Entry One:

Jalan jalan cari makan di Utara (Kedah,Penang balik KL pas tu Gi Taiping laks). Kita gi Kedah ngan Penang dulu....



Sampai Bangi Isnin Pagi, Selasa tu pulak pergi Taiping huhu



Sampai sampai Taiping pergi ke hotel penuh la pulak..ni puak puak UMNO lah punya kerja.... UMNO ni kat mana dia ada kat situlah dia menyusahkan orang... Nasib baik kabel ada..dapat hotel lain..tau tau TGNA datang Taiping beberapa hari sebelum tu beliau menginap kat situ juga....Fuyyooo

Bukit Gantang: 10,000 dengar Amanat Mursyidul Am, Presiden PAS




Pemandangan dari bilik tingkat 4...erm........... tak nampak lak Kem Tahanan Kamunting walaupun jaraknya begitu dekat..

Ada apa di Changkat Jering? Untuk peminat mee udang tapi tak berkesempatan lagi macam saya untuk ke Kuala Sepetang....Kalau anda keluar dari Tol Changkat Jering, bila anda nampak signboard ni,toleh ke kanan anda akan nampak signboard di bawah...


Ni Kedai kepunyaan staff T*( signboard ataslah yang bawah tu saya tak tahu).Kalau anda nak cuba boleh carilah... Kalau dari Taiping pula sebelum simpang masuk ke Tol Changkat Jering tu tengok belah kiri (Jangan langgar bumper kereta depan lak)....


Kata Mee Udang..Mana Meenya?



Dah Kenyang makan kita lalu jalan Taiping - Bukit Gantang lak.. Ni Belum penamaan calon lagi ni...




Nampak sama banyak di sesetengah tempat bendera (yang BN dan PAS...nanti dah lepas penamaan calon tak tahulah...


Entry Two:

Balik Taiping esoknya tu ada sambutan Maulid Nabi di Sekolah Amiir


Persembahan dari anak anak berumur 2-3 tahun... hmmmp berapa minggu lah nak train depa ni agak2



One of amiir best pren - ammar husaini.. rakan sepergaduhan :P



Hafalan Quran.....



Tuan/Puan Dijemput adik amiir husaini untuk menyampaikan sajak/cerita beliau....







Koleksi terbaru sesudah Superman,Spiderman,Batman,Ultraman&Cicakman dan Ben 10.

Upin dan Ipin? aduhssss

Posting berkenaan Prai dan Taiping nantilah......
Sempena minggu depan nak kena gi Perak lagi( tade kena mengena dengan sidang dun mahupun PRK Bukit Gantang) ....kita tengok ler gambar gambar sebelum ni.

Gambar sebelum timbulnya isu Patik Mohon Derhaka.....




Sebab dah ada suara dari siling yang melarang pengunjung mengambil gambar dalam galeri (ingatkan cctv dia tak berfungsi) dan pada masa tu saya memang pasti hanya kami jer dalam galeri tu..saya pun tak nak derhakalah..

Kalau nak tengok jugak gambar tu boleh tengok kat bawahlah pameran apa lagi ada..


http://muziumperak.gov.my/gsas/ruang_pameran.php
Seputar AF Nite


Patut pun...


Ada udang di sebalik mee kot rupa rupanya



Sape yang sebelum ni bayar tol untuk bersesak sesak ke Menara TM di NPE tu buatlah bajet baru tambah 40 sen lagik...
Cuti cuti di Penang.... hujung minggu lepas..


Kat stesen Bas....tunggu bas tak sampai sampai

Ni kat rumah Tok Njang Muhammad a.k.a superwoman



Eh ni kat Prai jugak ke? bukanlah ni tetiba gambar Baling sesat...

Lokasi rundingan Tunku dan Chin Peng di Sek Baling
Tempat penginapan depa....

Kat Giant Prai.... Mainan dia free tak payah pakai token..... tu yang depa 'belasah' main tu..Ali tak lepas Ultraman dia...Abg abg dia takde beli pepe ke? kena tunggu dinner AHM lah kalau nak tahu huhuuh



Ummu Muhammad & Tok Njang Muhammad... ( tuk tapi beza 9 tahun jer...)






Sampai pagi tadi jam 5 am....amiir ponteng terus gi sekolah ari ni bertuah punya budak..... ni ada kat ofis baba die nih...



ngantuk punya pasal... nasib baik tadika kalau sekolah jangan harap ! dah le tu selamba je tidur bilik G* ( tanya mama wafi). Wan Chik aaa ni suruh :P
Siri Jalan jalan pergi Melaka 3/1/2009....(posting tertangguh)

Pameran melawat alien.. & menara taming sari yang mengikut bekas rakan sebilik saya " aku rasa bangga jadi rakyat Melaka masa naik menara tu"


Seputar Majlis kenduri kesyukuran kemenangan PRK 036 dan Ceramah bersama TN Hj Abdul Wahid Endut....


Kerja kerja bermula dari hari sabtu lagi dengan sembelih lembunya, menyiang,memasak, menggoreng, memakan tak campur gantung bendera lagi.

Dua ekor lembu 'menyerah @ diserah' diri untuk ditumbangkan secara bidan terjun oleh OCPK ( 'Ketua Polis Kawasan) iaitu Sdr Agus merangkap ketua tukang masak. ( Nak terrer masak masuklah Unit Amal)



Kaum Ibu ke Muslimat ke tak kisah lah janji turut sama 'berkongsi peluh' di Surau Istiqamah 'mengerjakan' bawang bawang dan rempah ratus pada malam sabtu tu.




Waaa belum kenduri dah siap seperiuk!. Apakah yang istimewa tu....?


Dah lama kepingin nak makan sup Gear Box akhirnya kat sini berjumpa..... cicah roti pun sedap hirup lagiii sedap...


Tadi cerita hari Sabtu... Tukang Masak pukul 3 - 4 pagi tidur malam tu ...kira lambat sejamlah dari kami hehe (siap operasi kul 2 pg baru sampai umah) Ni plak..Suasana majlis pada hari Ahad pula.....


'Menantu' baru sedang berucap. " Permatang dah menang, Kuala pun dah menang, Lepas ni kita berlawan di Bukit Pula !!!!"


Cikgu Pa " YB kita ni patutnya kena ikut mesyuarat JPP dengan kita malam ni. Tapi kita bagi excuse lah dia ceramah malam ni"



TG Presiden....

Ceramah pada malamnya pula...Orang takdelah ramai tapi kutipan mengalahkan orang yang ramai... Ni gambar kat luar dewan..kat dalam dewan tempat ceramah. Polis tak kasi permit ceramah diluar....kenalah ceramah di dalam......

Ingatkan boleh balik awal..rupanya pukul 2 pagi jugak......
Lambatnya nak bukak kat Bangi....




















It started when an alien diviced did what it did
And stuck itself upon his wrist with secrets that it hid
Now he's got super powers he's no ordinary kid
He's ben 10( ben 10, ben 10)

So if you see him you might be in for a big surprize
He'll turn into and alien befor your very eyes
He's tiny creepy fast and strong he's every shape and size
He's ben 10(ben 10, ben 10)

I'll bet he's got it he's on the case
Fighting evil from earth or space
He'll never stop till he saves the day
Now he's the baddest kid to ever save the day
He's ben 10(ben 10, ben 10)(BEN, 10)(ben 10)



psst: Abaikan pemandangan yang tak sepertinya di belakang tu huhuhu

Nufayl jangan jeles ek... :P
Seputar majlis save Gaza di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bdr Baru Bangi 7 Feb 2009

Jemaah menunggu untuk solat isyak dan hajat berjamaah




Penonton mula memenuhi hadapan pentas utama











Posted via Nokia E61i


posted via Mokia E 61i

Taklimat Penerangan Bantahan Terhadap Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
7 Feb 2 - 6 pm Dewan Dato Fadzil Noor
Tapi nape sayup sangat duduk.....jauh ke belakang? jawab saya biasalah barisan belakang kan barisan VIP. tak caya tengok sape satu row dengan saya, PJ Pahang dan YB Ket Penerangan Pas Kelantan merangkap Adun Pasir Tumboh lagik :p. Sian sama ada tak cukup tidor ke atau taklimat Prof Shahrir tak catchy sangat sampai tertido tido Dato Tuan Ibrahim. tapi kejap je pastu bangun balik...qailulah kut.....




Lupa plak sepatut sebelum posting berkenaan dengan ceramah oleh MP terbaru Pas yang sensasi lagi terkini sepatutnya diuarkan dulu mengenai Program Save Gaza Mallam ni ( 7 Feb jam 8 malam. jemputlah hadir kke stadium seksyen 15 BB Bangi.

Esoklah Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Bangi di Bangi Lama dan juga Program Bangi Bandar Bersih di kawan 1 iaitu Kg Bangi.

CERAMAH PERDANA SEMPENA Kesyukuran PRK P036

15 Februari 2009, Ahad

Di Kompleks Sukan Seksyen 15,

Bandar Baru Bangi Selangor

Masa : 9.00 pm

Penceramah:

YB Mohd Abdul Wahid Endut ( Ahli Parlimen Kuala Terengganu) B

YB Tuan Prof. Dr. Ramasamy (Timb Ketua Menteri II Pulau Pinang)

YB Dato Dr Hassan Ali ( Exco KerajaanNegeri Selangor)

Semua di jemput Hadir

Cepat cepat sape nak aku masuk UMNO yang dah hilangnya Wownya ( Alif Mim Nun Wow) tu bagi 50 Juta nanti aku timbang timbangkan pakai dacing :P

www. daftar.umno. org.my.
jemputan pergi Taiping tak load load lagi gambarnya apa cerita....?



Ni gambar abg ciknya yang sekarang ni tengah cuti sabatikal(tak pergi sekolah la tu) di rumah Tok Ma. Hari Sabtu ni baru balik.



Gambar 'ali lagi datang meeting...... Mana gambar abg ciknya? Dari pergi Taiping bulan lepas sampai dapat


Ingat lagi posting berkenaan salah satu 'fenomena' rakyat klate adalah pasar borongnya yang terletak di wakaf che yeh? Ni gambar yang sempat diambil pada jam 1145 mlm. kami pun balik kul 130 pg selepas kepenatan dan hujan.


Sampai tertidur tidur meeting! Mulut penuh ngan gula donut

opssss lupa nak kabo....

posted via nokia e61i


'ali huzaifi lagi posting kali ni....tengah meeting ngan YB lagik nih huhu.....antara yg menarik? Bolehlah uarkan dulu MP terbaru Pas yang sensasi lagi glamer gitu akan turun ke Bangi dalam jangka masa terdekat. Maklumat lanjut.... Nantikan......
abg cak dah abg cik punya turn bila lak ni? Ingat nak posting psal abg cik gi taiping ngan melaka tapi notebook buat hal lak........

Surat bertulis tangan oleh Anwar yang mengikut Ezam mengajak Dr Mahathir berdamai. Cuma yang pelik dalam Menjawab soalan wartawan selepas ceramah itu, Ezam berkata, beliau menyimpan salinan surat berkenaan setelah mula timbul rasa curiga dengan tindak tanduk Anwar.

Maknanya dari tahun 1998 lagilah Ezam dah tak percaya Anwar... tapi kenapa tunggu sampai 10 tahun, sampai terpaksa lari ke Indonesia....sampai masuk penjara dan sebagainya? nak defend orang yang dia sendiri pun tak percaya?

Lagi menurut Ezam, surat berkenaan adalah untuk menunjukkan betapa hipokritnya sikap Anwar yang pada ketika yang sama mengutuk Dr Mahathir kerana dipecat tetapi tanpa pengetahuan para penyokongnya menulis surat nak berdamai dengan Dr Mahathir. Erm nak tahu betul ke tidak seminggu pertama lepas dipecat Anwar dah tuduh/kutuk Mahathir secara direct atau tidak mungkin kena rujuk arkib beritalah...

Tapi ...kalau nak kira hipokrit....apa beza dengan beliau sendiri dulu yang pada ketika yang sama mengutuk Pak Lah tetapi tanpa pengetahuan para penyokongnya berunding nak lepaskan Anwar(orang yang beliau curiga) sampai ada rumours kata ada deal kalau masuk UMNO minta jawatan.




Surat Anwar bertulis tangan kepada Dr Mahathir.

YAB Datuk Seri Dr Mahathir.

Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka ( menurut Ezam, anak angkat dimaksukan adalah Sukma) tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan.

Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.

Salam saya dan Aizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim.

8 September 1998

Daripada Agendadaily