"I've lost my mother and I don't want to lose you too."

Entry One

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Takziah kepada PM dan Keluarga ....

xxx: wondering how he's going to run the country after two biggest blow in his life.

yyy: the same goes to the wives of ISA detainees

xxx: at least they know their's still alive.

yyy: erm..how long he has to wait until he meet again his wife?

xxx: we pray for the best lah for her, may Allah forgive all her sins through her long battle before.may this will be a tazkeerah for him..


Entry Two

Sedih dengan kepergian Endon
Thursday, October 20 @ 12:33:25 MYT

RATU terkejut dan sedih apabila membaca sistem pesanan ringkas (SMS) daripada sahabat Ratu mengatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood telah kembali ke rahmatullah jam 7.55 pagi tadi (20 Oktober).

Bunyi SMS itu mengejutkan Ratu yang sedang tidur, dan slepas bangkit, terus bergegas bersiap untuk ke pejabat seperti biasa.

Sepanjang perjalanan ke pejabat fikiran Ratu hanya tertumpu kepada Endon, 65, yang meninggal dunia dalam bulan Ramadan.

Dalam hati Ratu berkata, alangkah bertuahnya Endon kerana meninggal dalam bulan puasa. Ratu pernah dengar seorang ustaz berkata, kalau mati dalam bulan Ramadan, ditangguhkan pertanyaan di kubur.

Walaupun Ratu berpihak kepada pihak pembangkang, tetapi naluri Ratu sebagai seorang anak dan isteri terasa kesedihan akan pemergian Allahyarham.

Ratu dapat bayangkan betapa sedihnya jiwa Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang begitu setia berada di sisi isterinya ketika Allahyarham menanggung kesakitan barah buah dada.

Bayangkan, kesedihan hati seorang suami yang telah hidup sekian lama bersama isteri selama berpuluh-puluh tahun.

Nak menyambut Aidilfitri pula tu. Kesedihan yang menyelubungi anak-anak walaupun mereka sudah mempunyai suami atau isteri tetapi bagi Ratu, IBU merupakan `ratu hati' bagi semua insan di dunia ini. Kehilangannya memang sukar dicari ganti.

Ratu tabik habis dengan Allahyarham. Walaupun Allahyarham mempunyai prinsip yang berlainan fahaman politik dengan Ratu tetapi Ratu melihat Allahyarham seorang insan yang tabah, sabar dan berjiwa kental.

Ketika Ratu menjaga ibu di Hospital Universiti Kebangsaan (UKM) di Cheras, Ratu menyaksikan seorang gadis yang setiap saat mengerang kerana menanggung kesakitan barah buah dada.

Sayu hati Ratu apabila mendengar suara gadis itu mengerang dan menangis kesakitan.

Ratu mendekati gadis itu dan Ratu dapat merasakan betapa sakitnya serangan barah buah dada.

Ratu berdoa dijauhkan daripada menghidap penyakit tersebut. Ratu tidak dapat menahan sebak apabila gadis tersebut mengulangi perkataan, `nak balik…nak balik...nak balik'.

Ratu memberanikan diri menghampiri bapa saudara gadis tersebut dan mencadangkan kepada beliau, `bawalah balik anak saudara pak cik…'.

Keesokan harinya Ratu mendapat maklumat daripada seorang jururawat bahawa gadis tersebut sudah kembali ke rahmatullah.

Apa yang Ratu saksikan mungkin juga telah berlaku kepada Allahyarham Datin Endon.

Walaupun Ratu tidak pernah menziarahi Allahyarham Endon ketika beliau sakit, Ratu dapat bayangkan mungkin Allahyarham juga menanggung kesakitan sebagaimana yang dialami oleh gadis tersebut.

Di sinilah letaknya kesabaran dan ketabahan seorang pesakit yang diserang barah buah dada.

Bukan sahaja pesakit yang menderita tetapi penderitaan itu turut dirasai oleh seluruh ahli keluarganya.

Dalam situasi kritikal Endon menghadapi penderitaan, Ratu turut `respect' dengan pendirian dan sikap suaminya, Abdullah kerana menyerahkan semua tugas kepada Timbalannya, Najib Tun Razak.

Beliau sentiasa berada di sisi Endon di hospital Putrajaya dan berbuka puasa bersama-sama isterinya.

Ratu seorang isteri. Jiwa, perasaan dan semangat seorang isteri yang sedang menanggung kesakitan akan bertenaga apabila melihat wajah suami.

Segala kesakitan tidak akan terasa apabila tangan suami menjamah dahi isteri, disulami dengan kata-kata perangsang dan kasih sayang. Waktu inilah baru terserlah kejujuran dan kesetiaan seorang suami kepada isteri.

Apatah lagi bila nyawa sudah berada di tekak, rasanya kalau suami ada kuasa mahu ditarik semula supaya nyawa terus berada di seluruh badan. Terlalu sayang untuk melepaskan isteri yang sentiasa menemai suami ketika susah dan senang.

Tetapi sebagai manusia yang tidak mempunyai apa-apa kuasa, kita hanya mampu berserah dan bersabar dengan Qada dan Qadar Allah. Allah Maha Berkuasa di atas segala-galanya.

Cuaca pagi ini diselubungi kemendungan. Hujan renyai-renyai membasahi bumi dan sejuk keadaannya.

Seluruh rakyat Malaysia bertafakur, bagi umat Islam pagi hari lagi sudah mengirimkan bacaan Al-Fatihah dan doa kepada Allahyarham. Masyarakat bukan Islam turut bersedih dengan pemergiannya.

Banyak program kerajaan ditangguhkan bagi menghormati pemergian Datin Endon ke rahmatullah. Siaran televisyen dan radio hanya menyiarkan pembacaan al-Quran sepanjang hari.

Ratu bersyukur juga, apabila berlaku kematian membabitkan orang besar, semua siaran televisyen dan radio, seolah-olah lebih Islamik. Mengaji al-Quran diutamakan, manakala pengacara wanita termasuk pembaca warta berita bertudung.

Ratu berharap dan sentiasa berdoa pada bulan Ramadan ini segala kerja amal itu akan berpanjangan bukan sahaja ketika ada pembesar negara, pimpinan negara atau isteri-isteri pimpinan meninggal, barulah kita tercari-cari unsur agama. Lepas tu lupa balik.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Endon, semoga rohnya dimasukkan dalam golongan orang yang beriman…Amin! – lanh

Perginya jantung hati kami

Perginya jantung hati kami
Oleh Ahmad Lutfi Othman
Tuesday, October 18 @ 10:17:58 MYT


Rabu, 5 Oktober, 1 Ramadhan, jam 8.15 pagi. Segalanya berhenti. Deru angin, kicau burung, juga lintasan dan angan-angan. Dengan lembut roh Nurul Syafiqah bt Siti Hawa, 11 tahun, anak kedua kami dipisahkan dari jasadnya sehingga saya, isteri dan tiga putera lainnya, Ahmad Luqman Hakim, Ahmad Ikmal Syafiq dan Umar Mukhtar menyangkanya tertidur nyenyak.

Tragedi tidak bermula Subuh awal puasa itu.
Aturan Ilahi tentang kematian kerap menyentap, mengejutkan lena, memancung cita-cita, namun punya rahsia tersembunyi, yang mungkin tidak terbongkar sampai bila-bila.

Jumaat, 30 September, 12.45 tengahari. Syafiqah telefon dari sekolah. "Akak tertinggal bas, boleh ayah ambil?" Saya terdiam, banyak kerja mesti disiapkan; artikel politik kampus untuk harakahdaily baru setengah jalan. "Akak jalan kaki, ya?" pintas Syafiqah selepas saya membatu.

Semalaman membakar pizza

"Tapi banyak barang kena bawa ni," asaknya tanpa nada mendesak. Hari itu Syafiqah 'menjamu' guru-gurunya dengan juadah pizza masakan ibunya. Semalaman dia menunggu pizza dibakar oven. Sememangnya Syafiqah suka sekali membawa makanan ke sekolah, tidak lama dulu nasi daging.

Sehingga dia mengalah, saya langsung tidak terasa apa-apa bahawa Syafiqah mulai letih dengan demam dan sakit tekak yang dideritainya. Petangnya Syafiqah telefon maklumkan dia dapat tumpang kawannya balik.

Malamnya, apabila sampai depan rumah, lambat pula Syafiqah buka pagar. "Awat lambat?" Saya merungut walaupun cahaya lampu kereta menyerlahkan muka Syafiqah yang pucat.

"Akak cari tudung."

"Malam gelap, tak ada siapa nampak," jawab kebodohan saya.

Ketika itu tidak teringat langsung bahawa Syafiqah kini cukup prihatin dengan aurat. Nak masukkan karung sampah di belakang rumah pun Syafiqah pastikan bertudung dulu.

Set nasi ayam

Sabtu, 1 Oktober, sepatutnya saya tunaikan janji dengan Syafiqah. Selepas tamat UPSR dan PSRA, dua hari sebelum itu, Syafiqah minta set nasi Ayamas.

"RM5 saja ayah. Akak teringin nak makan dengan kawan. Kami jalan kaki pun boleh." Masya-Allah, saya seolah-olah tidak mendengarnya sambil memberi jawapan tidak pasti, "esok ... esok."

Isteri saya, Siti Hawa memberitahu Syafiqah tidak selera makan malam tadi apabila saya minta izin ke KL hadiri mesyuarat penggerak demokrasi bersama Mat Sabu. Nasi goreng kampung dengan sambal belacan kegemarannya hanya ditatap, kemudian disimpan dalam peti sejuk. Saya masih tidak terasa apa-apa sedangkan takdir hanya menunggu masa.

"Ayah pi sekejap aja, sebelum tengahari selesai, nanti malam kita balik kampung," kata saya kepada Syafiqah sambil berjalan ke kereta. Raut muka cerianya seperti terlindung. Saya seakan terlupa Syafiqah anak berjiwa kental, sesekali tidak menunjukkan rasa sakit minta dimanja walaupun sememangnya sedang menderita.

Lewat petang, selepas menukar tayar kereta di Hulu Kelang, memecut laju ke asrama anak sulung kami, Luqman, di SAM 10, Cheras. Aduhai, janji dengan Syafiqah sudah luput.

"Bawa akak ke klinik, tekak makin perit," katanya, juga tanpa menunjukkan rasa sakit.

Masih sempat bermain-main

Klinik famili kami, Dr Mahyuddin Yassin tutup. Saya ke klinik sebelah, dekat Taman Sri Ampang. Semasa menunggu, Syafiqah bermain-main dengan dua anak kecil. Nampak letih tetapi tetap gembira.

Saya berbisik, "Nak balik kampung?" "Ayah baliklah dulu, akak boleh tinggal dengan nenek," balasnya.

Ketika neneknya datang malam itu, kami sudah bersiap nak balik Kedah. Syafiqah tenang saja. Kalau anak lain tentu akan merengek. Emak mentua saya akan membawanya ke hospital periksa darah, takut-takut denggi.

Dalam perjalanan kami dimaklumkan Syafiqah tidak diserang demam maut itu. Lega. Melalui SMS, dan itu kali pertama Syafiqah menggunakannya, dia bertanya, "ayah di mana?" Sambil melintasi Taiping, saya menjawab. Selang beberapa lama nada SMS berbunyi, juga dari Syafiqah, soalan sama, di samping memberitahu dia muntah.

5 pagi, kami sampai di Kampung Raja, Kubang Pasu. Saya maklumkan kepada Syafiqah. Kemudiannya kami diberitahu Syafiqah malam itu asyik sembang dengan neneknya, maklumkan kandungan SMS.

Ahad, pagi ke petang (begitu juga Isnin) temujanji saya padat di Alor Setar, Syafiqah terus SMS. "Mulut akak pahit, nak buat macamana." Saya menjawab, dan Syafiqah bertanya hal lain pula. Sehingga malam baru saya sedari SMS tadi rupanya "gagal dihantar". Ya Allah, rupanya Syafiqah terus menunggu dan menunggu ...

Selasa pagi kami berangkat pulang. Walaupun jangkanya dapat bertolak sebelum jam 10, tapi disebabkan singgah banyak rumah saudara-mara, itu pun tidak sempat menziarahi pusara bonda Aisyah (sesuatu yang tidak pernah saya tinggalkan jika balik kampung), menjelang 1 tengahari baru kami keluar ke Pekan Tunjang, seterusnya ke Lebuhraya Utara Selatan.

Di rumah neneknya, Syafiqah makin lemah tidak berselera makan, dan asyik menyebut nama ayah dan ibunya. Tapi bicaranya tetap ramah, suaranya masih bertenaga. Kami solat Maghrib di R&R Sg Buloh. Syafiqah desak saya jemput. Sekali lagi, ayah yang tidak mengerti perasaan anak di hujung usia itu, minta tangguh esoknya, atas alasan letih.

Celoteh bersama Luqman

Syafiqah berkeras. Dia menggesa nenek dan pamannya hantar segera ke Bukit Ampang. Ketika Syafiqah tiba, saya keletihan di katil. Namun terdengar juga celotehnya dengan Luqman. Dia bercerita tentang bagaimana darahnya diperiksa. Saya dimaklumkan kemudiannya, Luqman pun tidak memberikan respons sewajarnya, juga kerana letih dan mengantuk.

Awal pagi terdengar Syafiqah asyik masuk keluar bilik air, muntah. Ibunya berlari-lari anak menyantuni, antara Syafiqah dan adik kecilnya, Nurin Afifah, 2 tahun, yang juga terbatuk-batuk. Setengah jam sebelum Subuh kami sekeluarga di meja makan, bersahur, termasuk Syafiqah.

"Fiqah tak payah posalah," kata saya. Ampun Tuhan, suara suara agak tinggi minta Syafiqah kembali tidur dan berehat, kebetulan kerusi di meja makan tidak cukup untuk semua kami.

7.45 pagi, 1 Ramadhan, isteri mengejutkan lena saya. Syafiqah menjerit: "Ibu, sakit! Ibu, sakit! Dari atas saya mendengar suara Syafiqah cukup kuat, tidak pernah dia menjerit selantang itu.

Melihat keadaannya, jantung saya berdegup kencang. Taqdir makin dekat. Tahu ibunya menyidai basuhan, Syafiqah bersuara, agak perlahan: "Dahlah ibu, suruh abang sidai kain, akak sakit ni."

Kuatnya semangat Syafiqah

Tapi bicara Syafiqah masih jelas, dia sendiri minta ke hospital. Saya renung matanya, langsung tidak berair, maknanya dia hanya menjerit bukan menangis. Ya Allah, kuatnya semangat anakku ini. Sememangnya sejak malam tadi saya berkira untuk ke hospital pagi-pagi esoknya.

Namun, saya dan Siti langsung tidak terlintas Syafiqah akan berangkat ke alam lain, meninggalkan fitnah dunia. Rupanya Siti sudah memandi dan membersihkan tubuhnya.

"Bagai bayi saya mandikan Syafiqah, cuci rambutnya. Nampak kakinya kuning, tubuhnya sejuk, tapi langsung tidak terbayang dia mahu pergi selamanya," cerita Siti kemudiannya kepada kawan-kawan yang menziarahi.

8.00 pagi. Suara Syafiqah tetap jelas bila meminta saya memapahnya keluar dari bilik solat. Bersama Siti, saya menuntunnya ke ruang tengah. Selepas didudukkan, saya perhatikan wajahnya seolah-olah tanpa darah. Ketika itu baru lintasan hati mengilhamkan sesuatu yang pedih dan perit.

Syafiqah masih sempat minta saya papahnya ke kerusi panjang di depannya, mungkin dia mau berbaring. Saya cuba mengangkatnya tapi tidak terdaya, Syafiqah terasa berat.

Semasa sibuk mengemas untuk ke Hospital Ampang Puteri - 4 km dari rumah kami - saya, Siti dan anak-anak terpandang Syafiqah seperti menarik nafas panjang, dua kali. Lehernya terlentok.

Subhanallah, janji Allah sudah sampai. Mata saya dan Siti berpandangan, namun kami tidak sempat memberi reaksi lain kecuali mempercepatkan Syafiqah ke hospital.

Terasa hangat

Hati saya berkata-kata sambil cuba menatang tubuh Syafiqah yang masih terasa hanatnya. Selepas menghidupkan enjin kereta saya memanggil jiran sebelah, William, sama-sama mengangkat Syafiqah.

Berkali-kali namanya dipanggil. Syafiqah nampak seperti nyenyak tidur. Dalam kelam-kabut itu saya pandangan saya letak ke wajah Siti, ibu yang mengandungkan Syafiqah dan Syafiqah membesar di depannya sehingga menginjak usia 11 tahun.

Harapan ibu tetap tinggi. Sambil memangkunya di kerusi belakang, Siti tidak putus-putus menyebut nama Allah. Air mata tidak sempat tumpah lagi. Tumpuan saya ke arah jalan raya yang sibuk pagi itu. Perjalanan ke hospital terasa begitu aneh, kiri kanan jalan seperti sunyi sepi. Degupan jantung kuat sekali.

Tangan kanan memegang stereng, tangan kiri menjamah tubuh Syafiqah. "Panas lagi," harap Siti walaupun menyedari tiada apa yang bergerak di tubuh Syafiqah.

Mulut saya terkunci. Mata terasa panas. Bergenang air mata Siti tapi harapannya tidak pudar.

Saya memberhentikan kereta di lobi kecemasan. Hon dibunyikan bertalu-talu. Melihatkan reaksi awal kakitangan hospital ketika mereka mengangkat tubuh Syafiqah, jawapannya jelas dan pasti. Syafiqah sudah pergi meninggalkan kami.

Ketika saya memimpin Nurin dari kawasan letak kereta, dan Siti sedang menemani Syafiqah, saya belum dimaklumkan secara rasmi tentang kehilangan jantung hati kami itu.

Namun berat sekali kaki diheret menaiki tangga. Saya mendukung Nurin sambil menciumnya:


"Kakak dah tak ada Nurin."

Sebaik melangkah masuk hospital, saya nampak Siti sedang mengisi keterangan peribdi Syafiqah. Saya dengar hampir semua maklumat penting Syafiqah yang diberikannya salah.

Ketara pucat

Siti menoleh ke arah saya, wajahnya tenang walaupun ketara pucat. Saya tidak perlu bertanya lagi. "Fiqah dah tak ada, bang," getar suaranya jelas.

Berdepan jasad kaku Syafiqah, terlintas, bagaimana sewaktu tiga tahun saya menderita sakit misteri, terlantar di rumah, tidak mampu bekerja, saya sering terhibur dengan celotehnya, gurau manjanya, malah puas terasa bila dia mengurut lenguh badan. Kerap dia teresak-esak menangis bila melihat saya mengerang kesakitan.

Tapi, ya Allah, apabila dia menderita sakit, saya tiada di sisi, malah tidak pun sempat melayannya dengan baik, dan banyak janji tidak tertunai, walaupun sekadar nasi Ayamas yang selalu disebutnya.

Air mata mula tumpah dan hingga kini, selepas seminggu, air mata itu belum mahu kering lagi. Al-Fatehah. - UM

Nabi SAW tu bulan Ramadhan macam angin lalu sifat dermawannya kita?

Entry One

(Disiarkan tanpa suntingan)

Anak bongsu dari 9 beradik. Bapa kerja security guard di SP dan Mak kerja kilang di Prai. Kaki kanan Fatin dipotong pada hari ke 3 kelahirannya , sebab doctor suspect ketumbuhan pada kaki nya ada cancer. Bila dah dipotong barulah dapat nampak jantinanya yang sebenar. Isi kemerahan yang terbonjol keluar dari buntut belakang adalah ususnya yang di keluarkan bagi membolehkan Fatin membuang air besar.

Just imagine, baru umur lebih 3 bulan sekarang. Kalau berpeluang melawat dia di rumah, Fatin dengan matanya yang bulat seolah-olah mahu memberitahu sesuatu kepada pelawat-pelawat . Tak banyak orang yang tahu, termasuklah masyarakat sekeliling. Diharapkan dengan tersebarnya message ini, Fatin akan dapat menjalani rawatan yang lebih baik lagi.

Sekarang ini perlu rawatan susulan di Hosp. Alor Star. Bapa perlu berulang-alik dari rumah ke Hospital Alor Star. Fatin akan didukung oleh bapanya (Rashidi) menaiki Bas, yang perjalanannya memakan masa 1.5 ke 2 jam. Cuba bayangkan kesusahan yang Fatin perlu lalui. Alhamdullilah, 2 perjalanan yang lepas, ada 2 hamba Allah yang telah membantu menghantar Fatin, bapa dan kakaknya ke Alor Star dengan kereta mereka. Mudah-mudahan, dengan tersebarnya message ini, akan ada lagi hamba Allah yang akan tampil membantu meringankan kesusahan bapa Fatin, Rashidi untuk menghantar anaknya ini untuk mendapat rawatan.

Keluarga Fatin menetap di 4445 Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, Seberang Prai Utara. Sesiapa yang sudi, Rashidi tidak keberatan untuk menerima kunjungan dari orang ramai yang ingin melihat sendiri keadaan Fatin. Mungkin Rashidi dan isterinya keluar bekerja, tapi Fatin dijaga oleh neneknya. Rashidi boleh dihubungi pada talian 019-4023596.

Kepada yang tersentuh dan ingin melawat anak yang istimewa ini, dan sekiranya anda tidak biasa dengan Kepala Batas, anda perlu mengambil jalan lama dari pekan Kepala Batas ke Sungai Petani. Belok di Simpang arah ke kanan menghala ke Paya Keladi. Teruskan perjalanan sehingga anda nampak papan tanda Paya Keladi Hujung di sebelah kanan. Ada sekolah agama di sebelah kanan bertentang dengan kedai runcit di seberang jalan. Belok kanan dilorong bersebelahan sekolah agama dan masuk lebih kurang 100m. Rumah ayah Fatin di sebelah kanan (kembar dua) dan betul-betul di belakang sekolah agama.

Kepada yg ingin menyumbangkan secara online, akaun Rashid di Public Bank Kepala Batas (alwadiah) adalah 4-9153033.

Mudah-mudahan Allah memberkati apa yang kita lakukan.


fatin1

fatin2

fatin3

Ni bukan kat Europe...

promenade

type-a

prom03


Dulu masa Ummu Amiir ada lagi... pernah pergi pusing pusing kat area promenade lakeside cyberjaya ni nak tengok rumah rumah kat sana(dulu kami plan nak buat rumah design sendirik tapi kat kelantan lah) tapi setakat tengok ajerlah....sebab kalau nak beli rumah macam ni kat sini , kerja sampai pencen pun rasanya memang payah nak dapat... sebab tu lah ramai masuk business kot, buat MLM, jual unit trust etc. mungkin cita cita depa nak beli rumah macam ni lah..

kalau ada yang teringin nak beli ada banyak lagi kosong,boleh refer site di bawah (adabeserta dengan harga sekali)

http://www.setiaharuman.com/residential/prom_pricing2.htm

ramadhan progress report card

ramadhan progress report card (tader idea nak tulis so kena ubahsuai dari posting ibu amni)

Baru seminggu puasa hari ni.. Caaiyok caiyok! Nampaknya kena menggandakan usaha kerana dah ramai agaknya telah memotong usaha aku untuk buat pahala. Bersungguh sungguh betul depa ini, puasa bila berbuka makan ala kadar je, minum terjaga tanpa berlebih lebihan.. isk isk!! agaknya sebab tu depa tak ngantuk and boleh buat ibadat lebih malam malam ek.

Hai, camna lah nak challenge camni, kalau buka puasa pun kena makan nasi tak campur kuih lagik, sahur pun makan jugak bukan setakat minum (takpe takpe.. pahala..pahala sahur ngengehngeh). Walau bagaimanapun, air kosong telah kutelan beberapa kali sehari. baik masa sahur, berbuka ataupun sebelum tidur. Dan pagi-pagi ini, biasalah berkunjung ke bilik air di office.

Langkah-langkah seterusnya untuk meningkatkan amalan secara indirect selepas ini:
(1) Letak nasi sikit jer dalam pinggan
(2) Makan nasi jgn tambah
(3) Ratah lauk lebih dari nasi
(4) Minum air dan makan sikit jer untuk sahur

GAMBATTE!! Semua di atas telah cuba dilakukan semenjak berpuasa..dengan harapan tubuh akan ringan dan tidak terlalu letih menjelang tarawikh Come on Ambo, you can do it!

P/S: Tapi bila recall dua tiga hari ni, terasa awal awal aritu jer semangat lepas tu nak start geylong jadik hampeh balik, hohoho.. takpe, baru seminggu berpuasa tapi sempatke habis ke sebulan, kalau habis pun kualitinya macam mana? :(

Note: Sebenarnya aku nak tulis report card macam ni..ni aku kata kat aku lah.... kalo korang nak apply kat korang pun taper...

a. Puasa aku sekarang kalau dibandingkan dengan 1 ramadhan( semangat berkibar kibar) macam mana?

b. TIlawah Quran apa khabar dah? semangat lagi ke? or dah start slow ( pandai bagi alasan alasan)

c. Solat qualitinya macam mana dah? berubah ke tidak or banyak khayal jugak lagik....

d. Sadaqah dah macam angin lalu ke atau masih lagi nak berkira? ramai lagik orang yang susah weyyy

e. TV macam mana? taderlah sampai kena berpatah arang berkerat rotan

f. Mata macam mana dah terjaga ke belum?

g. Mulut aoa cerita? tu tak tanya telinga lagik...

h.Kalau sedar kita dah mula geylong, semangat dah luntur( macam mana nak tahu semangat dah luntur?) baik patah balik....

Fuhh payahnya nak capai khawasul khusus...

Ramadhan dalam Sirah Rasul Allah SAW

1. `Ammul Hazan' atau `tahun kedukaan' iaitu pada Ramadan tahun ke-10 daripada kerasulan Nabi Muhammad @ 3 tahun sebelum sebelum hijrah).Bulan mulia itu menyaksikan kewafatan bapa saudara Baginda, Abu Talib, dan Ummul Mukminin Khadijah Khualid.

2. Tahun 1 Hijrah, Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya Masjid Dhirar yang dibina oleh kaum Munafiq dirobohkan

3. Tahun 2 Hijrah,Zakat Fitrah diwajibkan untuk kali pertama juga pada 17 Ramadhan, berlaku peperangan Badar al-Kubra antara kaum Muslimin dengan Musyrikin.

4. Tahun 5 Hijrah pula adalah bulan persediaan tentera Muslimin menghadapi peperangan Khandak, salah satu peperangan terbesar pada zaman Rasulullah.

5. Tahun 6 Hijrah Zaid bin Harithah RA dihantar ke Wadi Al-Qura untuk bertemu dengan Fatimah bt Rabiah, permaisuri di kawasan berkenaan. Pihaknya telah merompak rombongan Zaid RA sebelum itu. Fatimah terbunuh di bulan Ramadhan semasa berhadapan dengan tentera muslimin ini

6. Tahun 7 Hijrah Peristiwa meruntuhkan berhala Musyrikin terbesar dan termasyhur di sekitar kota Makkah oleh angkatan Islam.Pasukan tentera pimpinan Khalid ibni Walid menghancurkan patung ‘Uzza, Umar ibnu ‘Asy pula meruntuhkan patung Siswa' dan pasukan Saad ibni Zaid al-Asyahily memusnahkan patung Mana.

7. Tahun 8 HIjrah Allah memberikan nikmat kepada rasul-Nya dan kaum Muslimin dengan kejayaan menakluki kota Makkah.

8. Tahun 9 Hijrah Baginda SAW telah pulang bersama tentera Islam daripada Peperangan Tabuk yang berlangsung selama 50 hari. Ia merupakan peperangan terakhir yang disertai oleh Baginda SAW. Delegasi Tsaqif kemudiannya bertemu dengan Nabi SAW sekembalinya Baginda SAW dari Tabuk dengan tujuan untuk menyatakan keIslaman mereka. Pada bulan itu juga Raja Himyar tiba di Madinah untuk mengisytiharkan Islam mereka

9. Tahun 10 Hijrah Nabi Muhammad menghantar Ali Abi Talib dan angkatan kaum Muslimin ke negeri Yaman dan membawa bersama surat Baginda kepada penduduk di situ.Dalam satu hari saja, penduduk Yaman khususnya kabilah Hamdan memeluk Islam dan besembahyang jemaah dengan Ali.

10. Tahun 11 Hijrah Siti Fatimah, puteri Baginda yang juga isteri kepada Saidina Ali Abi Talib dan ibu kepada Hassan dan Hussain.

Ini Wilayah Celcom

Artikel yang sungguh sungguh menarik... I'm lovin' it jatuh hati membacanya.. takde kena mengena dengan kempen Keluarga TM(Employees Get Customers) yang sedang berlangsung sekarang .Credit to Brother Faiz Sahri..



"Ini Wilayah Ramadhan"


Kalau anda bekerja/belajar di KL mungkin anda kurang biasa melihat perkataan "No Network" di skrin handphone, ataupun bar signal berada pada tahap kosong. Namun bagi kami yang bekerja di Bintulu, perkara ini memang menjadi kebiasaan.

Tapi yang pastinya bagi mereka yang tinggal di sekitar KL, Malaysia pasti akan ternampak iklan "Ini Wilayah Celcom" di billboards jalan raya.

Jadi izinkan saya membawa berita gembira kepada semua para muslimeen seluruh Malaysia. Bermula pada hari Rabu ini, line/signal/coverage anda semua pasti akan berada pada tahap maksima. No more out of coverage area! Ini saya boleh bersumpah.

In fact bermula pada malam Selasa lagi, para pekerja yang bersayap dah bersiap siaga untuk pasang billboard iklan "Ini Wilayah Ramadhan". Sebenarnya fenomena ajaib ini bakal berlaku di seluruh dunia. Yang lebih menggembirakan, bukan line kita dengan orang yang kita cintai akan clear. Bahkan line kita dengan Pencipta Cinta itu sendiri akan clear, tanpa 'noise'.

Jika selama ini kita rasakan bahawa kita punya talian dengan Allah tidak begitu baik, lemah dan menyedihkan. Insha Allah bermula Rabu ini, anda akan rasakan bahawa hubungan istimewa itu akan bertambah baik. Kerana jika selama ini gelombang kita mungkin hanya tersekat di langit, tetapi bersedialah, Rabu ini pintu langit akan terbuka luas! Dan ini bukan janji saya, tetapi ini janji Rasul kita.

Memang saya akui bahawa adakalanya, kita rasa terperangkap dengan segala perangkap dimensi dunia. Terperangkap dalam dimensi 'space' dan 'time'. Sedangkan akhirat itu di sana, bukan di sini. Namun Allah itu Maha Mencintai. Dia telah sediakan 'window' yang tersangat istimewa bagi kita untuk menerobos keluar dari dimensi ini. Dia telah sediakan 'window istimewa' bagi dimensi ruang (3rd dimension) di Baitullah Al-Haram. Dia telah bukakan "window istimewa" buat beberapa jam di dua pertiga malam setiap hari. Dan lebih menakjubkan, tawaran khas selama 30 hari, Dia telah bukakan "window istimewa" Ramadhan untuk para hambaNya.

Hakikatnya signal dari Allah itu antara yang paling kuat dan di'amplify' semasa Ramadhan. Jika masih tiada line, maka usahlah menuding jari lagi. Itu bukan masalah coverage dan noise(syaitan). Itu adalah masalah hati yang gagal berperanan sebagai receptor yang baik. Hati itu perlu dibaiki, di'fine-tune' ke frekuensi yang betul, agar dapat menerima pancaran Ilahiyyah.

Selamat datang ke "Wilayah Ramadhan" saya ucapkan buat semua. Ramadhan kareem, Allahu akram, wa Allahu akram.

pic26924

Chiit Pooodah

For Immediate Release
Office of the Press Secretary
October 4, 2005

Presidential Message: Ramadan

Laura and I send warm greetings to Muslims in the United States and throughout the world as they begin the observance of Ramadan.

The month of Ramadan, which commemorates the revelation of the Qur'an to the prophet Muhammed, is the holiest month of the Muslim year. It is a special time of reflection, fasting, and charity. It is also a time of spiritual growth and prayer and an occasion to remember the less fortunate by sharing God's gifts with those in need.

Throughout our history, America has been blessed by the contributions of people of many different faiths. Our Muslim citizens have helped make our Nation a stronger and more hopeful place through their faith, generosity, and compassion.

May this be a blessed Ramadan for Muslims in the United States and around the world. Ramadan mubarak.

GEORGE W. BUSH

Ramadhan Kareem ..Allah Akram...

Entry One

Assalamualaikum Warahmatullah

Bismillah Walhamdulillah..

Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.

Didoakan agar kita semua diberi kekuatan,kemampuan dan ketabahan untuk menjalani bulan tarbiah ini, moga moga dengan latihan yang bakal kita lalui selama sebulan ini Insya Allah akan melayakkan kita untuk menjadi graduan yang bertakwa di sisi Allah.

Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk menyeru sahabat sahabat semua supaya menguatkan tekad dan memperbaharui azam untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti ibadah baik dari segi solat,doa, tilawah, bersedekah dan pelbagai ibadah sunat yang lain.

Marilah sama sama kita manfaatkan peluang yang masih lagi diberikan oleh Allah untuk merebut rahmat dan pengampunan buat diri kita dan juga ahli keluarga kita baik yang masih lagi diizinkan menyambut Ramadhan bersama sama ataupun yang tidak lagi dapat bersama kita

Sekian

Wassalam


--abu amiir & amiir husaini--
4 Oktober 2005


Entry Two


Sifat Puasa Nabi saw
karangan Syiekh Abdullah bin Abdul Rahman bin Jibrin




Terjemahan dan olahan oleh Khairol Amin(Credit to Al Ahkam (kamin)



Ini merupakan ringkasan sifat Puasa Nabi saw - dimana didalammnya meliputi kewajipan, adab2, do'a2, hukum2 bersekitar puasa, jenis manusia yang berpuasa, perkara yang membatalkan puasa, dan faedah2 lain. Kita memohon petunjuk Allah agar orang2 Islam mengamalkan sunnah Nabi saw pada semua peringkat, dari yang kecil sehinggalah yang dewasa/tua. Demi Allah yang memberi petunjuknya.

Ta'rif Puasa : merupakan ibadat kepada Allah dengan meninggalkan perkara2 yang dilarang dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun Islam. Nabi saw bersabda :

"Islam dibina atas 5 perkara : mengucap syahadah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan Haji ke Baitullaah al-Haram" [mutafaq 'alaih].

Orang2 yang berpuasa :-

* Puasa wajib bagi semua orang Islam yang Baligh dan berakal dan bermukim.

* Orang kafir tidak wajib puasa, dan mereka tidak perlu qadha' puasa jika mereka memeluk Islam.

* Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib puasa, akan tetapi disuruh melakukannya agar merekaa menjadi biasa dengan berpuasa.

* Pesakit yang mempunyai penyakit (emergency) dan sedang menunggu sembuh boleh bebuka puasanya dan setelah sembuh boleh mengqadha'nya kembali.

* Orang gila tidak wajib puasa, dan tidak boleh memberi dia makan jika dia sudah besar, dan orang yang 'insane' contohnya tiada diskriminasi terhadapnya, dan orang tua yang nyayuk tidak juga ada diskriminasi terhadap mereka.

* Orang yang tak berupaya ('aajuz) berpuasa atas sebab kekal (permanent) sebagaimana orang tua atau pesakit yang tiada harapan sembuh - setiap hari yang tidak berpuasa diberi makan kepada orang miskin.

* Wanita yang hamil dan menyusu jika menhadapi kesukaran keatasnya berpuasa disebabkan mengandung atau menyusu, boleh berbuka dan boleh menqadha' puasanya apabila datang keringanan dan hilangnya kebimbangan.

* Wanita datang haidh dan Nifas tidak boleh berpuasa didalam sedemikian, dan mengqadha' apa yang tertinggal.

* Melakukan operasi penyelamat (rescue) dari mati lemas atau kebakaran boleh berbuka untuk menyelamatkannya dan hendaklah diqadha' puasa.

* Orang yang bermusafir diberi pilihan berpuasa atau berbuka, dan wajib mengqadha' sekiranya berbuka didalam permusafiran, samada bermusafiran yang 'emergency', atau sepertimana Umrah, atau sentiasa bermusafir seperti pemandu teksi, mereka boleh berbuka selama mana mereka tidak berada dinegara mereka.

Hukum-hukum didalam berpuasa


1-Niat :


Wajib berniat didalam puasa. Kewajipannya sebelum terbit fajar, Nabi saw bersabda :

"Barangsiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya"[Shahih Abi Daud]

Sabda Nabi saw didalam hadith lain :-

"Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malamnya maka tiadalah puasa baginya" [Sahih al-Nasaa'i].

Niat tempatnya dihati, melafaznya tidaklah datang dari nabi saw, dan tiadalah mana-mana para sahabat Nabi ra. melakukannya.

[Komentar : Umumnya, masyarakat Islam masih bergantung kepada Lafaz Niat : "Nawaitu Sauma ghadin..." dan bukannya azam untuk melakukan puasa pada keesokkan harinya. Yang menjadi rukun adalah niat yang berbentuk azam]

2- Waktu berpuasa :

Firman Allah swt :


"Makan dan minumlah sehingga jelas kepada kamu benang (garis) putih dari benang (garis) hitam, iaitu fajar" [surah al-Baqarah : 187]

* Fajar Kazib - padanya tidak dibenarkan solat fajar, tidak diharamkan makan dan minum. Ia merupakan cahaya putih terang yang berbentuk segi empat (komentar : seperti tiang cahaya putih yang menegak selama 20min sebelum fajar sebenar/solat fajar).

* Fajar Saadiq - padanya diharamkan makan bagi yang berpuasa, dibenarkan solat fajar, kelihatan segi empat merah diatas puncak gunung ganang.(komentar : garis putih bertebaran secara mendatar).

Apabila malam tiba dari arah timur dan berlalu dari arah barat, dan matahari terbenam, maka boleh berbuka puasa. Nabi saw bersabda :

"Apabila datangnya malam dari sini dan berlalunya siang dari sini, dan terbenamnya matahari, maka berbukalah puasa" [Hadith Mutafaq a'alaih].

Perintah ini bermula apabila bebola matahari hilang dan jika zahirnya zahir.

3-Sahur

Sabda Nabi saw :

"Perbezaan puasa diantara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur:" [Hadith Riwayat Muslim]. Bersabda Nabi saw didalam hadith yang lain :


"Barakah ada didalam 3 perkara : Jemaah, bubur dan sahur" [Hadith Riwayat al-Tabarani didalam al-Kabir].

Sahur merupakan berkat yang zahir, tidak harus ditinggalkan, kerana patuh kepada Sunnah. Sahur memberi kekuatan bagi yang berpuasa. Ia merupakan makanan yang diberkati sebagaimana Nabi saw menyebut namanya : "Anda telah sampai kepada makanan yang diberkati" [Sahih Abu Daud]. Sabda Nabi saw lagi :

"Makan Sahur adalah berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun salah seorang dari muka yang meminum seteguk air, kerana sesungguhnya Malaikat berselawat keatas orang2 yang bersahur" [Hadith Hasan riwayat Imam Ahmad]. Sabda Nabi saw lagi :

"Nikmat Sahur orang beriman adalah kurma" [Sahih Riwayat Abi Daud].

Dan telah menjadi petunjuk Nabi saw agar melewatkan sahur sebaik2 sebelum subuh/fajar.

[Komentar : waktu Imsak yang diamalkan seperti 10min sebelum masuk waktu fajar bukanlah diamalkan oleh para2 salaf. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakkan ulama Salaf bertolanransi didalam bab makan sahur sehingga hampir fajar. Begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan berkumandang, adalah sunnah baginya menyelesaikan hajatnya dan bukan meludahkan air. Sabda Nabi saw : "Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan sementara piring sudah ditangan, janganlah piring itu diletakkan sehingga ia menunaikan hajatnya" [Hadith Riwayat al-Hakim]]

4-Apa yang orang berpuasa perlu tinggalkan :

* Menipu : Nabi saw bersabda :

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan menipu dan beramal dengannya, maka tidaklah Allah swt berhajat untuknya meninggalkan makan dan minumnya" [Hadith Riwayat al-Bukhari].

* Percakapan yang karut dan kotor. Nabi saw bersabda :

"Bukanlah dari itu dari makan dan minum, namum puasa adalah [menahan diri] dari bercakap kosong dan lucah, maka jika seseorang memaki atau menyakitimu, maka katakan : sesungguh aku sedang berpuasa" [Hadith Sahih Ibn Khuzaimahj].

5- Apa yang dibenarkan didalam berpuasa :

* Orang berpuasa yang masih berjunub : dari 'Aisyah ra :

"Telah masuk fajar dan baginda masih berjunub dengan isterinya, kemudian dia mandi dan berpuasa" [Hadith Muttafaq a'alaih].

* Orang berpuasa yang bersiwak : Nabi saw bersabda :

"Jika tidak menyusahkan umatku, nescaya aku memerintahkan mereka bersiwak setiap kali berwudhu'" [Hadith Muttafaq a'alaih].

Nabi saw tidak mengkhaskan orang berpuasa dengan yang lain, dan ini juga satu isyarat bahawa orang yang berpuasa boleh bersiwak pada setiap kali wudhu' dan setiap kali solat, pada setiap waktu samada sebelum tergelincir atau selepasnya.

* berkumur2 dan memasukkan air melalui hidung : Nabi saw berkumur-kumur dan memasukkan air kedalam hidung dan ketika itu dia berpuasa, akan tetapi dia tidak melakukannya secara melampau-lampau. Sabda Nabi saw :


"Berlampau2 didalam memasukkan air kedalam hidung melainkan ia sedang berpuasa" [hadith Shahih Abu Daud]

* Orang berpuasa bercumbu dan bercium : Dari 'Aisyah ra. berkata :

"Rasulullah saw pernah mencium dan dia sedang berpuasa, dia pernah bercumbu dan dia berpuasa, akan tetapi bagindalah orang yang kuat menahan syahwatnya dari kamu sekalian" [Muttafaq 'alaih].

Baginda tidak menyukai dilakukan keatas orang muda, kecuali yang tua. Baginda bersabda :

"Sesungguh orang tua mampu menahan diri mereka sendiri" [Hadith Sahih Riwayat Ahmad].

* Pemeriksaan dan mengambil darah - jarum tersebut tidak bermaksud makanan, ia tidak membatalkan puasa, kerana ia bukanlah makanan dan tidak sampai kepada jantung.

* Menampal gigi (uprooting) - tidak membatalkan puasa

* Merasai makanan : hadnya tidak sampai kepada halkum, dan begitu juga dengan penggunaan ubat gigi. Dari Abbas ra. berkata :

"'Tidak mengapa dia merasai (taste) cuka atau apa2, selagi ia tidak memasuki halkum, dan dia masih berpuasa" [Riwayat al-Bukhari[

* Memakai celak dan ubat mata (drops) yang memasuki mata - perkara ini tidak membatalkan puasa, samada menjumpai makanan di tekak, atau tidak menjumpainya. Berkata Imam al-Bukhari didalam sahihnya :


"Tidak tidak melihat apa2 masalah bagi Anas, hasan dan Ibrahim dengan bercelak memcacatkan orang berpuasa"

[Komentar : Perkara2 yang dianggap boleh membatalkan puasa seperti korek hidung, korek telinga, pakai eye drop, ambil darah, sembelit dan kesemuanya bukanlah merupakan perkara2 yang membatalkan puasa.]

6- Berbuka Puasa :

* Mempercepatkan berbuka puasa merupakan sunnah Nabi saw dan juga larangan kaum Yahudi dan Nasrani, mereka melewat2kannya, mereka melambat-lambatkan waktunya. Nabi saw bersabda :

"Sentiasa manusia itu berada didalam kebaikkan selama dia mendahulukan berbuka puasa" [Hadith Muttafaq 'alaih].

* Berbuka sebelum Solat Maghrib : dari Anas ra. berkata :

"Rasulullah saw pernah berbuka sebelum bersolat' [Hadith hasan riwayat Abu Daud]. Apa yang baginda makan sewaktu berbuka? Dari

Anas bin Malik ra. berkata :

"Nabi saw berbuka dengan Rutbaat (kurma matang) sebelum solat, dan jika tidak ada kurma matang maka beberapa biji kurma biasa, dan jika tiada kurma biasa, cukuplah dengan beberapa teguk air" [Hadith Sahih Abi Daud].

* Apa yang baginda ucapkan ketika berpuasa? Nabi saw berkata :

"bagi orang yang berbuka, do'anya tidak akan tertolak" [Hadith Sahih Ibn Majah].

Nabi saw semasa berbuka puasa berdo'a :

"Telah pergi kehausan dan telah membasahi urat-urat, dan pasti ganjaran dengan kehendak Allah" [Hadith Sahih Abi Daud]

[Komentar : Adalah tidak betul perbuatan seseorang yang melewatkan berbuka disebabkan baginya azan maghrib masih berkumandang. Begitu juga dengan do'a berbuka puasa yang masyhur dikalangan kita :(اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت)- Allahumma laka Sumtu ....." yang sebenarnya status hadith tersebut adalah dhaif. Hadith Sahih bagi menggantikan do'a ini adalah seperti diatas dan transliterasinya adalah : "Dhahaba al-zama’ wa abtalat al-‘urooq wa thabata al-ajr in sha Allaah"]

7 - Perkara yang membatalkan puasa

* Makan dan minum dengan sengaja : samaada ianya bermunafaat atau mudharat seperti asap. Jika dia terlupa atau tersilap atau dipaksa maka tidaklah mengapa dengan kehendak Allah. Nabi saw bersabda :

"Jika seseorang terlupa lalu di makan dan minum air, maka sempurnakanlah puasanya, kerana sesungguhnya Allah lah yang memberi dia makan dan minum" [Hadith Muttafaq 'alaih].

* Muntah dengan sengaja : iaitu mengeluarkan apa yang ada didalam perut melalui mulut. Sabda Nabi saw :

"Barangsiapa yang muntah (tidak sengaja, sedangkan dia sedang berpuasa) tidak ada qadha' baginya, dan barangsiapa yang sengaja maka baginya qadha'"[Hadith Sahih Abu Daud].

Maka jika muntah tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa.

* Berjima' : jika berlaku pada siang hari Ramadhan dari orang yang berpuasa wajib, maka keatasnya qadha' kafaarah, iaitu membebaskan seorang hamba, dan jika tidak menjumpai hendaklah berpuasa 2 bulan berturut2, dan jika tidak mampu, memberi makan kepada 60 orang miskin.

* Injeksi makanan : iaitu menyalurkan bahan makanan melalui usus atau darah dengan tujuan pemakanan keatas pesakit, dan jenis-jenis ini membatalkan puasa, kerana ini masuk melalui rongga.

* Haidh dan Nifas : keluar darah dari wanita sebahagian hari siang samaada menjumpainya awal atau akhir, dia harus berbuka dan mengqadha'nya.

* Mengeluarkan mani : melakukan onani (masturbation) atau bercumbu atau bercium, atau apa perbuatan kearah itu, dan jika ia bersangkutan dengan pendewasaan, maka ia tidak membatalkan puasa kerana ia bukanlah diatas kehendak mereka yang berpuasa.

* Keluarnya darah : contohnya pendarahan berlaku kepada yang berpuasa, diberikan ganti atas apa yang dikeluarkan.

8-Qadha' Puasa

Adalah mustahab (digalakkan) menyegerakan diri untuk qadha' puasa dan tidak disukai melewatkannya, tidak wajib berturut2 didalam Qadha'. Pada ulama' bersetuju secara ijma' bahawa barangsiapa yang mati dan dia juga meninggalkan solat maka tiada qadha' baginya. Begitulah dari golongan yang lemah ('ajuz) yang tidak berpuasa sekalipun didalam hidupnya, mereka dikehendaki memberi makan hari-hari yang ditinggalkan kepada orang miskin. Akan tetapi, barangsiapa yang sedang berpuasa mati, maka wajib puasa keatasnya. Sabda Nabi saw :

"Barangsiapa yang mati sedangkan ia masih mempunyai puasa wajib, maka berpuasalah walinya untuknya" [Hadith Muttafqa 'Alaih]

9-Berpuasa tetapi meninggalkan solat :

Barangsiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meninggalkan satu rukun penting didalam rukun2 Islam selepas Tauhid. Puasa tersebut tidak bermunafaat apa2 selama-mana dia meninggalkan solat. kerana sesungguhnya solat itu tiang agama dan ia bergantung kepadanya. Meninggalkan solat telah dihukumkan kafir diatasnya. Orang kafir tidak diterima amalannya sebagaimana hadith Nabi saw:


"Sempadan yang membezakan diantara kita dan mereka (orang kafir) adalah Solat, barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia telah kafir" [Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad]

10-Solat Malam yang optional ( Tarawih ) :

Rasulullah saw telah melakukan Qiam Ramadhan (Solat Tarawih) secara berjemaah, kemudian baginda telah meninggalkannya kerana takut umatnya akan mewajibkannya, maka sesiapapun tidaklah boleh mewajib solat ini. Bilangan rakaat ialah 8 (lapan) rakaat tanpa witir sebagaimana hadith dari A'isyah ra, :

"Nabi saw tidak menambah pada malam Ramadhan dan selainnya sebanyak 11 rakaat" [Hadith Muttafaq 'alaih]

Umar bin al-Khattab ra menghidupkan sunnah Solat berjemaah 11 rakaat ini, dan beliau bersolat pada zamannya sebanyak 23 rakaat, dan mereka bersolat selepasnya sebanyak 39 rakaat. Amalan 23 rakaat dilakukan sebagaimana solat di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi, ini merupakan pandangan 3 Imam dan mereka2 yang lain.

Apa yang wujud pada umat Islam sekarang adalah Solat Tarawih dilakukan secara laju bacaannya, termasuklah ruku' dan sujudnya, dan ini telah bertentangan dengan solat, iaitu kaifiat khyusuk, dan dalam keadaan2 yang lain boleh mengakibatkan solat tersebut batal.

11-Zakat Fitrah

Zakat Fitrah merupakan amalan fardu, Nabi saw bersabda :

"Rasulullah saw telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan keatas manusia" [Hadith Muttafaq 'alaih]

Diwajibkan Zakat Fitrah keatas kanak2 dan orang dewasa, lelaki dan perempuan, manusia bebas dan hamba dari orang2 Islam, dan kadarnya diukur menurut negara tempat tinggal masing2, yang afdalnya tempat tinggal siang dan malam mereka bersama keluarga. Yang paling afdal diberikan kepada golongan miskin.

Waktu mengeluarkannya : Pada Hari Raya (Eid) sebelum solat, dan boleh juga sehari atau 2 hari sebelumnya, dan tidak boleh melewatkannya dari hari Eid.

Acu Cuba Try Test Buat

Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika ia sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur.

Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung, di layar perak, di kaca tv begitu cantik dan gemerlapan pun boleh jadi akan kelihatan sederhana dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur, tidak akan kelihatan wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat diwajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.

Pengorbanan yang kadang2 tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selalu sahaja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang2 melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata : "betapa lelahnya aku hari ini". Dan penyebab lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tidak lain adalah kita. Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, abang, adik, anak, dan sahabat yang telah melalui hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari mereka; orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, selama-lamanya... ..

If you can touch it and you can see it, it's REAL...

If you can touch it but you can't see it, it's TRANSPARENT...

If you can't touch it but you can see it, it's VIRTUAL...

If you can't touch it and you can't see it, it's GONE...

The State Coach & What Say U?

Entry One

The Gold State Coach in England

The Gold State Coach was built in 1762 and has been used at every coronation of the British monarch since George IV.

coronation154

Coronation of Queen Elizabeth II 1952

The coach weighs four tons and is 24 feet long and 12 feet high. It is gilded and features painted panels by Giovanni Cipriani and rich gilded sculpture including three cherubs on the roof and four tritons, one at each corner. The body of the coach is slung by braces covered with morocco leather and decorated with gilt buckles.

CoronationCoach


The Wood State Coach in Bangi

The Wood State Coach was bought about 3-5 years ago long time back before King Amiir was born and has been used when His Royal Highness himself knew how to use it without being advised by Royal advisors or even the Dayangs.


Set129_86

His Royal Highness

The coach weighs 80 kg and is 4 feet long and 4 feet high.Originally driven by a pushman or pullman, now the coach has a royal driver.Previously HIs Royal Highness only jeulously look at the driver before he managed to pass the driving test and drive the coach himself.

Set129_84


Entry Two

Pas tidak sensitif anjur hiburan menjelang Ramadan

KANGAR 18 Sept. - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan Pas tidak sensitif dengan masyarakat Islam Kelantan apabila membenarkan persembahan hiburan yang disertai juara Akademi Fantasia 3, Mawi pada 1 Oktober ini ketika umat Islam bersiap sedia menghadapi Ramadan.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, konsert seumpama itu sepatutnya ditangguhkan kerana umat Islam dijangka mula berpuasa pada 5 Oktober ini.

Pas, tegas beliau, seharusnya menganjurkan persembahan yang lebih bercorak keagamaan sebagaimana yang dilakukan oleh BN negeri Kelantan yang menganjurkan `Majlis Menggamit Ramadan' pada malam yang sama.

``Pas perlu bermuhasabah diri dan jangan kelam-kabutkan fikiran untuk mencari pengaruh semula,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 1,600 golongan tidak bernasib baik di Sekolah Kebangsaan Tambung Tulang, di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Pas Kelantan yang membenarkan Mawi mengadakan persembahan di negeri itu sebagai usaha `dakwah bil hikmah' untuk mengajak remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berkata, kaedah itu membuktikan kerajaan negeri mengambil usaha melalui pendekatan tertentu bagi mengajak orang ramai ke jalan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Bagaimanapun, usaha kerajaan negeri itu mendapat bantahan beberapa pemimpin kanan Pas termasuk Dewan Pemuda Pas Pusat dan negeri tersebut.

Shahidan berkata, Pas sebenarnya kehilangan modal untuk meraih sokongan daripada para pengundi terutama di Kelantan.

Menurutnya, parti pembangkang itu sanggup menggadai pendirian dengan membenarkan persembahan hiburan yang sebelum ini dilarang di negeri berkenaan.

``Jangan fikir dengan membawa masuk Mawi, semua rakyat Kelantan akan menyokong Pas. Rakyat akan melihat Pas sebagai tidak mempunyai pendirian apabila bersikap berdolak-dalik dalam soal hiburan,'' katanya.

Dalam pada itu, Shahidan memberitahu, Perlis akan menghantar peserta dengan lebih 20 bas untuk menghadiri `Majlis Menggamit Ramadan' anjuran BN Kelantan di Kota Bharu pada 1 Oktober ini.

BN Perlis juga, tambah beliau, akan membawa johan qari peringkat kebangsaan, Pisol Ayub bagi memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis tersebut.


Entry Three: Berita berita yang menyokong Kenyataan MB Perlis

a. Scorpions jadi simbol nilai toleransi
Oleh Zin Mahmud. WARTAWAN UTUSAN) Isnin lalu telah berlangsung konsert dari kumpulan heavy metal Jerman berbahasa Inggeris, Scorpion. Kumpulan ini mempunyai banyak peminat di Malaysia.-Utusan Malaysia 15.9.2004

b. Konsert Mariah Carey diawalkan
KONSERT Mariah Carey mencetus kontroversi apabila ia dijadualkan berlangsung pada 22 Februari iaitu ketika umat Islam menyambut Awal Muharam.Banyak pihak menganggap konsert penyanyi popular dan sensasi itu tidak wajar diadakan pada hari tersebut dan perlu diubah pada - Utusan Malaysia 15/02/2004

c. Mariah Carey - Ubat rindu peminat
MALAM Jumaat lalu para peminat Mariah Carey seakan tidak percaya apabila melihat kemunculan penyanyi terkenal Amerika Syarikat (AS) itu dalam persembahan secara langsungnya di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (KL)Ini kerana, itu adalah julung kali Mariah menjengah para peminatnya di sini-Utusan Malaysia 23/02/2004

d.MEMUKAU...
MEMUKAU.. INUL memukau ribuan penonton dengan goyang pinggulnya sambil mempersembahkan lagu dangdut pada Konsert Fenomena Dangdut Inul Daratista di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi. Utusan Malaysia- 02/05/2005

e. Pemuda kesal kerajaan teruskan Konsert Scorpions,Search
Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Hrkh) - Tindakan Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan yang bertekad untuk meneruskan penganjuran Konsert Scorpions dan Search pada 13 September ini di Stadium Merdeka dilihat sebagai menghina agama Islam dan umat Islam di negara ini.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Riduan Mohamad Nor, tarikh itu adalah hari umat Islam menyambut peristiwa besar iaitu Israk Mikraj yang jatuh pada 27 Rejab bersamaan 12 September 2004 iaitu sehari sebelum konsert tersebut.

Riduan yang ditemui melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana kementerian terbabit memilih untuk membenarkan penganjuran Konsert seperti itu bersamaan dengan tarikh hari-hari kebesaran Islam.

Tegasnya, sebelum ini ketika umat Islam menyambut bulan Ramadan pada tahun 2003 kerajaan menganjurkan Konsert Linkin Park, sementara ketika umat Islam menyambut Maulidur Rasul pada 2 Mei 2004 kerajaan pula menganjurkan konsert Mariah Carey dan kini pada sambutan Israk Mikraj pula konsert Scorpion akan diadakan.

16 September

Entry One


"Saya berjanji akan membakar setiap anak Palestine yg dibesarkan di kawasan ini, kerana kanak-kanak dan perempuan Palestine adalah lebih bahaya dari lelaki, kerana wujud mereka akan meneruskan generasi akan datang Palestin."
- Ariel Sharon 1956.

"Saya berjanji jika saya hanya seorang orang biasa sekali pun, dan bila saya berjumpa dengan orang Palestine, saya akan bakar dia dan saya akan membuatkan dia merana sebelum membunuhnya"

Arik_Sharon_with_Bandage_Dayan

Ariel Sharon dan MOshe Dayan(Yang macam Lanun tu) ketika meraikan kemenangan selepas perang 1967.


"Perjanjian antarabangsa tidak menarik minat saya. Hanya dengan satu pukulan, lebih dari 750 [Palestine] dibunuh di rafah pada tahun 1956. Saya menggalakkan askar saya merogol perempuan Palestin, kerana mereka itu hamba kepada Israel (Yahudi), dan kita akan melakukan apa-apa kepadanya dan tidak ada orang pun boleh memberitahu kita apa yg kita lakukan tetapi kita memberitahu mereka apa yg mereka harus lakukan."

-Ariel Sharon 1-4-2002

Esok...16 Sept 2005, Genaplah 23 tahun Peristiwa penyembelihan beramai ramai rakyat Palestin di Shabra dan Shatila yang merupakan antara "jasa" paling besar Ariel Sharon selain berjaya membunuh Syeikh Ahmad Yasin dan Dr Aziz Rantissi.Antara "sumbangan" beliau seperti di bawah:

a. Penyerangan ke atas penempatan rakyat Paletin di Kem Shabra dan Shatila. Dilakukan atas alasan untuk menyerang kumpulan penyerang dari PLO.(Sama macam alasan untuk memerangi pengganas lah,PLO pada waktu itu sebelum Perjanjian 1993 lebih merupakan gerakan militan)

number of new weapons they tested

b. Rakyat awam disembelih dan dibiarkan reput....

people of the camps were massacred - killed - their bodies left rotting

c. Tidak kira yang muda,kanak kanak yang tidak berdosa dibunuh tanpa sebab..

For what crime was this child murdered

d. Mahupun yang tua, Pakcik ini diseksa dengan dikorek matanya sebelum dibunuh dengan kejam!

Old man tortured - eyes gouged out - before being murdered

e. Anak anak dipisahkan dari Ibu ibu mereka.... Baik secara hidup....

Terrified women and children being taken away in a truck

f. Mahupun secara MATI...

A mothers agony - her children slaughtered mercilessly

Makcik ini menangisi anak anaknya yang disembelih dengan kejam,Kalau tak silap Majalah 3 dalam rancangan khasnya pernah menginterview seorang ibu yang kehilangan anak perempuan dan lelakinya, mungkin makcik itu adalah makcik ini.

g.Mana yang masih hidup seperti adik ini...pastinya seolah olah "tiada makna" kerana telahpun tidak berumah dan tidak beribu ayah.

The lucky survivors - now homeless orphans

Entry Two

Esok juga genap 9 bulan hidup kami berubah....

Kanak-kanak: 12-18 bulan

Pssst Buat apa tu...?


Set129_90


Kanak-kanak: 12-18 bulan

Anak anda sekarang dapat membuat kaitan di antara perkataan dan objek yang dilihat:

* Galakkan anak anda bercakap dan mengenali objek.
"Amiir: Baba, Tetta tetta ( merdeka , merdeka),fis (fish)

* Galakkan anak anda menamai bahagian-bahagian tubuhnya

"Baba: Mana Mata?
Amiir: Kenyit-kenyit mata
Baba: Mana kaki?
Amiir: Angkat angkat kaki

* Biarkan anak anda menukar-nukar muka surat buku semasa membaca.Biarkan anak anda memilih buku yang ia sukai.
" Yang ni confirm takpayah di ajar tapi pelik tak reti plak dia nak koyak , reti belek jer

* Galakkan anak anda mengambil bahagian semasa bercerita seperti membuat bunyi-bunyi haiwan dsbnya.

* Ringkaskan masa membaca tetapi lakukannya dengan kerap.Pastikan yang waktu membaca itu waktu yang menggembirakan.Cari waktu yang sesuai untuk membaca bersama

"Baca kejap jer tapi buat aktiviti macam di bawah blehlah lama sikit .Biasalah ramai bapak ngan mak budak pun minat macam di bawah jugak.

Set129_89


Catatan Amiir dan bunyi bunyian:

a. Citer favret

dinosanimal

Puluh puluh kali tengok pun tak bosan


b. Iklan Rancangan ni (sure tau iklan yang mana satu) Siap Berjogoet joget lagik

mamak

images

Isk isk tak selesai lagi rupanya....

Entry One

Mahathir sacked Anwar to prevent Malaysia having 'gay' PM

r2692855613

Fri Sep 9, 4:24 AM ET

KUALA LUMPUR (AFP) - Former prime minister Mahathir Mohamad has said he was forced to sack his one-time protege Anwar Ibrahim to prevent mainly-Muslim Malaysia getting a homosexual leader.

Mahathir defended his actions and maintained that Anwar was guilty of sodomy, a crime in Malaysia. Anwar has always denied the claims and insisted he was the victim of a conspiracy to blacken his name.

"In our society, sodomy is not acceptable. Of course, among some media people even, they are gay. They don't like my taking action against a person for the kind of things that they indulge in. So I became a bad guy because of that," he told reporters.

"But I cannot have a person who is like that in my cabinet who may succeed and become the prime minister. Imagine having a gay prime minister. Nobody would be safe," he said.


Entry Two

Petikan dari Berita Minggu

malang

PILU: Mohd Hashim (terbaring) yang dirawat kerana kecederaan menyentuh jenazah anak bongsunya, Nur Haswanazirah buat kali terakhir yang meninggal dalam pangkuannya ketika kemalangan membabitkan sebuah teksi dan van jam 9.20 pagi semalam, di Kilometer 7, Jalan Bandar Perani, Kota Tinggi.


KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia di atas pangkuan ayahnya selepas teksi yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Bandar Perani, dekat sini, pagi semalam.

Bapa kanak-kanak itu berserta pemandu teksi serta lapan yang lain, dipercayai penumpang van serta teksi turut mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku jam 9.20 pagi itu.

Kanak-kanak malang itu, Nur Haswanazirah Mohd Hashim meninggal di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di kepala manakala bapanya, Mohd Hashim Ramlee, 31 cedera parah di bahagian pinggang dan kaki.

Difahamkan, Mohd Hashim dan anak bongsunya dalam perjalanan dari rumah mereka di Felda Simpang Wa Ha menuju ke bandar Kota Tinggi untuk bertemu isterinya, Wan Suzana Wan Sahak, 30, sementara van itu datang dari arah bertentangan.

Isteri Mohd Hashim dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya di Ulu Tiram dan mereka mahu membeli barangan keperluan harian di bandar itu.

Once Upon a Time.......

Date: Fri, 10 Mar 2000 11:02:05 -0800 (PST)
From: "nuun qalami" < nuun79@yahoo.com > Add to Address Book
Subject:from the desk of nuun
To: "ambo..." < afmz79@yahoo.com >



waalaikumussalam

hmm tak tido lagik ker?... gih aa rehat.. dont force
ur self..:)saya pun ngantuknih.. jap lagik nak tidur

hmm nak bagi lagu nih..nyalin sementara boring and
sesambil buat kerja..lagu baisa.. but i prefer to
penghayatan lirik..esp lagu yang buat kita
muhasabah...:)


Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutera kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi..
Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu



mog aAllah ampunkan dosa kita...selalu takut tak lepas
titian sirat tuh...:(



jahat sokmo rasenya
nuun

Cukai jalan turun -- Harga minyak tidak dinaikkan sehingga penghujung tahun ini

p3oil


Komen komen dari rakyat mengenai langkah terbaru kerajaan seperti yang telah diumumkan semalam.

Apa pun komen ada pro and contra. Credit kena bagi juga kepada kerajaan atas kesudian membuat keputusan tersebut walaupun tak sepenuhnya seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Disertakan hujah direct dan indirect dari pihak pemerintah dan pihak yang diperintah untuk kita nilai.



ENtry One





Perbandingan harga minyak

Oleh Mustapa Mohamed


Meskipun sudah banyak kali dijelaskan, nampaknya masih ada pihak yang mempersoalkan kenapa harga runcit bahan petroleum di Malaysia tinggi walhal negara merupakan pengeluar petroleum. Ada juga pihak yang kurang senang dengan perbandingan harga yang kita buat di antara Malaysia dengan Thailand atau Singapura kerana negara-negara tersebut tidak mengeluarkan minyak.

Pihak berkenaan nampaknya semakin berang apabila perbandingan dibuat dengan harga di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Sebenarnya perbandingan ini dibuat untuk menunjukkan bahawa Malaysia dapat mempertahankan harga yang secara perbandingan agak rendah kerana adanya subsidi yang besar daripada kerajaan.

Subsidi boleh diberikan kerana pengeluaran minyak kita sebanyak 700,000 tong sehari melebihi penggunaan yang berjumlah kira-kira 500,000 tong sehari.

Hakikatnya ialah subsidi kerajaan tidak pernah berkurangan, jauh sekali untuk ditarik balik. Malah kerajaan terpaksa membayar subsidi yang lebih besar pada akhir-akhir ini berikutan harga minyak mentah yang berterusan meningkat di pasaran antarabangsa.

Sebagai contoh, subsidi dan kehilangan hasil petroleum yang berjumlah RM4.23 bilion pada 2002, meningkat kepada RM6.58 bilion pada 2003, RM11.94 bilion pada 2004 dan dianggarkan RM14.48 bilion tahun ini.

Anggaran subsidi dan kehilangan hasil petroleum untuk tahun ini, sebanyak RM14.48 bilion dibuat berdasarkan kepada harga minyak mentah dunia berada pada paras AS$55 setong. Sekiranya harga di sekitar AS$70 sekarang berkekalan sehingga akhir tahun, jumlah subsidi tahun ini pasti jauh melebihi RM14.48 bilion.

Tanpa subsidi atau jika subsidi dikurangkan dengan banyak, harga runcit bahan petroleum di Malaysia pasti akan jauh lebih tinggi daripada apa yang dinikmati sekarang.

Sebagai contoh, harga petrol di Singapura ialah RM3.91 seliter, di Thailand RM2.37 seliter, di Amerika Syarikat RM3.00 seliter berbanding di Malaysia RM1.62 seliter. Soalan yang sering dibangkitkan ialah kenapa kerajaan tidak membandingkan harga minyak di Malaysia dengan harga di Arab Saudi yang kadarnya kira-kira RM1.00 seliter atau di Brunei yang harganya RM1.22 seliter.

Negara-negara ini, seperti juga Malaysia, adalah pengeluar minyak tetapi harga bahan tersebut di negara-negara berkenaan adalah lebih rendah.

Petroleum, seperti juga banyak barangan lain diperdagangkan di pasaran antarabangsa. Oleh yang demikian, harganya seperti juga harga kelapa sawit, bijih timah, getah dan sebagainya ditentukan pasaran antarabangsa.

Jika di pasaran antarabangsa harga minyak kelapa sawit, misalnya, ialah RM1,500 setan dan minyak tersebut dijual di pasaran tempatan pada harga RM1,000, kesannya ialah:-

* Pengeluar rugi sebanyak RM500 satu tan.

* Pengeluar tidak akan menjual minyak di dalam negara kerana lebih untung dijual di luar negara. Dengan itu akan ada kekurangan bekalan.

* Akan berlaku penyeludupan ke luar negara.

Hal yang sama akan berlaku kepada minyak mentah. Jika di pasaran antarabangsa harganya AS$70 setong tetapi dijual dalam negara cuma dengan harga AS$50 setong, kesannya ialah:-

* Akan berlaku penyeludupan ke luar negara.

* Syarikat akan rugi AS$20 setong.

* Akan berlaku kekurangan bekalan dalam negara.

Oleh itu, apabila sesuatu barang boleh dijual di luar negara, harga dalam negara dan luar negara tidak boleh banyak berbeza. Jika ada perbezaan besar dan untuk mengelakkan kerugian kepada syarikat atau penyeludupan, kerajaan perlu memberi subsidi.

Ada juga pihak yang berpendapat oleh kerana kita ada Petronas, dan kita pengeluar minyak, harga dalam negara sepatutnya lebih rendah daripada RM1.62 seliter.

Menurut mereka, kenaikan harga minyak mentah sekarang menambah keuntungan Petronas dan dengan itu menambah pendapatan kerajaan. Apa salahnya hasil yang berlebihan itu dibelanjakan untuk menampung lebih banyak subsidi dan dengan itu harga runcit minyak di Malaysia boleh dijual dengan lebih rendah?

Sebenarnya inilah yang dilakukan kerajaan. Seperti yang dijelaskan di atas, subsidi kerajaan untuk petroleum bertambah setiap tahun.

Ada juga yang membangkitkan kenapa Petronas tidak boleh gunakan semua hasilnya untuk menampung subsidi minyak supaya pengguna dapat manfaat?

Petronas adalah syarikat milik kerajaan dan sebahagian daripada keuntungannya dipulangkan kepada kerajaan. Petronas adalah sebuah syarikat yang berjaya dan di antara syarikat minyak di dunia yang paling menguntungkan untuk tahun kewangan 2004/2005.

Untuk tahun kewangan 2004/2005 sahaja, sumbangan Petronas kepada negara berjumlah RM31.2 bilion dalam bentuk cukai pendapatan (RM14.3 bilion), dividen (RM9.1 bilion), royalti (RM6.2 bilion) dan duti eksport (RM1.6 bilion).

Secara purata Petronas menyumbang 25 peratus kepada hasil Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna bagi setiap RM1 yang dikutip, 25 sen adalah dari Petronas. Petronas adalah penyumbang terbesar kepada hasil negara.

Kehilangan

Wang yang disumbangkan oleh Petronas dimasukkan ke dalam akaun Kerajaan Persekutuan dan wang ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus (termasuk penyediaan subsidi) dan pembangunan.

Seperti yang dijelaskan pada awal-awal tadi, tahun ini sahaja, jumlah subsidi kerajaan ialah RM6.63 billion manakala kehilangan hasil ialah RM7.85 billion, menjadikan jumlahnya sebanyak RM14.48 bilion.

Jika semua hasil yang diperoleh dari petroleum digunakan untuk membayar subsidi, implikasinya adalah seperti berikut:-

* Peruntukan bagi pembangunan dan perbelanjaan lain akan terpaksa dikurangkan.

* Petronas tidak dapat menggunakan keuntungannya untuk mencari gali minyak dan gas baru dan dengan itu simpanan kita tidak bertambah.

Jika Petronas dipaksa menjual minyak pada harga yang lebih rendah, Petronas akan menanggung kerugian. Jika Petronas rugi, RM31.2 bilion yang disumbangkan kepada kerajaan pada 2004/2005 tidak dapat diperoleh. Ini akan menjejaskan hasil kerajaan.

Di samping itu, pembabitan Petronas dalam pembekalan runcit minyak hanya kira-kira 30 peratus daripada keperluan tempatan. Bakinya dikuasai oleh syarikat-syarikat asing.

Sekiranya Petronas menjual minyak dengan harga yang lebih rendah daripada syarikat lain dan mengalami kerugian, syarikat-syarikat minyak asing di negara kita juga akan mengalami kerugian kerana minyak mereka tidak akan laku.

Jika rugi mereka tidak akan melabur di negara kita. Syarikat-syarikat asing lain pun akan lari dan oleh kerana Malaysia juga bergantung kepada pelaburan asing, ini akan menjejaskan ekonomi negara kita dengan teruk.

Petronas juga beroperasi di luar negara. Jika semua keuntungan digunakan untuk bayar subsidi, peniagaan luar negaranya akan lumpuh dan Petronas mungkin akan gulung tikar.

Sebagai sebuah negara pengeluar minyak, sumbangan Malaysia terhadap pengeluaran minyak dunia amatlah kecil berbanding Arab Saudi dan negara-negara lain di Asia Barat. Malaysia tidak ada pengaruh untuk menentukan harga minyak dunia kerana pengeluaran kita cuma 0.8 peratus daripada jumlah pengeluaran dunia.

Arab Saudi mampu membekalkan minyak dengan harga yang amat rendah kepada rakyatnya kerana negara tersebut merupakan pengeluar terbesar yang membekalkan kira-kira 15 peratus daripada keperluan dunia.

Brunei mampu membekalkan minyak dengan harga yang lebih rendah daripada Malaysia kerana bilangan rakyatnya cuma 300,000 dan pengeluaran minyak per kapita ialah satu tong seorang manakala bagi Malaysia nisbahnya ialah satu tong untuk 35 orang.

Sebagai pengeluar minyak, Malaysia menyediakan subsidi yang besar kepada rakyatnya. Inilah pendekatan yang kerajaan ambil selama ini. Kita memberi subsidi setakat termampu bagi meringankan beban rakyat. Hasil daripada Petronas diagihkan secara saksama - sebahagian untuk subsidi dan sebahagian lagi untuk pembangunan.

- Datuk Mustapa Mohamed adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Entry Two


Oleh ROSLAN SMS
roslan_s@yahoo.com

Biasalah hari ini satu Malaysia akan berceloteh tentang langkah-langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan semalam bagi meringankan beban rakyat ekoran kenaikan harga minyak.

Ada yang bersetuju, ada yang tidak, ada yang kata banyak lagi boleh dilakukan, ada yang sudah berpuas hati. Demikianlah pelbagai perbezaan pandangan yang akan kita terima, kerana masing-masing melihat dari sudut dan perspektif yang berbeza-beza.

Bagi saya samada langkah-langkah ini benar-benar satu penjimatan atau sebenarnya sekadar mengurangkan kerugian terpulanglah kepada cara pendekatan dan gaya hidup masing-masing.

Saya sendiri mengira ianya sekadar mengurangkan kerugian terhadap kos perbelanjaan harian yang sedia terjejas ekoran kenaikan petrol sebanyak RM0.20 sen seliter bagi tahun 2005 ini sahaja. Namun rugi tetap rugi.

Katakanlah saya secara purata mengisi petrol sebanyak RM10.00 sehari. Bermakna sebelum kenaikan di atas setiap hari saya mengisi 7.04 liter (harga 2004 - RM1.42 seliter) petrol ke dalam tangki kenderaan saya. Hari ini dengan RM10.00 saya sekadar mendapat 6.17 liter (harga kini RM1.62 seliter) petrol iaitu pengurangan sebanyak 0.87 liter.

Nilai 0.87 liter petrol pada harga pasaran hari ini adalah RM1.41. Bermakna setiap hari saya kerugian RM1.41. Sebulan ataupun 30 hari saya kerugian RM42.30 dan setahun ataupun 12 bulan saya akan kerugian RM507.60!

Itu baru sekadar purata pengisian petrol sebanyak RM10.00 sehari.

Baik, kalau kita bandingkan kerugian di atas dengan pengurangan harga cukai jalan sebagaimana yang diumumkan kerajaan semalam, bagaimana?

Katakanlah kereta saya berkuasa 1,200 cc bermakna berdasarkan kadar cukai jalan yang baru ini saya cuma akan dikenakan cukai sebanyak RM90.00 berbanding RM180.00 sebelum ini. Iaitu penjimatan sebanyak RM90.00 setahun.

Sekarang kita padankan kedua-duanya. Dengan kenaikan harga minyak ini kerajaan telah mengurangkan cukai jalan dan saya untung RM90.00 setahun. Akan tetapi hasil dari kenaikan itu juga bermakna saya kerugian RM507.60 sen setahun kiranya saya mengisi purata RM10.00 sehari petrol.

Kesimpulannya RM507.60 tolak RM90.00 bermakna walaupun kerajaan menurunkan kadar cukai jalan kenderaan saya namun saya akan tetap menanggung kerugian sebanyak RM417.60 setahun. Demikianlah realiti kehidupan seorang warganegara Malaysia kelas pertengahan.

Bayangkan apa yang boleh saya buat dengan RM417.60 jika saya datang dari keluarga kelas menengah ataupun rendah.

Kerana itulah kalau kita tolak komen-komen mereka yang keliru atau buat-buat keliru (termasuklah yang kaki ampu) dalam akhbar THE STAR hari ini contohnya, kita akan dapati ada juga yang secara jujur memberikan komen yang berasas berdasarkan realiti hidup masing-masing.

Antara lain seorang bernama Faeez Rahman, 28 yang berkata:

"The money we save on tax will not make up for how much we have to spend on petrol."

(Wang yang jimat dari cukai (jalan) ini tidak akan bermakna berbanding jumlah yang terpaksa saya belanjakan untuk petrol).

Lirong Abit, 28 said: "that although it was a good move by the government it would not really make a difference to people who owned small cars and motorcycles as they would still need to fork out more money for petrol."

(Lirong Abit, 28 berkata walaupun (langkah kerajaan itu) sesuatu yang baik namun ia tidak banyak membawa perbezaan kerana bai mereka yang meiliki kereta yang kecil ataupun motorsikal, mereka masih perlu mengeluarkan lebih wang untuk petrol.)

Terima kasih kerajaan, walaupun kami rakyat jelata dapat berjimat namun sebenarnya kami tetap rugi, entahlah.

JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER
http://n32.blogspot.com/

Jering Rebus ngan Kelapa Parut

Entry One

Set129_66

Kenapa Jering Rebus? Nantilah

Part 1

Amiir: Ayem, aayem , Aaayem!
Baba : Ayam, bukan ayem, Aa Yam
Amiir: Ayem, ayem
Umi : :)

Part 2

Amiir: Tatuh... taatuh..
Baba : Lor.. dah amiir buang jatuh aaa(sambil ambil barang yang dijatuhkan)
Amiir: (Buang balik) taatuh..taaatuh
Baba : Takyah aa buang
Umi : :)


Part 3

Amiir: Teetak, teetak
Baba : Mana cicak? mana cicak
Amiir: (tgn tunjuk ke atas) teetak! teetak hush! hush!
Umi : :)


Part 4

Amiir: Tet..tet
Baba : Cat..mana cat...
Umi : :)


"Lazimnya kanak -kanak yang berumur lapan bulan sudah boleh menyuarakan kata -kata ah , ee , uu, dan juga dadada , nana , mamama , gagaga. Dia juga boleh meniru bunyi -bunyi yang di suarakan oleh ibunya. Pada umur satu tahun , lazimnya kanak -kanak boleh memanggil mama , abah dengan bermakna dan mula menyuarakan ayat seperti ata , nani , bai bai.

Pada umur dua tahun kanak -kanak boleh menyuarakan dua perkataan seperti na ' mamam (hendak makan), na ' num ( hendak minum ) , mak bayik ( mak balik ) dan seumpamanya.

Apabila berumur tiga tahun , kanak -kanak biasanya boleh menyuarakan ayat seperti boy na' matan nacik ( boy nak makan nasi ) dan seterusnya walaupun masih pelat. Tetapi ada kanak -kanak yang mencapai tahap pertuturan yang lebih cepat daripada ini dan ada juga yang lambat daripada ini.

Kanak -kanak yang tidak boleh memanggil mak , atau abah dengan bermakna padahal umurnya sudah meningkat lapan belas bulan perlu disiasat . Kanak -kanak yang tidak mengeluarkan bunyi seperti ga ga ga , de de de , me me me dan lain -lain sedangkan umurnya sudah meningkat setahun perlu mendapatkan pendapat pakar kanak -kanak."

Quoted from Dr Hamid Arshat

Kutip mana mana tah..Part 2

Lelaki Ensem ; Awal ,pertengahan dan penghujung perkahwinan

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive
ke..teksi ke.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni...."..

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "kompang nak ?"...

***

Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."...

Kutip mana mana tah..

Tulisan ni takde kena mengena dengan Hari Wanita y ang akan disambut pada isnin depan. Bacalah macam masuk mata kanan keluar mata kiri.


Lelaki ensem vs lelaki tak ensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


---- sumbangan:Lelaki ensem

Peluk Islam kerana kagum

Peluk Islam kerana kagum

JEDDAH: Tersentuh dengan upacara serba ringkas pengebumian pemerintah Arab Saudi, Raja Fahd, yang diadakan di Riyadh awal bulan ini, seorang paderi terkenal Itali terbuka hati untuk memeluk Islam, menurut laporan akhbar.

Paderi berkenaan yang menonton upacara pengebumian menerusi televisyen satelit kagum dengan persiapan serba sederhana di upacara itu, lapor akhbar Al-Riyadh tanpa menyebut nama paderi itu.

Raja Fahd dikebumikan di tanah perkuburan Al-Oud sehari selepas dia menghembuskan nafas terakhir dalam upacara ringkas yang dihadiri ramai pemimpin dunia.

Pendakwah Islam, Dr Abdullah Al-Malik, berkata upacara pengebumian ringkas Raja Fahd memberikan kesan dramatik kepada minda paderi berkenaan yang membawa kerelaannya memeluk Islam.

“Walaupun dia membaca banyak buku Islam sebelum ini, ia tidak membawa impak sama,” katanya.

Ini kes kedua tokoh utama Itali memeluk Islam membabitkan Arab Saudi dengan empat tahun lalu, duta Itali ke negara itu, Torquato Cardilli, memeluk Islam.

“Paderi berkenaan menonton upacara pengebumian Raja Fahd dan seorang lain menerusi televisyen dan tidak menemui sebarang perbezaan.

“Cuma ada satu sembahyang jenazah diadakan untuk kedua-duanya dan mayat dikebumikan di dalam kubur serupa. Contoh baik ini mempengaruhi paderi terbabit dan mendorong dia memeluk Islam,” kata Malik.

Pendakwah Islam di Itali pernah memberikan buku dan kaset mengenai Islam kepada paderi terbabit sejak 15 tahun lalu tetapi apa yang membuka hatinya ialah kesederhanaan upacara pengebumian diraja.

“Saya pernah membaca beberapa buku mengenai Islam dan mendengar banyak kaset Islam sejak bertahun-tahun dulu, ia tidak pernah menarik minat saya.

Katanya, dia percaya upacara itu akan mengubah fikiran ramai orang dan mendesak media Islam memberi tumpuan kepada cerita berkaitan toleransi dan kesaksamaan dalam Islam untuk menarik minat lebih ramai orang bukan Islam memeluk agama suci itu.

Pengarah Yayasan Pendidikan Islam di Jeddah, Badr Al-Olayan, berkata penghijrahan paderi berkenaan kepada Islam ialah ‘berita amat baik.’ – Agens