Cerita Dulu dulu.........................


Kita sambung lagi edisi cerita dulu, kali ni bukan berkaitan dengan politik lah tetapi berkaitan dengan posting dulu dulu yang saya kata banyak beratur dalam barisan (bukan Barisan Nasional) untuk dipost.

Jom tengok gambar di bawah....sama tapi tak serupa..




Apa yang sama? yang sama adalah dua dua pernah warded
Apa yang tak sama? yang tak sama sah sah lah sebab kenapa warded

Apa yang sama lagi? Kedua dua personaliti tersebut tak perlu diperkenalkan kepada penziarah blog ni :P
Apa pulak yang tak sama? Tak nampak ke? sorang tunjuk isyarat 'best' sorang lagi tunjuk 'peace'!


Ok ok ok ok ok .....'menyimpang' pulak kita, mentang mentanglah pernah pergi Simpang dekat Taiping tu ( ops dedua personaliti tu pun pernah pergi ke Simpang)

Kalau personaliti pertama masuk kerana masalah jantung yang kedua pula kerana masalah telinga. Apa!!! telinga??? iyer.. telinga ceritanya bermula bila maknye tengah nak korek telinga anaknye pada suatu petang sabtu..tengok tengok ada bendasing yang bila ditilik tilik menyebabkan kami terus berkejar ke klinik malam tu walaupun si pengadu tidak merasa apa apa baik kesakitan mahupun ketidakselesaan akibat kehadiran bendasing di dalam telinganya. Bila diusul selidik, rupanya sort of dia yang masukkan sewaktu kelas masak masak di sekolah.

Klinik pertama dikunjungi tidak ada peralatan untuk menyedut terpaksa dititik jer pelincir, konon konon untuk memudahkan bendasing tu keluar sendiri, tak sedap hati pergi ke klinik lain yang bila ditelefon ada alat penyedut....

Sampai klinik kedua dekat pukul 10, terus masuk ke bilik rawatan, Dr cuba korek tapi takberjaya dicampur dengan si pengadu dah menangis nangis dah. Dr cuba masukkan tiub untuk menyedut dan alat penyedut dihidupkan. Keluar tak? keluar.... yang keluar darah... apa lagi...makin meraunglah budak tu.... Tak berjaya lagilah maksudnya tu...


Telefon Az Zahrah, Pakar EnT hari isnin baru ada, terpaksalah tunggu, nasib baik sakit kesan sedut tu tak lama.... Hari Isnin jumpa EnT bila ditilik tilik katanya Dr boleh dikeluarkan tapi kena biuslah dulu pengadu bagi tak sedar sebab bendasing tu dah mengembang menutupi lubang telinga... Cadang nak buat terus malam tu tapi tak sempat kena datang keesokkan hari...tapi.........esok nak kena gi Marang pulak... sempat ke Tuan Dr?.................nasib baik jawabnya sempat esok pagi pagi datang buat dalam tengah hari dah boleh discharge dah...


Esoknya 730 lagi kami terpacak di Az Zahrah, bersekali dengan ada lagi satu patient nak buang tonsil. dekat kul 9 masuk tukar pakaian masuk OT, bius dan keluarkan bendasing tu, apa dia bendasing tu?







Kacang Hijau!!!!. Tapi rupanya ubat bius tu kejap je bagi kesan dekat si pengadu, sebelum keluar bilik bedah dah sedar dah budak tu.... nangislah jugak... tapi nasib baik kejap... Tengahari keluar pukul 230 ptg kami bertolak ke Marang .....

Ok kita sambung cerita di Marang pulak tapi sebelum tu pergi check telinga ke hidung anak anak anda dulu ada bendasing ke tak..........

















Sampai di KT lebih kurang kul 9 sempat solat di Masjid Tok Guru Marang...... laparlah pula....carik makanan terasa nak makan bendasing ops... nak makan seafood lak




Esoknya selepas program di Marang , terus pergi pasar payang cari barang barang yang dipesan oleh ummu muhammad.....kemudia terus ke program lawatan kerja ke Taman Tamadun Islam, dulu datang tutup kali ni alhamdulillah tak tutup boleh round semua masjid dalam tu naik tram, orang pun tak ramai selesa nak melawat








Habis melawat TTI pergi losong, cari keropok lekor tapi bila dah dua kali makan di dau gerai berasingan keputusanya memang tak salah lagi, kalau bagi saya memang keropok lekor dekat Pantai Kelulut 008 lagi sedap dari losong !!.


Lepas makan semua bertolak balik ke KB lalu jalan pantai ( ni yang best balik kut Terengganu view lawa)






Pantai Merang, Setiu..... Ambik gambar dari dalam kereta jer....


Cerita di Kelantan pulak...





Tu baring tu saje aa tu nak suruh masuk pasir pulak tu....

Kedai nasi kerabu sedap.......


Sedap tak? Memang sedap!!!! orang beratur macam dekat RFC nak beli nasi kerabu ..tapi takdelah sampai ambik nombor macam kat satu kedai saya pernah dengar tu...

Gambar lain boleh tengok kat bawah lah...


Manusia yang didoakan oleh malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Surah Al Anbiyaa', ayat 26-28)

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn'...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782).

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir).

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.

Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim no. 2733).

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian.

Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343).

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

(Sumber: ShukurOrg)

Tengah dengar Ust Saibon Ismail bagi kuliah....

hmm teringat zaman praktikal di TM dulu tak miss kuliah beliau...menyentuh hati..

kalau ada peluang carilah di web.. latest yang downloadable di www.kelantan.tv tu pun sewaktu program kuliah maulid nabi di pondok sg durian..
Petikan posting minggu lepas...

"Habis acara minggu lepas, PC Fair, Pameran Blue Whale di Mid Valley, Pameran kanak kanak di PWTC semua tak sempat pergi. Minggu depan Pesta Buku ngan Mesyuarat Agung kawasan lak... tak campur Alumni lagik.."

PC Fair boleh let go..... Blue Whale di Midvalley boleh let go....Pameran kanak kanak boleh jugak let go.... Pesta buku??? no no no mana boleh let go...kalau weekend tak boleh pergi kita ambiklah cuti!!! :P

jadi jumaat lepas cutilah disamping memenuhi tujuan untuk ke situ... ada banyak lagi perkara yang tak sempat dibuat cuba nak buat hari tu..

pertama ke ibu pejabat T* untuk urusan peribadi ( bukan urusan kerja) lepas bagi surat cakap cakap semua confirmlah memang tak dapat lagi apa yang diminta tu... kena tunggu lah..

kemudian singgah di pwtc tinggalkan ummu muhammad dulu biar dia buat window shopping dulu. solat di Masjid Negara..

pukul 3 sampai balik di PWTC setelah kuciwa pergi MTHO ingat nak tengok Pej PM tapi asyik duk kata tak siap....




Kelihatan Ust Zamri Mantop sedang mempromosikan album beliau dan juga pop kuiz..




Ummu Muhammad dengan Ust Pojaan beliau...... buku banyak banyak yang beliau tengah sign tu buku kami lah tu... senang nak bagi hadiah kawen kat orang.... lepas berbual tung tang tung tang.... akhir sekali sempat beliau cakap doakan saya yer..kami pun jawab doakan kami sekali...






Ni round pertama ....terpaksa pergi letak dulu bag dekat hentian putra baru pergi balik alang alang pergi....:P





Ni tak payah cakap aaa sape.. ingatkan hari sabtu datang, rupanya ari tu dia gi "merayau"... dah dekat maghrib dah pun jumpa lepas kami dah masuk round kedua :P jadi tak dapatlah nak minta sign sebab buku buku beliau dah dihantar ke tempat simpanan....



Jadi apa yang dibeli tahun ni selain dari tambah koleksi, elak cukai , bla bla bla....







Saya punya... daripada banyak banyak tu sehingga hari ni dah tiga bijik dah habis....



Ni pula Ummu Muhammad.... walaupun nampak agak banyak tapi resit masih lagi tak boleh nak diberi pada mak amni lah.. tak cukup lagi... :P

Habis cerita hari Jumaat.....


Esoknya pagi pagi lagi kena pergi pavillion, bukan pavillion yang ada jual roti the loaf che det tu.. tapi pavillion UKM untuk acara yang last minute diberitahu(sebab tu saya tak tulis dalam posting lepas), sokan sekolah amiir...


Suasana di lokasi....



si amiir tengah bersiap....... takde guntinglah plak.... ni tengah demam ni....




perbarisan....


suasana bawah khemah peserta... boleh nampak aa semua anak menangis tak nak ikut serta, mak kejar anak suruh masuk bersukan....



ni bukan hadiah menang ni... ni hadiah cabutan bertuah jer...... hadiah menang tak sempat ambil.... balik awal sebab amiir yang kedemaman tu flat.....dah tertidur dah.... kesian nak tunggu...

petang tu pergi pula ke program alumni.....tu pun tak tunggu sampai habis...


Tu cerita hari Sabtu.....


Esoknya pula pagi pagi lagi berkejar ke tempat Mesy Agung Kawasan.... VIP Naib Presiden yang tengah mendapat pencalonan untuk mencabar Tim Presiden.......... hari tu hari keenam beliau demam, hari kelima baru beliau boleh bangun... tu pun terpaksa bangunlah sebab kawasan beliau yang adakan mesyuarat agung, dirasmikan pula oleh Presiden


Perasmi tengah berucap.....



Suasana Mesyuarat... walaupun kami panggil beliau sebagai perasmi tapi bila dibuat pengundian perwakilan nak beliau kekal sebagai Naib Presiden dan mengekalkan Presiden dan Timb Presiden sedia ada..(almaklumlah Timb Presiden kan Orang kawasan Serdang jugak..)

Habislah cerita weekend lepas yang kesannya sampai hari ni tak hilang lagi kesan.. yerlah tak sempat rehat bebetul dari balik Penang dulu pergi Terengganu & Kelantan ( ni pun tak sempat posting lagi) kemudian pergi Taiping, Penang dan Alor Setar, Mesy Agung DPPKS terus ke Minggu ni... tak campur kat tempat kerja lagik....

Allahua'lam....
Lama betul tak nyempat nak posting. Hasilnya banyaklah posting yang berada di dalam barisan (bukan Barisan Nasional )


Cuba Teka siapa yang berada di dalam kegelapan ini?





Jangan terkejut kalau saya kata tulahYB Bangi yang tengah nak buat kerja malam malam di pejabat beliau. Tu gambo beliau berkain pelekat bert-shirt jer tengah nak bukak kunci bilik atas untuk kami bermesyuarat.




Kalau 7 April adalah di mana tidak relevannya lagi BN untuk pengundi Bukit Gantang, 9 April pula adalah di mana tidak relevannya lagi pepatah 'ada udang di sebalik mee'.


Kami sampai malam dah di Kuala Sepetang ( tempat dimana Ir Nizar dapat majoriti undi 2000 daripada pengundi cina) terus cari kedai Mak Teh (dah banyak orang posting pasal tempat tu http://foodsmania.blogspot.com/2007/06/mee-banjir-udang-mak-teh-matang-taiping.html ;
http://yginsaf.com/2009/03/22/mee-banjir-udang-mak-teh/ ;
http://www.flickr.com/photos/saujanautamamtb/3378108138/;
http://ratnamurniwati.fotopages.com/?entry=1158718;
http://taipingmali.blogspot.com/2009/02/bkt-gantang-dan-mee-udang.html ;
http://harimao.aminus3.com/image/2009-03-20.html)

Link kat atas tu untuk panduan mama wafi jer :P. kalau dia kena gi taiping pas ni

Yang tak syok sikit ada gambar Pak lah lah terpampang kat kaunter tu membayangkan mungkin pengaruh Hj Nizar tak sampai lagi ke situ. Lepas kedai Mak Teh kami singgah pulak di Kedai Mee Udang Mak Mah nak beli yang goreng pulak untuk sarapan esok sebab kat Mak teh tadi dah habis yang goreng tinggal yang kuah jer. Kali ni Mak Mah ada bendera Pas lagik.... hidup Mak Mah... sampai bilik (still lagi kali ni menginap bilik TGNA pernah duduk tu dah ada kabel katakan :p lagi murah lak tu dapat huhu)


Lepas program di Taiping, round Zoo kejap kemudian terus ke Prai singgah rumah Tok Anjang Muhammad di Penang kejap kemudian terus ke Alor Setar ziarah Cik Na Amiir.


Sabtu pula pagi sampai lunch lepas hantar Cik Na ke tempat kerja 'part time' apa lagi lawatan ler.




Petang Sabtu balik ngantuk ngantuk semua, kul 3 sampai Bangi. Esoknya kul 8 terus Mesyuarat Agung Pemuda. Memandangkan tahun ni pemilihan jadi habisnya lambatlah sikit. Berbeza dengan pemilihan pemuda UMNO takdelah insiden Ketua Pemuda kena Boo walaupun menang tanpa bertanding, ataupun ada calon kena gantung daripada bertanding, yang ada di Serdang contohnya untuk jawatan timbalan ketua pemuda 2 nama dicalonkan, tapi dua dua menarik diri, jadi terpaksalah juga diadakan pertandingan.




Habis acara minggu lepas, PC Fair, Pameran Blue Whale di Mid Valley, Pameran kanak kanak di PWTC semua tak sempat pergi. Minggu depan Pesta Buku ngan Mesyuarat Agung kawasan lak... tak campur Alumni lagik..
amfun amfun...

tak sempat nak update lagik....
Entry One:

Jalan jalan cari makan di Utara (Kedah,Penang balik KL pas tu Gi Taiping laks). Kita gi Kedah ngan Penang dulu....



Sampai Bangi Isnin Pagi, Selasa tu pulak pergi Taiping huhu



Sampai sampai Taiping pergi ke hotel penuh la pulak..ni puak puak UMNO lah punya kerja.... UMNO ni kat mana dia ada kat situlah dia menyusahkan orang... Nasib baik kabel ada..dapat hotel lain..tau tau TGNA datang Taiping beberapa hari sebelum tu beliau menginap kat situ juga....Fuyyooo

Bukit Gantang: 10,000 dengar Amanat Mursyidul Am, Presiden PAS




Pemandangan dari bilik tingkat 4...erm........... tak nampak lak Kem Tahanan Kamunting walaupun jaraknya begitu dekat..

Ada apa di Changkat Jering? Untuk peminat mee udang tapi tak berkesempatan lagi macam saya untuk ke Kuala Sepetang....Kalau anda keluar dari Tol Changkat Jering, bila anda nampak signboard ni,toleh ke kanan anda akan nampak signboard di bawah...


Ni Kedai kepunyaan staff T*( signboard ataslah yang bawah tu saya tak tahu).Kalau anda nak cuba boleh carilah... Kalau dari Taiping pula sebelum simpang masuk ke Tol Changkat Jering tu tengok belah kiri (Jangan langgar bumper kereta depan lak)....


Kata Mee Udang..Mana Meenya?



Dah Kenyang makan kita lalu jalan Taiping - Bukit Gantang lak.. Ni Belum penamaan calon lagi ni...




Nampak sama banyak di sesetengah tempat bendera (yang BN dan PAS...nanti dah lepas penamaan calon tak tahulah...


Entry Two:

Balik Taiping esoknya tu ada sambutan Maulid Nabi di Sekolah Amiir


Persembahan dari anak anak berumur 2-3 tahun... hmmmp berapa minggu lah nak train depa ni agak2



One of amiir best pren - ammar husaini.. rakan sepergaduhan :P



Hafalan Quran.....



Tuan/Puan Dijemput adik amiir husaini untuk menyampaikan sajak/cerita beliau....







Koleksi terbaru sesudah Superman,Spiderman,Batman,Ultraman&Cicakman dan Ben 10.

Upin dan Ipin? aduhssss

Posting berkenaan Prai dan Taiping nantilah......
Sempena minggu depan nak kena gi Perak lagi( tade kena mengena dengan sidang dun mahupun PRK Bukit Gantang) ....kita tengok ler gambar gambar sebelum ni.

Gambar sebelum timbulnya isu Patik Mohon Derhaka.....




Sebab dah ada suara dari siling yang melarang pengunjung mengambil gambar dalam galeri (ingatkan cctv dia tak berfungsi) dan pada masa tu saya memang pasti hanya kami jer dalam galeri tu..saya pun tak nak derhakalah..

Kalau nak tengok jugak gambar tu boleh tengok kat bawahlah pameran apa lagi ada..


http://muziumperak.gov.my/gsas/ruang_pameran.php
Seputar AF Nite