Jazakumullah

Assalamualaikum Wbt

Bismillah Walhamdulillah Wa'ala Rasuulillah...

--Entry One--

Terima Kasih atas pandangan dan response yang diberikan. 'ala kulli hal semuanya mengharapkan perkara yang baik dilakukan terhadap blog ini. Insya Allah blog ini akan terus dikemaskini (walaupun dengan cara dan bawaan yang pasti berbeza)untuk memenuhi tujuan Ummu Amiir dan juga untuk mengharapkan maksud kalam di bawah dipenuhi Insya Allah..

7 Pahala Yang Dapat Dinikmati Selepas Mati

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf(buku/kitab?) ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yg menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yg memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya (blog/artikel?).

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

--Entry Two---

Membaca beberapa blog/tulisan nukilan sahabat sahabat Ummu Amiir dan juga khabar yang disampaikan oleh kenalan dan rakan kami terdengar ayat ayat yang membawa maksud

"Kenderaan yang dinaiki oleh arwah terbabas lalu melanggar divider"
"Mungkin arwah mengantuk lalu hilang kawalan"
"Kecuaian?"
"Kenderaan tersebut dipandu laju kerana mengejar masa?"

Apa pun selepas penelitian dibuat terhadap kenderaan tersebut dan juga maklumat yang diperolehi sendiri dari orang yang mula mula sekali membantu Ummu Amiir, kemalangan tersebut disebabkan oleh kerosakan teknikal pada kenderaan yang berlaku tepat sewaktu Ummu Amiir memandunya berseorangan bukannya sewaktu kami sekeluarga pada malam sebelum kejadian ataupun sewaktu adik Ummu Amiir pada pagi kejadian.Punca kemalangan adalah kerana tayar kenderaan yang dinaiki itu pecah, tiada pembahagi jalan yang dilanggar,tidak melibatkan kemalangan dengan kenderaan lain dan menurut saksi, kenderaan tersebut tidak dipandu laju.Keadaan jasad Ummu Amiir tidak seperti keadaan dan rupa kenderaan .Luka di bahagian kepala mungkin dijadikan sebab oleh Allah untuk memudahkan dan mempercepatkan Ummu Amiir kembali.Bagi yang berkesempatan menatap wajah Ummu Amiir sebelum disolatkan,moga moga ianya menggambarkan kesudahan yang baik.Moga moga juga kalau ada sebarang kesakitan yang dialami ianya dapat menghapus semua dosa dosa Ummu Amiir agar beliau kembali menemui Allah tanpa membawa sebarang dosa.

Harapnya selepas ini tidak timbul lagi cerita cerita yang membawa maksud seperti di atas. Yang pasti "Jemputan" datang sewaktu Ummu Amiir sedang dalam usaha untuk memudahkan perjalanan tetamu "Yang Menjemput" ke rumahNya.Harapnya ia penamat yang baik seperti yang selalu dipohon oleh beliau dan kita semua.Terima kasih kepada yang mula mula membantu selepas kemalangan termasuk mengajar dua kalimah syahadah kepada beliau, kepada pemilik kereta yang menumpangkan Ummu Amiir terus ke hospital (tidak diketahui mana yang ada maklumat boleh menghubungi kami), kepada yang menyelamatkan barang barang kepunyaan Ummu Amiir seperti laptop, beg tangan dan beg kerja( tidak diketahui walaupun menurut saksi pertama beliau tidak sempat menyelamatkan barang barang tersebut, kepada yang datang menziarahi dan mendoakan di hospital, rumah dan perkuburan, kepada yang terus mendoakan Ummu Amiir sehingga ke hari ini, terima kasih semuanya moga moga dibalasi Allah dengan pembalasan sama baik seperti itu atau lebih baik lagi.



--Entry Three--

Terima kasih kepada Caterer dalam bikinan yang sudi meluangkan waktu cuti kalian memasak di kediaman kami minggu lepas, next time boleh datang lagi (kalau FOC lah). Mungkin junior sifu boleh berkongsi resipi dan menu di blog beliau.

--Entry Four---

Bila blog ini akan diupdate lagi?
Harapnya dapat diupdate sekerap pemilik asalnya dulu lah. Apa pun sekarang, tangan masih lagi terikat dengan beberapa komitmen kerja yang salah satunya berkaitan dengan usaha untuk memudahkan kerja kumpulan yang "mengisi periuk nasi warga TM" menunaikan tanggungjawab mereka. Harap harap kalau yang diusahakan ini berjaya dan dilaksanakan ianya bukan setakat memudahkan kerja mereka tetapi juga menjadi amal kebaikan yang berterusan Insya Allah.

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.(Yaasin 12)

Wassalam..