Perak, pendokong Islam dan PAS dan Salam Bubar DUN Perak !" katanya yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang.

Makan serdak, saki baki kuih raya

Biarpun sudah seminggu Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Tantawi demam dan berehat di rumah, namun beliau tetap gagah bercerita kepada Harakahdaily imbauan kenangan lama menyambut Aidilfitri di rantauan orang selama 10 tahun.

Ketika itu beliau melanjutkan pelajaran di Syria dan Mesir, dan hanya pada tahun 1997, kembali ke tanahair meraikan bersama keluarga dirindu.

Berbeza di negara timur tengah ini, katanya orang Arab berpesta hanya pada bulan Ramadan dan menjalani kehidupan seperti biasa dan 'sepi' kembali tatkala masuk hari raya kedua.

"Kenangan paling indah, apabila keluarga hantar kuih-kuih raya kepada kami di sini dan bila sampai semuanya sudah hancur... dan serdak kuih dan biskut raya itulah nikmat yang kami rasai di hari raya.

"Mana tidaknya, kuih raya ini berada dalam sebulan atau tiga minggu perjalanan sebelum sampai ke tangan kami.." katanya dengan nada yang serak akibat demam.

Sementara itu beliau menyeru pendokong gerakan Islam dan PAS agar benar-benar terima dan menghayati "Madrasah Ramadan" atau "University of Ramadan" supaya menjadi mujahid yang bertaqwa.

Pesannya bahawa kemenangan Islam itu pasti sebagai pernah dicapai oleh generasi terdahulu dan umat Islam mesti menang daripada ideologi yang dicipta oleh manusia.

"Jiwa yang menang, belenggu daripada sebarang ideologi yang kufur.

"Dengan kedatangan Syawal, lebih meningkatkan kualiti diri di samping memburu kemenangan Islam," jelasnya.

ImageBagi Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah, kenangan paling indah apabila melihat anak-anaknya seramai 10 orang bergembira di Hari Raya di samping menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

"Alhamdullilah, yang bongsu 6 tahun pun puasa penuh. Sungguhpun nak kejut sahur mereka merupakan satu perjuangan, tapi saya tetap gembira," katanya yang tidak meletakkan sebarang syarat 'ganjaran hadiah' kepada anak-anaknya itu.

"Saya tanamkan kesedaran puasa kepada mereka dan mereka pun tak tanya ganjaran sebab akhirnya menjelang Syawal memang ada hadiah dan duit raya untuk mereka yang saya berikan," katanya yang akan berhari Raya di rumah mentua di Klang dan Pahang selepas itu.

Beliau juga turut memperuntukkan sejumlah duit raya untuk 'tetamu-tetamu kecil' yang bertandang ke rumahnya kelak kerana menjadi satu kepuasan melihat si kecil dan kanak-kanak gembira pada hari tersebut apatah lagi apabila mendapat duit raya.

Beli bunga api, gembirakan hati anak

Mencuit hati adalah soalan-soalan lazim yang ditanya oleh anak-anaknya yang sama seperti kanak-kanak lain antaranya "Berapa hari lagi nak puasa?" dan "Nak raya di mana?", yang katanya tidak pernah berubah biarpun saban tahun menyambut Ramadan dan Syawal.

"Saya beli juga baju-baju raya dan bunga api kat anak-anak saya yang kecil ni, sebab nak tengok mereka riang.

"Ada masa kita kena 'give and take' juga supaya mereka akan sentiasa mendengar cakap kita," katanya.

Sambil mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada muslimat seluruh negara khusnya pendokong PAS dan Pakatan Rakyat agar segala amalan baik di Bulan Ramadan diteruskan untuk memantapkan jiwa dan iman masing-masing.

"Banyakkan berdoa di akhir Ramadan dan di Hari Raya kerana waktu itu sangat mustajab.

"dan jangan lupa doakan kemenangan kita di Bagan Pinang akan datang di samping berkerja keras ke arahnya," katanya.

Bagi yang muslimat ingin bertamu ke rumahnya pada Hari Raya atau hari berikutnya, Ustazah Nuridah dengan senang hati menyisipkan nombor telefonnya untuk dihubungi untuk memastikan sama ada beliau ada di rumah atau sebaliknya.

"Tak pa, insya-allah beri nombor hp saya ni..013-9205012. Telefon dulu kalau nak datang ya. Dan Maaf Zahir Batin kepada semua," katanya dengan ramah dan mengakhiri perbualan.

(Sebarang pandangan dan kritikan boleh dimajukan kepada saya di azaminamin@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya dan urespons@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ) _

Ihya' Ramadhan di Kelantan

Credit to: Bahagianya gua di N9, negeri Ketuanan Melayu.


Lu tgk sendiri. Kat Senawang ni beb. Jangan harap jumpa kat Serambi Mekah.