One of the most awe-inspiring sights in religion: Hundreds of thousands of Muslims gather at Mecca for Ramadan

By MAIL FOREIGN SERVICE
Last updated at 12:03 PM on 6th September 2010

They have come in their hundreds of thousands, all devout, converging on one of the world's holiest places.

This was the scene at the Grand Mosque in Mecca, the birthplace of Islam, yesterday as Muslims around the world celebrated Ramadan.

The Grand Mosque houses the Kaaba, the most holy place in Islam, a square-shaped building that predates the religion itself. It is the Kaaba that Muslims around the world are facing when they pray towards Mecca.

Ritual: Hundreds of thousands of Muslims move around the Kaaba, the black cube at the centre of Saudi Arabia's Grand Mosque, during Ramadan on Sunday

Ritual: Hundreds of thousands of Muslims move around the Kaaba, the black cube at the centre of Saudi Arabia's Grand Mosque, during Ramadan on Sunday

The 27th night of Ramadan is holiest for Muslims as that is the night that the verses of the Koran were revealed to Mohammed
Sacred: The Kaaba predates Islam and is one of the most holy sites in the religion

Devout: Muslims around the world celebrate Ramadan - but the 27th night is the holiest of all as that is said to be when Mohammed received the verses of the Koran

A duty for every able-bodied Muslim at least once in his or her lifetime, the gruelling five-day haj ritual is one of the world's biggest displays of mass religious devotion.

Pilgrims converge on the Grand Mosque and follow a route around the rocky mountains of the ancient city in line with a tradition established by the Prophet Mohammed.

The festival, which begins after the sighting of a new crescent moon, marks the end of the Muslim fasting month of Ramadan.

During Ramadan, devout Muslims abstain from food, drink, smoking and sex from sunrise to sunset.

A worshipper (left) holds his rosary in prayer during Laylat Al-Qadr, the 27th and holliest night of the Muslim's fasting month of Ramadan, in Mecca. And (right) worshippers pray around the Kaaba, the most sacred site in Islam

A general view shows worshippers praying during Laylat Al-Qadr, the 27th night and holliest night of the Muslim's fasting month of Ramadan, in Mecca

In this astonishing image worshippers can be seen at prayer in Mecca. The city receives 13million visitors every year

Awe-inspiring: The scene at the Grand Mosque yesterday

Awe-inspiring: The scene at the Grand Mosque yesterday. Muslims around the world abstain from eating, drinking and sexual relations from sunrise to sunset during Ramadan, the holiest month in the Islamic calendar

One of the most awe-inspiring sights in religion: Hundreds of thousands of Muslims gather at Mecca for Ramadan

By MAIL FOREIGN SERVICE
Last updated at 12:03 PM on 6th September 2010

They have come in their hundreds of thousands, all devout, converging on one of the world's holiest places.

This was the scene at the Grand Mosque in Mecca, the birthplace of Islam, yesterday as Muslims around the world celebrated Ramadan.

The Grand Mosque houses the Kaaba, the most holy place in Islam, a square-shaped building that predates the religion itself. It is the Kaaba that Muslims around the world are facing when they pray towards Mecca.

Ritual: Hundreds of thousands of Muslims move around the Kaaba, the black cube at the centre of Saudi Arabia's Grand Mosque, during Ramadan on Sunday

Ritual: Hundreds of thousands of Muslims move around the Kaaba, the black cube at the centre of Saudi Arabia's Grand Mosque, during Ramadan on Sunday

The 27th night of Ramadan is holiest for Muslims as that is the night that the verses of the Koran were revealed to Mohammed
Sacred: The Kaaba predates Islam and is one of the most holy sites in the religion

Devout: Muslims around the world celebrate Ramadan - but the 27th night is the holiest of all as that is said to be when Mohammed received the verses of the Koran

A duty for every able-bodied Muslim at least once in his or her lifetime, the gruelling five-day haj ritual is one of the world's biggest displays of mass religious devotion.

Pilgrims converge on the Grand Mosque and follow a route around the rocky mountains of the ancient city in line with a tradition established by the Prophet Mohammed.

The festival, which begins after the sighting of a new crescent moon, marks the end of the Muslim fasting month of Ramadan.

During Ramadan, devout Muslims abstain from food, drink, smoking and sex from sunrise to sunset.

A worshipper (left) holds his rosary in prayer during Laylat Al-Qadr, the 27th and holliest night of the Muslim's fasting month of Ramadan, in Mecca. And (right) worshippers pray around the Kaaba, the most sacred site in Islam

A general view shows worshippers praying during Laylat Al-Qadr, the 27th night and holliest night of the Muslim's fasting month of Ramadan, in Mecca

In this astonishing image worshippers can be seen at prayer in Mecca. The city receives 13million visitors every year

Awe-inspiring: The scene at the Grand Mosque yesterday

Awe-inspiring: The scene at the Grand Mosque yesterday. Muslims around the world abstain from eating, drinking and sexual relations from sunrise to sunset during Ramadan, the holiest month in the Islamic calendar

ramadhan 8


ramadhan 5


ramadhan 4


ramadhan 3


ramadhan 2


ramadhan 1



Saban tahun umat Islam menyambut bulan Ramadhan al-Mubaarak yang juga dikatakan bulan untuk kita menguji ketahanan mental dan fizikal. Dari segi sambutan, lain tempat, lain caranya. Di Makkah Al-Mukarramah, perayaan untuk menyambut bulan Ramadhan telah bermula seawal bulan Sya'ban. Pada akhir Sya'ban, penduduk Makkah secara amnya akan berpusu-pusu ke pasaraya dan gedung-gedung jualan untuk membeli-belah dan membuat simpanan stok bagi bulan Ramadhan. Ini kerana, pada bulan Ramadhan, Kota Makkah akan menjadi kota yang paling sibuk berbanding bulan-bulan yang lain kecuali bulan Haji. Oleh itu, sesetengah daripada penduduk telah mengambil inisiatif untuk mengelakkan berlakunya kekurangan bekalan makanan dengan merancang lebih awal perbelanjaan mereka. Termasuk juga pembekalan air zam-zam yang boleh didapati di tempat pengagihan air samada di Qudai atau di Maulud Nabi berdekatan MasjidilHaram. Harga zam-zam sudah diketahui umum akan melambung dengan tinggi dek kerana permintaan melebihi pasaran. Perancangan awal amat diperlukan untuk menjimatkan kos belanja.

Apa yang menarik berada di Kota Makkah ini, pelbagai syarikat swasta akan berlumba-lumba menawarkan khidmat penyediaan makanan berbuka (iftar) untuk golongan yang tidak berkemampuan dan jemaah umrah. Mereka biasanya akan menyediakan pakej bermula dari SR 10, SR 20 dan SR 30 sebagai bayaran untuk pengagihan makanan kepada para jemaah dan penduduk Kota Makkah. Makanan yang disediakan termasuk kurma, roti, air, laban (susu masam) dan sambosa. Golongan arab kaya akan menghulurkan sebanyak-banyaknya sedekah di dalam bentuk ini kerana ia adalah satu sifat tradisi penduduk Makkah dalam memberi layanan kepada para jemaah.

Di dalam bulan Ramadhan, apabila tiba waktu petang, akan kedapatan beberapa kenderaan yang berhenti dan membahagi-bahagikan makanan secara percuma kepada para pejalan kaki. Biasanya mereka akan bertumpu di sekitar MasjidilHaram untuk tujuan tersebut. Kita akan dapat melihat jemaah berebut-rebut untuk mendapatkan makanan secara percuma yang telah diagihkan secara rawak kepada mereka. Sehingga ada yang bertumbuk demi mendapatkan sepaket makanan!

Jika di Mesir, ada pemandu teksi yang memberikan khidmat secara percuma demi untuk meraih ganjaran dari Allah atas usaha itu, namun di Makkah ianya amat berbeza. Mereka, malahannya menaikkan harga sehingga berkali-ganda kerana pengangkutan utama di sini adalah teksi. Harga akan melambung naik apabila tiba 10 malam akhir dari bulan Ramadhan. Saya pernah ditawarkan menaiki sebuah teksi yang berharga SR100 untuk menghubungkan MasjidilHaram dan Aziziah yang terletak hanya kira-kira 5km sahaja. Pengangkutan lain seperti bas juga ada disediakan dengan harga tiket sebanyak SR 2 yang menghubungkan Mina dan terminal bas di Maulud Nabi. Bagi saya, pengangkutan bas adalah salah satu sistem pengangkutan paling efektif sekali di bulan Ramadhan kerana ianya amat menjimatkan kos dan masa.

Majlis berbuka puasa yang paling meriah sudah tentulah di dalam MasjidilHaram. Saat menunggu waktu berbuka kita dapat melihat betapa hubungan silatulrahim yang amat akrab sesama muslim tanpa mengira latar belakang, perkauman dan kebudayaan. Masing-masing berdoa penuh sabar mengharapkan amalan ibadatnya akan diterima Allah. Berlatar belakang Kaabah, anda dapat menikmati kurma pilihan seperti Sukkari, Ajwa, Routab, Anbar dan lain-lain lagi yang disesuaikan dengan minuman arab iaitu Qahwah (kopi pahit) dan Teh bersama daun pudina. Antara makanan-makanan juadah berbuka puasa yang diminati di Saudi adalah seperti Sambosa, Shourbah (sejenis sup yang dimasak bersama daging dan makaroni) dan nasi Mandi bagi mereka yang mencari kelainan berbuka di Saudi Arabia ini. Selesai solat maghrib, kebanyakan jemaah akan keluar untuk mendapatkan pelbagai makanan di kedai-kedai berdekatan dan pilihan utama kami sudah tentulah di Felda D'saji yang menyediakan teh tarik tersedap saudi!

Ramadhan membuatkan Kota Makkah menjadi antara bandaraya tersibuk dunia. Manusia datang bertumpu dari serata pelosok dunia. Ramadhan kali ini juga menjadi tempat tumpuan bagi negara-negara teluk yang berdekatan seperti Bahrain, Qatar, Kuwait dan UAE untuk datang berkunjung bagi menghabiskan cuti sekolah yang berlanjutan selama 3 bulan termasuk negara Saudi. Faktor lain yang turut sama menjadi penyumbang bagi kesesakan adalah kerana berlakunya renovasi secara besar-besaran di sekitar MasjidilHaram. Hotel-hotel yang lama seperti Aziz Khooger, Asia Palace, Sofitel, Grand Makkah dan sebagainya telah diruntuhkan untuk tujuan pembesaran kawasan MasjidilHaram.

Seingat saya, ketika saya masih lagi menjadi pelajar ijazah di Jabatan Pengkhususan Bahasa Arab dan Pendidikan, kira-kira 5 tahun lepas, kami bebas boleh membawa motor dan diparkir di sekitar MasjidilHaram kerana orang masih lagi tidak terlalu ramai walaupun di bulan Ramadhan. Ada masanya kadang-kadang saya boleh membawa motor melintasi Bab Assalam menuju ke Ajyad melalui jalan bersebelahan dengan tembok istana. Kini segala-galanya telah berubah. Nak berjalan kaki pun sesak, apatah lagi nak membawa motor.

Malam di bulan Ramadhan akan terus hidup sehingga tiba waktu fajar. Kebanyakan dari mereka menggunakan kesempatan selesai solat terawikh untuk melipat-gandakan lagi amalan dengan terus berada di dalam masjid sehingga waktu subuh tamat kerana jarak antara terawikh dan waktu subuh hanyalah 5 jam. Ada juga di antara penduduk Makkah menggunakan kesempatan pada waktu malam untuk bertandang ke rumah rakan-rakan dan sanak-saudara, bermain bola, berkelah bersama keluarga dan sebagainya lagi sehingga waktu bersahur dan selesai solat subuh. Sejurus sahaja solat subuh, kedai-kedai yang berada agak jauh dari MasjidilHaram akan menutup kaunter dan akan membukanya kembali selepas asar. Waktu pejabat, kelas dan perkhidmatan-perkhidmatan lain di bulan Ramadhan bermula dari jam 10 pagi sehingga selepas asar. Oleh itu, jangan terkejut jika anda ke bank pada jam 9 pagi, pintu bank masih lagi tertutup!

Jika di Malaysia, kita akan dihiburkan dengan rancangan televisyen yang pelbagai termasuk banyak rancangan yang berunsurkan keagamaan. Tidak ketinggalan juga di Saudi, Makkah khususnya. Pelbagai rancangan yang berkonsepkan pengajaran, pemantapan kerohanian dan sebagainya akan ditayangkan bersempena dengan bulan Ramadhan. Namun rancangan yang paling digemari ramai adalah tele-komedi 'tash ma tash'. Rancangan komedi yang hanya ditayangkan selepas waktu berbuka ini banyak menyindir kehidupan masyarakat Saudi sehingga pernah hampir diharamkan. Namun, rancangan itu tetap menjadi permintaan tertinggi di seluruh Saudi.

Sebanyak 6500 orang askar tambahan telah didatangkan dari pelbagai daerah dari dalam Saudi. Mereka merupakan anggota yang terlatih untuk melicinkan pergerakan jalanraya di sekitar MasjidilHaram yang amat sesak dengan manusia dan kenderaan. Setiap 10 meter akan diletakkan seorang askar bagi menghalang mana-mana kenderaan dari memarkir sekaligus menghalang laluan kenderaan lain. Punca utama kepada kesesakan tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kebanyakan 'prebet sapu' yang berlumba-lumba mengambil jemaah yang baru pulang dari MasjidilHaram.

Menjelang 10 akhir dari bulan Ramadhan, manusia akan berduyun-duyun memenuhi masjid dan sebahagian dari mereka akan beritikaf di dalam masjid untuk tempoh 10 hari mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Mereka tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sebesar-besarnya ganjaran di bulan Ramadhan dan paling istimewa jika mendapat malam yang padanya kebaikan melebihi seribu bulan iaitu malam LailatulQadr. Bukan tiada yang pergi membeli-belah untuk keperluan raya, namun sangat minoriti oleh kerana kesedaran yang telah ditanamkan di dalam jiwa masing-masing terhadap fadhilat bulan Ramadhan yang hanya datang sekali setahun. Iklan raya tidak akan berkumandang sehinggalah tibanya 1 Syawal nanti. Budaya ini bagi saya perlu kita contohi untuk membuatkan Ramadhan adalah bulan Ibadah dan bukannya bulan untuk membeli-belah.


Mohd Lutfi Lokman,
Pelajar tahun akhir,
Pengajian Islam,
Jabatan Syariah,
Universiti Umm Al-Qura,
Makkah Al-Mukarramah.
Sumbangan Sempena Eidulfitri Kepada ‘Muraabitun’ DPPP

Oleh Mohd.Adram Musa

Sempena Eidul Fitri yang bakal menjelang tiba, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM500.00 seorang kepada semua kakitangannya di Pejabat Agong PAS. Atas dasar keprihatinan dengan beban kos sara hidup yang semakin meningkat, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung. Disamping itu, mereka juga turut dapat sama berkongsi keceriaan sebagaimana kakitangan awam negeri dan persekutuan yang turut menerima duit raya.

Menurut Sdr. Mohd Adram Musa yang juga merupakan Bendahari DPPP, masih ramai dalam senarainya yang terdiri dari ‘Muraabitun' parti yang sewajarnya layak menerima sumbangan tersebut namun disebabkan peruntukan yang amat terhad yang mana sumbernya adalah dari sumbangan orang ramai dan individu yang prihatin, maka beliau menyeru agar mana- mana organisasi dan individu agar dapat tampil untuk turut serta menyumbang bagi TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA dalam menjayakan hasrat tersebut.

Sumbangan bolehlah di buat diatas nama : TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA No akaun 564025400100 Maybank Berhad . Untuk maklumat lanjut, bolehlah terus menghubungi, Sdr. Mohd Adram sendiri di talian 013-384 5555 atau Pegawai Kewangan DPPP, Sdr. Yusapizadi talian 03-2692 5000.

Segala bentuk sumbangan ke DPPP adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jazakallahukhairankasira. Semoga Allah swt sahaja yang dapat membalas segala jasa baik dan keprihatinan penyumbang demi meraih sedikit nikmat dunia untuk para petugas sepenuh masa kita.

Disediakan Oleh

Mohd.Adram Musa
Bendahari
Dewan Pemuda PAS Pusat

GAMBARAN KEADAAN DI SYURGA

31 Mei 2010
http://tigosotigo.blogspot.com/2010/03/gambaran-keadaan-di-syurga.html

ALLAH SWT menjelaskan bahawa orang yang akan memasuki syurga-Nya kelak adalah dalam keadaan berkumpulan. Ia dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (QS Az-Zumar: 73)

Ibn Kathir menjelaskan, setiap orang yang bertakwa akan menuju ke syurga bersama-sama dengan kelompok mereka seperti nabi bersama nabi, golongan syuhada bersama kumpulan syuhada, golongan ulama bersama kumpulan ulama, orang yang jujur bersama orang yang jujur dan begitulah seterusnya. Dalam erti kata lain, setiap orang dikumpulkan sesuai dengan kumpulan mereka.

Begitu pun, di kalangan kelompok manusia di atas, Rasulullah SAW adalah orang yang pertama sekali memasuki syurga. Hal ini dijelaskan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku mendatangi pintu syurga pada hari kiamat, lalu aku meminta dibuka. Penjaga berkata: Siapa engkau: Aku Muhammad. Penjaga berkata: Aku diperintahkan untuk tidak membukakannya untuk seorang pun sebelummu.” (HR Muslim)

Selepas Rasulullah SAW memasukinya, barulah kumpulan lain akan memasukinya mengikut pintu syurga yang ditentukan berdasarkan amalan mereka. Keadaan ini dijelaskan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barang sesiapa yang berinfak dengan emas dan perak daripada hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari mana-mana pintu syurga. Syurga itu ada beberapa pintu. Sesiapa yang rajin menunaikan solat, maka dia akan dipanggil dari pintu solat. Sesiapa yang rajin bersedekah, maka dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Sesiapa yang berjihad, akan dipanggil dari pintu jihad dan sesiapa yang berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan."

Hadis itu menjelaskan syurga mempunyai beberapa pintu. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa syurga itu memiliki lapan pintu. Ia dijelaskan oleh Umar al-Khattab bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, kemudian menyempurnakan wuduknya, lalu membaca: Aku bersaksi bahawa tidak ada yang hak kecuali Allah Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang berjumlah lapan pintu dan ia masuk dari pintu mana saja yang ia kehendaki.” (HR Muslim)

Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, di mana beliau berkata: “Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan umatmu yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu lainnya bersama orang lain." Rasulullah SAW bersabda: Demi Tuhan yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.” (HR Bukhari & Muslim).

Di dalam syurga, nikmatnya tidak terhingga, sehingga digambarkan kenikmatannya adalah sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah juga terlintas dalam fikiran manusia.

Di dalam al-Quran, Allah menyifatkan syurga itu dengan beberapa keadaan seperti firman-Nya: “Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.” (QS Muhammad: 15)

Mengenai sifat syurga di atas, Rasulullah SAW juga bersabda: “Di dalam syurga itu ada lautan susu, lautan air, lautan madu dan lautan khamar. Sungai-sungai itu mengalir daripadanya.” (HR At-Tirmidzi).

Di dalam syurga kelak, tidak akan ada penghuninya yang tidak menikah. Hal ini dijelaskan oleh Abu Hurairah, di mana Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar kulit dan di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (HR Bukhari & Muslim).

Malah, mereka diberikan oleh Allah rumah yang diperbuat daripada mutiara dan ruangnya amat luas tidak terhingga. Keadaan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabda Baginda: “Sesungguhnya di syurga ada rumah yang diperbuat daripada mutiara yang mempunyai ruang yang luas.” (HR Bukhari)

Ketika Rasulullah SAW di isra'kan, Baginda diperlihatkan bagaimana rumah dan keadaan tanah di dalam syurga seperti disabdakan oleh Baginda yang bermaksud: “Di dalamnya ada kubah-kubah permata dan tanahnya adalah minyak wangi.” (HR Bukhari & Muslim)

Disebutkan di dalam kitab “ KASYFUL GHAIBIAH” yang ditulis oleh Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathani menerangkan tentang keadaan syurga dan penduduknya kelak, berkata Ibnu Abbas: “Bahawa syurga itu mempunyai 8 buah pintu gerbang iaitu:

1. Pintu masuk untuk para nabi, syuhada, orang-orang dermawan, orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah. Di atas pintu tersebut tertulis dua kalimah syahadah yang indah.

2. Pintu masuk bagi orang yang sangat rapih, memenuhi syarat dan rukun serta meneliti fardhu dan sunnahnya dalam solat.

3. Pintu masuk bagi mereka yang suka mengeluarkan zakat dengan hati yang tulus ikhlas semata-mata kerana Allah.

4. Pintu masuk orang-orang yang suka menyeru dan mengajak kepada kebaikan.

5. Pintu masuk bagi orang-orang yang dapat mengekang nafsunya dari melakukan perbuatan yang diharamkan dalam Islam.

6. Pintu masuk bagi orang yang melakukan rukun Islam yang kelima iaitu melakukan haji dan umrah yang mabrur.

7. Pintu masuk bagi orang-orang yang membela dan berjuang di jalan Allah.

8. Pintu masuk bagi orang yang berbakti kepada kedua orang tuanya, keluarganya serta sanak saudaranya.

Demikian keterangan yang dinyatakan dalam hadis dimana syurga-syurga itu telah disediakan oleh Allah dengan beberapa tingkatan yang akan diberikan kepada hambaNYA sesuai dengan amal perbuatan masing-masing.

Diceritakan, ketika semua para hamba Allah telah dihisab dan telah menerima buku catatan amalnya yang diterima dengan tangan kanan mereka, pada waktu itu semua manusia merasa gembira yang tidak terkira, sehingga mereka yakin bahawa Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan. Manakala mereka akan memasuki gedung yang indah itu, mereka akan disambut oleh 'wildan' (pelayan muda) yang memang sudah sekian lama menanti kehadiran orang yang akan mengisi gedung tersebut (syurga).

Demikianlah keadaan gedung-gedung itu yang sangat indah bentuknya sedangkan lantainya dihampar dengan permaidani yang indah pula dan di dalamnya mengalir air sungai yang ditumbuhi oleh pohon-pohon yang sangat rendang dan buahnya yang manis dan lazat.

Firman Allah SWT: "Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan: " Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu ". Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya." (QS Al-Baqarah: 25)

Dengan mata air terpancar, taman syurga yang terhidang dengan segala kelazatan adalah destinasi yang aman dan sentosa. Mereka yang menghuninya kekal di dalamnya, tidak akan merasai kematian lagi.

Terdapat pohon-pohon dan buahan. Sungai mengalir di bawah syurga. Ada air yang tidak berubah (rasa dan baunya). Terdapat beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang yang meminumnya dan beberapa sungai dari madu yang suci bersih.

Penghuninya dilayan anak muda yang beredar di sekitar mereka, yang cantik seolah-olah seperti mutiara yang tersimpan sebaik-baiknya.

“Dan diedarkan kepada mereka bejana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) - (keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak, pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya dan mereka di dalam syurga itu diberi minum sejenis minuman yang campurannya daripada zanjabil - iaitu sebuah mata air di dalam syurga yang disebutkan sifatnya sebagai salsabil dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, apabila engkau melihat anak-anak muda itu nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.” (QS Al-Insaan: 15-19)

Di syurga juga terdapat teman-teman yang baik akhlaknya lagi cantik rupanya, iaitu bidadari yang hanya tinggal di tempat tinggal masing-masing. Bidadari ini cantik berseri seperti permata delima dan marjan. Kulit mereka putih melepak, cantik matanya, malah pandangannya tertumpu kepada mereka semata-mata.

Bidadari ini juga tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin. Mereka bersenang lenang, bergurau senda di atas cadar hijau warnanya dan permaidani yang sangat indah. Golongan yang sangat bertuah ini disebut sebagai 'Ashaabul Yamiin' (golongan kanan).

Wallahua'lam.

POSTING 27: PROGRAM PEMANGKU RAJA KELANTAN BERSAMA RAKYAT SEPANJANG BULAN RAMADHAN


Sumber: The kelantaninsider

Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan yang berkat ini, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, telah, sedang dan akan meluangkan masa Baginda untuk berbuka puasa dan bersolat bersama-sama rakyat di seluruh pelosok negeri.

Selain berbuka puasa dan bersolat, Baginda juga berkenan menganugerahkan sedikit kurniaan kepada rakyat yang kurang bernasib baik, sama ada di dalam majlis pengurniaan khas atau melalui keberangkatan Baginda ke rumah-rumah mereka.

Walaupun tanpa hebahan meluas, ternyata berita mengenai keberangkatan Baginda begitu cepat tersebar di kalangan rakyat setempat yang datang berduyun-duyun untuk berbuka puasa atau bersolat bersama-sama dengan Pemangku Raja yang mereka kasihi.

Pada kesempatan ini, kami di The Kelantan Insider ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada akhbar-akhbar tempatan yang telah memberikan liputan yang baik ke atas keberangkatan Pemangku Raja Kelantan bersama rakyat pada bulan Ramadhan ini.

Sebagai makluman, disertakan di sini lokasi-lokasi yang telah dikunjungi oleh Pemangku Raja Kelantan pada fasa pertama keberangkatan Baginda bersama rakyat pada bulan Ramadhan ini:

1. 5 Ramadhan 1431 bersamaan 15 Ogos 2010 (Ahad): Menunaikan solat asar dan menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat di masjid Mukim Perupok, Bachok; dan berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Tepus, Bachok.

2. 6 Ramadhan 1431 bersamaan 16 Ogos 2010 (Isnin): Menunaikan solat-solat Isyak dan Terawih di masjid Mukim Tanjong Chat, Kota Bharu.

3. 7 Ramadhan 1431 bersamaan 17 Ogos 2010 (Selasa): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Jeram, Pasir Puteh.

4. 8 Ramadhan 1431 bersamaan 18 Ogos 2010 (Rabu): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Kok Keli, Tumpat.

5. 9 Ramadhan 1431 bersamaan 19 Ogos 2010 (Khamis): Menunaikan solat-solat Isyak dan Terawih di masjid Mukim Bunut Payong, Kota Bharu.

6. 10 Ramadhan 1431 bersamaan 20 Ogos 2010 (Jumaat): Berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di Kem 8 Briged, Pengkalan Chepa.

7. 11 Ramadhan 1431 bersamaan 21 Ogos 2010 (Sabtu): Menunaikan solat-solat Isyak dan Terawih di masjid Mukim Kota, Kota Bharu.

8. 12 Ramadhan 1431 bersamaan 22 Ogos 2010 (Ahad): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Paloh, Tanah Merah.

9. 13 Ramadhan 1431 bersamaan 23 Ogos 2010 (Isnin): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Galang, Machang.

10. 14 Ramadhan 1431 bersamaan 24 Ogos 2010 (Selasa): Berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kelantan, Kota Bharu.

11. 15 Ramadhan 1431 bersamaan 25 Ogos 2010 (Rabu): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Batu Papan, Gua Musang.

Disertakan juga di sini lokasi-lokasi yang dijadual akan dikunjungi oleh Pemangku Raja Kelantan pada fasa kedua keberangkatan Baginda bersama rakyat pada bulan Ramadhan ini:

1. 20 Ramadhan 1431 bersamaan 30 Ogos 2010 (Isnin): Berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

2. 21 Ramadhan 1431 bersamaan 31 Ogos 2010 (Selasa): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid ar-Rahmah, Kota Bharu.

3. 22 Ramadhan 1431 bersamaan 1 September 2010 (Rabu): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Teliar, Pasir Mas.

4. 23 Ramadhan 1431 bersamaan 2 September 2010 (Khamis): Menunaikan solat-solat Isyak dan Terawih di masjid as-Salam, Kota Bharu.

5. 24 Ramadhan 1431 bersamaan 3 September 2010 (Jumaat): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Kadok, Kota Bharu.

6. 25 Ramadhan 1431 bersamaan 4 September 2010 (Sabtu): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid Mukim Air Lanas, Jeli.

7. 26 Ramadhan 1431 bersamaan 5 September 2010 (Ahad): Berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di Dewan Teratai, Kota Darul Naim, Kota Bharu.

8. 27 Ramadhan 1431 bersamaan 6 September 2010 (Isnin): Berbuka puasa serta menunaikan solat Maghrib di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

9. 28 Ramadhan 1431 bersamaan 7 September 2010 (Selasa): Menyempurnakan majlis pengurniaan kepada rakyat, berbuka puasa serta menunaikan solat-solat Maghrib, Isyak dan Terawih di masjid an-Nur, Tumpat.

Kepada rakyat yang belum berkesempatan untuk berbuka puasa dan bersolat bersama Pemangku Raja Kelantan atau sekadar untuk bertemu mata dengan Baginda, kami di The Kelantan Insider dengan sukacitanya menjemput anda menghadiri majlis-majlis ini.

Turut disertakan di sini sebahagian daripada laporan-laporan akhbar-akhbar tempatan mengenai keberangkatan Pemangku Raja Kelantan bersama rakyat pada bulan Ramadhan ini:

Pemangku Raja berangkat bertemu rakyat


Tengku Muhammad Faris Petra melihat kesengsaraan Mohd. Nor Aizan Mohd. Nor yang menderita sakit saraf di rumahnya di Kampung Peropok, Bachok, semalam.


BACHOK 16 Ogos - Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menunjukkan keprihatinan baginda terhadap rakyat jelata apabila melawat dan beramah mesra dengan penduduk Kampung Peropok di sini semalam sempena Ramadan.

Baginda mengetepikan protokol istana apabila meluangkan masa beberapa jam sehingga waktu berbuka puasa berjumpa rakyat jelata di kampung itu dan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Ketibaan baginda ke kampung tersebut kira-kira pukul 5 petang disambut oleh hampir 200 penduduk yang mula menunggu dua jam sebelum itu.

Sejurus tiba, baginda yang mengenakan jubah berwarna krim menunaikan solat Asar di Masjid Mukim Peropok bersama kira-kira 300 jemaah.

Turut menemani baginda ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin serta Timbalan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa.

Baginda kemudiannya menyampaikan pelbagai jenis bantuan antaranya wang zakat kepada warga emas, fakir miskin dan ibu bapa yang anak mereka berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Tengku Muhammad Faris turut melawat sebuah rumah di kawasan berhampiran yang didiami oleh dua penghidap penyakit kronik.

Di rumah tersebut, baginda meluangkan masa selama hampir sejam berbual mesra dan menyelami perasaan Mohd. Nor Johor, 60, yang anaknya, Mohd. Nor Aizan, 37, mengalami masalah saraf sejak kecil.

Rumah Mohd. Nor turut ditumpangi oleh jirannya, Hasnah Ibrahim, 49, seorang penghidap penyakit kronik iaitu jantung, kencing manis, paru-paru berair dan strok.

Baginda turut berkongsi beberapa petua penjagaan kesihatan dan sempat bergurau dengan Hasnah.

"Mak cik kena makan ubat, jangan simpan dalam rumah saja. Jangan selang-seli, kalau terasa mahu muntah pun paksa juga makan.

"Insya-Allah kalau mak cik makan ubat ikut jadual akan sihat mungkin tidaklah gemuk macam Datuk (Awang Adek) atau saya, tapi makin sembuhlah badan mak cik," gurau baginda menyebabkan kebanyakan yang berada di dalam rumah itu tersenyum.



RAJA PRIHATIN


TENGKU Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra (dua,kiri) beramah mesra dengan Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias (kiri) pada majlis berbuka puasa di Pengkalan Chepa, kelmarin. - BERNAMA


Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra meneruskan aktiviti baginda beramah mesra dengan segenap rakyat di negeri ini sepanjang bulan Ramadan.

Kelmarin, baginda bukan sahaja berbuka puasa bersama anggota Rejimen 506 di Kem 8 Briged, Pengkalan Chepa tetapi turut menunaikan solat tarawih bersama kira-kira 300 jemaah di Surau al-Hikmah sambil diimamkan Pegawai Agama markas tersebut, Mejar Muhammad Shukor Said.

Ketibaan baginda turut disambut oleh Panglima Dua Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Noor Daud dan Panglima 8 Briged, Brigadier Jeneral Abd. Rahim Abdul Mutalib.

Selepas menunaikan solat tarawih, baginda turut meluangkan masa selama kira-kira 15 minit berbual-bual dan beramah mesra dengan para jemaah yang ada.


Pemangku Raja ceriakan warga emas


Tengku Muhammad Faris Petra menyampaikan zakat kepada warga emas pada program Ziarah Ramadan di Masjid Kok Keli, Tumpat, kelmarin.- utusan/ MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD


TUMPAT 20 Ogos - Penantian seorang warga emas, Jusoh Mahassan, 68, untuk mendapat tongkat baru bagi memudahkannya bergerak, tercapai apabila menerima sebuah tongkat kaki tiga daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra di sini, semalam.

Sebelum ini, Jusoh yang mengalami masalah saraf, sudah tujuh tahun menggunakan tongkat usangnya untuk berjalan kerana tidak mampu membeli tongkat baru disebabkan masalah kesempitan hidup.

Justeru, warga emas itu sangat terharu sewaktu menerima sumbangan tersebut pada satu majlis dinamakan program Ziarah Ramadan di Masjid Kok Keli di sini, semalam.

Selain bantuan tongkat, Jusoh juga menerima bantuan wang zakat daripada Tengku Muhammad Faris.

"Pemberian yang disampaikan Pemangku Raja sangat bermakna buat saya, hampir tujuh tahun saya menggunakan tongkat uzur yang hanya menunggu masa untuk patah.

"Sudah lama saya mahu mendapatkan tongkat berkaki tiga ini, tapi oleh kerana masalah kewangan menyebabkan saya terpaksa lupakan dulu hasrat tersebut buat sementara waktu.

"Tambahan pula, saya tidak mampu bekerja dan hanya bergantung kepada isteri untuk menyara kami suami isteri," katanya.

Pada majlis itu, Pemangku Raja turut menyampaikan zakat kepada pelajar cemerlang, ibu tunggal dan keluarga miskin.

Seorang ibu tunggal, Membunga Deraman, 62, melahirkan rasa syukur kerana bantuan wang zakat itu dapat meringankan bebannya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

"Dapatlah saya menggunakan wang zakat ini untuk perbelanjaan sepanjang Ramadan dan untuk persiapan hari raya nanti," katanya gembira.

Ibu tunggal itu sebelum ini terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup selepas suaminya meninggal dunia enam tahun lalu, namun terpaksa berhenti kerja kerana menderita penyakit tibi.

"Kini saya tidak mempunyai sumber pendapatan lain selain hanya mengharapkan bantuan anak-anak, nak buat kerja tak boleh dah," katanya.


1,000 masyarakat Orang Asli gembira sambut ketibaan Pemangku Raja


Tengku Muhammad Faris Petra (dua dari kanan) melihat replika pelan pembangunan Jajahan Kecil Lojing Kelantan di Lojing, semalam.


LOJING 5 Ogos - Kampung Penangau, sebuah penempatan Orang Asli yang terletak di tepi jalan utama sempadan Gua Musang-Cameron Highlands bertukar meriah hari ini.

Ia berikutan kehadiran lebih 1,000 masyarakat tempatan menyambut ketibaan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra ke kampung berkenaan secara rasmi buat pertama kali sejak dilantik memerintah negeri ini.

Kampung tersebut yang terletak hampir 300 kilometer dari Kota Bharu dan mengandungi kira-kira 50 buah rumah, mula sesak dengan kehadiran pelbagai peringkat usia masyarakat termasuk ratusan pelajar sekolah yang mula berhimpun seawal pukul 8 pagi.

Walaupun 'disambut' udara pagi dingin di tanah tinggi itu, penduduk dari beberapa kampung berdekatan seperti Kampung Jekjok, Kampung Mend Rod, Kampung Pos Brooke dan Kampung Sangwai A tetap tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri rupa paras bakal raja mereka itu.

Kehadiran Tengku Muhammad Faris ke kampung berkenaan adalah untuk melancarkan Lojing sebagai sebuah jajahan kecil bermula hari ini.

Turut hadir, Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra serta barisan pemimpin kerajaan negeri dan kaum kerabat baginda.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kegembiraan jelas terpancar di wajah masyarakat Orang Asli di sini, malah sebaik ketibaan baginda yang segak dengan baju Melayu berwarna hijau kira-kira pukul 12 tengah hari, kesemua hadirin segera bersorak dan mengibarkan bendera negeri.

Selain itu, sebahagian daripada mereka tidak melepaskan peluang untuk bergaya dengan pelbagai jenis pakaian berwarna-warni.

Beberapa pelajar yang ditemui menyatakan rasa teruja kerana buat pertama kali Tengku Muhammad Faris lebih dekat dengan mereka.

"Memang saya gembira sebab dapat tengok baginda. Dari kelmarin cikgu cakap raja nak datang jumpa kami," kata Kiran Arwinda, 13, yang menuntut di tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Ciku 2.

Rakannya, Azura Anjang, 13, ketika ditemui turut menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat baginda.

Sementara itu, bagi Norain a/p Mat Nor, 13, kehadiran Tengku Muhammad Faris serta kerabat diraja yang lain membuatnya merasa lebih dekat dengan institusi diraja Kelantan.

"Syukur dapat tengok baginda sebab sebelum ini nampak dalam televisyen saja kalau selalu begini lagi bagus.

"Saya sayang raja dan kalau dapat mahu salam dengan baginda," kata pelajar cilik itu dalam pelat Orang Aslinya.