Seputar Majlis kenduri kesyukuran kemenangan PRK 036 dan Ceramah bersama TN Hj Abdul Wahid Endut....


Kerja kerja bermula dari hari sabtu lagi dengan sembelih lembunya, menyiang,memasak, menggoreng, memakan tak campur gantung bendera lagi.

Dua ekor lembu 'menyerah @ diserah' diri untuk ditumbangkan secara bidan terjun oleh OCPK ( 'Ketua Polis Kawasan) iaitu Sdr Agus merangkap ketua tukang masak. ( Nak terrer masak masuklah Unit Amal)



Kaum Ibu ke Muslimat ke tak kisah lah janji turut sama 'berkongsi peluh' di Surau Istiqamah 'mengerjakan' bawang bawang dan rempah ratus pada malam sabtu tu.




Waaa belum kenduri dah siap seperiuk!. Apakah yang istimewa tu....?


Dah lama kepingin nak makan sup Gear Box akhirnya kat sini berjumpa..... cicah roti pun sedap hirup lagiii sedap...


Tadi cerita hari Sabtu... Tukang Masak pukul 3 - 4 pagi tidur malam tu ...kira lambat sejamlah dari kami hehe (siap operasi kul 2 pg baru sampai umah) Ni plak..Suasana majlis pada hari Ahad pula.....


'Menantu' baru sedang berucap. " Permatang dah menang, Kuala pun dah menang, Lepas ni kita berlawan di Bukit Pula !!!!"


Cikgu Pa " YB kita ni patutnya kena ikut mesyuarat JPP dengan kita malam ni. Tapi kita bagi excuse lah dia ceramah malam ni"



TG Presiden....

Ceramah pada malamnya pula...Orang takdelah ramai tapi kutipan mengalahkan orang yang ramai... Ni gambar kat luar dewan..kat dalam dewan tempat ceramah. Polis tak kasi permit ceramah diluar....kenalah ceramah di dalam......

Ingatkan boleh balik awal..rupanya pukul 2 pagi jugak......
Lambatnya nak bukak kat Bangi....




















It started when an alien diviced did what it did
And stuck itself upon his wrist with secrets that it hid
Now he's got super powers he's no ordinary kid
He's ben 10( ben 10, ben 10)

So if you see him you might be in for a big surprize
He'll turn into and alien befor your very eyes
He's tiny creepy fast and strong he's every shape and size
He's ben 10(ben 10, ben 10)

I'll bet he's got it he's on the case
Fighting evil from earth or space
He'll never stop till he saves the day
Now he's the baddest kid to ever save the day
He's ben 10(ben 10, ben 10)(BEN, 10)(ben 10)



psst: Abaikan pemandangan yang tak sepertinya di belakang tu huhuhu

Nufayl jangan jeles ek... :P
Seputar majlis save Gaza di Kompleks Sukan Seksyen 15 Bdr Baru Bangi 7 Feb 2009

Jemaah menunggu untuk solat isyak dan hajat berjamaah




Penonton mula memenuhi hadapan pentas utama











Posted via Nokia E61i


posted via Mokia E 61i

Taklimat Penerangan Bantahan Terhadap Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
7 Feb 2 - 6 pm Dewan Dato Fadzil Noor
Tapi nape sayup sangat duduk.....jauh ke belakang? jawab saya biasalah barisan belakang kan barisan VIP. tak caya tengok sape satu row dengan saya, PJ Pahang dan YB Ket Penerangan Pas Kelantan merangkap Adun Pasir Tumboh lagik :p. Sian sama ada tak cukup tidor ke atau taklimat Prof Shahrir tak catchy sangat sampai tertido tido Dato Tuan Ibrahim. tapi kejap je pastu bangun balik...qailulah kut.....




Lupa plak sepatut sebelum posting berkenaan dengan ceramah oleh MP terbaru Pas yang sensasi lagi terkini sepatutnya diuarkan dulu mengenai Program Save Gaza Mallam ni ( 7 Feb jam 8 malam. jemputlah hadir kke stadium seksyen 15 BB Bangi.

Esoklah Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Bangi di Bangi Lama dan juga Program Bangi Bandar Bersih di kawan 1 iaitu Kg Bangi.

CERAMAH PERDANA SEMPENA Kesyukuran PRK P036

15 Februari 2009, Ahad

Di Kompleks Sukan Seksyen 15,

Bandar Baru Bangi Selangor

Masa : 9.00 pm

Penceramah:

YB Mohd Abdul Wahid Endut ( Ahli Parlimen Kuala Terengganu) B

YB Tuan Prof. Dr. Ramasamy (Timb Ketua Menteri II Pulau Pinang)

YB Dato Dr Hassan Ali ( Exco KerajaanNegeri Selangor)

Semua di jemput Hadir

Cepat cepat sape nak aku masuk UMNO yang dah hilangnya Wownya ( Alif Mim Nun Wow) tu bagi 50 Juta nanti aku timbang timbangkan pakai dacing :P

www. daftar.umno. org.my.
jemputan pergi Taiping tak load load lagi gambarnya apa cerita....?



Ni gambar abg ciknya yang sekarang ni tengah cuti sabatikal(tak pergi sekolah la tu) di rumah Tok Ma. Hari Sabtu ni baru balik.



Gambar 'ali lagi datang meeting...... Mana gambar abg ciknya? Dari pergi Taiping bulan lepas sampai dapat


Ingat lagi posting berkenaan salah satu 'fenomena' rakyat klate adalah pasar borongnya yang terletak di wakaf che yeh? Ni gambar yang sempat diambil pada jam 1145 mlm. kami pun balik kul 130 pg selepas kepenatan dan hujan.


Sampai tertidur tidur meeting! Mulut penuh ngan gula donut

opssss lupa nak kabo....

posted via nokia e61i


'ali huzaifi lagi posting kali ni....tengah meeting ngan YB lagik nih huhu.....antara yg menarik? Bolehlah uarkan dulu MP terbaru Pas yang sensasi lagi glamer gitu akan turun ke Bangi dalam jangka masa terdekat. Maklumat lanjut.... Nantikan......
abg cak dah abg cik punya turn bila lak ni? Ingat nak posting psal abg cik gi taiping ngan melaka tapi notebook buat hal lak........

Surat bertulis tangan oleh Anwar yang mengikut Ezam mengajak Dr Mahathir berdamai. Cuma yang pelik dalam Menjawab soalan wartawan selepas ceramah itu, Ezam berkata, beliau menyimpan salinan surat berkenaan setelah mula timbul rasa curiga dengan tindak tanduk Anwar.

Maknanya dari tahun 1998 lagilah Ezam dah tak percaya Anwar... tapi kenapa tunggu sampai 10 tahun, sampai terpaksa lari ke Indonesia....sampai masuk penjara dan sebagainya? nak defend orang yang dia sendiri pun tak percaya?

Lagi menurut Ezam, surat berkenaan adalah untuk menunjukkan betapa hipokritnya sikap Anwar yang pada ketika yang sama mengutuk Dr Mahathir kerana dipecat tetapi tanpa pengetahuan para penyokongnya menulis surat nak berdamai dengan Dr Mahathir. Erm nak tahu betul ke tidak seminggu pertama lepas dipecat Anwar dah tuduh/kutuk Mahathir secara direct atau tidak mungkin kena rujuk arkib beritalah...

Tapi ...kalau nak kira hipokrit....apa beza dengan beliau sendiri dulu yang pada ketika yang sama mengutuk Pak Lah tetapi tanpa pengetahuan para penyokongnya berunding nak lepaskan Anwar(orang yang beliau curiga) sampai ada rumours kata ada deal kalau masuk UMNO minta jawatan.




Surat Anwar bertulis tangan kepada Dr Mahathir.

YAB Datuk Seri Dr Mahathir.

Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka ( menurut Ezam, anak angkat dimaksukan adalah Sukma) tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan.

Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.

Salam saya dan Aizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.

Anwar Ibrahim.

8 September 1998

Daripada Agendadaily

Cerita Dulu Dulu.....


Kita sambung lagi cerita dulu dulu. Kalau dulu saya ada membuat 'flashback' mengenai sejarah kemenangan besar PAS dan APU di Kelantan 18 tahun yang lalu. Kali ini sama sama kita tengok satu isu yang sejak dari awal pentadbiran Kerajaan Kelantan sampai sekarang PRK Kuala Terengganu isu ini tidak padam iaitu Isu Perlaksanaan Hukuman Hudud di Malaysia.


Jom kita 'flash back' Apa pun credit sekali lagi kepada Sdr TMJ.



Buku ini diterbitkan dalam tahun 90an sewaktu isu ni mula meletup dibawa oleh TGNA. Sdr TMJ ni adalah antara penulis politik yang saya suka selain daripada Ahmad Lutfi Othman, Pak Subky dan juga Sdri Suria Janib.

Yang pasti kita semua tahu baik DAP ka, Gerakan ka, MCA ka, MIC ka semuanya istiqamah menentang perlaksanaan Hudud atas pelbagai alasanlah baik dari tahun 90-an mahupun sekarang.



Bila tengok berita pasal saman..teringat ada orang dulu dari UMNo juga yang saman pasal hudud ni...





Hal di atas mungkin berlaku sebab berbeza fahaman politik mahupun dah memang ketegaq tak mau. Tapi dalam masa yang sama ada juga non muslim bila datang dialog dengan TGNA boleh menyokong hudud ni.





Tu untuk non muslimlah... sampai sekarang pun ada lagi yang tegar menentang, nak kata tak faham semuanya educated hatta LGE yang nak ikut Khalifah Umar Abdul Aziz pun nampaknya payah nak terima lagi. Karpal Singh tak payah ceritalah..


UMNO pulak macam mana? dulu kalau tengok sorang sorang pemimpin UMNO punya alasan tak mahu kat hudud ni berdiri bulu roma rasanya masa baca. Sekarang? mungkin nada dah lainlah sikit..... lembut bunyinya tapi tak tahulah sama ada macam totally rejection macam dulu ke ataupun macam mana. Nada pemimpin UMNO dalam bab hudud sekarang ni dah lembut berbanding dengan dulu.Mungkin ini adalah hasil daripada istiqamah dan tidak putus asa PAS duk bawa isu ini, bagi penerangan dan sebagainya menyebabkab orang mula nak ambil tahu pasal hukuman dalam Islam ni.Apa pun yang dulu dulu punya kenyataan moga diampunkan Allah lah kalau ada salah dan silap...









Datuk Seri Najib pun sebahagian antara yang pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan denganHudud 19 tahun dahulu dan juga sekarang sewaktu kempen PRK Kuala Terengganu. Kalau kenyataan beliau dulu dan sekarang bandingkan...

Najib: Hadi tidak perlu perjelas Umno pasal hudud




"Tak perlu nak menyekolahkan Umno kerana mereka (PAS)... ini main politik dari mula lagi," kata beliau pada hari keempat kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu."


Dulu apa kata beliau?




Media massa pun boleh tahan jugak dulu. Moga moga diampunkan...





Fuh.... tu tak campur dengan statement "Siapa nak makan sup tangan pergi Kelantan...

Bila fikir fikir balik daripada nada yang begitu 'celupar' dan keras 19 tahun dahulu berbanding sekarang. Insya Allah kalau semua istiqamah terang, bagitau, kempen pasal ni 19 tahun akan datang Insya Allah Hudud ni akan diterima.
Antara tempat yang saya jarang tak singgah kalau tiba tiba saya berada di Chow Kit atau Radius yang berdekatan dengannya adalah Gerai Sup Kambing di belakang Masjid Pakistan.



Saya mula terbabit aktif dengan menziarahi gerai sup tersebut tak silap dari tahun 1996. Kat situ kalau anda ni jenis adventureous sikit macam jenis sup anda boleh dapat dari lidah sampai ke pipi dari sup ekor sampai ke sup kaki nak customised pun boleh campur jer semua. Jadi skejap je baru lepas sesi 'jual kacang putih' kat TM TC Jln Gurney saya pergilah 'lepas gian' kat sana huhu.

Anda juga boleh mencuba untuk merasa keenakkannyer hehe



Zoom Malaysia Banyak yang belum dilawati Banyak yang belum diterokai......
Entry One:

Seputar Pelancaran Bangi Bandar Bersih.

Selepas Pelancaran Bangi Bandar Ilmu disempurnakan dengan jayanya pada tahun lepas ADUN Bangi mengorak langkah dengan program terbaru beliau Bangi Bandar Bersih yang dilancarkan sehari sebelum pelancaran peringkat negeri oleh YAB MB

Bangi Bandar Bersih dan Sejahtera adalah sebahagian daripada usaha ADUN dalam janji janji dalam Manifesto PRU 12 yang lalu.





Entry Two:


Pada hari yang sama berlangsungnya Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa Ke-25. Persidangan kali ini dikira "panas" kerana ianya berlangsung ditengah tengah apa yang didakwa berlakunya penyelewengan dalam badan tersebut. Persidangan dan pemilihan pun dah selesai. Anda pun mungkin dah ikuti melalui akhbar dan TV (mungkin dah boleh agak pun siapa yang menteri kata sebagai Team A dan Team B) . Wujudnya apa yang dikatakan Team A dan Team B tu hasil dari insiden undi tidak percaya yang dilakukan terhadap Ungku Aziz sebelum ini.

Saya pun tak naklah mengulas panjang berkenaan ini .Cuma sedikit ralat bila memikirkan apa yang berlaku dalam UMNO boleh di bawa masuk dalam badan bukan politik. Kalau nak tuduh pun tengok oranglah...... sampai nak jatuhkan maruah orang apa cerita...


NOH memberikan sumbangan kepada tabung derma Palestin pada majlis Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa Ke-25 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, semalam, sambil diperhatikan Dr Mohd Ali.

Berita Berkaitan

a. Ungku Aziz kecewa polis, SKM gagal siasat Angkasa

Selaku Yang Dipertua (YDP) Angkasa, menurutnya, laporan kepada polis dan SKM telah dibuatnya pada 23 Oktober serta 18 November lepas mengenai dakwaan penyelewengan tersebut, tetapi siasatan masih belum diselesaikan sehingga sekarang.

''Dakwaan penyelewengan kewangan itu melibatkan ketidakpatuhan kewangan dan pentadbiran dalam proses kelulusan pinjaman serta pembayaran balik melalui potongan gaji oleh Angkasa kerana ia melibatkan wang hampir RM20 juta sehari,'' katanya


b. Police 'slow' to act on Angkasa case

"The police have been urged to speed up its investigation on two senior board members of the National Cooperative Organisation of Malaysia for alleged impropriety. Angkasa president Royal Professor Ungku Abdul Aziz, who made the call, said the police seemed to be "slow" in investigating the report and the two were still holding positions in the body.

It is learnt that the two members can seek re-election at the annual general meeting, scheduled for next month, if police investigation has yet to be concluded."


It was also reported that they had allegedly acted in conflict of interest by misusing their positions for the benefit of another co-operative organisation in which they allegedly had a stake.

Ungku Aziz said yesterday that in January, the Angkasa national administrative committee (JKT) had decided to conduct an investigation into their financial manipulations.

"The findings on the investigation was presented to the Cooperative Commission of Malaysia (CCM) in October.
"

Ni plan asal kot... Tapi mungkin bila tak dapat hasil yang diharapkan....


c. It’s Angkasa’s internal problem

The Cooperative Commission of Malaysia (CCM) says the “alleged irregularities” in the National Cooperatives Organisation of Malaysia (Angkasa) is an internal problem which must be resolved by its administrative committee (JKT).

CCM head of corporate affairs Zainal Abdin Abdul Manaf said: “We have done our part after receiving complaints from Angkasa president Royal Prof Ungku Abdul Aziz Abdul Hamid. We have also placed an officer in Angkasa since May.

“Ungku Aziz’s claims are inaccurate. Appropriate action was taken by CCM. Among others, we instructed Angkasa in a letter dated May 5 not to continue with its action to remove him as the Angkasa president. As a result, he was restored and declared the legitimate president of Angkasa.”


Apa nak buat lagi... mungkin mengharapkan akan ada orang pujuk kot...

d. Ungku Aziz resigns from Angkasa


e. Three audits clear Angkasa of any impropriety, says acting head

"Allegations of impropriety within the National Cooperatives Organisation of Malaysia (Angkasa) is baseless as three audits show “not a single sen is missing from the organisation”.

Angkasa acting president Prof Dr Ali Baharom said three audits – internal, external and later by the Malaysian Co-operative Commission – had verified the account books were in order.

Dr Ali said the accounts would be presented to its members during Angkasa’s annual general meeting today so that “everything is clear, transparent and in the open”.

Asked on former Angkasa president Royal Professor Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid’s resignation, Dr Ali said he was free to do so."

f. Angkasa: 'There is no embezzlement'

"Our accounts have been audited three times internally, externally and by the cooperatives' commission.

"Not one sen is missing. All the audits are complete and everything is accounted for," he said after the opening of the cooperative's expo in conjunction with its annual meeting here yesterday.

"If there is some kind of misappropriation, the commission would definitely have stepped in, but they didn't.
"So everything is clean and perfect, and our accounts will be presented tomorrow (today).

"We have nothing to hide."

g. Ungku Aziz tidak hadir persidangan, menteri nafi penyelewengan

"Bila saya teliti, saya lihat yang berlaku adalah krisis kepimpinan. Dakwaan bahawa berlaku penyelewengan tidak timbul kerana aktiviti penting Angkasa iaitu potongan gaji yang melibatkan RM20 juta sehari tiada masalah dan berjalan seperti biasa.

"Selain itu, kita juga tidak menerima sebarang aduan (berhubung penyelewengan) daripada ahli dan badan-badan koperasi, sebaliknya yang mengadu adalah dari segi dalaman (Angkasa) yang mana wujud krisis kepimpinan," katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Tahunan Angkasa Ke-25 di sini, hari ini.

Rabu lalu, Ungku Aziz meletakkan jawatannya sebagai YDP Angkasa selepas menerajui badan koperasi itu selama 37 tahun kerana dikatakan kecewa berhubung siasatan penyelewengan wang dalam Angkasa yang gagal diselesaikan.

Noh berkata, krisis kepimpinan tersebut timbul apabila dua team (kumpulan) dalam Angkasa.

"Kedua-dua kumpulan ini saling mengakui mereka lebih kuat berbanding yang satu lagi, maka dari sinilah timbulnya isu penyelewengan yang mengatakan team A kata team B tidak betul dan sebaliknya,"


Entry Three:


Ramai yang tak tengok lagi kot gambar satu satunya sepupu 'ali buat masa sekarang(Belah Baba dialah)

Dhiya' Insyirah












'Ali Huzaifi pergi usrah. Punya sopan tak macam kat rumah. kalauuuulah kat rumah macam ni bukan 'ali huzaifi namanya.

Entry One:

Kahwin baru 3 tahun anak dah masuk darjah satu magic tak?





Alhamdulillah Muhammad takdelah insiden kena tunggu macam dalam TV tuh eheh harap harap Amiir besok pun oklah


Entry Two:


Posting lain ditangguhkan, kisah melawat alien minggu lepas pun tunggulah.. boleh dengar cerita tokmudin dululah..


Anda dah makan hari ni? Kalau belum bolehlah niat puasa 10 Muharram. Banyak kelebihannya berdasarkan hadis hadis yang sahih. Lanjut baca artikel di bawah.

PENDAHULUAN

Kita telah sampai ke dalam bulan Muharram. Bulan awal yang mulia ini adalah bulan pertama di dalam Kalendar Hijriah. Seperti yang kita sedia kita maklum, di dalam bulan Muharram inilah ada hari yang telah disunatkan kepada kita untuk berpuasa iaitu puasa hari 'Asyura. Malah, ada petunjuk dari Rasulullah juga memberi galakan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram.



KELEBIHAN

عن أبي هريرة t قال : قال رسول الله r : ( أفضلُ الصيام بعد رمضان شهرُ الله المحرم ، وأفضلُ الصلاة بعد الفريضة صلاةُ الليل ) وفي رواية: ( الصلاة في جوف الليل )

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu'anh berkata : bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda : "Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat pada malam hari". Di dalam riwayat yang lain "Solat di sepertiga malam"

[Riwayat Muslim no.2812 dan 2813]

GALAKAN BERPUASA 'ASYURA'

عن أبي قتادة t أن رسول الله r سئل عن صوم يوم عاشوراء ، فقال : ( يكفر السنة الماضية ) وفي رواية : ( … وصيام يوم عاشوراء أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله )

Daripada Abu Qatadah Radiyallahu'anh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari 'Asyura. Maka sabdanya : "ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". Didalam riwayat yang lain "..adapun puasa pada hari 'Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya".

[Riwayat Muslim no. 2803 dan 2804]

Hadith diatas jelas merupakan anjuran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah Muharram. Ini dijelaskan pada akan terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil. Majoriti ulama menyatakan bahawa dosa-dosa besar tidak dapat dihapuskan dosanya melainkan dengan bertaubat kepada Allah Ta'ala dan menegakkan hukum hudud terlebih dahulu bagi pesalah yang thabit didalam undang-undang Islam.

HIKMAH PUASA 'ASYURA'

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ صِيَامًا يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا هَذَا الْيَوْمُ الَّذِى تَصُومُونَهُ ». فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ أَنْجَى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى وَقَوْمَهُ وَغَرَّقَ فِرْعَوْنَ وَقَوْمَهُ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا فَنَحْنُ نَصُومُهُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « فَنَحْنُ أَحَقُّ وَأَوْلَى بِمُوسَى مِنْكُمْ ». فَصَامَهُ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ.

Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ‘'Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Hari apa yang kamu berpuasa ini?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu pula Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam keadaan bersyukur, maka kami pun mengikuti beliau berpuasa pada hari ini.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Kita seharusnya lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.” Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.

[HR. al-Bukhari no.2004 dan Muslim no. 2714]

Hadith tersebut di atas menunjukkan kepada kita betapa Rasulullah mengikut apa yang dilakukan oleh Nabi Musa kerana merasakan umatnya lebih berhak untuk meluahkan rasa kesyukuran seperti yang berlaku kepada Nabi Musa yang selamat dari ancaman Fir'aun.

Antara hikmahnya ialah membezakan umat Nabi Muhammad dari orang Yahudi. Ini kerana ada hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang menjelaskan bahawa orang Yahudi menjadikan hari 10 Muharram ini sebagai satu perayaan, tetapi umat Islam menjadikan hari ini untuk berpuasa. Ini merupakan perbezaan yang sering baginda lakukan dan kita akan lihat beberapa perbezaan yang Nabi anjurkan kepada umatnya.

DISUNATKAN PUASA PADA 9 MUHARRAM

عن ابن عباس - رضي الله عنهما - أن رسول الله r لما صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا : يا رسول الله ، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى ، فقال رسول الله r : ( فإذا كان العام المقبل - إن شاء الله - صمنا اليوم التاسع ) قال : فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله r .

Daripada Ibn Abbas Radiyallahu'anhuma bahawa Rasulullah ketika berpuasa pada hari 'Asyura dan mengalakkan untuk berpuasa, para sahabat bertanya : "Ya Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut ('Asyura) merupakan hari ini adalah hari yang diagung-agungkan oleh Yahudi dan Nasrani. Kemudian baginda bersabda : jika tiba tahun berikutnya – insyaAllah – kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan".

Ibn Abas berkata “Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”

(HR. Muslim no. 2722)

Di dalam riwayat yang lain, Nabi Sallallahu'alalihiwasallam bersabda:

( لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع )

"jika ada kesempatan ke tahun akan datang, aku akan berpuasa pada hari kesembilan".

(HR. Muslim no.2723)

Ini menunjukkan kesungguhan baginda ingin berpuasa tetapi tidak kesampaian. Walaubagaimanapun, para ulama bersetuju untuk menyatakan ini menunjukkan betapa Nabi Muhammad Sallallahua'alaihiwasallam ingin melakukan perbezaan daripada amalan ahli kitab. Ini juga dijelaskan oleh satu athar daripada Ibnu Abbas :

( صوموا التاسع والعاشر خالفوا اليهود )

"Berpuasalah pada hari kesembilan dan kesepuluh, dan bezakanlah (dari meniru) Yahudi"

[HR. Al-Baihaqi no.8665]

Ini disokong dengan banyaknya hadith yang menegah kita meniru orang-orang kafir.

KESIMPULAN

Setelah dinyatakan sunat berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh, sebahagian ulama membahagikan martabat puasa di dalam bulan ini. Antaranya Syeikh Abdullah Soleh AlFauzan mengatakan puasa di dalam Muharram terdapat beberapa peringkat iaitu :

Pertama : Berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram. Ini berpandukan dari nukilan Imam Ahmad [AlMughni 4/441, Iqtidaus Siratul Mustaqim 1/419]

Kedua : Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini seperti yang dijelaskan di dalam artikel ini.

Ketiga : Berpuasa 9 dan 10 atau 11 Muharram. Ini berpandukan dari satu athar yang dhoif dari Ibn Abbas.

Keempat : Hanya melaksanakan puasa 10 Muharram. Ini menjadi perselisihan para ulama akan makruhnya dengan hanya berpuasa pada hari 10 Muharram. Dan yang paling jelas, ia makruh kepada sesiapa yang mampu untuk mengumpulkan hari ke 9 dan 10 dan tidak hanya berpuasa pada hari ke 10 sahaja. Wallahua'lam

[Risalah Ahadith Syahrillah AlMuharram ms 13]

Credit to : Ibnuhazam

Entry Three:


Sudahkah kita berdoa untuk rakyat Palestin hari ini? Jika belum, jangan lupa sebentar lagi lepas solat Zohor, Asar, Maghrib, Isya' atau pada mana-mana waktu yg sesuai.