Cerita dulu dulu......

1990

" Sapo Ustaz Nik Aziz tu?" tanya saya



( Dalam ingat ingat lupa .. )

Nenek saya menjawab

"Tok Guru tu Tuhan jago, mulo (dulu) ada oghe nak tembok(tembak) dia tak jadik"

(Maaflah ye dialog 18 tahun lepas saya pun masa tu tak ambil kisah sangat sebab baru darjah 5 tapi itu laksana perkenalan awal dengan orang yang menerajui Kerajaan Kelantan sekarang.)

"Kalu dio ngajar (bagi kuliah) ghama (ramai) oghe gi. Dio ngajar masjid Pula Melaka nuh kat ghumah dio" tambah nenek saya lagi.

Masa tu seingat saya sebelum pilihanraya umum ke yang mana sentimen anti UMNO dan BN begitu memuncak di Kelantan ditambah dengan apa kata orang faktor istana yang tidakbersama UMNO?. Saya sendiri pun masih baru belajar nak mengenali siapa Nik Aziz ni dan saya mungkin belajar mengenali PAS secara serius 2 tahun kemudian. Jadi tak dapatlah nak bercerita secara lanjut mengenai sejarah PAS bertapak mendapat kuasa di Kelantan 18 tahun yang lalu kecuali melalui keratan akhbar di bawah

Terima Kasih kepada Almarhum ayah saya yang saya kira tidak ketinggalan membeli akhbar tersebut semenjak dari keluaran awalnya dulu menyebabkan saya boleh berkongsi dengan anda semua detik detik bersejarah 18 tahun yang lalu. Ada sesetengah keluaran lama lama mungkin masih tersimpan di rumah di Kelantan. Paling lama yang ada dalam simpanan saya sekarang (di KL) adalah keluaran pada tahun 1988 menceritakan insiden keluar dewan oleh TG Nik Aziz dan ADUN PAS Kelantan yang lain.

Kalau anda nak tengok bagaimana rupa Harakah pada keluaran pertama mungkin boleh berkunjung ke pejabat Harakah di Jalan Pahang Barat ataupun anda boleh berhubung dengan Ust Suhaimi. Beliau ada koleksi lengkap kecuali 1988,89.


Seperti yang dijanjikan, saya sediakan keratan al Harakah bertarikh 29 Oktober 1990 iaitu seminggu selepas kemenangan besar PAS dan APU (Angkatan Perpaduan Ummah) di Kelantan. Ingat kata kata TG MB, sesiapa yang undi PAS pada tahun 1990 menyebabkan PAS boleh laksanakan Islam dapat pahala.

Bayangkan kalau kebaikan yang dilaksanakan di Kelantan dilaksanakan di 5 negeri Pakatan yang lain?


Saya rasa Sdr TMJ boleh bercerita lebih panjang dari laporan ni...

Mesyuarat Terakhir Pemilihan Calon Calon Mewakili PAS di Pejabat PAS Negeri. Ada antara mereka ( Ust Mawardi - Yang berjambang Adun Lundang cucu kepada Tuk Kenali) yang telahpun kembali ke rahmatullah. Ada yang masih lagi menyumbang kepakaran mereka (Ust Yahya Osman)

Perubahan suasana di bilik yang sama 18 tahun kemudian



Perarakan Calon - Perhatikan YB Fatah Haron (Besan TG MB merangkap Adun Bukit Tuku) dulu dan sekarang





Dr Sanusi Daeng Mariok duduk Sg Merab bertanding di Rantau Panjang.. Bukti teori Orang luar ditolak di Kelantan tak terpakai....

18 tahun dahulu 21 Oktober 1990.....


9 Mac 2008, lokasinya masih sama Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan.Credit to http://www.daylife.com

Sidang Akhbar pertama mengumumkan pembentukan Kerajaan Angkatan. Pengumuman Cikgu Wan Rahim(sekarang MP Kota Bharu) sebagai SU Akhbar dan Hj Husam (takkan tak kenal kot..) sebagai SU politik kepada MB

Sidang Akhbar selepas kemenangan penggal kelima PAS di Kelantan



18 tahun kemudian..dah tentu banyak insiden pahit maung dengan Al Sultan hehe

Teringat kata kata TGNA, mesyuarat Exco kali pertama beliau minta Dato Halim SUK (kaca mata bersongkok) pengerusikan mesyuarat supaya beliau boleh belajar. Pembentangan belanjawan kali pertama beliau termenung/terdiam tak tahu nak baca macam mana jumlah hutang Kerajaan BN Kelantan pada pusat sebanyak RM 760000000 ....... banyak sangat kosong !!! Selepas 18 tahun, sebanyak RM 220000000 (anda kiralah sendiri hehe) telah dijelaskan dan Kelantan adalah antara negeri yang tidak pernah lupa membayar hutang mengikut jadual...



Link Berkaitan

http://www.nuun.blogspot.com/2008_01_01_archive.html
Entry One:


Ni nak jawab soklan anak legendary Arwah Cikgu Kamsan, isteri kepada Dollah Salleh (no, not that famous x-football player)..


sebenarnya bukannya taknak tukar cerita dakpun asyik cerita kambing je.. hajat di hati banyak yang nak dikongsi antaranya yang saya cadang nak load keratan akhbar khas sempena pemerintahan PAS 18 tahun di Kelantan ( 20 Oktober 2008) special edition yang saya pasti hampir kebanyakkan daripada anda semua (batch sayalah) belum pernah melihat keratan akhbar tersebut. Bila nak upload? Insya Allah, kemudian cerita pasal penerbangan pertama jamaah haji, cerita mengenai 4 Zulqaedah, Obama blabla dan lain lain (harapnya ianya tak jadi janji 'wakil rakyatlah' kebanyakkannya janji kosong hehe.



berbalik kepada cerita tukar cerita tadi sebenarnya lepas dari tarikh terakhir posting saya tu, minggu berikutnya seminggu saya berMC di rumah ( takde kena mengena dengan makan kambing ek tapi ada kena mengena dengan binatanglah jugak), minggu selepasnya pula kenalah cover balik mana yang tertinggal seminggu dicampur pula dengan trip ke Taiping






Ni gambar sewaktu trip ke Taiping



Ular sawa dalam gambar tersebut ditangkap bukan kerana ianya membaham kambing sesiapa tapi untuk tujuan penggambaran sahaja. Mula mula ular tu dah berlingkar kat Ummu Muhammad tapi dia plak tak nak diambil gambar (spoil betul) last last saya jadi mangsa terpaksa pegang...

( Ni cadangan posting saya minggu lepas, tapi dah sebab pakai henpon masa nak load dia fail so takdelah cerita yang patutnya keluar minggu lepas)


Entry Two:

Sekitar acara Sabtu lepas berlangsung beberapa acara serentak yang saya ngan ummu muhammad kena split untuk hadir iaitu majlis konvokesyen muhammad di MPOB yang mana Muhammad terlibat menyampaikan nasyid, Ihtifal Amiir di Dewan Anuar Mahmud UKM, amiir dipilih untuk menyampaikan ucap utama opss.. syarahan dalam bahasa arab dan acara yang saya sendiri pula iaitu terlibat dalam mengucap utama opss..menjemput pengucap utama iaitu Munaqashah Ucapan Dasar Presiden




Ucap utama opsss.. Syarahan Bahasa Arab bertajuk Birrul Waalidain... oklah sebagai permulaan berdiri depan ratusan orang.. tapi tak sempat nak record semua memory henpon tak cukup lak...


Ni plak hadiah untuk ujian dan keseluruhan. tu dekat UKM, dekat MPOB plak hari tu khabarnya 'havoc' sekejap bila ali lari naik ke pentas peluk Muhammad masa tengah bernasyid ( ingatkan nak bagi bunga ka apa.. suspen jer..)

Lepas ketiga tiga acara tu ( walaupun program munaqashah saya sampai lepas 'kedai tutup') pergi pula ke majlis aqiqah sempatlah juga dua tiga ketul dot dot dot ( tak sebut kambing ek...)


Entry Three:

Antara Dua Cerita


Menilai sikap seorang MB

dan

JURUFOTO DAN WAKIL SYARIKAT GUAMAN


anda nilailah sendiri.....




Esok ada program kat tingkat 50, jamuan ( saya takde campur tangan dalam hal ni) seperti program sebelum ni dot dot dot...(takde sebut kambing ek...)



Jadi harapnya dah menjawab kemuyskilan orang taman sutera ek... sekian terima kasih...
Entry One:

Sambungan cerita kambing

Semalam Hari Rabu

Perkumpulan Percetakan Bandar Baru Bangi buat jamuan Hari Raya yang turut dihadiri oleh YB Adun bertempat di Pejabat Tok Teh Muhammad (Pencetak kad KahwinUmmu Amiir dan Ummu Muhammad)

PST Enterprise....


Menu pun banyak jugak dari nasi himpit, lemang, satay, anggur ( sedapnya) soto,kuih muih, Cendol pun ada hujan hujan pun, BBQ ada udang, sotong, ayam dan semestinya

kambing lagi......

Hari ni puasa hari ke 6(huhu punya last minute..harap harap bolehlah dapat ganjaran setahun tu). Kat office plak ada jamuan tapi takde kambing lah...

Esok TM Ibupejabat buat Rumah Terbuka, mana yang berkenaan bolehlah jemput rasanya kambing tadelah..tak bersambunglah cerita kambing ni kot...


Entry Two:

http://thestar.com.my/archives/2005/10/1/nation/n_pg27mawi.jpg

Antara 2 selebriti...

cuba sedara semak hit berita mengenai siapa antara mereka berdua lagi tinggi sekarang....
Entry One:

Antara Dua Berita Lagi...


Rais saran pemilihan secara 'tender'

Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan agar semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara 'tender'.

Menteri Luar itu berkata, wang yang digunakan untuk mendapatkan jawatan tertinggi parti itu kelak boleh digunakan oleh parti untuk apa jua tujuan yang difikirkan perlu.

"Saya kira (jika) mereka nak menyumbang, adalah lebih baik UMNO mengadakan sistem tender iaitu siapa yang menyumbang lebih tinggi, dia jadi ketua dan UMNO akan ambil duitnya itu.

''Siapa yang banyak duit, bolehlah mengemukakan tawaran. (Kelak nanti) kita dalam UMNO akan jadi bahan ketawa masyarakat umum,"

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/0/07/Stadium_TPCA_-_Rais_Yatim.jpg/360px-Stadium_TPCA_-_Rais_Yatim.jpgGambar sewaktu'bakar jambatan' dengan UMNO dulu

''Mereka buat semasa orang 'tidur' atau masa orang tak sedar, jadi tidak dapatlah tindakan diambil kerana buktinya tidak ada,"


Heh Dato' dulu pun dah ada orang kata dah...

Ghafar syor jawatan dalam Umno dilelong

"Kalau tiada jalan lagi menangani politik wang, lelong saja jawatan dalam Umno kepada pembida tertinggi. Ketua bahagian mungkin boleh bida RM50,000 manakala Naib Presiden pula RM5 juta.

"Lepas itu, kita siasat cara mana wang bidaan itu diperoleh. Duit bidaan itu boleh masuk ke dalam kantung Umno.,"

"Tun menyebut supaya UMNO dilelong. Boleh jelaskan lebih terperinci maksud UMNO dilelong?

Sekarang pun leong sudah berjalan, tapi dalam gelap. Siapa bayar lebih dia menang. Jadi apabila buat dalam gelap menimbulkan masalah, lebih baik buat terang-terang supaya bersih, orang dapat tahu dengan jelas ‘siapa bayar lebih dia menang’ tapi selepas bertanding BPR campur tangan, meyoal orang-orang ini dimana dapat wang, baru politik wang boleh dihapuskan."

Nak baca interview lanjut klik sini

Gambar sewaktu melawat TGNA. Lepas jumpa 1- 1 dengan TGNA keluar statement di bawah

"Apakah pandangan Tun dengan terciptanya Islam Hadhari?

Bagi saya Islam hanya satu sahaja. Iaitu Islam yang diturunkan Allah swt, itulah Islam saya. Sesiapa hendak tambah suka hati masing-masinglah."


Entry Two:

Saya takpasti nenek ni ada lagi ke tidak sekarang...Tahun 2006 lagi berita ni


Kisah nenek jual sayur

KETIKA orang lain masih dibuai mimpi, dia sudah keluar rumah. Destinasinya adalah kawasan pasar berhampiran tempat tinggalnya di Kelana Jaya, Selangor. Itulah rutin hidupnya setiap hari. Tujuannya hanya satu. Mengutip bahan mentah seperti sayur dan ikan yang masih elok pada pandangan mata uzurnya.

Pencariannya bukan sebagai pelanggan yang biasanya dilihat membeli sayur dan bahan mentah untuk dimasak sebagai santapan ahli keluarga, tetapi untuk mengutip sayur-sayuran dan ikan yang kurang elok dan telah diketepikan oleh penjual di pasar untuk dijual semula.

Itulah sumber rezeki warga emas yang bernama Halimah Mindik ini untuk mencari nafkah demi menyara hidupnya. Dalam usia yang mencecah 87 tahun, kudrat beliau masih mampu untuk memikul beg plastik berisi sayur-sayuran serta ikan yang purata beratnya lebih kurang 2 kg.

Tambah menyedihkan, dengan tubuh badan yang kurus dan kecil, beliau menjaja dari pintu ke pintu, tingkat ke tingkat di kawasan rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Putra Damai, Kelana Jaya untuk menjual sayur-sayuran yang telah dikutipnya.

Siapalah yang ingin membeli sayur-sayuran yang pada keadaan fizikalnya telah layu dan hampir berbau? Walaupun Halimah cuma menjual dengan harga 30 sen bagi satu ikat sayur, jarang hasil jualannya dibeli oleh jiran. Jika ada pun hanya mereka yang bersimpati dan kasihankan dirinya.

Sewaktu saya dan jurugambar tiba di kawasan dia menjaja, Halimah yang dikenali sebagai ‘nenek jual sayur’ di kalangan jirannya dilihat sedang berusaha memujuk salah seorang suri rumah membeli hasil jualannya.

Puas dipujuk untuk ditemu bual, Halimah tidak berganjak. Jiran-jiran berkata, selagi jualannya tidak habis, dia tidak akan berhenti dan pulang ke rumah.

Bagi memudahkan kerja dan atas rasa hati yang amat belas, saya menyerahkan ke tangannya wang RM10 dan membeli kesemua sayur yang berada di tangannya. Nenek Halimah tersenyum. Ada air jernih pada matanya.

Sebelum sempat saya berkata-kata, nenek Halimah kalut menyeluk poket baju kedah yang dipakainya mencari wang untuk memulangkan baki. Sayunya hati saya Tuhan sahaja yang tahu.

“Satu beg plastik ini cuma berharga tiga ringgit saja, bukannya sepuluh ringgit, mana boleh nenek ambil duit ni,” ujarnya dalam loghat Perak, negeri kelahirannya.

Dalam hati saya berkata, tinggi sungguh maruah nenek ini. Sudahlah hidupnya susah dan terpaksa pula mengerah keringat pada usia yang agak lanjut, nenek Halimah juga jujur dalam menjalankan perniagaan tanpa sedikit niat pun untuk mengambil kesempatan.

Tambah mengejutkan saya, sebaik selesai saya berkata tidak payah pulangkan baki, nenek Halimah terus duduk mencangkung dan menadah tangan berdoa kerana rezeki yang telah dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Saya sebak melihat tindakan nenek Halimah kerana inilah pertama kali saya berdepan dengan situasi begini sejak menjadi wartawan. Hati saya dan jurugambar amat terharu.

Salah seorang jiran memberitahu, Halimah akan berdoa memohon kesejahteraan mereka yang membeli jualannya.

“Syukur pada Allah, ada rezeki nenek hari ini, takdir Allah menemukan kita hari ini,” katanya ceria sambil menjawab soalan saya.

Nenek Halimah merupakan lambang wanita Islam yang tinggi jati dirinya. Dalam usia yang mencecah seabad, dia mengisi masa lapangnya dengan mengajar jiran mengaji.

Menurut nenek Halimah, ketika usia muda, dia selalu mengikuti kelas belajar agama di sekitar Bagan Datoh dan Semanggol di Perak.

“Kadangkala ada yang menjemput nenek untuk mendengar ceramah di Masjid Negara, dari situ nenek peroleh ilmu dan turunkan pada jiran-jiran di sini,” ujarnya tersenyum.

Halimah tinggal bersama anak tunggalnya, Mohd Nazir Muhamad, 42. Tambah memilukan, anak tunggal lelaki yang menjadi harapannya pula mengalami masalah mental sejak usia muda. Itulah sebabnya hanya nenek Halimah yang berusaha mencari rezeki untuk mereka dua beranak.

Cuma sedikit bauan yang kurang menyenangkan datang dari ikan busuk yang dijemurnya bagi menghasilkan ikan kering mengganggu jiran yang tinggal setingkat dengan rumahnya.

“Lutut nenek ini selalu sakit, kadangkala nenek gagahkan juga menjual. Nenek makan ubat tahan sakit yang dibeli di klinik, tapi mungkin kesan sampingan ubat tersebut membuat telinga nenek kurang jelas pendengaran,” ujarnya sayu.

Saya berasa sedih dan sayu hati melihat sendi tangannya mengerekot.

“Ini semua kesan nenek mengangkat plastik untuk jualan seharian,” katanya sambil menunjukkan tangannya. Dia seperti tahu apa yang tersirat di hati saya.

Menurut nenek Halimah, ada jiran yang memberikan sumbangan seperti beras dan barang-barang kering seperti sardin dan bihun untuk dia dan anaknya. Tapi kata jiran-jiran nenek Halimah yang bersyukur dengan rezeki yang diperolehnya akan bersedekah pula kepada orang lain yang lebih memerlukan darinya.

“Kami tinggal berdua, makan sedikit, kadangkala sumbangan berbentuk makanan berlebihan, jika tidak dimakan akan membazir pula jadi nenek akan sedekahkan pada kanak-kanak,” tambahnya.

Mengenai masa depannya, nenek Halimah sendiri tidak begitu pasti akan masa depannya.

“Selagi ada rumah nenek akan tinggal, esok lusa nenek akan pejam mata, nenek akan nikmati kehidupan ini dengan cara nenek tanpa menyusahkan sesiapa, selagi hayat dikandung badan,” katanya menutup perbualan.

Sebelum meminta diri, nenek Halimah membekalkan kami dengan air Yasin yang diambilnya ketika menghadiri upacara pengebumian Allahyarham Tun Ghafar Baba baru-baru ini.

Begitulah kisah hidup nenek Halimah. Kisah ini patut menjadi inspirasi kepada generasi muda dan contoh kepada warga emas yang masih punya tenaga tetapi bergantung harap kepada ihsan orang tanpa mahu berusaha.

Sama ada benar atau tidak kisah yang nenek Halimah ceritakan, biarlah itu menjadi kenangan dalam hidupnya. Yang penting, nenek Halimah tidak menyusahkan sesiapa. Dia masih menggunakan kudratnya untuk mencari rezeki halal untuk sesuap nasi bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Mereka yang ingin melawat nenek Halimah boleh berkunjung ke rumahnya di 1205, Blok E, Flat Taman Putra Damai, Kelana Jaya, Selangor atau hubungi jiran nenek Halimah di talian 016-6384741.


Entry One:


Antara 2 Berita ( Chee macam antara 2 cinta lak)

Sumber 1:

Sultan murka kerajaan Pas gagal tadbir Kelantan



Gambar Tuanku Sultan yang 'murka' pada Kerajaan Pas Kelantan

KOTA BHARU: Tuanku Ismail Petra semalam menegur kerajaan Pas Kelantan kerana masih gagal mengurus dan membangunkan negeri ini dengan cekap, termasuk dalam pengurusan hasil serta kewangan.

Sumber 2:

Sultan tegur kerajaan pusat lambatkan projek pembangunan di Kelantan

Mon | Oct 20, 08 | 6:52:21 pm MYT

KOTA BHARU, 20 Okt (Hrkh) - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra melahirkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa projek kerajaan Persekutuan yang belum dilaksanakan di Kelantan.



Image



Gambar Tuanku Sultan yang menegur kerajaan pusat











Entry Two:

Seputar Rumah Terbuka Adun Bangi



Pemandangan dari Atas ( maaflah takde duit nak sewa helikopter PDRM)
Dah janji Air Halalan Toyyiba. Siap air tapis lagi untuk tetamu. Tak pakailah idea tok mudin Alhamdulillah air ada pada hari tu.
Tak jadilah nak pakai air tangki besar tu.

Antara menu - Roti canai 'hot from pan'

Roti pop - tapi kami panggil roti puri..
Kambing lagik... Hari Ahad tu hari ke4 berturut turut makan kambing... Menu lain selain dari lemang ketupat nasi himpit, Roti Perancis ada, Gulai kawah ada , nasi jagung, bubur kacang ,mihun, laksa pun ada, buah buahan tidak ketinggalan apa lagi ek ? tak ingatlah 15 menu semua keliling khemah tu

Tu yang polis mengambil kesempatan sekali menjamu selera ditambah pula bila dah menang... kalau adun bangi pembangkang macam dulu jangan harapppp

'Inspektor Gajet' pun ada hehe canggih tul topi die.. abg lan ni org kuat kat serdang ni.

Tetamu dah mula menjamu selera.
Kanak kanak pula tak melepaskan peluang untuk mendapatkan duit raya daripada Adun. Nampak sangat tak pandai buat BARISAN mentang mentang program Pas.




Anak sapa ni.......


Entry Three:

Tadi cerita pasal hari ke 4 makan kambing sebenarnya bukan 4 hari berturut tapi 5 ....

Dari hari Khamis ada event, antara menu yang disediakan 'Lamb Chop'
Hari Jumaat pula Rumah Mak Tuk Muhammad jadi Tuan Rumah menu utama Black Pepper
kambing lagi...
Hari Sabtu rumah terbuka alumni menu selain dari nasi beriani ada juga nasi arab ayam dan kambing lagi....
Sabtu malam, kenduri di rumah Tuk Amiir, menu ala arab


yang pastinya melibatkan
kambing lagi...


Kelihatan amiir pun turut sama bertungkus lumus...

Hari Ahad, seperti yang diceritakan kat ataslah ingatkan berakhir dengan masa rumah terbuka tu lah makan kambing rupa rupanya

Hari Isnin


kambing lagi....


Hari ni Selasa


Puasalah plak.... tak abih lagi puasa 6.

Bila tengok menu kat rumah tuk amiir duk imagine padanlah orang arab seekor kambing tu 2-3 orang jer boleh makan.. memang sedap.. kalau unta macam mana agaknya ek..

[03_ae_mohd_anniversary07_5.jpg]

PM Dubai dan Menteri Kabinet sedang menjamu selera selepas mesyuarat kabinet.Kat bawah ni gambar lain laks

-

-

-

-

Gambar credit to original author