Dulu duk dengar dengan tengok sajalah cerita cerita dan kisah orang orang sekeliling saya pergi China, Turki, Dundee,Paghis, Amerika, Menangkap kain langsir dan jubah di Bandung (Kota Kinabalu kira jugak ke?) nak pergi duk fikir Haji pun tak lepas lagi nak gi berjalan, nak pergi fikir fikir kena ambil cuti, bila kena ambil cuti terus terfikir baik baik kampung ziarah keluarga, nak dapat cuti panjang bukan senang, tu yang sebabkan tak pernahnya jadi kalau nak jalan jauh jauh faktor tak sampai hatinya banyak

Yang ini mungkin rezeki bila tawaran melawat ni datang dari keluarga Ummu Muhammad, hampir fully sponsored, Tok Ma baru je datang Bangi luangkan seminggu masa di sini, baru je ziarah Cik Na ngan Tok Mek, kira boleh pejam matalah kalau nak pergi huhuh

Perancangan Anjolie Muhammad nak ziarah tetap kenalan keluarga yang telah bersilaturrahm lebih 20 tahun menyebabkan Medan jadi pilihan untuk ke sana berbanding Bandung mahupun Jakarta.




Lapangan Terbang Polonia- Medan sapa yang pernah datangkenal lah tempat ni, kami disambut oleh Petronas, banyak jugak Petronas di sini.

Tempat kediaman kami dua hari pertama dan dua hariterakhirkamidi Sumut( SumateraUtara)Bangunan Bawah terdiri dari tiga pintu Anak sulung mendiami pintupertama, menjalankan perniagaan cybercafe dan menguruskan jemaah haji dan umrah, pintu kedua didiami oleh nenek dan pintu ketiga dulunya butik pakaian sekarang tak digunakan,laluan ke tingkatatas tempat kursus dan umrah Yayasan Manasik Haji Padang Arafah


Masjid Nurul Mukminin


Ruang atas - boleh main bolahuhu
atau sorok sorok

Kami tak sempat masuk dalam dah tutup. Frust jugaklah bagi orang orang yangminatmuzium macam saya huhuh, nak tahu lanjut boleh ke sini

Habis hari pertama dan kedua di sana hari ketiga dan keempat kami ke Brastagi


Kolam Renang Grand Mutiara Brastagi- sasau budak2 ni nampak kolam huh lepas tu semua biru sejuk

Tempat ni kira macam Cameronlah kalau kat Malaysia( boleh bagi contoh Malaysia je takkan nak bagi contoh Barcelona pulak :P ) Jalan ke sana Masya Allah saya tak nak lalu dah, memabukkan!


Makan jagung lepas makan eh naik kuda keliling pekan Brastagi. Dua hari di Brastagi terus ke Parapat


Dalam perjalanan ke Parapat singgah di Air terjun Piso piso, dari sini pemandangan sebahagian dari Tasik Toba dapat dilihat, cantik tapi ingatkan jalan nak sampai huh serik!



Merasa juga Nasi Padang akhirnya, kat sini lauknya dihidang semua tapi bil dikira mana yang kita ambil dan makan sahaja tu sekali hidang penuh meja, kalau ada kambing laju je tangan nak capai huhuh nasib baik dia tak hidang gulai otak :P, bab makan ni teringin je nak mencuba, kolak durianlah, mee pangsit,soto


Tapi yang ni saya tak cuba lah Kat sini kalau B1 benda nilah kalau nak makan B2 yang seekor lagi tu najis mughallazah jugak



Di Parapat kami menginap di Hotel Inna Parapat, pilihan selepas batalkan Niagara jauh sangat di puncak bukit susah Ummu Muhammad nak shopping :P dan susah bebudak nak mandi air danau Toba


lagi pemandangan tasik toba dari hotel

Hari kedua kami meneruskan perjalanan ke Pulau Samosir Pulau Vokanik yang terletak di tengah tengah Danau Toba


tak sempat lah berselisih dengan SBY sebab beliau datang merasmikan Muzium Batak sehari sebelum tu. Kami pun tak pergi Muzium Batak beliau tapi ke Muzium Batak lain. Tak banyak sangat pameran di sini


Balik dari Parapat, kami menginap di Asean International Hotel. Terserempak Dato Zainal Sakom di sini menginap satu hotel tapi tak lah teringin nak interview beliau pasal isu Khusrin, mengkhusr kan masa sahaja.


Baik layan aktiviti ruji anak anak.main kolam.... huhuh


Hari hari terakhir di Medan, selain pergi ke Pasar Ikan, Tebing Tinggi ( terkenal dengan kuih kacangnya) Istana Maimun

Kedai Bika Ambon paling laris di Medan. Zulaikha

Dan Kedai Baulu Meranti dengan Baulunya yang penuh kaya dengan keju fuhhs....


Hari terakhir, sewaktu saya pergi menangkap buku di toko buku wali songo, anak anak di bawa oleh menantu nenek yang lain pergi melawat kolam dan kawasan pesantren yang sedang dibangunkan beliau. Budak budak punya seronok dapat memancing cuma saya yang rugi tak dapat ikut tengok mereka memancing, dapat makan je hasil tangkapan malam tu..

Gambar gambar lain ada kat sini

http://www.facebook.com/album.php?aid=39330&id=100000350424974&l=a6c415112e


Pemandu pelancong kami sepanjang di sini adalah ahli keluarga nenek sendiri, Cucu beliau yang membawa kami ke sana ke sini sepanjang seminggu di sana. Kerja sambilan sebagai pembantu pelancong memudahkan kami nak "mengada ngada" sepanjang di sana. Anda pun kalau berminat nak melancong ke sini dibantu oleh beliau boleh hubungi saya atau hubungi beliau di blog di bawah

www.travelmedanku.co.cc

MENCARI PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.

Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?

Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)

Janji Yang Pasti

Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.

Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Pemohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.

Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).

Pelbagai Kurnia

Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah ‘istighfar’.

Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau membaca ayat di atas.

Mengelakkan Bala

Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).

Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.

Ditambah Kekuatan

Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)

“(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).

Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.

Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.

Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.

Beberapa kisah indah perihal rumahtangga As Syahid Hassan Al Banna daripada buku bertajuk Cinta di Rumah Hassan Al Banna tulisan Muhammad Lili Nur Aulia.










Makan bersama menjadi keutamaan


Umum mengetahui jadual harian Hassan Al Banna sangat padat. Dalam masa 15 tahun selepas penubuhan Ikhwanul Muslimin, beliau telah berjaya melebarkan sayap jamaah tersebut di 20 buah negara. Di Kaherah sendiri, beliau berjaya menubuhkan 2000 cawangan ikhwan. Pun begitu, beliau masih sempat meluangkan masa untuk makan bersama-sama dengan anak-anaknya di rumah.
Seorang puteri beliau, Tsana menceritakan Hassan Al Banna hanya tidur 4 jam sehari. Namun begitu, beliau tetap berusaha untuk makan bersama ahli keluarganya biarpun ada tetamu yang mengunjung.

Tiada kekerasan suara

Tsana bercerita, "Kami tidak pernah merasakan adanya beban kegiatan yang dirasakan ayah selama beliau di rumah. Misalnya, kami tidak melihatnya seperti kebanyakan orang yang kerap berteriak ataupun bersuara keras di dalam rumah kerana ingin melepaskan tekanan mental dan fizikalnya setelah banyak melakukan aktiviti di luar rumah. Bahkan yang paling penting dalam kehidupan ayah adalah soal menguruskan keluarga. Jika saudara baca bagaimana peri kehidupan ayah, saudara akan lihat semuanya berlaku sesuai seperti apa yang dicontohkan oleh Rasulullah."

Bangunkan aku tujuh minit lagi

Biarpun sibuk dengan urusan dakwah, Hassan Al Banna tetap akan meluangkan masa untuk bercuti bersama anak-anaknya. Bagaimana caranya? Wafa, puteri sulong Hassan Al Banna (yang juga isteri kepada Syeikh Ramadhan al Bouti yang masyhur dengan karangan Fiqh Sirahnya) bercerita,

"Misalnya pada musim panas, ayah akan mengatur perjalanan (urusan dakwah) ke arah utara dan pada musim sejuk ke arah selatan. Itu dilakukan supaya ayah boleh memanfaatkan waktu cuti di musim panas untuk pergi dan singgah dari satu kampung ke satu kampung."

"Ayah lebih suka pergi ke arah selatan ketika musim dingin kerana dia boleh pergi dan pulang pada hari yang sama. Ayah pergi pada waktu pagi dan pulang ke rumah untuk makan tengah hari bersama-sama kami. Kadang-kadang dia berehat sebentar di rumah."

Sampai satu ketika, Wafa bercerita Hassan Al Banna telah memintanya untuk dikejutkan selepas tidur selama 7 minit. Wafa mengatakan,

"Saya menyiapkan minuman untuknya. Tetapi ketika selesai membuat minuman, saya sudah melihat ayah di samping saya dan bertanya, 'Sedang membancuh minuman ya, Wafa?' Ayah sangat mampu mengurus dirinya dan selalu disiplin terhadap dirinya."

Saiful Islam, satu-satunya putera Hassan Al Banna pula bercerita,

"Ayah akan menggantikan waktu yang dikhususkan untuk kami dengan waktu lain apabila dia harus bermusafir. Tetapi dalam hal ini, ayah mempunyai keistimewaan. Kamu boleh sahaja duduk bersamanya selama dua jam, dan ternyata itu sudah mampu memuaskan hatimu."


Ingin tahu tentang masa kecilku?

Hassan Al Banna sentiasa mengemaskini rekod kesihatan dan pelajaran anak-anaknya. Beliau telah mengkhususkan fail untuk setiap anak-anaknya. Fail tersebut mengandungi,

· Tarikh dan sejarah kelahiran

· Nombor kelahiran

· Jadual pemberian ubat dan makanan

· Surat keterangan doktor

· Keterangan ataupun catatan mengenai keadaan penyakit secara terperinci

· Ijazah anak-anak

· Catatan prestasi anak-anak di sekolah

Setiap laporan kesihatan disertakan dengan catatan kecil mengenai keadaan si anak. Antaranya keterangan mengenai berapa lama si anak mengambil ubat, berapa dos ubat yang perlu diambil dan apakah semua ubat yang diberikan sudah diminum semuanya.

Tsana bercerita dalam fail tersebut tersimpan rapi semua ijazah dan laporan anak-anaknya.

"Ayah meletakkan di bahagian paling utama, dengan beberapa catatan yang ditulisnya sendiri. Misalnya, tulisan ayah mengenai laporan dan ijazah Saiful Islam, ditulisnya, 'Saif perlu peningkatan dalam hal itu dan ini...Wafa perlu dibantu dalam mata pelajaran ini...'. Demikian catatan demi catatan itu ditulis oleh Hassan Al Banna untuk satu persatu anak-anaknya."

"Ayah juga telah menghantar seorang ikhwah untuk menemani kami membeli beberapa keperluan persekolahan."


Ayah membawa bekal ke sekolah

Seorang lagi puteri Hassan Al Banna, Ir. Roja bercerita,

"Saya masih ingat, ayah biasa membawakan makanan pagi ke taman didikan kanak-kanak, ketika usiaku masih lima tahun. Hal ini kerana perhatiannya kepadaku begitu besar agar saya dapat makan pagi. Ketika itu saya memang sering lupa membawa roti untuk makan pagi ke sekolah, ataupun makanan saya diambil oleh teman-teman di sekolah. Ayah berusaha membawakan makan pagi itu setiap hari ke sekolah, meskipun saya tahu kesibukannya yang luar biasa. Tetapi ayah tetap tidak melupakan kami.."


Apakah keperluan rumah bulan ini?

Saiful Islam berkata,

"Ayah menulis sendiri keperluan yang diperlukan keluarga setiap bulan. Ayah membayar keperluan itu setiap awal bulan kepada salah seorang ikhwah, iaitu al Haj Sayed Syihabudin, seorang pemilik kedai yang menyediakan keperluan rumah."


Ada wang saku harian, mingguan dan bulanan


Salah satu cara yang diterapkan oleh Hassan Al Banna untuk mendidik dan mendisiplinkan anak-anaknya adalah dengan memberikan tiga kategori wang belanja kepada anak-anaknya:

· wang harian 3 qirsy

· wang mingguan 10 ma'adin

· wang bulanan 50 qirsy

Maksud pembahagian wang ini adalah untuk memberikan kecukupan kepada anak-anaknya. Saiful Islam bercerita,

"Saya masih ingat setiap orang daripada kami mendapat wang setiap hari pada tahun 1942 dan 1943 sebanyak 3 qirsy. Ini jumlah yang besar ketika itu. Kerana teman-teman sekolah saya pada ketika itu umumnya mendapat wang hanya satu per empat qirsy ataupun setengah qirsy sahaja."

Ketika ditanya mengapa Hassan Al Banna memberikan wang saku yang banyak kepada anak-anaknya, Saiful Islam menjawab,

"Dia hanya ingin memberikan kepuasan kepada kami, kerana perasaan seorang anak yang tidak mendapat sesuatu itu baginya sangat sulit."

Saiful Islam juga ditanya apakah wang belanja yang banyak itu akan merosakkan anak-anak? Ini kerana ramai orang khuatir untuk memberikan wang kepada anak dalam jumlah yang besar agar mereka tidak menyalahgunakan wang pemberian itu. Saiful Islam menjawab,

"Pendidikan dan tarbiah dihasilkan daripada berbagai-bagai cara. Seperti masakan yang menggunakan sejumlah adunan dengan bahan-bahan yang baik. Itu akan memberikan hasil yang bersih. Yang penting bukan pada jumlah wang belanja itu besar ataupun kecil, tapi yang penting adalah pola pendidikan dan pembinaan yang dilakukan di rumah."


Ayah mengutuskan pengintip

Anak-anak Hassan Al Banna dibiasakan untuk selalu berinfaq. Dengan demikian, anak-anaknya akan menjadi seorang pemberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain, untuk bangkit dan maju bersama-sama dengan umatnya. Saiful Islam berkata mengenai hal ini,

"Ayah memberikan kami 10 ma'adin untuk kami infaqkan semuanya pada setiap hari Jumaat, selepas solat Jumaat. Ayah tidak pernah lupa dengan kebiasaan ini. Saya mengerti juga akhirnya, ternyata ayah mengutuskan seorang ikhwan untuk mengintip bagaimana saya menginfaqkan wang pemberian itu, sehingga ayah merasa tenang dengan penggunaan wang yang diamanahkan kepada saya."


Nilai hidup ini ada pada keimanan

Saiful Islam masih ingat kata-kata Hassan Al Banna yang didengarnya,

"Jika kamu melihat seorang mukmin yang betul orientasi hidupnya, pasti dia juga memiliki banyak faktor kejayaan dalam hidupnya."

"Saya masih ingat ketika di bangku sekolah rendah, ayah berkata, 'Setiap orang harus menguasai sesuatu bidang. Dahulu, datuk berjaya menguasai ilmu pembaikian jam'. "

"Lalu suatu ketika di musim cuti panas, saya diajak pergi ke sebuah syarikat percetakan milik Ikhwanul Muslimin. Ayah meminta seorang temannya, al akh Sayyid Thaha untuk mengajar saya proses percetakan. Saya tahu itu dilakukan ayah kerana ayah ingin menerapkan sunnah Rasulullah,

"Sesungguhnya Allah SWT mencintai seorang mukmin yang kreatif."


Menasihati secara tidak langsung

Tsana menceritakan,

"Saya masih ingat ketika Saiful Islam masih suka membaca komik. Tetapi ayah telah memberikan kepadanya buku-buku berkaitan kisah-kisah kemuliaan Islam seperti Salahuddin Al Ayyubi dan Antarah bin Syadad. Selepas beberapa lama, dia sendiri meninggalkan buku Arsin Lobin dan sebaliknya lebih banyak dan gemar membaca buku-buku pemberian ayah. Ayah suka mengarahkan kami secara tidak langsung agar apa yang kami lakukan itu terbit daripada diri sendiri, bukan daripada perintah ataupun tekanan sesiapa."


Gambar gambar lama yang tak sempat di upload,dan tak sempat membuat posting..

1.Lawatan ke Muzium Polis

Ada banyak lagi gambar, termasuklah gambar lawatan ke planetarium tapi tak sempat nak upload

Dalam Kereta Kebal


2. Sesi menyemakkan rumah

Ni Kat Rumah lah
3 Ujian kelayakan nak masuk SRI ABIM
Periksa nak masuk SRI ABIM,





4. Lawatan ke Muzium Alam Semula jadi Putrajaya

Jenis jenis tikus


Harimau dah mati bolehlah serapat ini
Takutlah tu

Rangka Ikan Paus yang dijumpai di Sabah


5.Red Wok Restaurant Bangi- Boleh cuba masakannya




6. Kaunter Daftar Pemilih



Hari Pertama Sekolah Baru

Apa yang di'beliak' tak tahu
Dalam Kelas
Posting setelah puas memujuk suruh tukar baju
Petang, oklah tak comot lagi baju,



Budak sekolah lama takdelah dalam gambar ek,

Sepatutnya seorang je bertukarsekolahharini, tapi entah macam manamemikirkan yang seorang lagi asyik nangis tak nak pergi sekolah, on the spot buat keputusan tukar sekolah. jadilah ke sekolah baru hari ni.

overall oklah first day, cuma kepala jelah rasa 'botak' :P
Ni betul betul posting pasca haji ni, setahun kemudian dan jemaah haji batch setahun lepas kami pun dah ada yang selamat kembali ke Malaysia.

Sekembali dari Mina, Ust Halim 'memberi masa' selama dua minggu pada jemaah jemaah kami untuk menyempurnakan manasik haji masing2 dengan mengambil kira jemaah muslimah yang uzur dan sebagainya.Bagi yang dah selesai manasik hajinya,bolehlah meneruskan rutin seperti sebelum berangkat ke Arafah dulu. bila di beri peluang macam tu masing masing membuat perkiraan sendirilah, ada yang dah mula melakukan umrah secara intensif tu yang sampai 2-3 kali sehari berjaya selesaikan umrah dan sebagainya.

Selain tu bagi yang nak kenal kenal kehidupan di Makkah dan nak kenal2 tempat di Makkah boleh juga berjalan jalan di sekitar hotel kediaman dan masjidil haram, saya rasa kami membuat pilihan yang sesuai dengan kami dari segi memilih penerbangan akhir ke Makkah kerana dengannya kami dapat concentrate utk selesaikan ibadah haji dahulu barulah memikirkan hal hal lain sepanjang baki masa kami di sana.

Masjid Kucing2 Masjid Al Rayah (Bendera), antara tempat yang sangat popular dikalangan jemaah malaysia dan juga asia tenggara adalah Masjid Kucing, kenapa dinamakan sedemikian allahua'lam ,dari segi sirah pula diriwayatkan bahawa rasulullah saw sewaktu fathul makkah telah memacakkan bendera di tapak masjid ini. Di sisi jemaah malaysia masjid ini menjadi antara landmark penunjuk arah bagi sesiapa yang ingin bertemu mencari kedai etc.


Kelihatan di sekeliling Masjid Kucing yang telah pun lapang dari bangunan bangunan hotel yang diruntuhkan untuk memberi laluan kepada pembesaran Masjidil haram.

Disekitar Masjid ni dulunya kalau tak silap sewaktu kedatangan saya kali pertama dulu adalah hotel dan tempat disekitarnya juga terkenal dengan pasar seng ( zink), kedai kedai yang beratapkan zink yang menjual barang2 pakaian dan minyak wangi.


Pasar Seng ini terletak di sebelah utara Masjidil Haram iaitu di antara al-Haram Street (berhampiran dengan rumah kelahiran Rasulullah s.a.w) dengan al-Raqubah Street (berhampiran dengan Hotel Sofitel - pintu al-Fatah). Deretan kedai-kedai di sepanjang jalan-jalan tersebut (termasuk Jawdariyyah Street dan Gazah Street) adalah bermula 50 meter daripada pintu Marwah dan menganjur hingga ke Masjid Kucing (bertentangan dengan simpang ke Shiib Ameer - iaitu jalan menuju ke Ibu Pejabat Tabung Haji Malaysia). Panjang kawasan tersebut lebih kurang 300 meter dan lebarnya lebih kurang 100 meter - Kawasan yang dilingkungi oleh garisan merah dalam peta di atas.



Kami juga turut tidak melepaskan peluang untuk menziarahi masjid ini yang terletak berdekatan dgn perkampungan bani hashim, dari segi jarak dengan hotel agak jauhlah kerana hotel kami berada di laluan pintu king fahd. Apa yang kami cari di sini? Selain dari barang barang untuk di bawa balik, kami turut tidak melepaskan peluang untuk mencari bakso marwah, kat Malaysia tak pandang pun saya bakso ni hehe sampai sini, itupun di carik.

Bakso Marwah ek bukan Maggi Marwah, harganya boleh tahan,nasib baik Hj Din belanja



nota: Masjid Kucing sekarang telahpun diruntuhkan sebagai sebahagian daripada pelan perluasan Masjidil Haram











credit to PDKM, Hj Arshad,Hj Msaad

Puasa Taasu'a dan 'Asyura Menurut Prof. Dr Yusuf Al-Qaradawi

'Taasuaa' adalah hari ke 9 dari bulan Muharam, manakala 'Asyura adalah hari yang ke 10 dari bulan Muharam dan telah dikenali disisi kaum Quraish dimasa Jahiliyah. Hari 'Asyura juga dikenali sebagai hari raya orang Yahudi.

Aisyah telah berkata : pada hari As-Syura' orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa dan Rasulullah SAW berpuasa dengannya.

Tatkala tiba Rasulullah di Madinah baginda berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda bersabda :

من شاء صامه، ومن شاء تركه

"Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya"

Telah berkata Ibn Abbas : Tatkala Nabi saw sampai (iaitu di Madinah) maka beliau telah melihat kaum Yahudi berpuasa 'Asyura, maka baginda bersabda :

"ما هذا؟"، قالوا: هذا يوم صالح، نجّى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم، فصامه موسى، فقال: "أنا أحق بموسى منكم" فصامه وأمر بصيامه

"Apa ini? maka mereka menjawab : Hari ini merupakan hari keselamatan, Allah swt menyelamatkan Musa dan Bani Israel dari musuh mereka, maka berpuasalah Musa, Maka baginda bersabda :'Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu'. Maka beliau berpuasa dan memerintahkan agar berpuasa". - .

Maka Nabi SAW telah memfardhukan puasa pada perintah dan keazamannya, sehingga dia menghantar orang memberitahu kepada manusia agar melakukan puasa pada siangnya, walaupun mereka telah makan.
Tatkala difardhukan puasa pada bulan Ramadhan maka di hapuskan kefardhuan ini (puasa 'Asyura), kembalilah ia menjadi mustahab (sunat) berpuasa sahaja.

Dari Abu Qatadah, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :

صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية

"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas"

Nabi saw telah memberi perhatian keatas syahsiah (kepreibadian) Islamiyah khususnya didalam segala hal supaya orang Islam memiliki keutuhan dari yang lain, baginda menganjurkan agar berpuasa pada hari yang ke 9 bersama hari 10 agar dapat membezakan diantara puasa mereka dan puasa ahli kitab.
Dari Ibn Abbas berkata : Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura', dan memerintahkan berpuasa, maka mereka berkata :

يا رسول الله، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى! فقال: "فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع" قال: فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله صلى الله عليه وسلم

"'Ya Rasulullah! Sesungguhnya hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani!' Maka baginda bersabda :'Maka jika kalau tiba tahun hadapan insyaallah kami akan berpuasa hari ke 9'. Maka dia berkata : Maka tidak datang tahun hadapan sehinggalah Rasulullah saw wafat." -.

Tidak didatangkan apa - apa perkara didalam hari 'Asyura' melainkan berpuasa, dan terdapat beberapa orang melakukan perkara seperti berhias, mandi, memakai celak, membelanjakan keluarga, menjadikannya musim atau perayaan dengan menyembelih binatang sembelihan, dan manusia meluaskan lagi. Kesemua ini tidak ada asalnya didalam agama Allah, tidak ada sebarang dalil yang sahih.

Ia kelihatan seperti reaksi perbuatan orang - orang syiah yang mengambil hari tersebut sebagai hari bersedih dan berkabung, mereka memukul - mukul dada, menyepak - nyepak pipi mereka, mengoyak-ngoyakkan pakaian mereka, mengingatkan mereka tragedi syahid yang dizalim, Hussien bin Ali ra.Kedua-duanya tidak benar dan kita tidak menghadapi bid'ah dengan bid'ah, dan tidak menghadapi penyelewengan dengan perkara yang sama juga, tetapi dengan cara kembali keseluruhannya keatas apa yang disyariatkan Allah dan Rasulnya.

Berkata Imam Ibn Qayyim :

أحاديث الاكتحال يوم عاشوراء، والتزين، والتوسعة والصلاة فيه، وغير ذلك من فضائل، لا يصح منها شيء، ولا حديث واحد، ولا يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم فيه شيء، غير أحاديث صيامه، وما عداها فباطل.


"Hadith - hadith mengenai penggunaan celak pada hari 'Asyura', mencantikkan diri, membelanja keluarga, bersolat, dan lain - lain yang mempunyai fadhilat, Tidak sahih apa - apa mengenainya, dan tidak satu hadith pun dan tidak datang dari Nabi saw apa-apa darinya, selain dari hadith2 - hadith puasanya, dan menganggapnya batil"

dan misalnya
: {من وسَّع على عياله يوم عاشوراء، وسع الله عليه سائر سنته}

"Barangsiapa yang melapangkan (berbelanja) keatas keluarganya pada hari 'Asyura', Allah swt akan melapangkannya sepanjang tahun", maka berkata Imam Ahmad : Hadith ini tidak sah.

Mengenai hadith memakai celak, berhias dan berwangi-wangian : Maka ia adalah dari pembikinan pendusta, dan orang - orang yang lain mengambilnya dijadikan hari tersebut sebagai hari penderitaan dan dukacita, kedua - dua golongan ini merupakan ahli bid'ah dan mereka terkeluar dari al-sunnah.Ahli al-sunnah melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Nabi saw dengan berpuasa, dan mengelak dari Syaitan yang mengarahkan kepada bid'ah. (al-Manar al Munif didalam Sahih da Dha'if, Dar al-Qalam, Beirut, ditahqiq oleh Abu Ghuddah, ms 111-113).

Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah telah ditanya berkenaan dengan amalan manusia di Hari 'Asyura' mengenai celak, mandi, bersolek, bersalaman (berjabat tangan), memasak biji-bijian, menunjukkan kegembiraan, dan yang lain - lain dari syara', apakah ia datang dari Nabi saw dengan hadith yang sahih atau tidak?Jika tidak datang dari hadith yang sahih apa - apa mengenainya, apakah mereka melakukannya merupakan bid'ah atau tidak? Begitu juga yang dilakukan oleh kumpulan yang lain seperti menyakiti diri, bersedih dan berhaus-hausan, mengoyak - ngoyakkan baju, Apakah perkara begitu ada asalnya atau Tidak?

Beliau menjawab : Segala pujian bagi Allah yang memerintah sekelian alam, tidak datang apa - apa dari hadith Nabi saw , dan tidak juga datang dari para sahabatnya, dan tidak disunatkan dari Imam - imam Islam yang empat, dan tidak selain darinya, dan tidak ada didalam riwayat oleh pencatat pencatat kitab rujukan sesuatu mengenai hal sedemikian, tidak dari Nabi saw, tidak dari sahabat, tidak dari tabiin, tidak dari buku Shahih, tidak dari Sunan, tidak dari masanid, tidak diketahui apa -apa mengenai hadith - hadith ini dari abad - abad yang penting.

Akan tetapi yang ada ialah hadith yang diriwayatkan kepada :{من اكتحل يوم عاشوراء لم يرمد من ذلك العام، ومن اغتسل يوم عاشوراء لم يمرض ذلك العام}


"sesiapa pada hari 'Asyura' memakai celak maka dia tidak merasa pedih mata sepanjang tahun, dan barangsiapa yang mandi pada hari 'Asyura' tidak akan sakit sepanjang tahun", dan contoh - contoh yang serupa dengannya.

Mereka meriwayatkan kelebihan (Fadhaa'il) menunaikan solat di hari 'Asyura', dan mereka meriwayatkan pada Hai 'Asyura' Adam bertaubat, berlabuhnya kapal di Bukit Judi, Yusuf kembali kepada Ya'kub, Ibrahim terselamat dari Api, Penyembelihan Kibas (Nabi Ismail) dan sebagainya.

Diriwayatkan didalam hadith maudhu' (palsu) bahawa Nabi saw sesunguhnya :

من وسع على أهله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر السنة


"Barangsiapa yang melapangkan kaum keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah akan melapangkannya sepanjang tahun".

Semua riwayat mengenai Nabi saw (didalam hal ini) adalah dusta, akan tetapi diketahui akan riwayat Sufyan bin Uyainah dari Ibrahim bin Muhammad bin Muntasyir, dari ayahnya berkata :

{بلغنا أنه من وسع على أهله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته}"

Telah sampai kepadaku seseungguhnya barangsiapa yang melapangkan ahli keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah akan melapangkan sepanjang tahun" -.

Syiekh al-Islam mengingatkan : bahawa al-Hussein ra ketika dibunuh secara zalim, beliau syahid dan dimuliakan Allah dengannya dan dipertemukan dengan ahli baitnya yang suci, dan dihina kepada mereka yang zalim dan menyerangnya, dan akan menyertai kumpulan orang - orang yang jahat dikalangan manusia.Ada kumpulan yang menjadi Jahiliyyah yang zalim : atau atheist, munafik, dan kumpulan - kumpulan yang sesat melampau, yang mana ketaatnyanya kepada ahlu al-bait, mengambil hari 'Asyura' sebagai hari pemakaman, kesedihan dan meratap, menzahirkan syiar Jahiliyyah seperti menampar pipi, mengoyak-ngoyakkan baju, meratap - ratap seperti kaum Jahiliyyah.

Bagi menghadapi kaum - kaum ini,mereka melawan keta'asuban kepada Hussein dan ahlu al-bait. Dan bagi mereka yang jahil yang menghadapi kemusnahan (fasad) dengan kefasadan, pembohongan dengan pembohongan, kejahatan dengan kejahatan, bid'ah dengan bid'ah, mereka memaparkan kebahagiaan dan kegembiraan didalam upacara di Hari 'Asyura', seperti bercelak, bersolek, melapangkan ahli keluarga, memasak masakan yang diluar kebiasaan, dsb, sebagaimana dilakukanpada hari Eid dan perayaan.

Mereka menjadikan hari 'Asyura sebagaimana musim menyambut hari Raya dan perkahwinan, sementara golongan yang lain mengambil sebagai hari kematian berada dialam keadaan kesedihan dan sedih. Semua kumpulan - kumpulan ini salah dan terkeluar dari sunnah. .

Petikan dari buku : Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, . Fiqh al-Shiyaam : Taisir al-Fiqh fi Dau' al-Quran wa al-Sunnah. cet. ke 3. Beirut : Muassasah al-Risaalah, 2001. ms 142