Jom Kite

Entry One:




Apa yang anda perlu tahu.....

1. Kerajaan telah menaikkan pengecualian cukai pendapatan perseorangan membeli buku daripada RM500 kepada RM700. Hal seperti ini boleh menggalakkan lebih banyak lagi buku terjual pada Pesta Buku kali ini. Resit perlu disimpan kerana anda boleh dikecualikan cukai pendapatan sehingga RM700”

2. Antara Acara Menarik

* Pelancaran buku terbaru oleh Berita Publishing pada 28 April di Pentas Terbuka, Ruang Legar PWTC.

* Sesi bertemu chef selebriti - Chef Wan dan Chef Ismail serta Pelancaran buku masakan oleh Marshall Cavendish Sdn. Bhd. pada 29 April 2007 di Pentas Terbuka, Ruang Legar PWTC.

* Pelancaran buku novel Aku dan Sesuatu oleh Al-Ameen pada 29 April 2007 di Bilik Seminar Johor/Kedah.

* Sembang-sembang bersama & majlis pelancaran album serta buku Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah pada 30 April 2007 di Pentas Terbuka, Ruang Legar PWTC.

* Ceramah penulisan berkesan bersama Prof. Awang Sariyan oleh PTS Publications pada 30 April 2007 di Pentas Terbuka, Ruang Legar PWTC.

* Diskusi buku siri bebaskan Al-Aqsa oleh Read Network dan Persembahan boneka kenali Malaysia oleh Perpustakaan Negara pada 2 Mei 2007 di Pentas Terbuka, Ruang Legar PWTC.

* Pelancaran produk baru - Raihan rangers, kartun, VCD dan komik oleh Saba Islamic Media pada 2 Mei 2007 di Pentas Terbuka, Ruang Legar PWTC.

* Pelancaran majalah Sayang Muslim oleh Blue-T Communications Sdn. Bhd. pada 3 Mei 2007 (Khamis) di Pentas Terbuka, Ruang Legar PWTC.

* Pelancaran novel bijak berbicara oleh Al-Ameen dan Bicara penulis - Resipi Kejayaan Untuk Eksekutif Cemerlang oleh Ahmad Fadzli pada 5 Mei 2007 di Pentas Terbuka, Ruang Legar PWTC.

* Majlis pelancaran majalah terbitan DBP pada 6 Mei 2007 di Pentas Terbuka, Ruang Legar PWTC.

3. Keseronokan berpesta dengan buku itu tidak sama dengan pasar malam atau menonton wayang atau bersesak-sesak ke jualan runtuh di gedung membeli belah. Keseronokan ini datangnya setahun sekali, itu pun selama 10 hari sahaja, sedangkan pasar malam, menonton wayang tidak begitu.

4. PBAKL 2007 bermula hari ini sehingga 6 Mei nanti. Keseluruhannya ialah, ada 10 hari untuk berpesta ilmu. Sepanjang 10 hari itu, ibu bapa sebenarnya tidak ada sebab untuk tidak membawa anak-anak mereka datang ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) demi berpesta. Kelebihannya, ada masing-masing dua hari Sabtu dan Ahad serta dua hari cuti umum sebelum ia berakhir. Kalau masa yang menjadi hambatan, enam hari lapang itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak boleh membawa anak anak ke situ.

Entry Two:






Selamat Mengundi di IJOK.

1. e-JOKE about IJOK..

Tan Sri Ab.Rashid Ab.Rahman (Pengerusi SPR):

"Saya ada mendengar suara-suara sumbang yang menuduh SPR tidak adil dan telus tetapi malangnya tuduhan mereka ini tidak berasaskan fakta. Saya sedia berhadapan dengan mereka asalkan setiap tuduhan mereka itu disertakan dengan bukti. Apa yang berlaku sebenarnya ialah kata-kata ini sering dilemparkan oleh parti politik yang kalah. Apabila kalah mereka cuba lari daripada kebenaran. Yang pastinya disebabkan kalah kedudukan pemimpin juga akan tergugat. Oleh itu mereka perlu mencari sebab lain mengapa parti mereka kalah. Alasan paling mudah ialah mereka akan kata SPR tipu. Memang senang menuduh orang menipu tetapi mereka tidak pula nyatakan apakah bentuk dan fakta penipuan yang dilakukan. Bagi saya ini jahat kerana sengaja buka mulut mengeluarkan perkataan tipu. Ada seorang pemimpin yang baru sahaja masuk politik selama tiga bulan. Dia tidak menyertai parti pemerintah tetapi telah memilih untuk menyertai pembangkang. Dia kata SPR tipu. Baru masuk politik tiga bulan kata SPR tipu. Dia ini pemimpin ‘low class’ atau seorang pemimpin yang kelasnya amat rendah. Selama menjalankan pilihan raya SPR tidak pernah menipu sebaliknya segala tindakan kita adalah berasaskan undang-undang."


"Saya tidak mahu ambil kisah apa yang mereka hendak buat pada saya. Prinsip saya senang di dalam Islam saya akan mendapat pahala kebajikan setiap kali mereka maki hamun saya. Mereka tentu lebih faham tentang perkara ini kerana kebanyakan yang maki hamun saya ialah orang yang pakai serban dan kopiah. Saya hairan mereka boleh keluar cakap yang bukan-bukan. Bila masuk kampung mereka tuduh saya bawa pengundi hantu. Yang bercakap tentang perkara ini semuanya pakai serban dan kopiah. Akhirnya orang kampung semua kena tipu. Saya panggil mereka ini ulat-ulat parti semata-mata untuk cari makan."
-Utusan 22 Apr 2007

31 orang berumur 100 tahun mengundi di Ijok


Comments: 100 tahun? waaa makan tongkat ali apa?? (takde kena mengena dengan anak aku) usahkan 100 tahun sama tua dengan anak aku sorang lagi pun bole pergi mengundi jugak.. Try test IC ni 040905745370 di http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp

2. Taken From Susan Loone - Pesanan Dr Mahathir untuk Pengundi IJOK

a. 'If you don’t think (about) what you are doing, you don’t use your vote intelligently, then of course, you are to be blamed'. (Read: don’t be stupid).

b. 'Unless you send a signal to the government that, ‘Look, if you don’t behave yourself, you may not get my vote at the next election,’ then the government will say, ‘You see? The people are voting for us. We are doing well'. (Signal = vote not for the government, because if you do, government will not change a thing as it thinks that the people consider it doing very well).

c. 'If you vote (read - BN) because you get a lot of money or because you get a lot of projects, you may get a rotten government which uses money in order to buy your vote'. (Read: hello, if you are going to get a 'rotten government', why the hell do you want to vote for it? Unless you are a hopeless sado-masochist).

d. 'They don’t care whether it is a good government or not. We are Barisan people. We vote Barisan. No assessment, no study. We vote (Barisan) because we must. That’s why I say a country deserves the government it gets'. (Read: if you vote BN, you deserve a 'rotten government').

e. 'If you don’t think (about) what you are doing, you don’t use your vote intelligently, then of course, you are to be blamed'. (Read: if you do not want to be blamed, do not vote BN).

And if you are asked not to vote for BN, then who else is there to vote? The Opposition of course!

Tambah Lagi Satu pesanan spesel....

"If they win, it’s because of Pak Lah, if they lose, it’s because of Khir Toyo."

Comments: Tak Percaya Nanti tengok :P

Entry Three:

"Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain2. Keadilan Allah yang amat sempurna dimana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk. Allah akan mengarahkan mereka : 'Jadilah debu!'. Maka berkatalah orang kafir : 'Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan) '(Surah al-Naba' : 40]. Ini telah diriwayatkan didalam Hadith Nabi (secara Marfu') didalam hadith tiupan sangka-kala" [Ahmad Syakir. Umdah al-Tafsir 'an al-Hafiz Ibn Kathir, 1/772, Dar al-Wafaa', 2003].

Bijak...bijak... Kita Minum Dulu......






Dr. M mohon maaf dakwa Abdullah miliki rumah agam di Australia

PUTRAJAYA 18 April – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini meminta maaf kepada Perdana Menteri, mengenai dakwaannya bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memiliki sebuah rumah agam di Australia.

Abdullah mahupun anaknya, Kamaluddin tidak memiliki rumah itu yang dianggarkan berharga RM60 juta yang terletak berdekatan dengan Sungai Swan di Perth seperti yang didakwa Dr. Mahathir sebelum ini. Ia sebenarnya milik ahli perniagaan Malaysia, Datuk Patrik Lim.
- Petikan Utusan Malaysia 19 April 2007

Bijak...bijak ...........

Tapi....

Tapi....


2. Betul ke Tun Minta Maaf kat PM?
3. Nape plak Khairy kata rumah tu Abang Ipar beliau yang punya? Sape betul ni?

Wartawan:Tentang dakwaan seolah Perdana Menteri miliki rumah bernilai RM60 juta di Perth pula bagaimana?
Khairy :OK.. sekarang ni orang buat tuduhan…tapi tak ada siapapun yang buat satu kenyataan yang katakan beliau miliki rumah yang dimaksudkan itu.
Tuduhan itu...orang kata...saya dengar …jadi ini untuk selamatkan diri dari tindakan undang-undang barangkali …sampai sekarang tidak ada sesiapa yang kata YAB Perdana Menteri miliki rumah di Australia bernilai RM60 juta...tak ada siapa…sebab tak berani...
Wartawan:Jadi rumah yang dimaksudkan itu memang wujud?
Khairy: Rumah yang dimaksudkan itu..dimiliki oleh anak beliau...rumah Kamaluddin

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga;


Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang jua

Entry One:


Ahad lepas ada budak tanya abu amiir masa pergi ziarah ummu amiir

" Sape bagi umi mati?"



Antara doa yang umi amiir selalu baca kat amiir dulu

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".





Doa amiir kat umi
"Ya Allah, ampunilah umi dan kasihanilah umi, sejahterakan umi dan ampunilah dosa dan kesalahannya, hormatilah
kedatangannya, dan
luaskanlah tempat tinggalnya, bersihkanlah dia dengan air, salju dan embun. Bersihkanlah ia
dari segala dosa sebagaimana kain putih yang
bersih dari segala kotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang
lebih
baik dari rumahnya yang dahulu, dan gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik dari pada ahli
keluarganya yang dahulu, dan peliharalah (hindarkanlah)
ia dari siksa kubur, dan azab api neraka".

Amiin.

Ummu Amiir in memories
10041979-16122004






Anda yang mana?

Entry One:

Anda yang mana satu?




Entry Two:

Tahniah to Fahri Ahmad

Entry Three:

Nak Pecat Mufti Perak? Pecat jerlah..dulu pun dah pecat Ust Ishak Baharom
Ust Harussani baru disambung kontrak? Ust Ishak dulu pun baru dua bulan renew kontrak last last kena tendang jugak...sebab apa? Tua.

Agaknya kalau nak selamat kena isi boranglah kot... Tapi so far dengar cerita dah banyak kali dah usaha nak cungkil Mufti sorang ni keluar tapi terselamat.Insya Allah kali ini pun ...


Entry Four:

Najib mahu kakitangan kerajaan bekerja lebih lama

Nak kerja lebih? Bagi gaji naik lah dulu baru boleh cakap.... kalau tak jadi macam kat bawah...

1. Kakitangan kerajaan kerja bawa teksi

"Nasib kebanyakan kakitangan kerajaan, terutama mereka yang berpendapatan rendah, telah terpaksa melakukan kerja-kerja lain selepas waktu bekerja bagi memenuhi keperluan sara hidup.

Dianggarkan sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada 20,000 pemandu teksi di Lembah Klang adalah kakitangan awam.

"Angka tersebut mungkin lebih dari itu. Mereka lakukannya bagi mendapat pendapatan tambahan. Mereka keluar pukul 4 petang atau 5 petang dan bekerja sebagai pemandu teksi ‘spare’ sehingga tengah malam. Keesokan harinya mereka kembali bekerja sebagai kakitangan awam," beritahu presiden Persatuan Teksi, Limo dan Pengusaha Kereta Sewa Malaysia, Yusoff Lahir."


2. Presiden Cuepacs Omar Osman berkata bilangan kakitangan awam yang bekerja sebagai pemandu teksi agak munasabah. Memang benar kakitangan awam terpaksa ada bisnes sampingan terutama yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah dengan keluarga yang besar dan tinggal di Lembah Klang pula.

"Mereka bekerja sebagai pemandu teksi, peniaga pasar malam, atenden pam minyak, pegawai keselamatan atau peniaga-peniaga kecil menjual barang kemas tiruan atau kuih-muih."

"Kami melihat ini sebagai trend yang serius. Ia salah satu isu yang kami merasakan wajar memohon kenaikan gaji."


3. Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Laily Paim

Dr Laily berkata berbanding 14 tahun lepas, kos sara hidup yang melibatkan keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan, pengangkutan dan pendidikan semakin meningkat.

Katanya faktor itu menjelaskan kenapa sebuah keluarga yang terdiri daripada lima orang anggota dengan pendapatan purata di bawah RM2,500 sebulan terpaksa mencari kerja sampingan untuk menampung hidup.

Entry Five:

Hadis Riwayat Muslim" Barangsiapa membaca zikr di atas setiap kali selepas solat, akan diampunkan dosanya walaupun sebanyak busa(buih?) di laut"

Sumber: Hisnul Muslim 25-69.


Entry Six:

Link utk baca baca

Yang kaya dan yang papa

Antara Dua Sirah

Entry One:



Erm 10 tahun dah MMU.teringat lagi abu amiir waktu dapat offer ke Universiti Telekom (Unitele) (Nama lama bagi MMU sebelum ditukar ke Universiti Multimedia Telekom(UMMT) dan nama sekarang Universiti Multimedia(MMU)) dulu. Masa tuh tinggal 2-3 hari lagi sebelum bertolak ke UKM. Barang barang semua memang dipack untuk ke sana. Tiket keretapi pun beli untuk turun di KL ..ye lah dah nak pegi UKM.Tup tup dalam pukul 9:30 mlm dapat call dari staff Unitele (nama Hasan tak silap) siap offer dengan scholarship lagi and bagitau telegram(telegram?- yelah email mana meluas lagi masa tu) akan sampai besoknya.

1 Jun 1997 - Mendaftar - Ingat lagi masa gi jumpa En Zam dengan Amir nak mintak hostel, dengan gaya biasa dialah jawab "Takde nasiblah sapa suruh datang lambat".Tapi at last dapat jugak duk hostel saje dia je jawab camtuh. Kat Unitele Melaka banyak benda baru belajar and refresh balik eg. Ust Ahmad berjaya mengubah pandangan saya terhadap Syiah, dan juga pemurnian sirah, Fiqh Taysir yang beliau duk ajar kat kelas dan surau, Ust Fahim dengan buku munakahat beliau, Ust Hazam, berusrah dengan Ust Mujahid dan Abg Hasan ("Giant Killer" yang berjaya menumbangkan Tan Sri Yusuf Noor dalam election 99),Subjek Mathematic Techniques, Microprocessor dengan Yey Kama Bey (baca = A,B), Taman Dahlia, Taman Bunga Raya,aktiviti panjat bukit di sekitar Melaka, masuk radio, video conference, Reformasi, abg jas dengan istilah "world class liar" nya, Restoran Fatimah,Sajian Utama, Makcik Seringgit Setengah,dan tak dilupakan Umbai dan "kereta tank kg Duyong" yang membawa kami ke mana mana tanpa perlu menaiki kenderaan awam.Di Unitele juga saya berkenalan dengan internet ,first website saya masuk ialah www.jaring.my (dari situlah link ke mana mana nak baca paper etc.), telnet dekat lab CITS.Buat homepage bla bla . Di Melaka juga saya telah buat perkara "bodoh" yang kesannya sampai ke hari ni tak hilang, dan banyak lagiklah dalam tempoh 97-98 kami semua di bukit beruang tu. Kenal dengan ummu amiir pun dari sanalah waktu buat banner untuk AGM IU. Beliau dengan idea idea yang saya kira baru untuk diimplement (adopted dari ABIM kut, dia kan pioneer student TASKI). ummu amiir menjadi student Unitele selepas dua minggu mendaftar sebagai pelajar UTM jurusan pendidikan matematik.Mungkin beliau rasa beliau tak minat mengajar alang alang dapat offer ke Unitele terima ajerlah walaupun terpaksa masuk course yang totally asing bagi beliau dan kita jugak kot masa tu Creative Multimedia.Kat Unitele, hasil dari selalu berjaga malam (biasalah budak MAS kan berjaga malam) beliau melalui channel wildan turut terdedah dengan pandangan alternatif yang dibawa sehingga ke akhir hayat beliau melalui hamidifatihi, abeyQi, Syeikh Asri (bukan Dr Asri ni) dan Kak Den, Ibnumuhammad,fayyum,dan ramai lagi.
1999 - 2001 .Lepas orientasi, kami semua pindah ke Cyberjaya (berjiran dengan pekan koboi Dengkil) Masa tu bukan macam sekarang, ada MMU sebijik kat tengah tengah Cyberjaya yang gersang. Putrajaya pun tak siap sepenuhnya lagi bangunan JPM dan Seri Perdana tu. Di Cyberjaya, IU dengan "yang ditutup itu indah" Ogy dan kisahnya, cerita bunga kertas, Sorry.txt, Lawatan ke Parlimen (kisah tapak kasut saya kedua dua belah tercabut dalam Dewan Rakyat sampai terpaksa dicucuk dengan jarum peniti dari kawan kawan)


Tu citer saya sedikit sebanyak, nak tag sape yer? sape sapelah yang nak berkongsi....Hj Mupis ko tak nak share ke ajaklah ipar duai sekalik

Entry Two:

Tu cerita mengenai MMU. Ni kisah mengenai sebelum saya menjadi student MMU plak. Sewaktu saya di alam PMR, antara guru yang saya salute (saya kira ramai ex classmate saya pun bersetuju) adalah Cikgu Muhammad b Abdullah yang mengajar subjek Sains.Beliau nampak cukup simple, masuk ke kelas kami pun lenggang jer...takde buku semua. Tapi sekali beliau mengajar, nota yang kami salin sebijik macam buku Preston (Buku terbitan Preston kan terkenal dengan fakta yang cukup detail) dan yang menariknya, ianya diucapkan tanpa beliau melihat atau merujuk walau sekali pun di buku rujukan mahupun buku teks tapi isinya sebijik sama!!!.Akhir akhir kami semua di sekolah lama sebelum berangkat ke Kolej Islam,antara pesanan beliau ialah supaya disampaikan salam beliau kepada seorang cikgu beliau di Kisas namanya Cikgu Mohd Isa. Saya terfikir apa yang istimewanya beliau dan kenapa beliau masih lagi di Kisas setelah sudah berapa lama CIkgu Muhammad ni keluar Kolej Islam, masuk Universiti, mengajar di MML sudah sekian lama, Cikgu Mohd Isa ni masih lagi di Kolej Islam.
Sampai di Kisas barulah saya tahu kenapa beliau begitu dihormati. Beliau dengan KIK/Kisas bagaikan tidak boleh dipisahkan. Tahun saya SPM adalah tahun ke 25 beliau di Kisas dan sepanjang tempoh tersebut sudah beribu anak murid beliau bertebaran, sebut sahaja siapa yang pernah mendiami bumi wakafan dari tahun 70-an, 80-an 90-an Y2K dan sehingga beliau menamatkan perkhidmatan di kisas semua mengenali beliau baik dari Dr Daud Bakar, Dr Lo'lo,Ust Idris Ahmad,Sabki Yusof, Ust Ahmad (yg saya sebut di atas), Dr Badrul Amin,Dato' Dr Jamilah,Che Amran Raihan,Zainul Rijal,Dr Asri , Ust Ainul Hilmi,Faisal Tehrani, Ida Rahayu,Ust Zahazan,Ust Aminurrasyid Yatiban, Ust Zainuddin Abu Bakar,Ust Anhar Opir semuanya pernah mendapat tempias ilmu dan didikan dari beliau. Minggu ini setelah sekian lama keuzuran akibat kencing manis beliau telahpun kembali ke rahmatuLlah. Moga moga ilmu beliau yang disampaikan kepada anak didik beliau yang sedang bertebaran di seluruh dunia bakal menjadi jariah yang berkekalan sehingga ke hari kiamat.

Al Fatihah kepada CIkgu Mohd Isa Kassim.

‘‘Khabar angin. Khabar angin, khabar anginlah.’’

Entry One:

2 Mac 2007

Quoted from Bungasakura:"Officially transferred. The letter finally came last Tuesday.
We were jumping with joy!"

Komen: abu amiir pun Officially transferred. jugak to pejabat baru. Tapi pindah dengan 50-50 lah dalam hati. Tak tahu baik ke tak pindah ke tempat baru ni. Moga moga ada kebaikkan.

3 Mac 2007

Ummu Muhammad Besday

Komen: Hadiah dah bagi sebelum tarikh lagik.

4 Mac 2007

Ummu Muhammad pergi Johor Bharu (Org Johor baca Johor sahaja bukan Johor Bharu :P ). Outstation seminggu. Bulan ni banyak dia travel dari JB ops..dari Johor ke Kluang ke Bangi ke Kluang ke Bangi ke KB ke Bangi ke Melaka.

Komen: Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya.

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?

So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

Betul ke?

5 Mac 2007

Try nak tidurkan 'ali.huhuh failed dengan cemerlang last last bagi dia tidur dengan mak tuk dia

Komen: Dah duk menangis jer nak wat camner lagik bagi kat tangan pompuan aa

6 Mac 2007

Ceramah Dr Hatta cuak kena tunggu lama baru nampak muka orang. awal awal ada 4 orang jer.

Komen: Kali ni kecut perut lain macam sbb bilangan orang yang pergi tampal poster pun lagi ramai dari orang yang datang masa awal awal majlis

7 Mac 2007

Stay back kat opis, tak sempat jumpa 'ali

Komen: no komen

8 Mac 2007

Ni bukan nak tulis diary tapi dah tader apa nak tulis.ada point pun masa takde, ada masa point pulak takde .takkan nak cerita pasal samy gaduh ngan soi lek pulak antaranya macam di bawah

samy kata:

the delay not to due to any failure on the part of the contractor, but due to the fact that the contractor had to comply with new instructions from the Health Ministry which aimed to turn the hospital as one of the top hospitals in the country.

soi lek pulak kata:

"I don’t understand why certain quarters in the government agency are so interested in championing the contractor and told the press that the delay was not the fault of the contractor but the Health Ministry which kept changing the job scope.

"I don’t understand why S. Samy Vellu did not pinpoint at the contractor, but instead put the blame on our ministry. As if he is representing the contractor and championing them.

samy plak kata:

"It’s better for me not to say anything. Let them talk. We were wrong.The Works Ministry was wrong, the contractor was wrong, the sub-contractors were wrong, those who gave the land were also wrong. Only the Health Ministry was right. Thank you."

komen: macam macam khabar angin yang kena kat kabinet malaysia sekarang, ada yang kena dikhabarkan dapat rasuah bebaskan penjenayah, ada yang dikhabarkan dapat rasuah sampai beratus juta.lagi menarik ada khabar angin pasal kawin lagi..khabar angin khabar angin.....


Ada dapat satu email pasal linda onn tu tatau betul ke tak cerita kononya Pihak Pengurusan Tertinggi ASTRO menerima panggilan telefon daripada seseorang yang berpengaruh di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Pihak Pengurusan Tertinggi Astro iaitu Mr Ralph Marshall yang 'melarang' Linda mengenakan pakaian pereka fesyen Indonesia untuk acara 'red carpet' di Academy Awards nanti dengan alasan mempertikaikan mengapa Linda menggunakan khidmat pereka fesyen luar dan bukan pereka fesyen tempatan.

Komen: Takkan pasal baju pun orang "tingkat empat" nak campur tangan jugak.Tapi bak kata PM kita ‘‘Khabar anginlah, ia hanya khabar angin. Itu sahaja, ia hanya khabar angin,’’

Tapi... pasal khabar angin tu.... elok baca keratan ni lah

9 Mac 2007

Antara keratan akhbar hari ni:

Penduduk perlu berkorban untuk pembangunan
KUALA LUMPUR 8 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat menerima hakikat bahawa setiap pembangunan memerlukan pengorbanan mereka.

Komen: Lepas satu satu....nak kena korban apa pulak kali ni?

Rakyat perlu kongsi kos lupus sampah
OSAKA 8 Mac – Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat perlu bersedia untuk berkongsi menanggung kos pelupusan sampah menggunakan sistem yang lebih berkesan termasuk insinerator bagi memastikan pengurusan sisa pepejal dilakukan dengan lebih berkesan.


Entry Two:


"Dengan nama Allah, kami masuk(ke rumah),dan dengan nama Allah, kami keluar(dari rumah) dan kepada Tuhan kami kami bertawakkal".

"Apabila seseorang masuk ke rumahnya lalu berzikir kepada Allah ketika masuk ke rumah dan makan, maka syaitan berkata (kepada teman temannya) "Tiada tempat tinggal dan makanan bagi kalian (malam ini)"Kitab Sahih Muslim no 2018,HR Riwayat Abu Dawud 4/325.

Sumber: Hisnul Muslim


Entry Three:


Jumpa lagi

Bagaimana Anda ke Tempat Kerja? Part 2

Entry One:

Sambungan posting lepas.

Bagaimana Anda ke Tempat Kerja?

Cakap pasal pukul berapa anda keluar ke tempat kerja, terfikir pula untuk cari alternatif lain yang tidak memenatkan sikit kaki untuk menekan minyak , brek dan clutch apa dia ek? Komuter? LRT? Boleh........ tapi kira kira balik ummu muhammad pun kerja kat KL abu amiir pun kat KL, kalau naik public transport paling lewat kul 645 kena sampai di stesen komuter, belum tentu leh duduk, tak kena gaya …berdiri sepanjang jalan sampai ke kl sentral , naik LRT pun berdiri jugak … sama la jugak lenguh kaki, belanja pun bukan jimat jugak lebih kurang jer…yang pasti lagi penat dan lagi kena keluar awal kalau nak naik komuter…tu tak campur lagi problem untuk parking di stesen komuter UKM lak kalau pukul 645 baru nak datang jgn harap nak dapat parking.. tak percaya? Tengok kat bawah

Luaskan tempat letak kereta Stesen Komuter UKM


Tu bila nak mengomel pasal kitalah apa bak GM abu amiir kata “screaming in pain” memang macam tu, rasa kita ni dah teruk dah padahal orang lain berlambak lagi teruk kena. Cakap pasal orang lain lagi teruk, teringat masa jumpa dia last week, duk discus pasal network attack kat Opis, malam sebelum jumpa dia tu abu amiir kena tidur lambat sebab siapkan kerja yang dia nak tu. Ingatkan kita jerlah mcm tu…. sekali dia keluar ayat “ I sampai pukul 330 pagi tadi duk buat benda ni dah buntu dah nak buat camne dah” Tu yg buat abu amiir pk balik pasal posting sebelum ni. Kalau rasa kita ni teruk dah kena STOP!!! Cuba fakir balik dan percayalah CONFIRM ada org yang lagi teruk dari kita. Kalau bab posting ni nak dijadikan tajuk muhasabah kite mungkin link di bawah boleh membantu. Ramai lagi yang lagi susah dari kita rupanya…


Anak membesar dalam kereta elak jalan sesak


Dan part yang menyentuh hati sikit, mungkin ada sebahagian dah pernah baca.

Maut gara-gara datang awal ke pejabat rebut ruang letak kereta


Alfatihah…

Alhamdulillah.. Bersyukurlah



Entry Two:

Remember this posting?

Girls in the house....

Kali ni Amiir lak nak introduce family sebelah umi dia.

Baba: Amiir, nama Asyu( Paksu) apa?
Amiir: Aiman
Baba: Anjang?
Amiir: Ifah
Baba: Nama Pakde apa?
Amiir: Faiz
Baba: Alang Alang sape nama Alang
Amiir:Deq An
Baba:Mak Long?
Amiir:Mak Long nama Dilah
Baba:Ateh
Amiir:Helmi
Baba:Pakcik?
Amiir:Anip
Baba: Andak andak
Amiir: Andak nama Nawal
Baba:Atam nama apa atam
Amiir:Atam nama Ebot
Baba:Wan , Wan nama apa wan?
Amiir: Abah
Baba:Abah nama apa?
Amiir:Abah nama Abah lah..
Baba:Tuk, tuk tuk nama apa?
Amiir:Mak

Kalau Tanya mak nama apa plak mesti dia konfius , takpun dia jawab balik nama mak tuk, dakpun kalau tanya mak nama apa dia jawab ija..

Kalau Baba, baba nama apa?
Amiir: Pejal, baba nama pejal.
Baba: Umi?
Amiir: Nogha..
(Pernah sekali dia jawab nama umi dia arwah)


Entry Three:

Bacaan Hisnul Muslim sebelum ni dah lazim dah ke?

Bagaimana Anda ke Tempat Kerja?

Entry One:

Pukul berapa anda keluar bekerja setiap pagi? Sekarang ni kalo pukul 7:15am kalau lalu di Besraya ( Takyah citer aa kuar rumah kul baper) depan Mines sikit kereta dah start bersaf saf ke tol.Otomatik plak tuh Tahun 2006 before cuti sekolah takde lak macam tuh...

Bagaimana agaknya kalau konsep janjang (janjang??? pakai lagik ke istilah ni) dipakai, pukul 7:15, 10 tahun lagi kereta bersusun sampai ke Exit Tol UPM kot?

Kalau Cam tu pukul berapa nak kena keluar rumah?

Orang Duk Seremban Kerja Kat KL kul baper ek Kuar Rumah? Kul baper naik komuter ek?

Naik public transport lagi baik ke? or Tukar Tempat Kerja lagi baik ke? Pindah rumah lagi baik ke? Takyah kira duit minyak lagi (Belum tentu nak turun..kalau turun pun tak selaju dan sebanyak naik...)




Saya tidak kata tidak akan kurangkan harga minyak tapi kita akan semak, tapi semak tak bermakna kita akan kurangkan

Campur dengan duit tol (Jangan salahkan Samy Vellu, kesian kat dia.....)



Ramai yang ingat saya orang jahat kerana mereka ingat saya yang membuat keputusan menetapkan harga tol dan memberi masalah kepada orang ramai.Saya ni macam RTM…hanya umumkan saja,

Entry Two:

Abaikan Entry Di Atas... Saya pun tak tahu apa yang saya nak citer......


Entry Three:

Bacaan Ketika Bangun Dari Tidur



Barangsiapa mengucapkan bacaan di atas, maka dia diampuni. Apabila dia berdoa akan dimakbulkan. Apabila dia berdiri dan berwudhu, kemudian melakukan solat, maka solatnya diterima(oleh Allah).

Hadis Riwayat Bukhari di dalam Kitab Fathul Baari . Begitu juga dengan imam hadis yang lain. Ibnu Majah & Tirmizi.

Sumber: Hisnul Muslim

280106-280107 - UPDATED

Entry One:

Telah ku siapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai denagn kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteri ku

(Puisi Abdul Aziz H.M )

280106-280107


p/s: Ada Entry dalam satu blog 0n 17Januari berbunyi Abu Amiir got married (hmph, quite a surprise there :p)

Komen: Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu,oleh kerana itu, janganlah Engkau biarkan diriku sekejap mata(tanpa pertolongan atau rahmat dari Mu) Perbaikilah seluruh urusanku, tiada tuhan yang berhak disembah selain Engkau. (Hisnul Muslim Doa ke 123)

Entry Two:


1. Dari Ibnu Abbas ra., katanya: Ketika Rasulullah saw. belum lama tiba di Madinah, didapatinya orang-orang Yahudi puasa pada hari Asyura. Lalu mereka ditanya perihal itu (apa sebabnya mereka puasa pada hari itu). Jawab mereka, Hari ini adalah hari kemenangan Musa dan Bani Israil atas Firaun. Karena itu kami puasa pada hari ini untuk menghormati Musa. Maka bersabda Rasulullah saw., Kami lebih pantas memuliakn Musa daripada kamu. Lalu beliau perintahkan supaya kaum muslimin puasa pada hari Asyura.

2. Dari Abu Musa ra., katanya: Hari Asyuraadalah hari yang dimuliakan orang-orang yahudi dan dijadikannya hari raya. Maka bersabda Rasulullah saw., Puasalah kamu di hari Asyuraitu.

3. Dari Abu Musa ra., katanya: Penduduk Khaibar puasa pada hari Asyuradan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita-wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian-pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda., Puasalah kamu (pada hari itu)!

4. Dari Ibnu Abbas ra., katanya dia ditanya orang tentang puasa hari Asyura. Lalu jawabnya, Aku tidak tahu kalau Rasulullah saw. mempuasakannya untuk mendapatkan keutamaannya atas seluruh hari, selain hari ini (Asyura) dan bulan ini (Ramadhan).

5. Dari Abdullah Ibnu Umar ra., katanya: Kaum Jahiliyah puasa pada hari Asyura. Sedangkan Rasulullah saw. dan kaum muslimin pernah juga mempuasakannya sebelum perintah wajib puasa Ramadhan diturunkan. Maka ketika puasa Ramadhan telah diwajibkan, Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya hari Asyuraitu suatu hari diantara hari-hari kebesaran Allah. Karena itu siapa yang puasa hari itu silahkan dan siapa yang tidak mau, boleh eninggalkannya.

6. Dari Abdurrahman Ibnu Yazaid ra., dia menceritakan bahwa Asyab bin Qais ra., pernah datang ke rumah Abdullah ketika dia sedang makan. Lalu kata Abdullah, Ya, Abu Muhammad! Mari silahkan makan! Jawab Asyats, Bukankah hari ini hari Asyura? Jawab Abdullah, Tahukah engkau, apakah hari Asyuraitu? Kemudian dia melanjutkan, Hari Asyuraialah suatu hari dimana Rasulullah saw. pernah puasa sebelum perintah wajib puasa Ramadhan diturunkan. Tatkala kewajibn puasa Ramadhan telah turun, maka puasa Asyuraditinggalkan beliau.

7. Dari Jabir bin Samurah ra., katanya: Rasulullah saw. menyuruh kami puasa pada hari Asyura, dan beliau mendorong kami serta memperhatikan kami melaksanakannya. Tetapi ketika puasa Ramadhan telah diwajibkan, kami tidak lagi disuruh beliau, tetapi tidak pula dilarang dan tidak lagi diperhatikannya apakah kami puasa atau tidak.


(Sebahagian Hadis Hadis Muslim Mengenai Puasa Aasyura- Tkasih kepada penyusun)

Entry Three:

Credit to Syeikh Kamin

Muharram - antara fadhilat dan kepalsuan

Saban tahun fadhilat-fadhilat ini disebarkan melalui media-media tertentu. Kalau dahulu, perawi hadith-hadith palsu ini menyebar dari mulut ke mulut, tapi kini, perawi-perawinya semakin advance! Mereka cuma perlu menekan tombol FORWARD didalam perisian e-mail masing-masing.........

Bulan Muharram merupakan bermulanya tahun baru didalam kalendar Islam. Artikel lalu telah membicarakan mengenai beberapa kelemahan fakta apabila membicarakan mengenai peristiwa hijrah Nabi :saw. Kelemahan-kelemahan ini adalah disebabkan oleh beberapa kitab-kitab sirah yang mengambil cerita berdasarkan kepada hadith-hadith dhaef.

Masyarakat kita telah didedahkan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini dengan upacara membaca doa akhir dan awal tahun. Yang agak sedihnya adalah terdapatnya semacam janji syaitan kepada si-penerima doa ini bahawa : Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun. dan juga Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.

Komentar kami adalah bahawa doa ini tidak datang dari Nabi :saw, dan haram kita menyandarkan doa kepada kepada Rasulullah :saw, kerana doa ini tidak terdapat didalam mana-mana kitab sunnah. Mungkin persoalan yang timbul adalah : kepada siapa pula syaitan ini berjanji? Kami mengandaikan bahawa ini merupakan harapan dan cita-cita si-penulis doa ini, dimana seolah-olah syaitan telah berjanji dengan dia.

Berasaskan minda yang terbuka, tidak ada salahnya membaca doa ini, kerana maknanya pun tidak menyalahi syara. Kita tidak perlu terhad kepada kaifiat yang didatangkan bersama-sama doa ini, seperti kaifiat doa awal tahun hendaklah di baca selepas Magrhrib 1 Muharram. Disebabkan maknanya baik, tidak kiralah waktu dan hari apapun, baca sahajalah doa ini dengan mengharapkan Allah mengkabulkan doa tersebut.

Semua orang maklum bahawa doa tidak perlu terhad kepada apa yang terdapat dari al-Quran dan hadith-hadith Nabi :saw sahaja. Ia merupakan manifestasi keikhlasan dan kesungguhan si pemintanya yang dilahirkan dari suara hati dan bait-bait perkataan. Asalkan ia tidak menyalahi syara, tidak berbunga-bunga atau keterlaluan, maka bacalah apa sahaja doa yang kita hajati.

Bulan Muharram juga terdapatnya hari yang dinamakan Hari Asyura yang berlaku pada 10 Muharram setiap tahun. Kebanyakkan kita banyak menerima e-mail yang menceritakan mengenai fadhilat hari Asyura. Diantara fadhilat-fadhilatnya adalah :-

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri. Fadhilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menunjukkan orang sesat. Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
4. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
5 Bersedekah. Fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
6. Mandi Sunat. Fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
7. Bercelak. Fadhilatnya - tidak akan sakit mata pada tahun itu
8. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
9. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
10. Membaca - ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru. Fadhilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
11. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilatnya - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
12. Puasa - Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Jika diberi penilaian kepada amalan diatas, hanya satu amalan sahaja yang sahih digalakkan kita melakukannya pada hari Asyura, iaitu berpuasa. Akan tetapi, fadhilatnya yang menjanjikan ganjaran 1,000 kali haji adalah DUSTA! Fadhilat berpuasa terdapat didalam riwayat Abu Qatadah ra, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :

Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari Asyura menghapuskan (dosa) setahun yang lepas -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].

Punca-punca fadhilat amalan-amalan hari Asyura kebanyakkannya berunsurkan hadith-hadith yang sangat lemah dan palsu. Tidak cukupkah fadhilat berpuasa yang menghapuskan dosa kita lalu? Fadhilat mana yang lebih baik dari fadhilat Allah mengampuni dosa-dosa hambanya?

Berkata Imam Ibn al-Qayyim rh :-

Hadith-hadith tentang bercelak pada hari Asyura, berhias, meluaskan sesuatu perkara, solat khusus pada harinya dan lain-lain kelebihan tidak ada sesuatupun yang sahih, Ia tidak thabit dari Nabi :saw mengenainya selain dari hadith-hadith tentang puasa. Perkara yang selain dari amalan berpuasa adalah Batil. Misalnya : Sesiapa yang meluaskan memberi makan keluarganya pada hari Asyura, Allah akan meluaskan untuknya sepanjang tahun. [Fiqh al-Shiyam, al-Qaradhawi, ms 144].

Saban tahun fadhilat-fadhilat ini disebarkan melalui media-media tertentu. Kalau dahulu, perawi hadith-hadith palsu ini menyebar dari mulut ke mulut, tapi kini, perawi-perawinya semakin advance! Mereka cuma perlu menekan tombol FORWARD didalam perisian e-mail masing-masing. Kaedah penyebaran semakin moden, akan tetapi nilai-nilai ilmiyyah masih lagi di takuk lama. Kita masih lagi dihanyutkan dengan fadhilat bubur Asyura.

Semua umat Islam harus menyahut seruan meneliti kesahihan sesuatu berita sebelum menyebar atau mengamalkannya. Jika kita lihat perkembangan kitab-kitab berbahasa Arab, walaupun judul dan pengarangnya merupakan sarjana-sarjana dahulu, akan tetapi kitab-kitab tersebut telah dinilai semula (tahqiq) dan pelbagai percetakan. Hadith-hadith yang terdapat didalam kitab-kitab tersebut telah di takhrij dan diberikan statusnya. Inilah kekuatan kesarjanaan Islam, saling memperkukuhkan diantara satu sama yang lain, dari zaman ke zaman.

Ayoh kawan-kawan sekalian, kita didik bangsa dan keturunan kita dengan ilmu-ilmu Islam yang tulen. Kita bukan sahaja memberi mereka makan makanan yang halal dan baik, kita juga memberikan rohani mereka makanan dari ilmu-ilmu Islam yang tulen, yang jauh dari kepalsuan. Jauhilah jiwa-jiwa mereka dari menghayati cerita-cerita yang tidak tidak ada sandaran. Persoalannya : apakah tahun hadapan kita masih lagi menjadi perawi digital kisah-kisah dusta ini??

kamin, 9 Muharram (28 Jan 2007), 5:20pm.


Puasa 'Aasyura Dan Taasuaa'

Puasa 'Aasyura Dan Taasuaa'

Petikan dari kitab : Taisir al-Fiqh fi Dhau' al-Quran dan al-Sunnah (Fiqh al-Siyam) : Cetakan ketiga Muassasah al-Risalah. m.s. 142 - 145. Oleh : Prof Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

'Aasyura ialah hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram Manakala Taasuaa' adalah hari yang kesembilan dari bulan yang sama. Zahir daripada himpunan khabar (hadith-hadith) bahawasanya puasa 'Asyura adalah sesuatu yang dikenali di sisi kaum Quraish pada zaman Jahiliyyah, dan demikian juga dikenali (puasa 'Asyura) di sisi penganut Yahudi.

Kata 'A-isyah r.'anha : "Hari 'Asyura adalah satu hari yang orang-orang Quraish berpuasa padanya ketika Jahiliyyah. Dan Rasulullah s.a.w. juga berpuasa pada hari tersebut. Ketika sampai di Madinah Nabi s.a.w. berpuasa pada hari 'Asyura dan baginda menyuruh Umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Namun apabila difardhukan puasa Ramadhan, Nabi s.a.w. bersabda

Maksudnya : "Sesiapa yang hendak, maka berpuasalah ia (pada hari 'Asyura), dan sesiapa yang tidak mahu tinggallah ia (puasa 'Asyura)" (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim) Kata Ibn 'Abbas r.a. : "Ketika Nabi s.a.w. sampai ke madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura. Lalu Baginda bersabda :

Maksudnya : "Hari apakah ini (di sisi kamu) ?" Orang-orang Yahudi menjawab : "Hari ini adalah hari yang baik. ALLAH telah memenangkan padanya Musa dan Bani Isra-il daripada musuh mereka (Fir'aun dan kaumnya). Lalu Musa berpuasa pada hari ini ('Asyura)." Sabda Nabi s.a.w. : "Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu semua (orang-orang Yahudi)." Lalu baginda berpuasa pada hari tersebut ('Asyura) dan mengarahkan (para Sahabat) berpuasa padanya." (Hadith riwayat al- al-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah memfardhukan (mewajibkan) puasa pada hari 'Asyura diperingkat awal, sehingga baginda mengutus seorang utusan untuk memberitahu kepada manusia lain untuk berpuasa pada siang hari 'Asyura sekalipun mereka telah makan (sebelumnya). Apabila difardhukan puasa Ramadhan, maka dihapuskan kefardhuannya (dihapus kefardhuan puasa 'Asyura). Maka jadilah puasa 'Asyura sebagai sunat sahaja. Dari Abi Qatadah r.a. sabda Nabi s.a.w. :

Maksudnya : " Puasa hari 'Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun : Tahun yang lalu dan yang akan datang. Sedang puasa hari 'Asyura menghapuskan (dosa) setahun yang lalu." (Hadith riwayat al-Jama'ah, kecuali al-Bukhari dan al-Tirmizi – al-Muntaqa bersama Nail al-Author, 4/323) Nabi s.a.w. benar-benar mahu membezakan syakhsiah Islamiah (dari yang lain) dalam setiap perkara. Supaya Umat Islam merdeka / berbeza dari penganut yang lain, lalu baginda menganjurkan puasa pada hari kesembilan (dalam bulan Muharram) bersama dengan puasa pada hari kesepuluh (dalam bulan Muharram), supaya dapat dibezakan antara puasa Umat Islam dengan puasa Ahli Kitab. Dari Ibn 'Abbas r.a. katanya :

Maksudnya : "Ketika Nabi s.a.w. berpuasa pada hari 'Asyura, dan baginda menyuruh para sahabat berpuasa padanya."Para Sahabat berkata : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu hari yang dibesarkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasara." Lalu Sabda Nabi s.a.w. : "Maka pada tahun hadapan insyaALLAH kita akan berpuasa (bermula) pada hari kesembilan." Lalu Ibn 'Abbas menceritakan : "Tidak sempat datang tahun hadapan, Nabi s.a.w. diwafatkan (oleh ALLAH s.w.t.)." (Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud)

Tidak didapati sesuatu yang lain sempena 'Asyura selain puasa. Adapun perkara yang diada-adakan oleh sebahagian manusia seperti berhias, mandi, bercelak, dan meluaskan berbelanja ahli keluarga pada hari itu, atau menjadikan hari tersebut sebagai perayaan yang disembelih padanya binatang sembelihan, dan meluaskan / perbanyakkan sesuatu amalan padanya- Semua ini daripada sesuatu yang tidak ada asalnya dari agama ALLAH, dan tidak ada dalil atasnya sesuatu dalil yang sahih. Zahirnya perkara-perkara ini dilakukan sebagai membantah perbuatan Syiah yang menjadikan hari 'Asyura sebagai hari kesedihan dan tahun kemurungan (seperti apa yang dilakukan wanita yang kematian suami), memukul dada, menampar pipi, dan mengoyak pakaian sebagai mengingati musibah yang berlaku kepada al-Syahid yang dizalimi al-Husain bin 'Ali r.'anhuma. Semua dua golongan ini berada dalam kesalahan.




Tidak boleh mengubah Bid'ah dengan Bid'ah, tidak boleh membaiki sesuatu yang diubah (dalam ugama) dengan sesuatu lain yang diubah juga. Sebaliknya rujukan dalam semua hal adalah apa yang disyariatkan oleh ALLAH dan RasulNYA. Al-Imam Ibn-Qayyim berkata : Maksudnya :

"Hadith-hadith tentang bercelak pada hari 'Asyura, berhias, memluaskan sesuatu perkara, solat khusus pada hari 'Asyura dan selainnya dari perkara-perkara kelebihan tidak ada yang sahih sesuatupun, demikian juga tidak ada satu hadith, tidak ada yang thabit dari Nabi s.a.w. sesuatupun selain dari hadith-hadith tentang puasa. Dan apa yang lain dari puasa adalah Batil. Contoh dalam perkara ini ialah (hadith rekaan

"Sesiapa yang meluaskan memberi makan keluarganya pada hari 'Asyura, ALLAH akan meluaskan untuknya sepanjang tahun." Imam Ahmad berkata : "Hadith ini tidak Sahih." Adapun hadith tentang bercelak, memakai minyak dan wangian adalah dari pemalsuan para pendusta, mereka (mengada-adakan semua ini untuk) membantah golongan lain yang menjadikan hari 'Asyura sebagai hari kesedihan. Kedua-dua golongan ini adalah dari puak-puak Bid'ah yang terkeluar dari Sunnah Nabi s.a.w. Sedangkan Ahl al-Sunnah pada hari 'Asyura melakukan ibadat puasa seperti apa yang disuruh oleh Nabi s.a.w. dan mereka menjauhi apa-apa yang disuruh oleh Syaitan dari perkara-perkara Bid'ah." (al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dhaief)

Telah ditanya kepada Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah tentang apa yang dilakukan oleh manusia pada hari 'Asyura seperti bercelak, mandi (hari 'Asyura), mewarnakan rambut, bersalaman, memasak biji-bijian, menzahirkan keseronokan dan lain-lain. Apakah ada tentang perkara ini dari Nabi s.a.w. satu hadith yang sahih atau tidak ada ? Jika tidak ada hadith yang Sahih tentang perkara itu, apakah ianya termasuk di dalam Bid'ah ataupun tidak ? Dan bagaimana pula perbuatan satu golongan lain yang menzahirkan kesedihan, berdahaga dan selainnya seperti ratapan, mengoyak bayu. Apakah perkara ini ada asal (dalam agama) atau tidak ? Jawab Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah :

"Alhamdulillahi rabb al-'Alamien, tidak ada satupun dalam perkara itu hadith yang sahih dari Nabi s.a.w. Tidak juga dari para sahabat baginda. Dan tidak ada seorangpun dari kalangan para Imam orang Islam menganggap ianya sunat, tidak di kalangan para Imam (mazhab) yang empat, tidak juga selain mereka. Ulama hadith yang menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan tidak meriwayatkan tentang perkara itu. Tidak dari Nabi s.a.w. tidak juga dari para sahabat baginda, tidak juga dari Tabi'ien. Tidak (diambil perkara itu) dari yang Sahih mahupun yang Do'ief. Tidak ada di dalam kitab yang yang Sahih, tidak ada di dalam kitab-kitan Sunan, tidak ada juga di dalam kitab-kitab Masanid. Tidak dikenali sesuatupun dari hadith-hadith ini pada zaman yang utama (Zaman Nabi dan para sahabat, Tabi'ien dan tabi' al-Tabi'ien). Akan tetapi sebahagian generasi kemudian meriwayatkan hadith-hadith dalam perkara tersebut seperti apa yang diriwayatkan mereka :

Maksudnya : "Sesiapa yang bercelak pada hari 'Asyura, dia tidak akan terkena penyakit mata pada tahun itu. Sesiapa yang mandi pada hari 'Asyura, dia tidak akan sakit pada tahun itu." Dan contoh-contoh yang lain.

Demikian juga mereka meriwayatkan tentang kelebihan solat hari 'Asyura, mereka meriwayatkan juga bahawasanya pada hari 'Asyura bertaubatnya Nabi Adam, berlabuhnya bahtera (Nabi Nuh) atas (Bukit) Judi, bertemunya Nabi Yusuf dengan Nabi Ya'kub, terselamatnya Nabi Ibrahim dari api, digantikan Nabi Ismail dengan Kibas dan seumpama dengannya. Mereka telah meriwayatkan satu hadith yang palsu, pembohongan atas Nabi s.a.w.

Maksudnya : "Sesiapa yang meluaskan memberi makan keluarganya pada hari 'Asyura, ALLAH akan meluaskan untuknya sepanjang tahun."

Riwayat seperti ini semuanya pendustaan atas Nabi s.a.w. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah menyebut: "bahawasanya al-Husain r.a. apabila dibunuh syahid secara zalim, ALLAH memuliakannya sehingga ia sempat bersama keluarganya yang suci dan ALLAH menghinakan sesiapa yang menzaliminya dan memusuhinya. Perkara itu menjadi sebab kejahatan di kalangan manusia. Maka wujudlah golongan yang jahil dan zalim, samaada golongan Mulhid yang hipokrit, atau golongan sesat yang ingin menzahirkan rasa kecinta mereka kepada Ahl al-Bait. Mereka menjadikan hari 'Asyura sebagai hari bersedih dan hari ratapan. Mereka menzahirkan padanya syiar-syiar Jahiliyyah seperti menampar pipi, mengoyak pakaian dan memberi ucap takziah secara jahiliyyah. Maka satu golongan lain menentang golongan ini, samaada golongan itu dari kalangan al-Nawasib yang ta'asub dengan al-Husain dan ahli keluarganya. Ataupun dari golongan jahil yang ingin menghadapi kejahatan dengan kejahatan, menghadapi pembohongan dengan pembohongan, keburukan dengan keburukan, menghadapi bid'ah dengan bid'ah. Maka mereka memalsukan athar-athar untuk menzahirkan syiar-syiar keseronokan pada hari 'Asyura seperti bercelak, mewarnakan janggut, meluaskan nafakah kepada ahli keluarga, memasak makanan yang diluar daripada adapt kebiasaan dan seumpamanya sama seperti yang dilakukan pada hari raya dan sesuatu musim keseronokan. Maka jadilah golongan ini menjadikan hari 'Asyura sebagai satu musim seperti hari raya dan hari kegembiraan. Sedangkan satu golongan lagi menjadikan hari 'Asyura sebagai hari bersedih, yang mereka menzahirkan padanya kesedihan. Kedua-dua golongan ini adalah golongan yang salah yang terkeluar dari Sunnah Nabi s.a.w." (Majmu' Fatawa Ibn Taimiyyah : 307 – 310)

Nota:

1. Artikel tak ingat saya dapat dari mana. Apa pun Credit goes to the original Author. Allah Maha Mengetahui. Kalau nak fwd artikel ni pun Credit goes to the original Author lah.

2. 9 dan 10 Muharram jatuh pada Hari Ahad dan Isnin yang akan datang.


'Mari pakat tengok 'ali

Entry One:







"Jom Balik Rumah Power Rangers ...Kaler apa ek?"


"Baru Bangun Tido pun kena jaga baby ali ke?"



" Em ..emm emmmm 'ali nak tidooooooo abg cik nak tengok power rangers"



Entry Two:

Daripada Abu Hurairah katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Wahai Rasulullah, manakah sedekah yang lebih utama? Baginda bersabda: "Kamu bersedekah dalam keadaan kamu sihat dan tamak, mengharapkan kekayaan dan takutkan kefakiran. Jangan tangguhkan sehingga nyawa di halkum lalu kamu katakan, ini untuk si fulan, itu untuk si anu, sedangkan ia sudah menjadi hak si fulan itu. (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Pada setiap hari manusia berada pada waktu pagi dua malaikat turun lalu seorang daripada mereka mengucapkan: "Ya Allah, berilah gantian kepada orang yang melakukan infaq" dan seorang lagi pula mengucapkan: "Berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan diri dari membelanjakan harta."

COmments:

Orang kat Johor tengah perlukan bantuan .....


Entry Three:

Selamat Tahun Baru.

Entry FOur:

TQ to Zueika & Iena sebab datang tengok budak budak berlakun iklan :P

Prince Amiir's Diary - Updated

Entry One:

Tarikh : 30/12/2006
Masa: 06:06 am Waktu Baghdad
Tempat: Camp Justice ("Camp Al-Adala")

"Saddam began to recite the Shahadah again, an act of faith performed by Muslims prior to the time of death (if anticipated). As he neared the end of his second recitation, the platform dropped"



Komen: Kurang kurang akhir hayat beliau bersyahadah, kalau kena sebat (kalau kena lah) kat akhirat pun akhirnya ke Syurga.Tapi Syiah yang duk menari keliling mayat beliau, kalau berterusan macam tu?



Entry Two:

Tarikh : 31/12/2006
Masa: Lepas Solat 'Aidil Adha
Tempat: Tempat ummu amiir

" Naper umi duduk bawah ni?"
" Naper umi mati?"
" Naper tak jumpa doktor?"

Komen: Dah jumpa doktor pun......


Entry Three:


Tarikh: 1/1/2007
Masa: 12:01 a.m
Tempat: Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Shah Alam, Lebuh Raya Cheras-Kajang, Lebuh Raya KL-Karak dan Lebuh Raya Koridor Guthrie.

Adakah kadar tol yang dikenakan di negara kita adalah tinggi?(Klik utk detail\\)

Kadar tol yang dikenakan di negara kita adalah jauh lebih rendah berbanding beberapa negara jiran kita, selain daripada itu terdapat juga beberapa laluan di negara jiran yang tiada mempunyai sebarang alternatif dikenakan tol yang agak tinggi. Kadar tol per km di beberapa negara adalah seperti berikut:

Filipina - 35.57 sen/km

Thailand - 22.76 sen/km

China - 27.62 sen/km

Indonesia - 14.80 sen/km

Komen: Apa apa lah labu kalau dah nak naik...


Entry Four:


Tarikh: 1/1/2007
Masa: 8:00 a.m
Tempat: Aqiqah 'Ali - Mak Tuk Sponsor.

Komen: Ingat nak Catch Ust Harun Din nak minta tlg "belah mulut" tapi sibuk sangat aaaa die


Entry Five:

Tarikh: 3/1/2007
Masa: 8:00 a.m
Tempat: Muhammad start sekolah.

Komen: Masuk Taski biasa pun abis RM 500 kalau Qdees ke Montesori ke tatau aaa. Pasal anak sekolah better tengok apa abu saif kata www.saifulislam.com


Entry Six:

"Barangsiapa yang melakukan kesalahan kepada saudaranya, mohonlah keampunan hari ini, sebelum hari yang tiada dinar dan dirham (iaitu hari Kiamat), apabila dia mempunyai apa2 kebaikan, beberapa kebaikkannya akan diambil dan diberi kepada orang yang dia lakukan kesalahan, dan jika dia tidak mempunyai kebaikkan, maka beberapa keburukannya orang yang dilakukan kesalahan keatasnya akan diambil dan dicampakkan kepadanya, dan dia akan dicampakkan kedalam neraka"

Detik untuk diingati

Entry One:

Hari ini dalam beberapa ketika lagi seluruh umat islam yang datang dari seantero dunia akan memulakan secara rasmi ibadah haji mereka dengan berwukuf di 'arafah. Antara yang sedang berada di sana sekarang ibu amni, bapa fawwaz,chaotic mother,ismael haneyya (dah vote ke utk beliau, kalau belum click) dan ramai lagi lah ada antaranya saudara mara kita semua. Insya Allah moga moga mereka semua di sana mendapat haji akbar yang mabrur.





Sementara tu acara tahunan setiap kali umat mula meninggalkan kota mekah untuk ke 'Arafah juga bakal berlangsung iaitu upacara menukar kelambu kaabah.





Tu kat Mekah dan 'Arafah kita kat Malaysia dan tempat tempat lain pula? takkan nak tengok jer depa dapat pahala.

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : "Puasa pada hari Arafah, aku mengira supaya Allah mengampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang..." - riwayat Muslim dan Abu Daud.

Entry Two:

Hari ni





"Apa yang telah luput tidak akan dapat dikembalikan dengan melihat ke belakang tetapi dengan melangkah ke hadapan, Insya Allah, kerana mati dan hisab berada di hadapan"


Entry Three:

Selamat Hari Raya 'Aidil Adha dari kami sekeluarga

Dua Tahun Berlalu...



"Ya Allah ampunilah Umi dan belas kasihanilah dia sebagaimana dia telah mengasihaniku semasa aku masih kecil."






"Jangan ucapkan Selamat Tinggal
Ucapkanlah Hingga Kita ketemu Lagi
Walaupun ianya tidak akan lagi di bumi Tuhan
Mudah-mudahan Bertemu kita di Syurga-Nya nanti"



16/12/2006 - Genap 2 Tahun Pemergian Ummu Amiir....

"Ya Allah, maafkanlah dia dan berilah rahmat ke atasnya, selamatkanlah dia dan ampunilah dia"

Ahlen Ahlen Ahlen

Entry One:

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"

Al Mulk :2


Alhamdulillah... we received our third son on 26th November 2006 two weeks earlier than then expected delivery date..at 1.33 p.m..



ahlen ya 'ALI

Entry Two:

Kenapa 'Ali?

1. Nama pilihan Maknye dari dalam perut lagik
2. Nak kena huruf A kot kat depan.
3. Tok Wan Ali?

'Ali sahaje ke? (Ramai orang tanya soklan ni)

Plan awal awal lagi kalau laki nak letak nama 'Ali Uthaymeen - padanan nama Sahabat dan nama salah seorang ulama besar. Tapi lepas risik risik kena tukar plan.. keluarlah cadangan nama nama antaranya

'Ali Zuhairi
'Ali Hanafiah
'Ali Husaini (Aiks?)

Dan beberapa nama lagi... tapi lepas buat shortlist bla bla etc...( zaman nak bagi nama amiir husaini dulu kena buat undian tapi last last tak pakai jugak keputusan tuh hehehe)

akhirnya hari ketujuh

ahlen ya 'ALI HUZAIFI AHMAD FAIZAL




'Ali Huzaifi?


1. Sempena nama Imam Masjid Nabawi (Refer Entry Four Kejap Ada Kejap Takde)
2. http://www.jamiat.org.za/al-jamiat/v38huzaifi.html

3.http://www.jamiat.org.za/isinfo/huzaifi.html


Entry Three:


Macam mana dengan mimpi mardhiah12 tu? Kalimatin Sawaain Bainana

Nabi SAW pun pernah mimpi masuk Mekah buat haji. Para sahabat punyalah bersiap last last tertangguh sampai tercetus "ketegangan" antara Rasul SAW dan sahabat esp dengan Sayyidina Umar akhirnya mereka dapat masuk juga ke Mekah bukan setakat untuk buat haji tapi Fathul Makkah sekali...

Mimpi orang baik baik ni biasanya Rukyah Sadiqah Insya Allah

Entry Four:

OPss... which one is betul ni? Third son or Second Son? First also correct maaa conclusion:

1. The First among Equal - Muhammad
2. The Really First - Amiir Husaini (Muhammad ada abang sebelum ni namanya Thariq tapi meninggal dalam kandungan, duk teman ayah dia la ni)
3. The First in The Family - 'Ali Huzaifi

So mana satu betul? semua pun betul......
Entry One:

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"

AL Mulk :2


Awal minggu ini disampaikan khabar seorang juniro di Universiti dulu yang "kehilangan" putera/bayi sulung mereka.Takziah kepada mereka dari jauh kami mendoakan agar mereka dimasukkan di dalam golongan seperti yang dimaksudkan oleh Rasul SAW.

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:"Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:"Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:"Ya." Allah bertanya lagi: "Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab:"Ya". Allah bertanya kali ketiga:"Apakah kata hamba-Ku?"Malaikat menjawab:"Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali". Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:"Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'."

Riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban


Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut."

Riwayat al-Hakim


Source: Laman Web EHadis

Entry Two:

Minggu ni juga menandakan telah hampir dua minggu Tok Nek Muhammad( Datuk Ummu Muhammad) kembali ke rahmatullah setelah terlantar untuk satu tempoh masa yang agak lama.Kiranya Ummu Muhammad hilang datuk dan nenek kedua duanya tahun ni.Atas kertas kedua duanya telah sampai waktu dan ketika kerana sakit tua. Pengalaman bagi abu amiir sebab dapat tengok perjalanan dari sakit biasa ke sakit yang agak teruk kemudian terlantar nazak dan seterusnya menghembuskan nafas terakhir. Yer mungkin agak susah juga waktu tu nampaknya di tambah pula setelah disuntik dengan ubat untuk membolehkan paru paru berfungsi tapi mungkin hikmahnya seperti yang digambarkan oleh kata kata berikut:

"Sayidina Umar bin al-Khatab, r.a., pula pernah berkata: "Apabila seseorang mukmin masih menanggung sedikit dari dosa-dosa yang tidak dihapuskan oleh amalan baiknya Allah akan menjadikannya menderita susah sukar "Sakratul maut" supaya Ia dengan penderitaan yang demikian dapat mencapai tingkatan martabatnya dalam Syurga; adapun orang yang kafir pula, apabila ia melakukan sesuatu perkara yang baik di dunia, maka Tuhan memudahkan dia menghadapi "Sakratul maut", supaya dengan itu dapat ia menerima balasan kebaikannya itu di dunia, kemudian ia akan terus ke Neraka pada hari akhirat kelak."

Allah a'lam itu hikmah yang mungkin boleh nampak yang tidak nampak banyak lagi termasuk kepada yang masih hidup.


Entry Three:

Teringat petikan tulisan terbaru saiful islam mengenai akhirat

"Di dunia ini tidak ada keadilan yang mutlak. Banyak penindasan yang tidak dapat dibela. Kalau tiada Akhirat, sempit dada dibuatnya. Kerana adanya Akhiratlah, hidup di dunia ini bermakna. "

Mafhum dari tulisan tersebut dalam peristiwa di yang telah berlaku

Kalau nak diikutkan hati siapa yang tidak sedih, hilang akal atau tak keruan bila kehilangan orang yang kita kasihi tapi kepercayaan kepada adanya akhirat dan pembalasan yang dipertemukan kembali dan ianya merupakan "reunion" yang abadi. Yang penting doa dan husnu Zhan yang tidak putus kepada Allah moga moga kita di sini dan ahli kita di sana digolongkan setempat bersama sama orang orang yang mendapat Rahmat dan Kasih Sayang Allah.

"Engkau juga menangis, wahai Rasul? ." Rasulullah saw menjawab "air mata berlinang, hati terkoyak - koyak, namun kami tidak akan berkata kecuali yang diredhai Allah. Wahai anakku Ibrahim, sungguh kami sedih atas perpisahan ini."

Ucapan Nabi SAW sebagai menjelaskan kehairanan Abd Rahman bin Auf sewaktu kewafatan putera baginda Ibrahim pada usia yang masih kecil.(Kalau tak silap setahun sebelum kewafatan Nabi SAW dan peristiwa ini juga menjadi sebab turunnya Surah Al Kauthar sebagai membalas kata kata buruk musyrikin kepada Nabi SAW bahawa Nabi SAW telah terputus rahmat/@keturunan? dengan kematian tersebut. Biasalah Orang Arab kan bangga kalau ada anak laki)


Entry Four:

Selamat Berangkat kepada Mufis dan Aida.Tak lupa juga kepada Chaotic Mother Semoga kembali dengan haji yang mabrur, perjalanan yang diterima Allah dan perniagaan yang tidak rugi.Doakan semoga kami yang masih di sini dipermudahkan Insya Allah
(ummu amiir teringin sangat untuk ke sana, dulu sewaktu balik dari Sudan, tak dapat ke sana kerana ketiadaan Mahram yang diterima oleh pihak berkuasa. Kemudian hayatnya di dunia terhenti juga sewaktu nak menghantar jemaah yang nak ke sana Tertulis bahawa haji untuk beliau disempurnakan oleh Hamba Allah yang lain. ummu muhammad dapat surat pengesahan untuk kesana kali pertama tak silap sewaktu awal awal abu muhammad "di jemput". Kali kedua dapat surat tahun ni terikat dengan kontrak di tempat kerja beliau pula paling awal 2008 baru boleh pergi. Moga dipermudahkan dan ada hikmahnya yang Allah tak tunjuk lagi.)


Entry Five:



Fadhilatnya: Dari Syaddad bin Aus RA dari Nabi SAW bersabda: Penghulu istighfar ialah "Allahumma anta ……" . Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang dan mati pada malam itu, maka masuk syurga. Demikian juga siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu masuk syurga.

(HR Bukhari)